Seluruh Rakyat Rakyat Malaysia amat terkejut dengan peristiwa penubuhan Kerajaan bawah Pokok di Negeri Perak Darul Ridzuan. Bagi warganegara veteran mereka lantas mengaitkannya dengan peristiwa keganasan China Komunis di zaman darurat dahulu.
Pada ketika itu China Komunis mengganas dengan membunuh siapa sahaja yang mereka suka. Membakar rumah penduduk tempatan, menangkap dan menghukum sesiapa sahaja yang mereka kehendaki.
China Komunis ketika itu tidak mempunyai pejabat rasmi di dalam bandar. Mereka beroperasi dan bermesyuarat di dalam hutan. Mereka mendirikan mahkamah di bawah pokok dan menggunakan hukum rimba sebagai asas pengadilan.
Ramai di antara ahli keluarga penduduk tempatan yang ditangkap tengah malam dan dibawa masuk ke dalam hutan dari dalam hutan. Nasib mereka sehingglah ke hari ini tidak dapat diketahui. Dipercayai telah dibicarakan dan kemudian dijatuhi hukuman bunuh samada dengan cara ditembak atau disembelih.
Pemimpin Tentera Selempang Merah, Panglima Salleh
banyak berjasa halang kekejaman askar China komunis di Batu Pahat, Johor
Pada ketika itu, masyarakat China juga tidak menyokong pergerakan China Komunis ini kerana kekejaman mereka. bagaimanapun tekanan dan ancaman yang begitu kuat menyebabkan masyarakat China mendiamkan diri untuk menyelamatkan nyawa mereka.
Hasil dari perpaduan Rakyat, ancaman China Komunis ini telah dapat dibendung dan mereka terus melarikan diri dan tinggal di dalam hutan. Mereka kini telah menyerah diri dan dikumpulkan di sebuah perkampungan khas di Selatan Thailand.
Apabila parti yang berasaskan kaum China DAP berjaya menubuhkan kerajaan di negeri Perak dengan gabungan tipis bersama Parti Melayu Islam Pas dan PKR, pemimpin-pemimpin mereka telah menunjukkan perlakuan biadap sehingga ke tahap menderhaka Ke Bawah Duli Paduka Seri Sultan Perak.
Persoalannya mengapakah pemimpin China DAP ini begitu berani menceroboh Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang. Mereka begitu biadap membelakngkan prinsip Kesetiaan Pada Raja dan Negara.
Kebiadapan ini adalah disebabkan mereka mendapat sokongan daripada pemimpin politik Melayu sendiri seperti Anwar Ibrahim dan Nik Aziz yang mewakili Parti Melayu Islam Pas dan Parti Melayu Liberal -Pluralis PKR.
Bagaimanapun selepas peristiwa Penubuhan Kerajaan Bawah Pokok ala zaman Keganasan China Komunis di zaman darurat dahulu, ramai pemimpin yang menyokong Nuar Berahim telah meninggalkannya. Di pihak Pas pula ramai ahli-ahli dan pengikutnya telah menyisihkan diri dari parti itu.
Pemerhati politik melihat nasib pergerakan Pakatan Pembangkang hari ini sama seperti sejarah zaman darurat di mana rakyat akhirnya bersatu menentang pengkhianat negara. Rakat bersatupadu membersihkan anasir-anasir Anti Nasional di tanahair ini yang kini tidak bergerak di dalamk hutan tetapi di dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
1 ulasan:
Salam, Salam perjuangan dan salam 1 Malaysia. Singgah sebentar di blog tuan. Blog tuan telah saya linkkan di blog saya. Selamat berjuang..!
Catat Ulasan