Pengikut

Isnin, 31 Januari 2011

Tentera Allah Menyerang Tenang, Tentera Manusia Menyerang Peti Undi!


Sehingga hampir hari mengundi, DUN Tenang mengalami hujan lebat sehingga berlaku banjir di hari mengundi. Tidak ada siapa yang mampu menghalang fenomena alam ini. Banjir bukan isu politik.

Tetapi bagi Blogger Karat E-jau, pro Pas tidak begitu. Ajaran Tok Guru mendorongnya berjihad dengan bersungguh-sungguh. Di saat-saat akhir kemaraan Gerakan Rakyat UMNO-BN menolak Gerombolan Pakatan Haram, beliau mula menaikkan motivasi.

Tentera Allah datang daripada pelbagai bentuk,maka salah satunya ialah air,iaitu hujan yang Allah turunkan mampu memusnahkan segala sesuatu yang ada dibumi ini hanya dengan sekelip mata sahaja.

Mungkinkah ini yang berlaku di DUN Tenang,apabila hujan lebat yang turun sejak dari awal pagi menghalang laluan keluar lantas menyukarkan para pengundi untuk keluar mengundi terutamanya dikawasan Ladang (Felda) dan kampung-kampung yang menjadi kubu kuat Umno semakin ditenggelami air.

Akibat rempuhan tentera Allah ini, tentera Pas melarikan diri lintang-pukang meninggalkan Tenang. Tinggallah rakyat Tenang menyerang peti undi dan hasilnya:

BN: 6699
Pas: 2992
Majoriti: 3707

Tentera Allah mengamuk lagi!




Memang benar tentera Allah mengamuk di Kelantan saban tahun sehingga umat Islam dan Rakyat di situ di selamatkan oleh Kerajaan Pusat.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Sah lah pengikut Parti Ajaran Sesat ni dah taksub dan tak boleh berfikir lagi.

Habis dicampuraduk antara agama dengan politik ikut suka hati ikut sedap rasa.

Mudah2an selamatlah anak2 muda kita dari terjerumus dalam kancah kehinaan politik sebegina.

Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...