Buku Interlok sudahpun dikumpul cuma agaknya menunggu masa untuk dibakar. Harap-harap janganlah jadi begitu. Patuhilah arahan kementerian, abaikan arahan Hindraf.
Pelajar-pelajar yang mengambil subjek kesusasteraan di SMK Bangsar dan beberapa buah sekolah lain di sekitar WP dan Selangor berasa hampa kerana buku Interlok masih tidak diagihkan kepada mereka.
Tinjauan rambang mendapati keengganan guru bertanggungjawab mengedarkan buku tersebut kerana terpengaruh dengan dakyah berbau perkauman yang sedang disebarkan oleh Parti Pembangkang. Kemungkinan juga kerana diarahkan oleh Hindraf.
Pengetua juga kemungkinan tidak berani mengambil tindakan tegas atau membuat keputusan kerana bimbang diserang oleh parti pembangkang yang menguasai sekolah tersebut.
Kementerian Pelajaran tidak boleh berbuat apa-apa kerana Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah juga berasa takut diserang dan dicemuh oleh Parti Pembangkang.
Kita berharap anak-anak kita tidak menjadi mangsa permainan politik perkauman pembangkang. Kita juga berharap Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah janganlah takut dan tidak mengikut rentak Parti Pembangkang tetapi ikhlas menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka. Kerajaan yang memerintah sekarang adalah dipilih oleh Rakyat, bukan dilantik oleh Hindraf atau Parti Pembangkang.
Rakyat hendaklah didahulukan.
Novel Interlok dibakar
KLANG 8 Jan. - Kira-kira 100 penduduk berketurunan India hari ini mengadakan demonstrasi sambil membakar novel Interlok di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini.
Mereka yang mendesak kerajaan agar mengharamkan novel tersebut dan menarik balik keputusan menjadikannya sebagai buku teks mata pelajaran Sastera Bahasa Malaysia tingkatan lima di sekolah, turut membakar salinan gambar penulis novel itu, Sasterawan Negara Abdullah Hussain.
Sepanjang demonstrasi kira-kira sejam itu, kumpulan itu menaikkan poster antaranya tertulis, 'Hapuskan Interlok', 'Jangan Hina Kami' dan 'Fikir Dulu Sebelum Laksanakan' selain menggantungkan kasut pada replika novel itu sebelum membakarnya.
Malah, pada satu ketika, seorang lelaki yang gagal mengawal emosinya dilihat menampar gambar Abdullah dan menggelarkan beliau sebagai 'sasterawan bodoh'.
Turut hadir pada demonstrasi itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Mariah Mahmud dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan.
Baca seterusnya disini: lifeisnotafairytaledude.blogspot.com
1 ulasan:
Inilah masalah ada PM Najib yg DAYUS. Masukkan mereka dlm ISA saja semua yg jahat dan kianat dgn Negara dan Umat ini. Mereka tidaklah ramai cuma beberapa kerat org sahaja yg nampak 'berani kerana benar' tetapi sebenarnya 'berani kerana duit & kemaruk kuasa' serta penakut dan bacul.
Kalau Polis tangkap kita semua akan selamat dari kencaman mereka yg nampak hebat dan 'outspoken'. Golongan ini belum lagi nampak bagaimana kemarahan kita org Melayu biasa ini!
Dalam isu Interlok ini salahkah org India yg datang ke Malaya dulu dikategorikan sebagai India Pariah? Jadi semua org India di Malaysia ini India Brahmin kah? SEHARUSNYA yg Pariah ini bersyukur di Malaysia kita tidak pernah mengkastakan mereka malah menjadi Menteri penting dlm kabinet selama puluhan tahun dan menjadi kaya raya dgn jawatan mereka itu. Jadi apa si Murugiah itu bising sangat? Dia Brahmin kah? PM Najib wajib pecat dia dan diganti dgn M Kyaveas yg menang Presiden PPP. Tapi PM Najib masih 'impasse' dan inilah padahnya. Nanti banyak isu lain akan keluar.
Sedihnya Menteri Dalam Negeri kita dan PM kita lagi bacul...........
Catat Ulasan