Kes Liwat Pertama menyebabkan Nuar Berahim melangkahkan kakinya ke Penjara Sungai Buloh.
Apabila Khairy Jamaludin menyerahkan Passport Antarabangsa dengan tangannya sendiri, membawa maksud tyersendiri dan dari saat itulah Nuar Berhaim mengatur strategi sehingga BN terpaksa melepaskan 5 buah negeri dan menanggung malu kehilangan 2/3 kerusi di Parlimen.
Bagaimanapun, Kes Liwat Berulang yang melibatkan Saiful menyebabkan Nuar Berahim terpaksa menghina mahkamah, mempermainkan sistem keadilan negara dan berbohong dalam pelbagai bentuk, semata-mata untuk melepaskan diri.
Kes pendedahan video seks mendorong Nuar Berahim membuat aduan polis menafikan penglibatannya. Isterinya Wan Azizah dan anaknya Nurukl Izzah dilibatkan menjadi benteng bersama-sama komponen parti Gerombolan Pembangkang dan mengheret orang ramai melepaskan lehernya yang sudah tersepit.
Kesemua rentetan peristiwa yang melibatkan Nuar Berahim ini sudah cukup memberi gambaran yang jelas kepada Rakyat siapakah Nuar Berahim yang sebenarnya. Penjelasan melalui media massa, laman-laman blog, seminar, forum dan ceramah yang berterusan telah berjaya mengubah persepsi rakyat dan dapat dikawal dengan baik.
Persepsi negatif di kalangan rakyat terhadap Nuar Berahim dan parti Gerombolan Pakatan Pembangkang sudah terbina dengan kukuh. Persepsi Rakyat ini terbina secara natural hasil dari segala fakta dan bukti-bukti yang dipamerkan sendiri oleh Nuar Berahim dan Gerombolan Pakatan Pembangkang secara berterusan.
Din Merican telah menafikan yang beliau menuduh Najib/Rosmah terlibat didalam pembunuhan. Tetapi beliau mengakui berhubung dengan Raja Petra seperti yang diceritakan oleh Raja Petra di dalam Buletin Utama TV3 semalam. Kata Din Merican,
“I was surprised to learn that I have been linked to attempts to discredit Prime Minister Najib and his wife Rosmah with regard to the Altantuya case.
“There is no basis whatsoever in fact. I am personally disappointed that Raja Petra Kamaruddin should see it fit to get me involved in a matter where I have zero knowledge”
“BUT it is a fact that Raja Petra called me to seek confirmation from Anwar Ibrahim regarding the reliability of a certain military intelligence officer. When I received confirmation from the PKR de facto leader, I relayed it to Raja Petra. That was all to the whole matter.–Din Merican>”
Laksamana berkeyakinan, permainan persepsi ini masih belum berakhir. Pihak Gerombolan Pakatan Pembangkang masih berusaha untuk menguasai sumber persepsi.
Mereka mahu mengawal pembentukan persepsi rakyat mengikut acuan dan perancangan yang mereka tentukan.
Setelah persepsi rakyat terhadap Nuar Berahim dan Gerombolan Pakatan Pembangkang berubah secara drastik akhir-akhir ini, mereka cuba mengawalnya semula.
Raja Petra Kamaruddin, dalam wawancara bersama TV3 berjaya melakukannya:
1. Beliau membina perspsi baru dengan mengatakan bahawa beliau tidak menuduh DS Najib dan DS Rosmah tetapi tuduhan itu berasal dari seorang pegawai risikan tentera.
Kenyataan ini dengan segera akan mengalihkan tumpuan orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut cerita siapa pegawai misteri ini. Dengan jelas RPK menyebut "...merekalah yang patut disiasat dan diambil keterangan..."
Jelaslah...tindakan untuk menyiasat dan mengambil keterangan akan berjaya mengubah tumpuan dari isu video seks, jam omega, lelaki Y, kepada personaliti baru yang ada kaitan dengan Angkatan Tentera.
Dalam hal ini, sudah pasti DS Najib yang akan diheret lagi dalam isu ini!
2. RPK tidak menyatakan dengan jelas bahawa beliau memainkan peranan membantu menyebarkan fitnah, membantu merekayasa pembohongan, mengembangkan kepalsuan fakta dan maklumat. Sebaliknya hanya menumpukan kepada kelemahan parti pembangkang dalam usaha mereka untuk menawan Putrajaya.
Jelaslah...tindakan RPK ini hanya untuk divert isu bagi membantu membaikpulih persepsi negatif terhadap Nuar Berahim beralih kepada menyuburkan persepsi negatif yang baru terhadap DS Najib.
Kita ucapkan terima kasih kepada daya usaha TV3, tetapi apakah itu satu keperluan setelah kita berjaya melemahkan musuh atas daya usaha kita sendiri?
Setelah kita bertungkus-lumus dan berjaya menjernihkan persepsi negatif terhadap DS Najib, terhadap Kerajaan Pilihan Rakyat UMNO-BN, perlukan kita terikat pula dengan bantuan Raja Petra Kamaruddin?
Perlukah proses pembentukan persepsi ini dikembalikan ke tangan RPK dan Nuar Berahim setekah kita berjaya menguasainya?
Perlukah?
2 ulasan:
Setelah penat menjadi gelandangan di negara org?..sejujur nya RPK itu sendiri sukar utk dipercayai. Apakah muslihat nya kali ni.
15 April 2011 11:50 AM
Tanpa Nama berkata...
betui bhai aku memang dah agak dah pasai apa tetiba jer portal fitnah no 1 malaysiakini kena virus semua nie menipu jer untuk minta simpati orang dan kutip duit cara haram .... 10000% aku langsung tak percaya satu lagi yang aku nampak macam drama si tokong petra tu pasai apa bila nak PRN sarawak tetiba jer nak dedahkan aku rasa yang ni pun nak menunjukkan yang BN bayar mamat untuk memburukkan pembangkang .... tempiasnya rakyat akan meluat kat BN ... dari apa yang dok peghati semua ni agenda depa jerrr yang ni 10000000000000000000000000% aku tak percaya .... sauk la bhai berblog sampai sarawak berapa juta pulak lu masuk wakakakakkakakaka
15 April 2011 4:22 PM
Tanpa Nama berkata...
mantap!
15 April 2011 4:42 PM
Tanpa Nama berkata...
mantap, syabas!
15 April 2011 4:43 PM
AnaQarbana berkata...
Apakah yang di dedahkan oleh RPK tu antara beberapa perancangan ataupun salah satu strategi DSAI untuk terus mengaitkan Najib sebagai mantan Menteri Pertahanan...nampaknya isu ini berlanjutan dan kian kusut untuk melepaskan DSAI dari tuduhan tidak bermoral...
DSAI sebenarnya bijak dan memainkan persepsi dan isu...dia seorang pakar dalam bidang strategi......UMNO dan Najib akan terperangkap....apakah motif TV3 mengusahakan interview dengan RPK dan menyiarkannya secara bersiri dalam buletin utama....apakah TV3 ada kaitan dengan DSAI......
15 April 2011 4:45 PM
lim mah berkata...
boleh sesapa citer tak?
din merican ni ada kaitan darah daging ker dgn omar merican yg dikatakan berada di kondo dlm kes sodomy II.
MIER ni agensi pro kerajaan ke?
media pro kerajaan selalu bg liputan kalau MIER bg PC smpai skrg.
apa sbb din merican pun masuk MIER dan arif karim pun dulu penah ada dlm MIER.
arif karim pun ada di sebut berada d kondo bg kes sodomi II.
john pang skrg di kata keje dgn CARI a company link to CIMB.
omar merican pun penah keje dgn CIMB pada lewat 90an..CIMB futures.
ce citer ce cite in...
15 April 2011 4:47 PM
lim mah berkata...
sambung sikit..
omar merican juga pernah jadi coo bursa sejak 2005 dan letak jawatan pada jun 2010.
15 April 2011 4:52 PM
Tanpa Nama berkata...
Mana2 konspirasi akan terdedah jua akhirnya. Mulut manusia mana boleh tutup. Bkn senang nak konspirasi dgn menggunakan ramai org. Logikkah anwar kata kospirasi nak jatuhkan beliau. Fikir2lah
RPK juga patut bertanggungjawab. Jika semasa fitnah rosmah dah meletop dulu kenapa dia tak buat follow up dalam portal dia tu. kenape dia lari dulu tu yang pelik. berani kerana benar takut kerana salah. Kepada yang belum tengok video Najib bersumpah, tengoklah balik sumpah Najib tu. Najib dah bersumpah. Takkanlah Najib pulak yang kena. Lihat bukti ini:
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2011/04/video-seks-vs-altantuya-gap-jawap.html
Catat Ulasan