Pengikut

Selasa, 8 Mac 2011

Pemikiran Negatif Sedang Berkembang Subur Dalam Minda Pentaksub Parti Melayu Pas

Pas berada di persimpangan...
...di antara politik DAP dengan mempolitikkan agama Islam.

Pemikiran negatif yang sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam sedang berkembang subur di kalangan penganut fahaman politik pelampau Pas. 

Walaupun ini bukan fenomena baru, tetapi kelihatan semakin meresapi pemikiran penganutnya sehingga tidak mampu lagi memisahkan antara ajaran agama yang sebenar dengan bisikan syaitan yang bertentangan dengan aqidah tauhid. 

Unsur-unsur taksub yang melampau ini telah menyerapi pemikiran dan perasaan dan menjadi pegangan serta dianggap sebagai jihad di jalan Allah.

Bahayanya pemikiran ini jika dibiarkan kerana boleh menggugat keselamatan negara dan berbahaya kepada keharmonian hidup rakyat jelata. 

Telah dapat dikesan dengan jelas bahawa aqidah penganut fahaman politik pelampau ini telah diresapi dan menjadi semakin subur serta menjalar di kalangan akar umbi yang berjaya mereka pengaruhi.



  • Barisan kepimpinan muslimat PAS Kelantan dan seluruh ahlinya mengucapkan syabas dan tahniah kepada gerakan pro-Mahasiswa yang menang besar dalam pilihanraya-pilihanraya kampus tanah air baru-baru ini. Kepercayaan dan amanah yang kalian galas harus dimanfaat sebaik mungkin. SYABAS!!
    February 26 at 9:57am


Laksanama berpendapat adalah tidak wajar sama sekali, kita sebagai warganegara yang beragama, berbudaya dan bertamadun, menyanjung keganasan dan perilaku liar yang ditunjukkan oleh Mahasiswa Pro M di IPT kita baru-baru ini. Apatah lagi menggeklarkan perbuatan ganas, biadap dan tidak bersyukur itu sebagai jihad di jalan Allah.

Yang kedua adalah di luar batas ajaran agama jika kita mendoakan musibah supaya datang segera ke negara kita. Sewajarnya sebagai manusia yang beragama kita mendoakan agar negara kita sentiasa selamat dari apa bentuk bencana dan musibah samada dilakukan oleh manusia atau kerana fenomena alam yang ditentukan oleh Allah.

Bayangkan apakah yang akan terjadi jika ibu-ibu yang melahirkan anak dari rahim mereka, berfikiran seperti yang diamalkan oleh Muslimah Parti Melayu Pas ini. 

Mampukah keindahan Islam itu dipertahankan atau agama Islam itu hanyalah slogan wajib sebagai hiasan politik untuk memudahkan mendapat sokongan melulu tanpa berfikir.

   ...ke manakah sebenarnya mereka sedang diheret...

...atau mereka adalah haiwan politik yang setia pada penternaknya..

Percayalah!
Allah maha berkuasa,
Janganlah kita berputus asa
menghadapi musibah yang amat dahsyat ini
yang sedang menimpa
agama, bangsa dan negara kita.

3 ulasan:

anak sufi berkata...

KESIANNYA PADA MEREKA PENGANUT PAS NI. MEREKA MERASAKAN MEREKA BERADA DI JALAN YANG BENAR SEDANG HAKIKATNYA MEREKA SEDANG MENEMPAH NAMA KE NERAKA ALLAH. MENGAPA? BILA BERJIHAD KERANA NIK AZIZ DAN PAS BUKAN KERANA ALLAH DAN AGAMA. TIDAK KENAL ERTI SYUKUR PADA NIKMAT ALLAH DAN HATI PENUH RASA UJUB, TAKABUR DAN BONGKAK KERANA MEYAKINI MEREKA SAHAJA YANG ISLAM SEDANGKAN ORANG ISLAM LAIN DIKAFIRKAN HANYA KERANA POLITIK SEMPIT MEREKA.
MATI MENENTANG UMAT ISLAM YANG TERUS MELAKUKAN IBADAH PADA ALLAH BUKANLAH SYAHID TAPI IA ADALAH TERKORBAN KERANA KEJAHILAN AQAL DAN JIWA YANG KONTANG!

Laksamana Bentan berkata...

Salam Anak Sufi,

Kalau mereka ada perasaan dan berfikir sebagaimana yg AS nyatakan itu, maka tidak wujudlah bala bencana dan musibah yang sedang menimpa kita sekarang.

bagaimanapun kita kena insaf, Allah telah peringatkan kita bahawa di akhir zaman manusia yang kelihatan seperti beragama dan alim, yang akan menyesatkan manusia.

AJAI62 berkata...

Assalam Bro

Jenis bodoh tak boleh diajar. Bebal. Mesir apanya? Itu kelantan kepunyaan PAS yang lengkap segala2 masalah yang ada kat Mesir. Mati katak adalah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...