Pengikut

Sabtu, 8 Januari 2011

Anak Muda Penghalang Ketuanan DAP


Anak-anak muda kita dibesarkan dalam suasana negara kita yang aman dan berkebajikan.

Kerajaan UMNO-BN adalah kerajaan Pilihan Rakyat yang terbukti telah melaksanakan amanah yang telah diberikan.

Semua kaum berpeluang menjalani kehidupan yang selesa dalam negara demokrasi berparlimen. Pencapaian demi pencapaian dinikmati dan ianya berlaku secara berterusan.

Anak-anak China, India dan Peribumi berkongsi kemudahan pendidikan yang sama. Mereka hanya perlu memberi tumpuan kepada proses pembelajaran dari peringkat rendah hinggalah ke institusi pengajian tinggi. Semua berpeluang menjadi doktor, jurutera, peguam, guru, jururawat, ahli perniagaan dan segala macam kerjaya yang mereka minati.

Anak-anak muda kita adalah harta dan modal negara. Merekalah yang akan meneruskan perkembangan dan kemajuan negara ini ke tahap yang lebih baik lagi di masa akan datang.

Segala pencapaian yang dinikmati adalah hasil dari terbentuknya sikap hidup bersama di antara pelbagai kaum dan kepercayaan agama.

Untuk meruntuhkan negara bangsa Malaysia, mudah sahaja. Rosakkan perpaduan kaum dan agama, maka rosaklah segala-galanya.

Inilah yang sedang dilakukan oleh Parti yang berasaskan kaum China DAP.

Mereka melakukan segala-galanya untuk meningkatkan ketuanan DAP di tanahair kita ini. Mereka sengaja merosakkan hubungan kaum dengan cara meningkatkan kebencian kaum China terhadap UMNO-BN.

Mereka berjaya melebarkan perpecahan kaum antara Chinese dan Non-Chinese melalaui strategi parti yang mengungkit apa sahaja asalakan wujud bibit-bibit kemarahan, kebencian dan ketidakpuasan hati di kalangan kaum China.

Mereka juga berjaya melebarkan perpecahan antara umat Islam menggunakan Parti Melayu Islam Pas.

Mereka semakin berjaya meningkatkan penggugatan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang selama ini menjamin kerukunan hidup rakyat dengan memperalatkan Anwar Ibrahim.

Tetapi kita yakin, cita-cita DAP untuk menegakkan Ketuanan DAP di Malaysia akan mendapat tentangan daripada anak-anak muda kita. 

Generasi muda yang terdidik dalam sistem pendidikan yang holistik, mampu menolak dakyah-dakyah anti nasional  dan cauvinistik-racist DAP.

Mereka juga mampu menolak kezaliman Parti Melayu Islam Pas yang memperalatkan dan menghina agama mereka sendiri, agama Islam.

Generasi muda kita juga tidak akan mudah tenggelam dalam lakonan sandiwara dan konspirasi Anwar Ibrahim bersama DAP dan Pas untuk menaikkan Ketuanan DAP di bumi warisan ini.

Anak-anak muda kita telah dididik sayangkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. 

Anak-anak muda kita akan menjadi penghalang cita-cita membina Ketuanan DAP di negara ini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Generasi baru selepas 13 mei 1969, marilah kita pertahankan negara kita dari jatuh ketangan penyembah api (majusi) dan penyembah patung (hindu), apa pun terjadi kita orang Islam mestilah menjadi pemimpin dan ketua negara, kita mencorakkan negara ini.Dah menjadi ketetapan, kita lebih berhak mengurus negera dan mengambil munafaat darinya. Kita jangan pula berbuat aniya dgn orang2 mendatang.

Alhamdulillah berkata...

Salam Perjuangan,
Blog saudara telah dilinkkan ke blog saya semoga kita boleh berkongsi perjuangan ini kerana matlamat kita sama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...