Laksamana panjangkan ulasan dzimba (Pantau) berkaitan pendedahan Raja Petra.
Kesilapan berpolitik mengikut kehendak hati dan keuntungan sendiri akan menyebabkan satu bangsa akan pupus kuasa. Musibah ini akan melanda sehingga beberapa genarasi akan datang dan amat sukar untuk dipulihkan.
Selagi kita berfikiran waras, marilah kita pantau dan halang perkara ini dari terus berlaku.
Perlembagaan Persekutuan yang selama ini, dengan izin Allah, menjamin kelangsungan hidup kita semua, perlu dipertahankan.
Ikuti pandagan Pantau
PENDEDAHAN RAJA PETRA; ini ulasannya
Raja Petra blogger yang ternama sekali lagi mendapat nama, kali ini dengan pendedahan komplot yang cuba menjatuhkan atau menyekat Ds Najib daripada menjadi PM dan katanya lagi orang yang memainkan peranan adalah Anwar dan para pengikut tegar Ku Li.
Dzimba ada ulasan tersendiri dalam hal ini berdasarkan pengalaman sendiri bersama kumpulan ini dan bual bicara dengan pelbagai pihak semasa semasa dalam proses untuk mempastikan Pak Lah meletak jawatan. Secara ringkasnya ceritanya adalah begini;
1. Semua sudah maklum bahawa regim Pak Lah membawa banyak kecelaruan dalam politik Malaysia terutama selepas PRU 12, 2008. Justeru itu RPK dan pengikut Ku Li juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam proses pengunduran ini dan dengan harapan penggantinya nanti adalah Ku Li atau pun Anwar.
2. Pada pandangan pembangkang terutama Anwar, mereka mahukan Pak Lah terus kekal atau sekurang kurangnya Ku Li yang mengambil alih dan yang paling beliau risau adalah jika sekiranya Ds Najib yang mengambil alih, ini adalah kerana strategi mereka akan menjadi lebih susah.
3. Untuk mencapai hasrat ini , maka "menantu" telah memainkan peranan dengan menggunakan blogger pembangkang sebagai tempat untuk menaikkan nama Ku Li, Pak Lah dan sudah tentu nama 'menantu'.
4. Dalam percaturan ini juga, Dzimba difahamkan bahawa kononnya, peralihan kuasa ini sudah, akan dan telah dipersetujui oleh DYMM Yang di Pertuan Agung .
4. Diantara strategi lain adalah dengan mengaitkan Ds Najib dengan kes Al Tantuya dan dengan ini akan memungkin kan Ku Li dilihat sebagai pengganti. Penggantian ini seharusnya berlaku sebelum pemilihan UMNO, ini adalah kerana mereka yakin Ds Najib mampu untuk memenangi jawatan Presiden UMNO dan seterusnya menjadi PM.
Kesimpulannya adalah RPK adalah "agen atau pelapur" kepada kedua kedua mereka samada Anwar ataupun Ku Li, kerana apa yang penting mereka tidak mahu melihat Ds Najib menjadi PM. Bahkan pada satu peringkat para penyokong tegar Ku Li cuba memburukkan TDM. Ini adalah kerana mereka berpendapat dengan berbuat sedemikian maka para penyokong Pak Lah + menantu dan Anwar akan 'swing' dan bersama mereka dan membentuk kerajaan bersama penyokong Anwar dalam Pakatan Haram.
Akibat daripada perancangan ini juga lah Dzimba berpendapat Anwar begitu yakin bahawa 16 september adalah hari hari yang menjanjikan peralihan kuasa kepada mereka.
Nota: Dalam politik tiada kawan sejati dan tiada musuh sejati. Ini lah yang Dzimba tidak faham dan tidak pandai untuk berpolitik.
Komen Pembaca...
dzimba MMIM berkata...
sebab ramai yang berpolitik hanya kerana kuasa dan bukan sebuah perjuangan yang jelas.
terima kasih kerana panjangkan paparan ini dilaman tuan
terima kasih kerana panjangkan paparan ini dilaman tuan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan