Pengikut

Rabu, 2 Februari 2011

Pas Nak Peralatkan Mesir Dengan Tunisia Pulak Dah.

 

Ustaz Haji Nik Aziz bersetuju kerajaan jangan menzalimi rakyat jika berkuasa.  


KOTA BHARU, 1 Feb: Pergolakan yang berlaku di Mesir sekarang sewajarnya memberi pengajaran pada pemimpin di negara lain agar tidak bermegah dengan kemenangan kerana akan berhadapan dengan rusuhan sekiranya menzalimi mereka.
Beliau berkata demikian ketika menghubungi Harakahdaily hari ini bagi mengulas perkembangan rusuhan yang berlaku di Mesir itu.
“Mula-mula boleh la menipu, tapi bila dah lama rakyat sudah tidak boleh bertahan lagi,” ujarnya.


Rakyat Kelantan sudah tidak boleh tahan lagi dengan pelbagai penyelewengan, perompakan khazanah balak dan tanah rakyat, penipuan pengurusan kewangan dan pentadbiran yang berleluasa. Kini seluruh lapisan rakyat Kelantan sudah memahami hakikat bahawa ustaz Nik Aziz memang tidak berkemampuan mentadbir sebuah negeri yang sangat berbeza dengan mengurus sebuah rumahtangga. 




Masalah penipuan Bazaar Tok Guru seperti yang didedahkan oleh sahabat Blogger kickdefella menggambarkan dengan jelas kepincangan dan rendahnya kualiti dan kewibawaan Nik Aziz dan kabinet negerinya.

Tidak ada siapapun pada awalnya meramalkan bahawa pemimpin Pas Kelantan yang terkenal asyik menjaja slogan "Membangun Bersama Islam" itu rupanya lebih sombong, angkuh, kuku besi, zalim dan merupakan pemerintah yag sangat lemah untuk membangunkan negeri yang diduduki oleh ramai umat Islam.

Maka apabila dibuat kajian, tidak jauh bezanya antara Kerajaan Pas Kelantan dengan Kerajaan Tunisia dan Mesir. Tunisia diketuai oleh rejim Zein al Abidin yang memerintah selama 23 tahun.  Hosni Mubarak pula memerintah Mesir selama 30 tahun. Pas memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun.

Tuisia dan Mesir ditolak oleh rakyat kerana terkenal dengan sifat zalimnya terhadap rakyat, rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme, nepotisme serta bersahabat baik dengan rejim zionis Israel kini menanti saat untuk tumbang. 

Kerajaan Pas juga sama. Mereka mengamalkan sifat-sifat zalim terhadap terhadap rakyat, mengamalkan rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme, nepotisme, maksiat sexual serta bersahabat baik dengan agent zionis Israel yang berpengkalan di Singapura.

Selama berdekad lamanya keadilan dan kebajikan untuk rakyat Kelantan dilenyapkan dan slogan Islam seperti mewujudkan negara islam dan pelaksanaan hudu, hanya topeng mendapatkan undi dan kuasa memerintah.

Yang jelasnya hasil kekayaan dari khazanah rakyat Kelantan diagihkan sesama kroni mereka manakala Rakyat Kelantan terutama di kampung-kampung terus melarat dan merempat sedangkan pemimpin ini hidup bermewah. Rakyat dibiarkan dalam kelaparan, kemiskinan, dan pengangguran. Inisiatif membuka peluang pekerjaan tidak mampu dilaksanakan. 
Rakyat Kelantan hanya berharap kepada kerjaya yang disediakan oleh Kerajaan Pusat. Kemudahan infrastruktur dan kebajikan sosial yang lain juga  terbiar dan memalukan negeri yang meletakkan slogan plitiknya sebagai 'serambi Mekah".
Oleh itu Pemimpin Pas Kelantan dan di negeri lain jangan beranggapan mereka selamanya selamat. Kelantan yang diperintah selama lebih 20 tahun telah sangat memuakkan.  Sistem demokrasi melalui pilihanraya di Malaysia akan memberi ruang kepada rakyat yang semakin bijak untuk menghumban mereka dari kuasa memerintah negeri.  
Pas dilihat tidak mampu mara ke hadapan lagi dalam arena politik Malaysia. Rakyat semakin bijak dan Pas semakin bergelumang dengan scandal yang beraneka jenis, ragam dan kategori. Paling terbaru adalah pembongkaran penyelewengan Pas makan wang anak yatim dari Tabung Politik Memali yang mereka sendiri tubuh dan uruskan.
Dengan itu, untuk terus survive dalam politik Pas perlu terus menjadi hamba abdi dan haiwan suruhan DAP serta sanggup menjadi kuda tunggangan bekas banduan, Nuar Berahim yang bermasalah itu.
Pas hanya ada sedikit modal untuk dipolitikkan jika harga barang naik sesen dua. Selain itu terus memperbodohkan ahli dan pengikutnya dengan dakyat fitnah kononya undi pos yang dicurigai, pengundi hantu, daftar pemilih dimanipulasi dan rasuah wang tunai kepada pengundi  seperti kain pelikat, beras termasuk wang ringgit. Habis berjuta ringgit duit kerajaan masuk ke poket pengundi untuk memenangkan UMNO-BN.
Dalam waktu yang sama, Pas terpaksa beristiqomah menggunakan kaedah-kaedah Komunis. Mengapi-apikan emosi rakyat yang dikatakan kononnya terus dibiarkan terhimpit dengan kesusahan. Mengipas kemarahan dan kebencian dengan memainkan isu biasa kenaikan harga barang keperluan, harga minyak petrol, tol, membayar balik pinjaman PTPTN, cukai, kemiskinan di bandar, gaji tidak dinaikkan setiap tahun dan banyak lagi yang boleh menaikkan kebencian.
Dalam keadaan demikian penyelewengan dan kelemahan Kerajaan Pas di kelantan, sukar untuk rakyat meniukmati rahmat kemederkaan di Malaysia. Mampukah rakyat bertahan dengan kehidupan sedemikian, dan berapa lama lagikah pemerintahan yang lemah ini akan terus bertakhta? 


Atau mungkinkah revolusi di dunia Arab akan menyusul meranapkan Pas di Kelantan.


 

5 ulasan:

abdullah berkata...

kelakar la entri ni. hahaha

Sudir berkata...

Rasanya tak perlu terikut ragam orang kat Mesir, Tunisia tu. Kalau Nik Aziz nak memerintah Kelantan 100 tahun lagi pun takpe..

Tanpa Nama berkata...

Entry ni sngat bagus bagi kita faham situasi dlm negara yg sama ngan kat tunis n mesir tuh..

tpi pmbgkang cuba nak hasut rkyat spaya anggap pmerntahan UMNO-BN pun sama ngan hosni mubarak ngan zainal abidin tunis tu.

tk sama lgsung. kta kat sini aman sjahtera. maju lagi.

adat la pmbgkang bukan ada buat kerj apa pun...cakap, janji, ceramah kosong jer..puter beli spaya rkyat benci..itu jer..

pakngah santan berkata...

masa iran kecoh dulu disebabkan moussavi, mengapa tak ada sekor pun bising. oh, puak pas takut pada dap, nama iran ni taboo sikit, dikaitkan dengan hizbullah. pasal tak ada untung politik, semua diam. penipu saja rupanya...

Terunapondoktimur berkata...

awak jgn sesuka hati tuduh Pas semcm itu.

Pas tidak sprti umeno.
pas ketuanya adalah orang beriman.

bukan mcm parti awak yg aqidah sngat nipis..

tak layak masuk syorga..awak layak jadi pngikut syaiton sja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...