Pengikut

Jumaat, 24 Disember 2010

PAS: Lembu Ternakan Nuar Berahim Yang Dungu


Seperti lembu yang sudah dijerut lehernya, PAS akan mengikut ke mana sahaja diheret oleh Nuar Berahim.

Hampir kesemua pemimpin-pemimpin Partai Melayu Islam itu terpaksa mempercayai dan mematuhi apa sahaja yang ditentukan oleh bekas banduan yang memimpin Parti PKR, parti peribadi dan keluarganya.

Kedunguan pemimpin-pemimpin PAS ini semakin menyerlah dan sudah mula diperhatikan oleh ahli-ahli dan penyokong mereka.

Apa yang tidak dapat difahami ialah mengapa PAS sebagai sebuah Parti Melayu Islam yang berpegang kepada prinsip-prinsip ajaran agama al-quran, tetapi merelakan dirinya dijadikan alat oleh bekas banduan yang kini masih lagi menghadapi kes mahkamah atas tuduhan salahlaku yang sama.

Ahli-ahli dan penyokong PAS sudah mula bertanya, adakah slogan-slogan "membangun bersama Islam", "Kepimpinan ulamak" yang dilaungkan selama ini hanyalah merupakan slogan politik sahaja.

Mereka sudah mula rasa bersalah dan malu kepada rakan-rakan dan keluarga yang berada dalam UMNO-BN, kerana selama ini PAS berceramah di merata tempat menghina UMNO kerana berkerjasama dengan MCA dan MIC yang bukan Islam. 

Tetapi kini PAS bukan sahaja bekerjasama dengan PKR dan DAP, malah membantu melaksanakan arahan-arahan DAP  yang boleh merugikan Islam itu sendiri. Mereka tidak puas hati kerana tingkahlaku dan perbuatan Nuar Berahim didapati terlalu banyak yang bercanggah dengan ajaran Islam. Manakala DAP didapati sentiasa mencari jalan memesongkan pemikiran umat Islam melalui tafsiran-tafsiran liberal dan pluralisme mereka.

Misalnya dalam isu APCO, mereka mempertikaikan mengapakah pemimpin-pemimpin PAS tidak membuat kajian dan penyiasatan terlebih dahulu mengenai kebenarannya. Sebaliknya menelan bulat-bulat pembohongan Nuar Berahim dan bertindak melulu menyokongnya. 

Samalah dengan isu Nuar Berahim akan menubuhkan kerajaan pada 16 Sept. yang lalu di mana PAS turut membohongi dan merelakan ahli-ahli dan penyokongnya menjadi mangsa penipuan dan temberang Nuar Berahim.

Paling terbaru, sekali lagi dilihat bukti pemimpin-pemimpin menjadi lembu ternakan Nuar Berahim dan China DAP ialah PAS dijadikan budak suruhan semasa Konvensyen Kedua Pakatan di Pulau Pinang. Pas dipaksa jangan bercakap mengenai Islam, dilarang membawa isu negara Islam dan diberi amaran supaya apa sahaja isu berkaitan Islam hendaklah mendapat restu DAP terlebih dahulu.

Semua pemimpin PAS akur, tunduk dan mengangguk menerima syarat-syarat itu asalkan PAS tidak dikeluarkan dari Gerombolan Pakatan Pembangkang itu. 

Baca seterusnya kedunguan Parti Melayu Islam ini...

APCO: MP PAS serah memo kepada Agung hari ini
Ditulis oleh Harakahdaily   
MONDAY, 05 APRIL 2010 12:45

KUALA LUMPUR, 5 April - Hampir semua anggota Parlimen PAS akan menyerahkan memorandum mengenai perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan APCO Wordwide kepada Yang Dipertuan Agung jam 12 tengahari ini.

Rombongan yang diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ini akan menyerahkan memorandum itu jam 12 tengahari kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di pejabatnya.

Memorandum ini bertujuan memohon kepada Yang Dipertuan Agung agar campurtangan berikutan keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik perjanjian dengan syarikat itu.

Ini kerana, APCO juga mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Israel dan dipercayai turuk terlibat dalam merancang 'One Israel' sebelum memberikan khidmat perhubungan awam kepada kerajaan Malaysia.

Dalam sidang Parlimen minggu lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan APCO Wordwide.



1 ulasan:

dzimba berkata...

PAS sesat dan menyesatkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...