Pengikut

Ahad, 20 Februari 2011

Pas Tukar Fantasi Politik, Tinggal Perjuangan Negara Islam dan Hudud, Kembali Pada Pejuangan Bangsa Melayu

...mampukah Pas terus menyalak bagi pihak DAP..
mengajak umat islam masuk ke alam fantasi politik
yang tidak berpijak di bumi nyata...

Pas menukar sekali lagi fantasi politiknya.

Setelah meninggalkan perjuangan negara Islam dan hudud, kini Pas cuba memperjuangkan bangsa Melayu pula.

SHAH ALAM, 19 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, Melayu tidak akan selamat jika terus memperjuangkan ketuanan Melayu tanpa memperkasakan Islam di kalangan kaum majoriti itu.

Ini kerana kata Abdul Hadi, hanya Islam yang mampu menyelamatkan semua bangsa kerana kepimpinan Islam menekankan amanah, bukan bersifat menindas antara satu sama lain.
“Kita jangan rasa selesa dengan Melayu sahaja tanpa diperkasakan dengan Islam. Kalau Allah nak pelihara Islam, maka Islam boleh naik dengan bangsa lain ambil alih.
“Sebab itu kita kena yakin kalau Melayu nak selamat maka Melayu hendaklah tegakkan Islam. Kalau tegakkan Melayu, Melayu tak akan selamat kerana Islam memang dipelihara oleh Allah SWT,” kata beliau sewaktu membentangkan kertas kerja 'Jaminan PAS' di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

Laksamana berpandangan bahawa Pas masih bermain dengan retorik antara dua perkataan "Melayu" dan "Islam".

Bagi UMNO yang berpegang kepada realiti di negara Malaysia, bangsa Melayu adalah bangsa yang menganut agama Islam dan bertanggungjawab menegakkan agama itu dari aspek syari'e dan syiar Islam. Maka tidak timbul persoalan bangsa dan agama kerana kedua-duanya adalah satu.

UMNO berdiri tegak atas dasar sokongan daripada bangsa Melayu dan Pribumi negara ini. Dengan itu UMNO memperoleh kuasa politik dan dengan kuasa politik ini UMNO berjaya mempertahankan syariat dan syiar Islam.

Dari dulu hingga sekarang terlalu banyak yang telah dilakukan oleh UMNO dalam melaksanakan tanggungjawabnya terhadap agama Islam.

Pendekatan UMNO menegakkan Islam bukan melalui ceramah dan pidato menaikkan semangat, tetapi melalui pelaksanaan program dan aktiviti yang praktikal dan mengikut perkembangan semasa.

Usaha paling ketara ialah meningkatkan taraf hidup dan ekonomi umat Islam supaya mereka boleh hidup bermaruah dan mampu bersaing secara adil dalam negara majmuk yang ekonominya dikuasai oleh bukan Islam.

Dengan kuasa politik yang ada, UMNO mempu menarik kerjasama bukan Islam kerana UMNO mempraktikkan kesederhanaan Islam dan menyuburkan muhibbah di kalangan pelbagai kaum, budaya dan kepercayaan agama.

UMNO diterima oleh seluruh rakyat bukan kerana kehebatannya menjaja nama Islam, bukan kerana kerakusannya memperalatkan Islam. Tetapi kerana indahnya amalan Islam yang dipraktikkan oleh UMNO yang menambat hati bukan Islam untuk bersama UMNO-BN.

Pas nampaknya terus berfantasi mempermainkan tafsiran demi tafsiran di antara dua perkataan "Melayu" dan "Islam" untuk menagih undi yang semakin merosot.

video

Kini Pas cuba mengenepikan UMNO yang disokong oleh semua rakyat Malaysia dengan cara membina fantasi di luar zaman. Pas memanipulasi sejarah di zaman Rasulullah dengan mentafsirnya di luar konteks semasa.

Contoh terbaik ialah negeri Kelantan yang sudah 21 tahun diperintah oleh Pas. Pas hanya mampu berfantasi tetapi gagal di alam realiti.

Akibatnya Pas dilhat sekali lagi terpaksa menukar fantasi politiknya dari perjuangan negara Islam dan hudud, bertukar pula kepada berjuang untuk bangsa Melayu yang sebelum ini dihukumnya sebagai assobiah dan bukan dari ajaran Islam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...