Pengikut

Ahad, 16 Januari 2011

Ahli Pas Terus Menyoal....Pemimpin Pas Tunduk Membisu

...dengan penuh keimanan dan taqwa..Ronnie Liu dan Ean Yong Hian 
menyampaikan sedoqah kepada semua rakyat...
Dap semakin berjaya bantu Pas mempolitikkan Islam.  

Ahli-ahli dan penyokong Parti Melayu Islam Pas terus mempersoalkan berbagai-bagai isu yang memalukan mereka ke belakangan ini.


Malangnya semua pemimpin Pas, ustaz-ustaz yang selama ini berpidato berapi-rapi menghasut kebencian dan menyemai perpecahan di kalangan umat Islam, tetap diam dan tunduk membisu.


Misalnya yang paling terbaru tindakan Ronnie Liu yang menganggap Undang2 Syariah tidak releven dan proaktif dilaksanakan telah membisukan semua pemimpin dan ustaz-ustaz Pas. 


Banyak lagi soalan-soalan yang kini bermain di kalangan ahli-ahli dan pengikut Pas yang keliru, tidak faham dan tidak puas hati terhadap pendirian Pas dalam banyak isu agama yang serius dan memalukan.


Ramai di antara mereka yang berpendapat adalah tidak wajar sama sekali permainan politik DAP dan PKR menghakis keIslaman perjuangan Pas. Tidak wajar tok guru dan ustaz yang berada dalam Pas membiarkan sahaja DAP memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia dan mempermainkan agama Islam sesuaka hati mereka.


Perlembagaan Persekutuan meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan agama lain juga diberi hak diamalkan. 


Tetapi Pas nampaknya gagal memahami peruntukan Perlembagaan Negara tentang hal ehwal agama dengan bersekongkol bersama DAP menghina agama Islam, iaitu agama ahlii-ahli dan penyokong menerka sendiri.


Ahli-ahli dan pengikut Pas yang semakin berkurangan, akan terus menyoal kezaliman Pas menghina agamanya sendiri bersama DAP.


Pemimpin Pas akan terus tunduk membisu untuk memelihara undi bersama DAP.



1 ulasan:

Mustaqim berkata...

Inilah propoganda yg dipakai oleh Lee Kuan Yew di Singapura dahulu kala.

Sama cara tetapi di lain tempat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...