Pengikut

Isnin, 28 Mac 2011

Datuk Eskay Mampu Bersendirian: Adakah Tan Sri Rahim Terpedaya?


Datuk Eskay mampu bersendirian mendedahkan video sex yang melibatkan Nuar Berahim. Apa perlunya melibatkan Tan Seri Rahim dan Datuk Shuaib Lazim (sehingga sekarang tidak muncul)?

Datuk Eskay kawan rapat Nuar Berahim sehingga seakrab berkongsi bilik kembar di mana video dirakamkan.

Datuk Eskay bukan UMNO figure. Mengapa perlu libatkan UMNO dan Risda.

Sehingga persoalanini terjawab, Laksama tetap curiga. Full stop.

Tan Sri Rahim Tamby Chik pernah dikaitkan dengan buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM".

Hari ini TS Rahim sekali lagi dikaitkan dengan "Video Misteri" yang juga berkaitan dengan Anwar Ibrahim.

Pemilik asal video tersebut adalah Datuk Shazryl Eskay Abdullah, kawan rapat Anwar dan tidak mempunyai apa-apa masalah dengannya.

Persoalan yang menarik difikirkan:
  1. Datuk Shazryl mengaku beliau bukan orang politik tetapi mengapa mengajak TS Rahim seorang ahli politik menyertainya mendedahkan video tersebut.
  2. Shazryl mengaku bukan bertujuan politik, tetapi mengapa mendesak Anwar dan Azizah berhenti dari berpolitik.
  3. Apa perlunya melibatkan TS Rahim padahal Shazryl mampu mendedahkan   video tersebut bersendirian.  
  4. Datuk Shazryl mengaku tidak akan menyerahkan kepada pihak polis tetapi sangat berminat meminta dunia dan rakyat menjadi hakim.
  5. Datuk Shazryl mahu menghebohkan video tersebut kepada umum melalui Suruhanjaya Penyiasatan yang ahli panelnya dipenuhi oleh wakil pembangkang dan NGO.
  6. Shazryl tidak berminat mempertahankan ketulenan video tersebut tetapi lebih berusaha supaya semua pihak mempercayai bahawa beliau bukan berseorangan mendedahkan video tersebut.
  7. Sidang media tersebut tidak menyatakan dengan jelas sejak bilakah TS Rahim dan Datuk Shuaib Lazim menyertai beliau sebelum membuat sidang media.
  8. Nama PERKASA diumumkan terlibat hanya melalui Nama Datuk Shuaib Lazim yang tidak hadir bersama sehingga Presiden PERKASA menafikan penglibatan pertubuhan Melayu itu.
  9. Adakah TS Rahim bersetuju hadir bersama dalam sidang media untuk mengaku terlibat dalam pendedahan video tersebut, setelah be;liau benar-benar yakin video tersebut adalah tulen, atau beliau hanya dipujuk dan dirangsang untuk mengenakan Anwar Ibrahim.
  10. Apakah jangkamasa dari tarikh rakaman video dengan tarikh pendedahan dibuat merupakan masa yang digunakan untuk memerangkap TS Rahim.
  11. Apakah tahap hubungan TS Rahim dengan Datuk Shazryl dan adakah TS Rahim sebenarnya diumpan supaya "ghairah" untuk melibatkan diri.
  12. Apakah TS Rahim sudah mengambil langkah yang sangat "berhati-hati" atau beliau telah menjadi mangsa perangkap kerana pencatur konspirasi ini sangat mengetahui kelemahan TS Rahim yang pernah "dikenakan" oleh musuhnya satu ketika dahulu. Dengan itu mudah memerangkapnya kerana kononnya video itu akan memusnahkan Anwar Ibrahim. 
Laksamana berharap ada pihak yang bersungguh-sungguh menyiasat latarbelakang sebenar bagaimana TS Rahim. Adakah dia dipujuk untuk terlibat dengan drama video ini atau sememangnya DS Rahim bermula dari awal.

Kalau betul TS Rahim terlibat dari awal, memasang perangkap untuk merakamkan perbuatan Anwar dengan pasangannya, maka Anwar Ibrahim akan tersungkur.

Tertapi jika TS Rahim hanya terlibat setelah dipujuk, UMNO akan menghadapi masalah besar!

Sama-samalah kita ikuti adegan seterusnya nanti dan berharap ianya tulen sehingga Nuar Berahim dihukum oleh rakyat bukan oleh Mahkamah.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya juga berpendpt Dtk Eskay patut mendedahkan video itu tanpa melibatkan UMNO dan pihak lain.
Niatnya masih boleh dipertikai.
24 Mac 2011 2:08 AM

RazmanAlly berkata...
Setelah membaca entry ini saya keliru dan berubah2 fikiran.

Ada benarnya pandangan tuan kerana permainan Anuwar tidak ada batas sempadan.

Saya juga risau kalau2 Datuk Sri Rahim agak tergesa2 dan ghairah mempercayai video yang ditunjukkan kpdnya.

Mungkin juga tanpa berfikir panjang, beliau naik semangat nak kerjakan anuwar sehingga terperangkap video itu hanya alat konspirasi anuwar sahaja.
24 Mac 2011 2:10 AM


Bingai @ Bangang berkata...
Sebagai seorang yg berpengalaman dalam situasi ini, TS Rahim pasti telah bersedia. Pendedahan Dato' Shazly sendiri menjadi agen menutup ruang untuk beliau aktif dalam politik sedangkan TS Rahim tiada kepentingan dalam politik lagi. Cukuplah sebagai pemerhati arus perdana yang ternyata lebih sesuai untuk beliau.

Sokong Penubuhan Suruhanjaya Di Raja

Aku Yang Bingai
18SX: Baru celup dah pancut?
24 Mac 2011 2:15 AM



SUNGAI RAPAT ONLINE berkata...
Salam Perjuangan

Saya juga agak musykil dengan Datuk Syazryl, adakah ini helah Anwar menggunakan Datuk Syazryl bagi mencipta kononnya konspirasi dari Umno, jika ini terjadi sesuatu perlu dibuat agar Anwar tidak menggunakan isu ini dalam pilihanraya Sarawak
24 Mac 2011 11:43 AM


Aliffnajmi berkata...
Kupasan yg menarik. Utk mengelakkan barah dari terus merebak, Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan secepat mungkin.

Suruhanjaya perlu siasat :
1) Ketulinan video tersebut.
2) Siapa pelaku dlm video tu?
3) Hubungan Shazly dan pelaku waktu itu?
4) Hubungan Shazly dan TS Rahim waktu ini.
5) Siapa empunya kamera?
6) Kenapa ambil masa setahun utk dedahkan?
24 Mac 2011 12:23 PM


Tanpa Nama berkata...
Itu sebab perlu tubuh Suruhanjaya DiRaja untuk merungkai persoalan.
Apa motif Rahim Tamby Chik dah tak penting. Yang penting, siapa lelaki dalam video sex tersebut.

TESLAMARIN berkata...

atau eskay ni kaut kiri kanan, sapa tau?

Tanpa Nama berkata...

laksamana, saya sudah mengenali eskay sekian lama lagi dari zaman arwah tan sri megat junid. Saya tahu permainan manusia yg bernama eskay yang berdarah siam ini, sungguh licik, bahaya. Licin macam belut tapi bahaya macam kala jengking. Jgn percaya pada pendedahan video ini sebab saya merasa pelik kenapa sebagai supplier tiba2 terkejut dgn wujudnya video permainan yang di supplykan nya. Eskay tak pernah berubah walaupun dari segi rupa, tinggi ilmu budak siam ni.

dari, Anak Ampang

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama, sudah tentu datuk rahim percaya w/pun imej bukannya bukan org yg patut dipercaya. Seperti seorang penakut dgn bayang2nya sendiri kan. Umum tahu kenapa eskay memilih datuk rahim sebab dendam kesumat rahim pada anwar disebabkan kes yg melibatkan seorang budak belasan tahun hingga melahirkan anak.

dari, anak ampang

Hanafi Jabar berkata...

Kita harap DS Najib berhati2 dan siasat dari segenap sudut.

UMNO sangat berjasa kpd rakyat dan negara. Maka UMNO tidak perlu melayani hal2 sebegini kerana banyak lagi yang rakyat perlukan dari perjuangan UMNO.

UMNO-BN teruskan dasar membela rakyat dan bangun negara kerana mandat rakyat lebih penting dari pemainan politik Anuwar yang tidak berkesudahan.

Kerajaan sekarang adalah kerajaan rakyat semenjak 50 tahn yang lampau. Kekalkan prestasi dan rakyat pasti bersama kerajaan dan menolak gerombolan pengklhianat politik yang tidak menghormati Perlembagaan dan undang2 negara kita.

PUU berkata...

YG AKU PELIK.. NAPA DIORG PI JUMPA PM KAT PARLIMEN.. MENYUSAH PM JER.. BUAT LA SENDIRI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...