Pengikut

Isnin, 14 Mac 2011

Ultraman Pun Lari!! Hebatnya Ketentuan Allah Dan Manusia Yang DiciptaNya


Terima kasih Zoy, Tahniah Berita Harian kerana membuat tafsiran yang betul, tepat dan membina.

Laksamana Bentan terpanggil untuk memberi pandangan berkaitan cemuhan, teguran dan kutukan yang dilemparkan sehingga BH terpaksa memohon maaf.

BH mohon maaf? Apa kesalahannya? Di mana silapnya?

Pada pandangan Laksamana tidak wujud sebarang kesalahan dari mana-mana sudut berkaitan karikatur Zoy yang disiarkan oleh BH itu. Malah ia memberikan gambaran yang tepat berkenaan bencana alam yang menimpa negara dan rakyat Jepun.

Sebenarnya Zoy telah berjaya menterjemahkan peristiwa yang benar-benar berlaku itu dengan menggabungkan antara kejadian benar dan fiksyen. Melalui hasil karyanya Zoy mentafsir hubungan yang sangat rapat antara unsur alam dan unsur manusia. 

Karya yang disiarkan oleh BH itu mengandungi pengertian yang sangat bermakna kerana membawa elemen yang dapat dilihat dengan mata kasar dan elemen yang perlu ditafsir dengan ilmu, pengetahuan dan keinsafan yang tinggi.

Secara fizikal, kejadian gempa bumi dan gerakan ombak tsunami adalah kejadian alam secara semulajadi yang sudah ditentukan Allah. Apabila berlaku di Jepun telah memberikan kemusnahan yang besar kepada negara dan rakyatnya. 

Kejadian ini tidak diminta tetapi tidak dapat dihalang. 

Di sinilah kekuatan dan kebijaksanaan Zoy menterjemah mala petakan di negara matahari terbit itu.

Zoy berjaya menggambarkan bahawa ketentuan  Allah tidak siapapun dapat menghalang, menahan atau menangguhnya. Kun Fayakun.

Apabila berlaku di Jepun, Zoy melihat dari sudut kejayaan Jepun dalam bidang teknologi yang mereka kuasai. Penguasaan ilmu yang tinggi ini, meletakkan bangsa Jepun sebagai "ultra". 

Walaupun bangsa Jepun "ultra" tetapi mereka juga tidak mampu menahan, mengelak atau menyekat ketentuan Allah daripada berlaku. 

Zoy menggambarkan "ultraman" lari dan dikejar ombak tsunami.

Pada pemahaman Laksamana, "lari" yang digambarkan oleh Zoy bukan "melarikan diri" dari bencana. Tetapi mengelakkan bangsa Jepun (yang diwakili oleh ultraman) dari mengalami kemusnahan yang lebih dahhsyat.

Sebab itulah Jepun mampu bangun setelah dua biji bom atom diledakkan di Hiroshima dan Nagasaki kerena mereka berjaya mengelakkan bangsa itu daripada mengalamai kemusnahan yang lebih teruk.

Kekuasaan dan ketentuan Allah tidak dapat dihalang, tetapi sekurang-kurangnya bangsa Jepun mampu menguranghkan kemusnahan dan kehilangan jiwa kerana mereka telah bersedia dengan fenomena alam yang ditentukan oleh Allah kepada mereka. Berada di atas Lingkaran Api Pasifik menjadi cabaran kepada bangsa Jepun untuk maju dalam bidang teknologi dan kejuruteraan pembinaan. Jepun tidak menganggapnya satu masalah, jauh sekali menyalah Tuhan kerana mala petaka itu.

Laksamana berasa amat sedih kerana ada pemimpin politik di negara kita gagal melihat kejadian ini dari sudut yang membina sehingga Bh terpaksa memohon maaf atas kesalahan yang tidak mereka lakukan. 

Demikianlah, yang baik itu boleh menjadi tidak baik jika kita benarkan pemikiran orang yang tidak sihat menguasainya.

Kepada Zoy, Laksamana ucapkan tahniah atas hasil karya yang sangat tinggi nilainya. Sdra berjaya menggabungkan di antara keunikan kekuasaan Allah dengan kehebatan manusia yang Allah juga menciptanya.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong pandangan Laksamana. Kemusnahan di Jepun tidak seperti di Acheh kerana bangsa Jepun melihat bencana alam sebagai cabaran bukan sebagai mala petakan.

Zoy dan BH membantu menimbulkan kelainan ini semoga rakyat Malaysia pun bijak seperti Jepun.

14 Mac 2011 12: 50 AM


hafiz berkata...
Aku Sokonglah kali nih...
14 Mac 2011 12:51 AM


Tanpa Nama berkata...
Semua yang meminta BH memohon maaf adalah jelas hipokrit. Banyak lagi lukisan kartun yang menyindir manusia, agama dan negara lain tidak pula dipinta agar pelukis atau media yang memaparkannya memohon maaf.
14 Mac 2011 1:42 AM


blogenstarz berkata...
Sesungghnya Ketentuan ALLAH tidak dapat disangkal.100% BENAR !

Namun Orang sedang bersedih... kita masih dapat melawak.
Kalaulah tsunami itu berlaku diMalaysia dan mereka melawak dengan gambaran sedemikian.... aduhai !

Maklumat terbaru..... Kementerian Luar Jepun akan meminta penjelasan dari KP B Harian...

Pasukan SMART dari Malaysia belum diberi "green Light" kerana kartun tersebut !

Kerana Kartun..... semua kena tempiasnya !
14 Mac 2011 1:44 AM


Kama Irahsa berkata...
ceh. pergi tnya zunar kartun jns apa yg dia publish kt malaysiakini. penih dgn penghinaan terhadp manusia. takde siapa pulak desak dia mintak maaf. hipokrit!!
14 Mac 2011 1:56 AM


PARANGkontot berkata...
Yang lari Ultraman, bukan rakyat Jepun. Gempa bermagnitud 8.9 Skala Richter adalah sesuatu yang jarang didengar sepanjang hidup kita. Maka tidak hairanlah Ultraman pun tak sanggup menghadapinya.
14 Mac 2011 2:19 AM


Tanpa Nama berkata...
Apa la korang! benda macam nie pun buat main ke? otak takde ke? Lansung takde kesedaran sivik!
14 Mac 2011 9:14 AM


Tanpa Nama berkata...
Noda perang dunia kedua belum lagi dibayar, lagi mahu cakap banyak si 'pendek' nih.
14 Mac 2011 9:29 AM


Tanpa Nama berkata...
anon 9:14,

Apakah rakyat AS peka apabila presiden mereka membohongi dunia tentang keujudan WMD di Kota Babylon? Apa pandangan anda pada masa itu?
14 Mac 2011 9:55 AM

Tanpa Nama berkata...

Kartun akan selamanya dianggap kartun.Tetapi jangan lupa manusia menghasilkan kartun untuk manusia berfikir. Ianya adalah hasil pemikiran.

Zoy dan BH hanya melihat dari sudut pandangan berbeza. Saya yakin, Zoy dan BH amat simpati.

Ia mengajar kita bahawa sehebat manapun kita , kita adalah hamba TUHAN yang sangat bergantung kepada Nya.
14 Mac 2011 11:19 AM


org kecil berkata...
SAYA SANGAT HAIRAN KENAPA BH PERLU MEMINTA MAAF.WALHAL BYK LAGI KARIKATUR YG LEBIH TERUK MALAHAN MENGHINA ANUTAN ORG LAIN,SAMPAI HARI NIE TAKDA MINTA MAAF PUN WALAUPUN SECARA TERANG-TERANGAN MENHINA.SAYA LIHAT KARTUN YG ZOY BUAT TIADA PUN NAK MENGHINA MANA2 BANGSA.MALAHAN PENGAJARAN DARI KARTUN ITU MENUNJUKKAN WALAUPUN SATU DUNIA DIMOMOKKAN DGN WATAK KARTUN DAN MANUSIA LUAR BIASA SEOLAH-OLAH KUASA WATAK MEREKA MELEBIHI ALLAH,AKHIRNYA WATAK2 YG DICIPTA ITU PUN TAK MAMPU MENGHALANG KUASA ALLAH WALAUPUN DIGAMBARKAN SEPERTI HEBAT DAN TAK TERKALAH.
14 Mac 2011 3:39 PM


Tanpa Nama berkata...
saya pun bersimpati dgn warga jepun yg terlibat.saya juga yakin kartunis ini juga prihatin dan bersimpati juga.cuma penyampaiannya disalah tafsir dari sudut yg berbeza.pandangan saya pula semua bencana yg datang itu ada hikmahnya.dizaman skrg manusia seolah-olah lupa pada yg Esa.walau sehebat mana negara atau bangsa tidak akan boleh menghalang ketentuan Allah.
14 Mac 2011 4:14 PM


Tanpa Nama berkata...
KITA ORANG MALAYSIA MEMANG MUDAH BERALAH DAN MUDAH MINTA MAAF. WALAUPUN, KITA TIDAK BERSALAH KITA TAKUT UNTUK MENEGAKKAN KEBENARAN APALAGI BILA KITA DI ASAK NEGARA LUAR. SESUNGGUHNYA APA YANG BERLAKU DI JEPUN ADALAH SATU BENCANA YANG AKAN MEMANJANGKAN AQAL DAN MENJADIKAN MEREKA SEMAKIN BIJAK MEMBINA TEKNOLOGI BAGI MENANGANI KEMARAHAN ALAM.
CUMANYA, DALAM KEADAAN TERTEKAN DAN KEHILANGAN PULUH RIBUAN RAKYATNYA, MEREKA TERLALU SENSITIF DENGAN LUKISAN KARTUN TERSEBUT. BELAJARLAH UNTUK MENERIMA HAKIKAT BAHAWA KITA TIDAK MAMPU MENAHAN AMUKAN ALAM.

ZOY DAN BH HANYA MENGGAMBARKAN KEADAAN YANG SEBENAR NAMUN KEMAAFAN YANG DINYATAKAN OLEH BH LEBIH KEPADA RENDAH DIRI SEBAGAI MANUSIA YANG MEMAHAMI KEGUNDAHAN ORANG LAIN BERBANDING DENGAN HAKIKAT ULTRAMAN PUN AKAN LARI APABILA TSUNAMI MENGGANAS!
14 Mac 2011 7:19 PM


Tanpa Nama berkata...
BILA TSUNAMI DATANG MENGGANAS, BUKAN ULTRAMAN JE YANG LARI TAPI SEMUA YANG HEBAT-HEBAT SEPERTI IRONMAN, CICAKMAN, KLUANGMAN, WOLVERIN DAN YANG LAIN-LAIN SEBAB APA LAH SANGAT KITA NI BERBANDING DENGAN KEKUATAN DAN KEKUASAAN ALLAH. JADI, SEBELUM NEGARA KITA DITIMPA BALA BENCANA, TOLONG JANGAN MINTA DOA YANG BUKAN2 DAN JANGAN BAWA AJARAN SESAT DAN MENYESATKAN MACAM PUAK KHAWARIJ PAS.

Tanpa Nama berkata...

salam,
kenyataan laksamana kene pada nama laksamana sendiri. ianya tidak patut dijadikan isu kerana ianya adalah hakikat yang sebenar. bukan sendiran memalukan, tetapi fakta yang tidak disembunyikan.

apakah sekiranya gambar itu sebaliknya bermakna ultraman mengharung tsunami itu. ianya juga memberi persepsi yang buruk trutama kanak2.

jelas dalam karikatur itu, ianya adalah lumrah alam yang mana, tiada siapa dapat larikan diri daripda bencana hatta ada kuasa sakti garuda (teringat cerita hikayat merong mahawangsa).

so, in a nutshell, i could say dat, its not a big deal to blame BH only. We have to be rational to accept d fact.

salam 1 malaysia !

Tanpa Nama berkata...

bagi sy..kalau nak memberitahu dunia mengenai KEKUASAAN ALLAH pun,jgn lah menghasilkan kartun..kan byk lagi benda lain yg boleh digunakan untuk menyampaikan apa yg yg hendak disampaikan..tiada sensitiviti langsung..

Tanpa Nama berkata...

Ada unsur didikan lakaran ZOY tu..supaya kanak kanak atau sesiapa jua yang meminati karikatur berbentuk fiksyen tu akan dapat menilai betapa kuasa Allah Taala tu lebih hebat dan berkuasa...

Lagi pun BH dah minta maaf..apa nak di isukan lagi...tutup kes...

Hj Ismail Matta berkata...

Salam semua,

Ramai yg tidak dpt fahami apa yg dimaksudkan oleh Tuan Laksamana.

Pd saya maksud sebenar Laksamana ialah mengingatkan kita beberapaperkara:

1. Negara Jepun memang ditakdirkan Allah trletak di atas Lingkaran Api Pasifik yg bermaksud bila2 masa akan berlaku gempa bumi dan diikuti dgn ombak tsunami.

2. Bangsa Jepun menyedari bahaya keudukan geografu mereka dan dengan itu memajukan bidang sains dan kejuruteraan binaan.

3. Negara Jepun pernah mengalami kemusnahan yg dahsyat apabila dua bojik boam atom diletupkan di negara itu, tetapi raknyanya tabah dan berjaya bangunkan negara selepas itu.

4. Dari kedua2 kejadian bom aton dan gempa bumi, membuktikan bangsa Jepun tidak menganggap bencana alam dan kemusnahan serangan bom atom sebagai melemahkan semangat mereka.

5. Jepun terus membangun menjadi bangsa yang "ultra" dalam pelbagai bidang di dunia setanding negara barat.

6. Bagaimanpun "ultra" manusia dalam pencapaiannya, tidak akan dapat menahan kuasa Allah denan apa cara sekalipun.

7. Bangsa yang "ultra" tidak akan lari daripada masalah tetapi berusaha mengelak dari bencana yg lebih besar.

Itulah yg faham maksud sebenar yg ingin disampaikan oleh Tuan Laksamana untuk tatapan dan bahan fikiran kita.

CandidClover berkata...

It was a joke... kita bising jugak bila org buat joke yang tak patut buat.... bagi dorg benda ni sensitif so jgn jokelah.... to say otherwise is sheer idiocy....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...