Di sebalik semangat juang yang tinggi dan berbekalkan strategi yang betul, para pejuang juga hasruslah dilindungi daripada menjadi mangsa pihak yang tidak jujur.
Persada Alam Maya adalah Medan baru Perang Politik mutakhir. Pasti memerlukan tenaga, perancangan dan lojikstik yang rapi dan konsisten dalam pelaksanaan. Kerana pertempuran di Alam Maya tidak bertepikan sempadan geografi negara ini sahaja.
Pihak yang mempunyai Iltizam yang tinggi lagi mantap akan memperoleh Tuah memenangi pertempuran ini.
Kesannya amat besar. Lebih besar dari hanya nasib jutaan rakyat Malaysia,. Kesannya akan menerobos ke akar umbi sebuah bangsa kecil. Bangsa yang telah berjaya membina tamadun dan jatidiri untuk berdiri sama tinggi dengan negara bangsa yang lain.
Demikian, para pejuang di Persada Alam Maya harus diterajui oleh pejuang dan pemimpin yang bukan sahaja bersemangat, berilmu dan beragama, tetapi juga harus jujur.
Ketidakjujuran bukanlah satu sifat yang kekal. Boleh berubah. Boleh diubah.
Para pejuang yang tulen sentiasa menerima dan melakukan perubahan selagi perubahan itu menjamin masa depan yang lebih baik.
Pejuang yang tidak jujur akan tewas sebelum turun ke medan tempur yang sebenar.
Kepada mana-mana pihak yang tidak jujur, kembalilah ke pangkal jalan. Betulkan semula kesilapan dan teruskan mara ke hadapan bersama-sama. Buangkan yang keruh, ambillah yang jernih. Memaafkan rakan pejuang yang menyeleweng lebih besar maknya dari memaafkan musuh yang menyerah diri.
Laksamana turunkan keluhan dari Blogger Papa Gomo berkaitan KEJUJURAN
Malam tadi Gomo meletuskan sekali terjahan ke atas pemimpin UMNO. Gomo bukanlah seorang Blogger yang suka menyerang kepimpinan UMNO ataupun kepimpinan BN yang ada. Kalau di hitung dari 2008 sampai sekarang ini yang seingat Gomo hanya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato Shaifuddin Abdullah dan Tun Faizal Exco Pemuda UMNO sahaja yang Gomo terjah dalam Blogg ini.
Gomo dan rakan blogger lain hanyalah Blogger yang terhasil dari kekalahan parah BN pada 2008 yang lalu. Kami terhasil di ats kesedaran kami sendiri dan bukan nya di ilhamkan oleh Unit Media Baru seperti yang di dakwa Tun Faizal Pengerusi UMB.
Sebelum kewujudan UMB lagi kami sudah berjuang menentang media pakatan pembangkang walaupun pada waktu itu para Blogger di sebelah Barisan Nasional amatlah sedikit dan jauh ketinggalan dari pelbagai aspek. Tapi itulah kami para Blogger yang hanya niatnya satu iaitu menghancurkan pakatan Pembangkang dan matlamat BN menang pada PRU 13.
Kami bukanlah pemimpin Politik sepertimana Tun Faizal yang berjawatan EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan juga merupakan Pegawai Khas kepada Menteri KDN Dato Seri Hisyamuddin. Kami masing masing mempunyai kerja sediri dan itulah kami Blogger jalanan.
Kami para Blogger tidak pandai main projek itu ini, jika di berikan kami projek pada kami sekalipun pasti akan gagal kerana matlamat kami adalah perjuangan di dalam media baru dan bukan keutamaan kami dalam meraih Projek yang ada di dalam kerajaan.
Jangan dipertikaikan mutu kerja kami kerana kami tidak mempunyai Tuan ataupun Boss sebaliknya kami adalah POLONG TAK BERTUAN yang tidak terikat dengan mana mana pemimpin. Mana pemimpin yang menghargai kami maka kami balas dengan keringat kami membantu kerajaan dan itu lah yang berlaku sejak kewujudan kami dalam arena media baru ini.
Cywar dalam perang media baru kami bukan nak mendabik dada tapi jujur kami katakan 90%hasil nya adalah datangnya dari kami sendiri yang mana kami berbincang diantara blogger dan melakukan sesuatu isu tampa arahan mana mana pihak.
Tun Faizal menjual ke serata pelusok menyatakan beliau lah yang memberikan tugas Cywar kepada jentera media baru sehinggakan ramai yang percaya kepada beliau. Al Maklum beliau Exco Pemuda dan Pengerusi Unit Media Baru jadi senanglah orang ditipu hidup hidup.
Dah lama para Blogger dijual bagaikan Pelacur oleh Tun Faizal ini sampaikan seorang demi seorang meninggalkan UMB. Dan untuk makluman hari ini hanya tinggal beberapa orang sahaja blogger dalam UMB pusat dan di antara mereka yang ada didalam itu pun adalah Blogger baru yang dipujuk rayu oleh Tun Faizal untuk menyertai UMB dibawah beliau.
Otai? Boleh lah Gomo katakan kami para blogger Otai sudah meninggalkan UMB dan kemuncaknya pada PRK Kerdau yang lalu. Sesiapa sahaja boleh tanya kepada blogger yang ada hari ini apakah mereka bernaung dibawah UMB? Siapa dan Blogger mana di bawah UMB?
PRN Sarawak telah memberikan kami satu tamparan yang cukup pedih apabila sekali lagi Tun Faizal melacurkan nama nama blogg kami bagi mendapatkan peruntukkan. Dan memang dijangka beliau berjaya mendapatkan peruntukkan memandangkan nama nama besar kami dalam Media Baru cukup dikenali oleh pemimpin dan dengan adanya nama kami maka Gugurlah peruntukkan buat PRN Sarawak.
Tetapi kami? Hanya Allah yang tahu apa yang kami perolehi dan hanya Allah sahaja yang tahu apa berlaku pada peruntukkan wang yang telah diberikan kepada Tun Faizal UMB. Gomo yang memang selalunya menjadi kepala gaduh dalam hal ini bertindak kehadapan dan bertanyakan kepada beberapa pemimpin dan terus terang Gomo katakan mereka yang Gomo temui MENGELING KEPALA dan MENEPUK DAHI bila mengetahui Tun Faizal sudah melacurkan nama kami sedangkan kami yang berjuang bagai nak Gila tidak memperolehi apa apa imbuhan.
Walaupun dengan keadaan sebegitu Gomo dan rakan blogger lain tetap meneruskan perjuangan di Sarawak tampa imbuhan yang sepatutnya Gomo dan rakan lain perolehi. Atas ehsan dari beberapa pemimpin, rakan rakan politik, pegawai menteri, timbalan menteri maka ada sedikit sebanyak keewangan buat kami dalam bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi.Penginapan pula sepanjang Gomo 15 hari di Sarawak 4 kali tukar hotel memandangkan ianya diberikan atas ehsan pihak tertentu.
Tun Faizal dengan peruntukkan yang ada dan kami blogger blogger tampa peruntukkan. Namun impak pada PRN Sarawak yang lalu didominasi kami Blogger tampa peruntukkan. Kami meletopkan beberapa isu yang mana UMB dibawah Tun Faizal pun tidak mampu melakukannya.
Bukan kami nak mendabik dada dengan apa yang kami lakukan tetapi kami nak jelaskan kepada semua pembaca terutama pemimpin UMNO bahawa UMB dibawah Tun Faizal tidak mempunyai kekuatan secara total. Jika ada pun blogger yang bernafas dibawah UMB yang mempunyai kekuatan adalah Dr Novandri, Pisau.Net dan Reformasin.
Artikel ini Gomo hanya ingin menjelaskan kepada pembaca mengenai kami para Blogger yang Tak Bertuan ini. Kami nak jelaskan kepada pemimpin BN bahawa kami bukan dibawah Unit Media Baru Tun Faizal. Bukan kami menolak UMB tetapi kami menolak Tun Faizal selaku pengerusi UMB.
Tun Faizal tidak layak diberikan peranan selaku Pengerusi UMB kerana beliau tidak mempunyai kepakaran dalam menyatupadukan para Blogger yang ada. Beliau juga bersikap Ego dan suka bermain politik lebih berbanding apa yang sepatutnya di lakukan dalam UMB.
Artikel ini sebagai pemanas badan kerana petang nanti barulah terjahan yang sebenar akan di lakukan ke atas Tun Faizal Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pegawai Khas kepada Dato Seri Hisyamuddin Menteri KDN.
Kami Para Blogger Blogger Tidak Suka Pada Mereka Yang Mengambil KREDIT Di Atas Usaha Yang Kami Lakukan. Mohon Awas Dengan Penjual Cerita Seperti Tun Faizal Ini.
3 ulasan:
Kesilapan manusia apabila berlaku peningkatan umur tetapi tidak selari dengan kematangan akalbudi
21 Julai 2011 10:24 PM
Anti Berak Merata berkata...
Bukan senang nak mencapai maqam "jujur"...apatahlagi jika umur sudah melebihi setengah abad.
21 Julai 2011 10:25 PM
ALahaI sI LunCAi berkata...
SAMPAI MASA DAH BRO,
KITA AKAN LUKA KALAU UMNO KALAH, SEDANGKAN ADA ORANG AKAN KAYA JIKA SESIAPAPUN MENANG!
21 Julai 2011 10:51 PM
UjangRanggi berkata...
Org yg tidak jujur akan tersepit oleh kehinaan dirinya sendiri bro.
Hina kerana mengkhianati rakan lebih teruk dari hina mengkhianati musuh.
22 Julai 2011 12:19 AM
Penditakainsingkat berkata...
Apapun...berilah peluang kepada mana2 pihak yg tidak jujur kembali kpd perjuangan.
Berjuang bersama dengan ikhlas memberikan kepuasan yg tidak terhingga...ingat dan diingati sampai bila-bila.
Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama. Nama yg baik dikenang berzaman.
22 Julai 2011 12:26 AM
Anak Jawa berkata...
JUJUR INI MUDAH DILAFAZKAN DAN MUDAH JUGA UNTUK DI AMALKAN. MALANGNYA, JUJUR INI SERING DIHIMPIT SYAITAN UNTUK MENYESATKAN.
ALANGKAN YANG BAIK PUN BOLEH JADI HINA KERANA ANASIR YANG MENGGELAPKAN HATI DAN MATA.
MANUSIA BANYAK DIBERI PELUANG UNTUK BERUBAH, TAPI MALANGNYA, MANUSIA TIDAK MAHU MEMILIH JALAN UNTUK BERUBAH KEARAH YANG BAIK.
APAPUN, PERJUANGAN DI ALAM MAYA MAHUPUN KETAJAMAN PENA SANGAT BERKESAN DAN ADA MEMBERI KESAN.
ADA YG BERJUANG NTK DIRI SENDIRI, DAN ADA YG BERJUANG NTK ORANG LAIN.
"LU PIKIR LA SENDIRI"
BENCI PENGKHIANAT BANGSA berkata...
SALAM SAUDARA SEMUA...
SEDIH...SANGAT SEDIH...SEDIH BILA MEMIKIRKAN INILAH PETUALANG YANG HANYA MENGENYANGKAN PERUT SENDIRI DENGAN IDEA DAN KREATIVITI ORANG LAIN. BILA DITANYA...MUDAH JE JAWAPAN MEREKA, BERJUANGLAH DENGAN AIR MATA DAN DARAH DEMI AGAMA DAN BANGSA. SEDANGKAN PERUT MEREKA DAN KOCEK MEREKA BERISI PENUH HASIL USAHA ORANG LAIN.
ORANG LAIN DIMINTA UNTUK BERJUANG DEMI AGAMA TAPI MEREKA BERJUANG ADA IMBUHANNYA. ADILKAH ITU WAHAI MANUSIA? JIKA KITA BEKERJA, KERJA KITA BUKAN SEKADAR NIAT YANG IKHLAS TAPI PERLU JUGA GAJI YANG MENJADI IMBUHAN DAN MENJADIKAN KITA LEBIH IKHLAS DARI SEPATUTNYA.
BERKAITAN DENGAN KELUHAN RAKAN-RAKAN PERJUANGAN PARA BLOGGER YANG TELAH BERSUSAH PAYAH KERANA MEMPERTAHANKAN MARUAH AGAMA DAN NEGARA, TERNYATA LUAHAN INI BUKAN KERANA HATI YANG TIDAK IKHLAS TAPI LEBIH DARIPADA RASA TIDAK PUAS HATI DAN KECEWA.
SESIAPA PUN AKAN KECEWA. KEPADA PAPA GOMO DAN RAKAN SEMUA, KITA TERUSKAN PERJUANGAN INI DENGAN RASA CINTA PADA AGAMA DAN NEGARA.
BERDOALAH KEPADA ALLAH, JIKA SEBENARNYA HAK KITA TELAH DISALAH GUNAKAN DAN JIKA ADA YANG MENGANIAYAI KITA, KITA DOAKAN AGAR ALLAH MEMBALASNYA. WALAU SATU SEN PUN ADA HARGANYA DI SISI ALLAH JIKA SEN ITU SEBENARNYA ADALAH HAK KITA YANG TELAH DITIPU OLEH MEREKA.
SETAKAT MANA SANGAT KEKAYAAN DAN DUIT YANG DITELAN, HANYA SETITIK AIR DI LAUTAN YANG TIDAK AKAN MEMBASAHI SELURUH WAJAH MEREKA. IA AKAN KERING KERANA IA ADALAH HAK ORANG LAIN.
AS SANGAT MEYAKINI, JIWA KAMI PARA BLOGGER TIDAK PERNAH LUMPUH UNTUK BERJUANG. WALAUPUN KAMI TIDAK DIHARGAI.
TAPI INGATLAH WAHAI PENYAMUN, ALLAH MELIHAT APA YANG KAMU LAKUKAN. SETIAP SEN HAK KAMI YANG KAMU GUNAKAN AKAN KAMI TUNTUT DI AKHIRAT KELAK!
22 Julai 2011 1:02 PM
Bahtera Merdeka berkata...
Sabarlah bro and sis semua...
Manusia lazimnya hilang pertimbangan ketika berada dalam kesempitan atau keinginan luar biasa.
Berilah peluang kepada pihak yang telah melakukan kesilapan dan sama-sama berharap semuga mereka juga boleh berfikir dan merasa.
Teruslah berIltizam...semuga Tuah sentiasa menyebelahi kita untuk agama, bangsa dan negara tercinta.
Teruslah berpencak di medan Alam Maya tanpa rasa sangsi.
Anggaplah yang tidak jujur itu sebagai rakan yang baik tetapi melakukan kesilapan yang tidak diingini.
Mudah-mudahan sentuhan rasa kasih dan setiakawan kita, akan membantunya menjadi insaf dan kembali menghargai dirinya, rakan-rakannya dan berasa sedikit takut kepada Allah...amin
Peh...terus terang la cakap, usah berbunga-bunga..korang semua ni kena kencing ya?
Aku tau sapa kena kencing dan sapa yang mengencing tu..
Dia sudah makan duit mantainance korang kan?
Lu orang sudah berapa bulan kontang, kan?
Aku salute korang yang masih meneruskan perjuangan..
Itu Mamat yang kencing korang tu sedang minum air kencing kuda, korang tau kaaa? Hahaha....aku doakan nasib korang terbela juga suatu hari nanti..doa orang yang teraniaya insyaallah akan termakbul..
Catat Ulasan