Pengikut

Ahad, 9 Januari 2011

Membina Kekuatan Palsu: Pas Terus Bertipudaya dengan Ahli dan Penyokong Sendiri

Rasuah yang diamalkan Pas adalah Halal.
foto ehsan Minaqjinggo

Pas amat sedar partinya tidak ada apa-apa kekuatan. Jauh sekali jika dibuat perbandingan dengan UMNO. Pas ibarat parti murahan yang tidak berprinsip manakala UMNO parti pilihan rakyat yang besar jasa baktinya di bumi tercinta ini.

Ahli-ahli Pas yang telah insaf turut menyatakan adakah Parti Melayu Islam Pas itu masih relevan dengan keperluana rakyat dan negara sekarang.
Dengan demikian Pas terpaksalah dari semasa ke semasa terpaksa mencari jalan bagaimana hendak terus survive dalam dunia politik. 

Jalan paling mudah ialah membohongi ahli dan penyokongnya dengan kekuatan palsu. Pas terpaksa mencari pengaruh dan simpati dengan menjaja tafsiran ayat quran dan hadith mengikut keperluan politiknya. Tekanan dan arahan dari DAP terpaksa dilaksanakan walaupun perlu melanggar prinsip-prinsip ajaran Islam.

Taktik dan kaedah berpolitik yang digunapakai dilihat amat berbahaya. Selain dari terpaksa terus berbohong dengan pelbagai penipuan terhadap ahli-ahli dan penyokongnya, Pas redho mengenepikan ajaran dan roh Islam yang maha suci untuk mendapatkan sedikit undi.

bagaimanapun tipu daya dan muslihat politik Pas hanya mampu dikenakan kepada ahli-ahli dan pengikutnya sahaja. Masyarakat umum gagal dipengaruhi kerana kekuatan berfikir dan menganalisa masih menjadi benteng daripada dakyah Pas.

Sumber:  Harakahdaily

SUBANG, 9 Jan: Datuk Abu Bakar Chik mengingatkan semua pendukung PAS supaya sentiasa berusaha menguatkan parti bagi mengatasi jentera Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Ini, katanya kerana PAS lazimnya akan menentang calon Umno yang mewakili BN di kawasan majoriti Melayu pada setiap kali pilihan raya.

“Kita kena atasi kekuatan Umno sebab kita bertanding di kawasan Melayu,” ujarnya selaku Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada Program Motivasi Jentera Pilihan raya Dun Kota Damansara di Pejabat PAS Kawasan Subang, Subang Perdana malam tadi.

Beliau menambah, ini bertepatan dengan hasrat parti yang bersedia untuk menggantikan Umno pada PRU 13 nanti.

Ironinya, untk mendapatkan sokongan kaum China dan India, Pas sanggup mengumumkan bahawa partinya tidak memperjuangkan bangsa melayu. Pas sanggup mentafsir ayat quran dan hadith serta membuat kesimpulan bahawa dalam Islam memela bangsa itu adalah salah.

Dalam waktu yang sama Parti Melayu Islam itu hanya bertanding di kawasan Melayu. Jelaslah Pas memerlukan sokongan bangsa Melayu. Kesimpulannya hanya bangsa Melayu sahaja yang boleh diperdaya oleh Pas untuk survival politiknya.Kaum China dan India melihat Pas hanyalah parti kelas rendah yang tiada kejujuran pada bangsanya sendiri.

Pas menghadapi masalah untuk membina kekuatan partinya kerana dasar dan polisi parti itu menolak Melayu sebagai satu bangsa yang perlu dibela, dijaga kebajikan dan diajak bersatu untuk memelihara kekuatan politik. Sikap ini amat bertentangan dengan amalan UMNO.

UMNO dilihat telah lama menunaikan amanah yang diberi mandat selama ini menjaga kepentingan orang-orang Melayu, Pribumi, China, India yang berbeza anutan kepercayaan agama dan budaya hidup. Kejayaan UMNO bersama BN ini amat sukar untuk dinafikan dengan apa cara sekalipun.

Justeru, kekuatan yang ada pada perjuangan UMNO-BN yang sudah tidak diragui oleh seluruh rakyat berbilang kaum adalah penghalang utama kepada matlamat politik Pas.

Malah situasi yang wujud sekarang ini menunjukkan semakin bertambah bilangan ahli-ahli dan penyokong yang  ragu-ragu dengan perjuangan Pas yang dilihat tidak memiliki piawai perjuangannya. Pas dilihat sangat lemah dan tidak mempunyai apa-apa kekuatan yang relevan dengan keperluan rakyat berbilang kaum dan negara yang sedang pesat membangun.

Sehubungan itu, seluruh jentera parti Pas menghadapi masalah untuk menghadapi PRU 13. Sebarang perancangan yang mereka atur, perlulah  tidak lari dari kaedah menabur fitnah dan meningkatkan kebencian. Sedangkan rakyat memerlukan perancangan dan pelaksanaan berterusan seperti yang dilakukann oleh UMNO-BN.

Kerana itulah kita dapat melihat betapa pemimpin Pas kini dikritik dengan hebat dan berakhir dengan pengasingan diri di kalangan ahli dan penyokong di seluruh negara. Yang tinggal hanya mereka yang benar-benar taksub, berjiwa memberontak dan suka kepada keganasan.

Dijangkakan PRU 13 ini akan menjadi batu tanda kejatuhan negeri-negeri yang dikuasai oleh Pas dan melibatkan juga negeri-negeri yang dikuasai oleh PKR dan DAP.

Pas tiada pilihan. Pas perlu membina kekuatan palsu dengan terus menipu dan membohongi ahli dan penyokongnya.

DAP juga turut bimbang jika Pas ditolak rakyat. Kalau itu berlaku bermakna Rakyat menolak Malaysian malaysia. Yang juga bermakna hancurlah harapan DAP untuk menegakkan Ketuanan DAP di Malaysia.

2 ulasan:

d berkata...

Salam Perjuangan,

Saya tlh linkkan blog Tuan.

JUTAAN TERIMA KASIH kerana melayari dan ,menjadi follower di blog saya.

Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat

http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

YANG GAMBI berkata...

Salam ziarah, terima kasih sudi melawat blog kawan... dan blog tuab sudah disenaraikan... selamat berjuang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...