Pengikut

Sabtu, 28 Mei 2011

China DAP semakin yakin dapat meruntuhkan Perlembagaan Persekutuan Dengan Bantuan PAS


Sekarang DAP menjadi semakin yakin untuk mengukuhkan partinya.

Dengan pertolongan Pas dan PKR, DAP telah berjaya menigkatkan penguasaannya di kalangan kaum China.

MCA dan Gerakan dilihat sudah tidak mampu lagi menguasai sentimen kaum China supaya terus setia berada dalam Barisan nasional. 

Kaum China lebih percaya pada sikap politik ekstrem yang dibawa oleh DAP yang dipercayai boleh membawa kepada kejayaan kaum itu memerintah Malaysia sebagaimana mereka berjaya memerintah Singapura dan Pulau Pinang.

Kegagalan MCA dan Gerakan menguasai pentas politik di Semenanjung, memberi gambaran keseluruhan sikap kaum China dalam politik negara ini. Mereka dengan mudah menolak dan melupakan asas-asas yang kukuh yang telah diterimapakai selama ini. Mereka mudah melupakan bahawa kejayaan kaum China hari ini adalah hasil permuafakatan dan perkongsian bijak yang telah diamalkan bersama-sama.

DAP berjaya memesongkan kebijaksanaan politik multiracial yang dipegang oleh semua kaum di negara ini kepada politik racist yang berbahaya. Kejayaan DAP bukan kerana MCA dan Gerakan lemah, tetapi kerana kaum China lebih tertarik dengan isu-isu perkauman yang dibawa oleh DAP yang dianggap hero kepada kaum China. 

DAP begitu lantang dan amat berani menentang dan mempertikaikan kandungan Perlembagaan Persekutuan. Sikap yang selama ini tidak dilakukan oleh MCA dan Gerakan atas dasar kontrak sosial yang menjadi asas kejayaan semua kaum.

Ketekunan DAP dan kesungguhannya menyanggah dan menyogok api kebencian kaum China terhadap kandungan Perlembagaan Persekutuan akhirnya berjaya meyakinkan kaum China bahawa Perlembagaan itu tidak adil, tidak boleh digunakan lagi, menguntungkan Melayu-Bumiputera dan menekan dan menindas kaum China.

Api ini sentiasa ditiup walaupun bercanggah dengan semangat keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Akhirnya tidak dapat dikawal lagi dan mangsanya adalah parti China MCA dan Gerakan yang telah berbakti kepada kemajuan kaum China di Malaysia.

Kini persoalannya...Mampukah kaum China membetulkan semula kepercayaan politik mereka yang telah dipesongkan oleh DAP. Dan mampukan pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan kembali berpegang kepada sumpah kesetiaan bersama Barisan Nasional yang selama ini telah memberi peluang yang tersangat luas kepada kaum China mencapai kejayaan.

Laksamana ingin membawa pembaca meneliti dengan lebih jelas mengenai sikap DAP dalam bermain politik perkauman melalui tulisan menarik sahabat blogger:

SNAP, Parti Kebangsaan Sarawak iaitu sebuah parti yang sudah dihanyutkan jauh ditengah lautan akibat krisis kepimpinan yang gagal ditangani kini telah ditambat semula ke tepian dan dibawa masuk kembali ke dalam arus politik Bumi Kenyalang yang sedang menyaksikan bagaimana penolakkan kaum Cina terhadap kerajaan memerintah yang sebahagian besar daripada mereka pernah bersama didalam SNAP sebelum parti tersebut dibatalkan pendaftarannya oleh ROS.

Parti SNAP yang diasaskan serta dipimpin oleh bekas Ketua Menteri Sarawak pertama Sarawak iaitu mendiang Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan pada 10 April 1961 yang kemudiannya jawatan presiden parti telah diambilalih oleh Tan Sri Datuk Amar James Kim Mien sebenarnya sudah melalui banyak perpecahan ekoran kisis dalaman parti sehingga menyebabkan wujudnya beberapa parti baru seperti PBDS, PRS, STAR dan juga SPDP.

Keanggotaan dalam SNAP pada awal penubuhannya jelas dimonopoli oleh hanya sebahagian besar kaum Dayak di negeri Sarawak namun hanya pada tahun 1963 barulah masyarakat dari kaum lain seperti Melayu dan Cina turut menyertainya itupun setelah SNAP diterajui oleh Tan Sri James Wong Kim Mien.

Kini SNAP yang sudah dihidupkan semula oleh kebanyakkan bekas ahlinya yang terdahulu buat pertama kali telah menyertai semula pilihanraya umum negeri Sarawak yang ke-10 pada 16 April 2011 dibawah kepimpinan Presidennya Edwin Dundang namun telah tewas di kesemua 26 kawasan DUN Sarawak yang ditandingi malah apa yang lebih memeritkan lagi SNAP ialah apabila 22 orang daripada 26 calonnya yang bertanding semua mereka telah hilang wang deposit.

Ekoran dari kekalahan yang paling teruk dialami oleh SNAP itu maka sudah terdengarlah beberapa khabar angin yang memberitahu bahawa DAP yang menang besar dalam pilihanraya itu apabila berjaya mengekalkan 6 kerusi DUN mereka sebelum ini selain menambah 6 kerusi lagi menjadikan 12 kerusi DUN miliknya dikatakan telah menawarkan kerjasama melalui pergabungan diantara DAP dengan SNAP.

Saya tak tahulah bentuk kerjasama yang bagaimanakah yang dimaksudkan oleh DAP, adakah DAP mahu ahli-ahli didalam SNAP bergabung dengan ahli-ahli DAP dalam satu parti saja iaitu dalam DAP dengan membubarkan Parti SNAP dan berjuang hanya dengan menggunakan dasar yang telah sedia ada didalam perlembagaan Parti DAP ?

Tetapi apa yang jelas saya nampak ialah, walau apapun bentuk jalinan kerjasama yang ditawarkan oleh DAP kepada SNAP bagi menyelamatkan parti itu semuanya takkan mendatangkan sebarang hasil kerana bagi saya apabila rakyat khususnya yang dipendalaman seakan-akan sudah boleh melupai SNAP sebab ia kini bukanlah lagi sebuah parti dalam kerajaan jadi sudah tentu rakyat tidak terpikir yang SNAP akan mampu memberikan khidmat yang diharap-harapkan oleh penduduk luar bandar apatah lagi sekirannya nanti SNAP bergabung pula dengan DAP yang memang sebuah parti yang cukup tebal dengan sifat perkaumannya.

Adalah sangat mustahil bagi sebilangan besar penduduk diluar bandar khususnya dikawasan pendalaman untuk menerima dengan hati yang terbuka akan kerjasama antara SNAP dengan DAP yang bagi mereka hubungan sejarah antara keduanya tidak ubah sama seperti minyak dengan air yang sampai bila-bila masa jua tidak mungkin akan dapat disatukan.

Walaupun akhirnya nanti akan berlaku juga sebarang kemungkinan dimana SNAP bersetuju untuk membentuk kerjasama dengan DAP, apakah keputusan itu nanti boleh dianggap sebagai telah mendapat restu daripada ahli-ahli SNAP diperingkat akar umbi tetapi seandainya keputusan SNAP setuju bergabung dengan DAP jelas telah membelakangkan suara ahli-ahli serta suara para penyokongnya dibawah, tidakkah SNAP akan merasa terganggu dengan keadaan dimana kemungkinan besar semua ahli-ahli serta para pengikutnya akan berpaling tadah keluar dari parti itu dan akan akan menyertai dua parti lain yang berasaskan kaum Dayak iaitu PRS diterajui YB Datuk Sri James Jemut Masing dan juga SPDP pimpinan YB Datuk Sri William Mawan Ikom.

Disini saya dapat simpulkan iaitu andaikata SNAP bersetuju untuk menerima lamaran DAP dan bergabung dengan parti komunis ini bermakna SNAP sebenarnya sudah bersedia untuk dikubur buat kali yang kedua kerana DAP dan PKR yang sudah lengkap dengan cangkul serta peralatan lain untuk menggali lubang kubur tentu memang tidak sabar untuk mengkebumikan SNAP sedalam mana yang boleh agar pada PRU-13 serta pada PRN Sarawak ke-11 hantu-hantu SNAP tidak akan mengganggu semua calon daripada DAP, PKR dan PAS seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Sarawak yang ke-10 pada 16 April 2011 lalu.

Inilah matlamat sebenar yang DAP mahu, PKR juga...mereka mahu SNAP dihapuskan bukan harus diselamatkan...kedua-duanya DAP dan PKR sepanjang pilihan raya umum Sarawak baru selesai memang merasa sangat tidak selesa dengan kehadiran SNAP disetiap tempat dimana mereka ada bertembung sesama sendiri menentang calon daripada Barisan Nasional. Itulah saja jalan yang DAP dan PKR dapat lihat, tamatkan riwayat SNAP dengan cara yang paling halus...beri ia makan roti manis yang sudah disalut dengan serbuk racun maka lama kelamaan SNAP akan beransur-ansur pening, muntah, mata kabur, pitam dan seterus rebah dikaki DAP dan PKR.


Blogger KL BOYZ berkata...
cina tetap undi cina juga..!!!
25 April 2011 11:59 PM
Padam

Jumaat, 20 Mei 2011

354 orang Peneroka Felda Kemahang dah kaya raya sekarang dengan bantuan Pas..


Laksamana panjangkan entri dari Blog KedahKeKL


PANAS!!! : PEMBONGKARAN DAN PENIPUAN PEGUAM PAS KEPADA PENEROKA FELDA

Peguam yang mewakili peneroka Felda Kemahang 3.... Sedang Gelak Besar

Sebagaimana yang telah di janjikan tidak lama dahulu, pembongkaran terhadap penipuan peguam PAS yang di katakan telah membawa kemenangan kepada peneroka di Felda Kemahang 3 akan saya lakukan. Saya telah berkesempatan membaca surat aduan yang di tulis oleh salah seorang wakil peneroka yang di tujukan kepada Majlis Peguam Malaysia pada 15 hb November 2010, di mana di dalam surat ini, peneroka-peneroka yang tidak berapa lama dahulu seronok sakan setelah menang di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, akhirnya sedar bahawa peguam yang mewakili mereka adalah PENIPU BESAR.
Peneroka-peneroka ini juga sedar bahawa kemenangan mereka ini bukanlah kerana peguam mereka ini hebat, tetapi di sebabkan peguam yang mewakili Felda tidak hadir akibat masalah teknikal. Oleh itu, Mahkamah telah memberikan kemenangan 'free' kepada peneroka. Yang paling untung dengan kemenangan 'free' ini ialah peguam ini kerana buta-buta mereka mendapat bayaran sebanyak RM 3.3 juta manakala setiap peneroka yang seramai 354 orang, hanya dapat RM 19 ribu je....
Di dalam surat yang panjang lebar ini, peneroka meluahkan rasa marah serta penuh kesal terhadap peguam ini. Antara yang menarik, mereka juga mempersoalkan kemana menghilangnya wang sejumlah RM 1.1 juta lagi yang dikatakan di serahkan kepada orang tengah. Sapa rang tengah ini, hanya peguam je yang tahu. Seronok jadi peguam ni kerana mereka dapat isi yang sedap lagi berisi, manakala peneroka pula dapat tulang je. Inilah dia peguam PAS yang kononnya memperjuangkan orang yang di tindas.

Saya percaya, sebab itulah begitu banyak lagi peguam-peguam PAS/PKR seperti Sivarasa dan sebagainya, berebut nak jadi peguam kepada peneroka kerana semuanya ada udang di sebalik batu. Kepada peneroka-peneroka sekelian, fikirkanlah sebelum terlambat..... Kepada peneroka-peneroka yang dah terkena ini, ingatlah pepatah melayu...' Si Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya.... Biarkan! Biarkan!'.

Anak Jati Felda

Khamis, 19 Mei 2011

Ustaz Politik Pas Nak Bagi Stadium Sebagai Balas Jasa Rakyat Kelantan Mengundi Mereka

Majoriti rakyat akar umbi di Kelantan perlukan pembelaan untuk tingkatkan taraf hidup mereka.

Bagi golongan rakyat yang mempunyai kerjaya sebagai kakitangan Kerajaan Persekutuan, tidak menghadapi masalah kerana kebajikan mereka sentiasa diberi keutamaan. 

Ahli keluarga dapat terus menikmati kehidupan yang selesa walaupun negara berada dalam tekanan ekonomi dunia yang mencabar.

Golongan petani, peladang, pekebun kecil, penternak dan nelayan juga diberi perhatian dan pelbagai bentuk bantuan yang berterusan oleh Kerajaan Pusat. 

Golongan usahawan dan peniaga kecil juga tidak terlepas merasai kebajikan yang disediakan oleh Kerajaan Pusat melalui iklim ekonomi yang masih memberangsangkan dengan kuasa beli rakyat yang masih ditahap yang tinggi.

Kejayaan Kerajaan Pusat mengawal harga barangan pengguna dari naik melantun juga memberi nikmat dan rahmat kebajikan kepada seluruh rakyat. Dengan harga komoditi utama yang berjaya ditingkatkan, rakyat mendapat pembelaan yang secukupnya.

Tapi apakah peranan Kerajaan negeri terhadap rakyat akar umbi di negeri itu.

Adakah cukup dengan kebajikan yang disediakan oleh Kerajaan Pusat sahaja atau masih banyak daya usaha Kerajaan Negeri yang perlu dilaksanakan bersesuaian dengan mandat yang tekah diberikan oleh rakyat.

Sebagai contoh, Kerajaan Pusat telah menyediakan sejumlah peruntukan yang besar untuk membangunkan tahap pendidikan pelajar di kawasan luar bandar khususnya di negeri-negeri tertentu. 
Di Kelantan misalnya, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan menerima peruntukan kira-kira RM54.6 juta daripada Kerajaan Pusat sepanjang tahun 2007 untuk diagihkan kepada lebih 170,000 murid dan pelajar miskin di seluruh negeri. 
Daripada jumlah itu, sebanyak RM16.8 juta diagihkan bagi membantu 134,000 pelajar sekolah menengah yang dikategorikan miskin menerusi Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) sejak Januari lalu sehingga kini. 
Selain itu peruntukan berkenaan turut diagihkan bagi membantu 71,785 murid miskin Tahun 4, 5 dan 6 bagi mengikuti kelas tambahan menerusi skim baucer tuisyen. JPN turut menyenaraikan seramai 38,000 lagi murid miskin dari seluruh negeri yang diberi dua lagi skim bantuan iaitu Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah (RMTSR) bernilai RM7 juta serta Program Susu Sekolah bernilai RM3.8 juta (Utusan Malaysia, 11 Jun 2007). 

Malangnya Parti Pas tidak mampu melaksanakan konsep "negeri berkebajikan yang mendapat kerahmatan Allah" seperti yang dilaungkan melalui ceramah retorik ustaz-ustaz politik mereka.

Rakyat akar umbi mengharapkan pembelaaan untuk menikmati kehidupan yang lebih baik sebagaimana pembelaan yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat secara berterusan.

Ironinya, rakyat nampak hutan kayu balak milik rakyat telah ranap ditebang dan hasilnya masuk ke poket kaum kerabat dan kroni pemimpin parti. Tanah rakyat terus dirompak dan diberikan kepada golongan yang kaya raya untuk menambah kekayaan mereka sedangkan rakyat akar umbi terus menderita.

Jalan raya sebagai prasarana perhubungan harian juga semakin dibiarkan rosak tetapi lori yang mengangkut kayu balak terus mendermakan habuk dan debu untu dihirup oleh rakyat akar umbi.

Tiba-tiba, kepimpinan Ustaz Politik Pas mengumumkan pembinaan sebuah stadium mega yang boleh menempatkan sehingga 40,000 orang.

Nampaknya semakin hampir PRU ke-13, kepimpinan Ustaz Politik ini ingin membalas jasa rakyat kelantan yang mengundi mereka dengan sebuah projek mega yang akan di bina menggunakan wang rakyat. 



Selasa, 17 Mei 2011

Nuar Berahim Pandikutty dah tamat...yang tinggal hanya haiwan berkaki dua

video
Nuar Berahim dah tamat
yang tinggal hanya haiwan berkaki dua

Nuar berahim dah TAMAT. Yang tinggal hanya haiwan politik berkaki dua yang diketuai oleh ustaz politik Nik Aziz dari negeri Kelantan Darul Naim alias serambi Mekah.

Keputusan mahkamah membuktikan segala hasil siasatan, keterangan, saksi dan bukti adalah sah untuk meneruskan pendakwaan.

 

Kini masanya Nuar membela diri. 

Persoalan samada dia mampu membela dirinya atau tidak, bukanlah perkara penting lagi. Rakyat sudah mendapat kesimpulan bahawa manusia yang bernama Nuar Berahim memang tidak diperlukan sebagai pemimpin.

Negara sudah dipimpin oleh 6 orang Perdana Menteri. Mereka berjaya memimpin negara kerana disokong oleh rakyat. Selama lebih 50 tahun Kerajaan Pilihan Rakyat memerintah dengan jayanya. Negara serta rakyat terus membangun dan menikmati kehidupan yang aman dan terus berkembang maju.

Cuma Nuar Berahim sahaja seorang sahaja yang terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai keaiban semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri secara paksa.
Nuar Berahim memaksa rakyat dalam berbagai-bagai bentuk konspirasi yang diciptanya. Selain itu bersungguh-sungguh cuba menjatuhkan maruah dan nama baik pihak lain semata-mata untuk mencapai hasratnya.

Akhirnya dia sendiri yang tersungkur setelah soalat hajat dan doa massa dilakukan.

Nuar Berahim dah Tamat, yang tinggal hanyalah haiwan politik berkaki dua yang diketuai oleh Ustaz Politik Nik Aziz bin Nik Mat dan haiwan yang menjadi alat-alat konspirasi Nuar yang lain.


 Yang pasti, hasil kerja tangan Nuar Berahim, China DAP semakin berjaya menguasai kaum China untuk memusnahkan Perlembagan Persekutuan bagi digantikan dengan Perlembagaan Malaysian Malaysia seperti Singapura.



Khamis, 12 Mei 2011

Parti Melayu Pas Dah Mula Takut Cakap Pasal Islam


Ahli-ahli dan pengikut Parti Melayu Khawarij Pas sudah sedia maklum bahawa slogan agama Islam yang dijaja oleh pemimpin Pas hanyalah retorik untuk dapatkan simpati, sokongan dan undi.

Setelah sekian lama beretorik memperalatkan agama Islam, kini sudah tiba masanya ahli-ahli dan pengikut berasa muak, jemu dan malu dengan perbuatan mungkar memperalatkan agama yang menjadi amalan parti itu.


DAP pula semakin berjaya memesongkan pemikiran dan fahaman politik ahli-ahli dan pengikut Pas. Sehingga kini hampir seluruh ahli dan pengikut Pas percaya bahawa perkataan "Melayu" itu adalah hina di sisi Islam dan berdosa besar jika berjuang membela bangsa.


Dalam waktu yang sama DAP berjaya menutup mulut ahli-ahli dan pengikut Pas supaya jangan lagi bercakap mengenai perjuangan Islam dan hudud. DAP melarang sama sekali isu itu dibangkitkan kerana bertentangan dengan Dasar Malaysian Malaysia yang DAP perjuangkan.


Kerana itu Parti Melayu Khawarij Pas hanya dibenarkan oleh DAP melakukan solat politik seperti solat hajat, berdoa membela perbuatan maksiat Nuar Berahim dan menghina bangsa Melayu dalam berbagai-bagai cara.




Bagi mengekalkan sumbangan undi daripada kaum China DAP, Pas terpaksa akur dengan kehendak DAP. Akibatnya Pas kini bukan sahaja tertekan oleh arahan-arahan DAP, malah telah menerima tekanan dari ahli-ahli dan pengikutnya parti sendiri.


DAP dan Nuar Berahim sentiasa memantau perkembangan dalam parti Pas agar tidak terpesong daripada matlamat untuk memusnahkan Perlembagaan Persekutuan dan mendirikan Perlembagaan Malaysian Malaysia.

Baca seterusnya mengenai kekejaman Komunis:


Sejarah Kekejaman Komunis



Isnin, 9 Mei 2011

Semakin DAP Berjaya Membohongi Pas, Semakin Pas Yakin Terhadap DAP.


Pas menghadapi masalah keyakinan diri. Semuanya adalah akibat dari kekalahan demi kekalahan dan penolakan demi penolakan yang dialaminya sekarang ini.

Ustaz-ustaz politik dalam Pas terpaksa menambah jampi serapah politik untuk menaikkan semangat ahli-ahli dan pemimpin bawahan supaya mengekalkan sokongan terhadap parti. Mereka diminta jangan meninggalkan parti dan jangan mudah percaya berita-berita kebenaran yang dipaparkan dalam media massa.

Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim sebagai Ustaz Politik, telah menghamburkan kekecewaan dan kegelisahannya baru-baru ini.

GOMBAK, 7 Mei: Kekuatan PAS mesti diterjemahkan dalam pilihan raya umum ke-13 dan persiapannya harus dijadikan agenda penting untuk dibincangkan dalam muktamar parti Jun ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS harus memenangi pilihan raya umum kerana ianya akan mempengaruhi keyakinan rakyat terhadap parti itu dan ianya merupakan cabaran yang harus dipikul oleh semua pimpinan dan ahli parti.
"Cabaran dalam muktamar kali ini, bagaimana PAS nak perkukuhkan persiapan untuk menghadapi PRU ke-13. PAS parti yang paling lama, paling banyak pengalaman, cawangan banyak, ahli banyak tapi data yang ada tak mencukupi kalau tak diterjemahkan dalam konteks pilihan raya.
Komen Laksamana:
1. Kemenangan UMNO dalam siri PRK di Semenanjung baru-baru ini adalah bukti yang nyata orang ramai menolak Parti Melayu Pas. Dari sudut politik rakyat lebih yakin kepada UMNO-BN dan dari sudut agama rakyat lebih percaya kepada UMNO yang sentiasa istiqamah dalam perjuangan. fahaman dan pelaksanaannya. Penolakan orang ramai terhadap Parti Melayu Pas adalah isyarat jelas bahawa Pas hanya beretorik dan memperalatkan agama untuk mendapatkan simpati, sokongan dan undi.
2. Pas terus menerus menipu ahli dan penyokongnya dengan mentafsirkan "kekalahan" sebagai "kemenangan". Ini telah memberikan kesan politik yang semakin negatif dan memperngaruhi golongan muda yang berfikiran terbuka, kritikal dan bermaklumat. Pas dilihat menggunakan pendekatan membohongi fakta dan maklumat dalam kempen mereka dan berbohong juga setelah menerima kekalahan demi kekalahan. Tahap pemikiran yang rendah ini dilihat sebagai satu ancaman kepada masyarakat sekiranyanya Pas diberi ruang untuk memerintah negara bersama Parti China DAP.
3. Parti Melayu PAS gagal menunjukkan dirinya sebagai organisasi politik yang menggunakan Islam sebagai dasar. Strategi berbohong, mengapikan sentimen assobiah, memainkan isu kemarahan rakyat, menyuburkan kebencian, telah memusnahkan tanggapan umum dan meningkatkan persepsi bahawa Pas hanya memperalatkan jenama Islam tetapi tidak sebagai dasar dan amalan partinyanya.
4. Pembelaan yang berterusan terhadap Nuar Berahim yang semakin dibenci oleh rakyat, menyebabkan Pas turut dibenci oleh ahli-ahli dan pengikutnya sendiri. Ditambah pula dengan sokongan membabibuta terhadap agenda jahat DAP untuk memecahkan perpaduan umat Islam dan menggoncang Perlembagaan Persekutuan. Pas membuktikan dirinya hanya menumpang DAP dan Nuar Berahim untuk terus hidup walaupun terpaksa membelakangkan prinsip Islam yang mereka jadikan slogan parti.
5. Masyarakat umum melihat Pas telah gagal dan tersepit di tengah-tengah isu skandal seks Nuar Berahim dan pemimpin parti mereka sendiri. Oleh kerana semua skandal ini melibatkan hukum dan prinsip Islam, maka Pas dilihat telah gagal menunjukkan prinsip keIslamannya kerana hanya ingin menegakkan parti dan mendapatkan undi semata-mata.
6. Nuar Berahim dan PKR sedang menghadapi penolakan secara menyeluruh. Maka Pas terpaksa bergantung harap kepada DAP sepenuhnya. Di sinilah cabaran terhadap Pas semakin meningkat kerana DAP yang memperjuangkan politik kaum China, semakin mendapat sokongan padu dari kaum itu. Makalana Pas yang sangat bergantung kepada sokongan bangsa Melayu, semakin ditolak oleh umat Islam sendiri. Akibatnya, Pas menghadapi kemerosotan yang nyata manakala DAP menikmati perkembangan yang semakin selesa samada di Semenanjung atau di Sarawak.
7. Parti China DAP telah berjaya mempengaruhi hampir semua sokongan kaum China dan kini sedang menggunakan Parti Melayu Pas untuk mendapatkan sokongan umat islam dan bumiputera bukan islam. Pas akan membantu supaya DAP tidak dilihat sebagai parti yang didominasi oleh kaum China sahaja walaupun hakikatnya DAP adalah parti kaum China untuk menguasai negara ini.
8. Parti Melayu PAS tetap dilihat sebagai sebuah parti politik dan bukan sebagai pertubuhan agama. Bagaimanapun Pas berusaha menunjukkan dirinya sebagai pertubuhan agama. Kerana itu Pas terpaksa mempolitikkan agama sehingga persepsi masyarakat umum terhadap parti itu menjadi semakin negatif dalam semua konteks.
9. Pas hanya mampu berceramah dan memaksa orang ramai mempercayai dan mengiktiraf parti itu sebagai parti yang terbaik. Bagaimanapun seluruh Rakyat Malaysia lebih nampak bahawa UMNO adalah parti yang terbuka dan mempraktikkan kedailan Islam semasa memerintah dan berkongsi pemerintahan dengan parti bukan Islam.
10. Masyarakat bukan Islam tetap menganggap Pas sebagai ancaman kepada mereka. Keadaan ini berlaku kerana Pas sentiasa memfitnah UMNO tidak melaksanakan hukum hudud dan tidak menjadikan al-quran sebagai Perlembagaan Negara serta tidak menjalankan keadilan berhukumkan hukum Allah dan mengekalkan perlembagaan thoqhut. Ini membawa maksud bahawa Pas akan melaksanakan semua yang dituduh tidak dilaksanakan oleh UMNO-BN.
11. PAS terpaksa menafikan kekalahan mereka di kesemua kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak walaupun diketahui bahawa orang bukan Islam tetap tidak yakin dan menolak dasar Islam dan janji-janji palsu yang dibawanya. Penafian terpaksa dilakukan untuk mengelakkan ahli-ahli dan pengikut mempercayai bahawa Pas hanyalah haiwan peliharaan DAP yang tugasnya membantu kemenangan DAP sahaja.
12. Pas menganggap orang Kristian menerima mereka, walhal paderi Kristian China DAP hanya ingin memperlatkan Pas untuk memecahkan undi umat Islam dan memberi ruang kepada DAP memenangi dengan majoriti yang besar. Kehadiran Pas di rumah panjang adalah mainan politik Paderi Kristian DAP untuk mengabui mata orang ramai tetapi Pas tersalah anggap sebagai penerimaan terhadap partinya.
Nampaknya semakin DAP berjaya membohongi dan memperalatkan Pas, maka semakin tinggi keyakinan Pas terhadap DAP.
Pas - PAP

1 Ulasan -



Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...
Sekarang ini adalah masa durian runtuh bagi lebai2 PAS yg menghadapi pemilihan di semua peringkat sehingga bulan Jun ini. Sebabnya sudah tentu Anwar sedang giat merasuah lebai2 PAS yg akan memilih pemimpin2 mereka. Anwar mesti pastikan puak Erdogan menang dan menghapuskan puak Ulama yg cenderung utk bekerjasama dgn UMNO dlm Kerajaan Perpaduan. Jika puak Erdogan kalah, maka hancurlah impian PKR dan DAP utk menguasai politik Malaysia. Lihat sahaja bagaimana Anwar telah menggunakan politik wang dlm menjatuhkan allahyarham Ghafar Baba dulu. Di masa itu, orang2 UMNO yg telah pergi ke pemilihan UMNO telah menerima durian runtuh - sehingga ada yg masuk tandas pun telah menemui sampul surat yg berisi wang puluhan ribu ringgit. Melayu mudah lupa ...........
9 Mei 2011 12:30 PM
Padam

Sabtu, 7 Mei 2011

Tuanku Sultan Kelantan Terpaksa Bertitah Membela Rakyat Yang Semakin Terbiar


Sukar dipercayai apabila selama lebih 20 tahun Kelantan diperintah oleh sebuah parti yang berslogankan Islam, tetapi akhirnya memaksa Tuanku Sultan bersuara.

Tuanku sebagai payung kepada seluruh rakyat jelata, berasa tidak wajar negerinya tidak dibangunkan. Dibiarkan begitu sahaja tanpa kemudahan asas untuk rakyat. Ekonomi tidak dijana dengan berkesan. Rakyat dibiarkan tanpa pembelaan.

Titah Tuanku kepada parti yang memerintah Kelantan mengandungi kegusaran seorang raja yang ingin melihat rakyatnya mendapatkan hak mereka untuk menikmati kehidupan sebagaimana di negeri-negeri lain. 

Tuanku Sultan tidak berpolitik, baginda hanya menyuarakan pandangannya berdasarkan apa yang dilihat dengan matanya sendiri. Tidak wujud sebarang bentuk konspirasi atau fitnah yang sengaja untuk memburukkan kerajaan yang memerintah Kelantan.

Masalahnya, dalam masa yang sama para pemimpin parti dan kroni dilihat semakin kaya raya. Hutan balak semakin gondol, tanah rakyat dirampas untuk diserahkan kepada ahli perniagaan, peluang ekonomi untuk rakyat tidak dijana dengan baik, kemudahan parasarana diabaikan dan rakyat dibiarkan menderita.

Tuanku Sultan nampak dengan jelas akan hal ini. Rakyat juga nampak.

Janganlah sampai rakyat berkonspirasi dan berusaha melucutkan kuasa yang telah mereka berikan selama ;lebih 20 tahun.

KOTA BAHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahukan lebih banyak kemudahan infrastruktur termasuk pembinaan jalan untuk rakyat dilaksanakan bagi merancakkan lagi ekonomi dalam negeri. 

Baginda bertitah pembangunan infrastruktur untuk negeri Kelantan adalah penting kerana ia memberikan kemudahan untuk rakyat dalam mendapatkan perkhidmatan terbaik kerajaan.
Sambil mendedahkan bahawa Baginda sentiasa turun padang melihat rakyat dengan menaiki kenderaan, Sultan Muhammad V bertitah pembinaan infrastruktur seperti jalan-jalan raya amat penting bagi menjana ekonomi setempat kerana jalan raya menghubungkan rakyat dengan dunia di luar.

"Negeri Johor, Pahang ada lebuh raya. Kawasan persekitaran macam kampung atau bandar kecil sempat naik (membangun), makna ada rezeki. Saya selalu pergi ke mana-mana pakai kereta, jadi kita boleh tengok sebab (apabila) kampung ada jalan besar, kampung itu tidak mati.
"Jika jalan susah nak sampai mesti benda-benda lain pun akan susah, dia (kampung) tidak ada kesempatan untuk membangun jadi dia pun nak ada komunikasi jalan. Ini masalah yang ketara yang saya lihat," titah baginda pada sidang media khas yang diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang semalam.

3 Ulasan 


Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...
Hehehe..lepas ni ustaz2 politik Pas akan kata...tuanku pun berkonspirasi ngan umngok nak jatuhkan Islam..
6 Mei 2011 11:18 AM
Padam

Tanpa Nama Haji Rashid Yan berkata...
Salam,


Rakyat kelantan memang tak mau pembangunan. Mereka mahukan Islam sahaja.


Ustaz politik mereka dah sebut banyak kali...pembangunan bukan boleh bawak masuk kubur..yg diambilkira didepan rabbuljalil nanti ialah Islam.

6 Mei 2011 11:20 AM

Padam

Tanpa Nama Ahmad Abdul Khair berkata...
ramai kawan2 saya jadi guru dan mengajar di luar kelantan. Mereka tidak mahu ditukarkan kembali ke kelantan sebab tidak suka negeri yang masih mundur.


Tapi peliknya mereka tetap menyokong pas dan menentang kerajaan yang menjaga kebajikan mereka selama ini.


Inilah bahaya sifat2 assobiah yang menjadi pegangan sebahagian dari mereka.


Bagaimanapun kini, dua pertiga daripada rakyat kelantan telah sedar kelemahan pas yang memerintah negeri itu selama lebih 20 tahun. Pas hanya menjaja retorik mengenai agama islam, tetapi gagal melaksanakan ajaran islam yg sebenar.


Nik Aziz dulihat sebagai guru agama yang melampau dalam berpolitik dan sanggup bertuankan China DAP demiuntuk dapatkan undi.


Mereka kata, Pas "cakap tak serupo bikin".


Wallahua'lam.

6 Mei 2011 11:27 AM

Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...