Sebagai rakyat Malaysia kita secara majoriti telah menunaikan tanggungjawab yang cemerlang. Selama lebih 50 tahun kita berjaya menubuhkan Kerajaan Pilihan Rakyat dengan menggunapakai sistem demokrasi dan proses pilihanraya yang ada sekarang ini.
Semua pihak menikmati hak masing-masing untuk menawarkan diri dipilih sebagai wakil masyarakat. Pemilih pula mendapat hak dan kebebasan memilih siapa yang mereka suka.
Begitulah, sehingga ada pihak yang diberi mandat dan berkuasa memerintah secara berterusan, dan ada pula pihak yang berjaya merampas kuasa di beberapa negeri yang dahulunya dikuasai oleh parti yang memerintah.
Walapun kita semua sedia maklum bahawa pihak kerajaan yang dberi mandat oleh rakyat, telah memerintah dan sentiasa berusaha mengambil tindakan ke arah membaiki pelbagai sistem yang ada. Kita juga sangat gembira jika ada pihak bukan kerajaan yang juga berusaha untuk membantu membaiki mana-mana sistem.
Misalnya sekarang ini pihak Ambiga kelihatan sangat bernafsu menuduh SPR tidak BERSIH dan berusaha dengan gigih menganjurkan himpunan haram untuk menjadikan SPR bersih.
Oleh iotu ramai rakyat yang ingin mengenali siapakah Ambiga dan mengapa dia bersungguh-sungguh menuduh SPR tidak Bersih.
Baca seterusnya (dipetik dari blog rakan Angin Perubahan
Ambiga Sreenevasan, ketua demonstrasi BERSIH 2 yang dijadualkan pakatan pembangkang pada 9 Julai 2011 adalah pendokong utama fahaman pluralisme di Malaysia. Ambiga turut melobi hingga ke PBB dan berharap menjadi pelapor ataupun pemantau bagi pihak PBB di Malaysia mengenai pluralisme. Ambiga jadi ketua BERSIH 2 namun yang buat demonstrasi di jalan-jalan adalah ahli-ahli PAS. Siapa perkudakan siapa ini?
Ambiga menerima anugerah "Women of Courage" pada 12 Mac 2009. Bersama-sama Ambiga menerima anugerah yang sama adalah Dr Musdah Mulia dari Indonesia. Siapa Dr Musdah? Tidak menghairankan mengapa Ambiga menyokong pluralisme kerana ada seorang lagi penyokong pluralisme di Malaysia yang juga sefahaman dengan Ambiga dan Dr Musdah (baca sini).
Dalam satu forum anjuran DAP pada Jun 2007, Ambiga mempertikaikan perlaksanaan hukum syariah dalam artikel 121 (1A) berkaitan dengan kes Lina Joy (baca sini). Apakah Ambiga yang menyokong kebebasan beragama yang dimahukan oleh Lina Joy ini dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?
Ambiga yang merupakan bekas Presiden Bar Council adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut perlaksanaan Interfaith Commission (IFC) pada 21 Ogos 2001. Bar Council telah menerima memorandum untuk menuntut perlaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Apakah ahli-ahli PAS yang hendak berdemonstrasi masih lagi menganggap penubuhan IFC itu satu yang BERSIH bagi mereka? Mengapa tidak membuat demonstrasi untuk menuntut pembatalan memorandum tersebut di hadapan pejabat Bar Council?
Bar Council pernah menganjurkan demonstrasi di Sogo 9 Disember 2007 di Sogo. Kelihatan adalah Sivarasa Rasiah dan Lateefah Koya, kedua-duanya berjawatan dalam PKR dan merupakan ahli Bar Council. Sewajarnya, ROS mengkaji semula pendaftaran Bar Council, mereka bukan lagi bertindak sebagai pertubuhan perundangan tetapi pertubuhan yang dipergunakan oleh PKR dan menyalahi undang-undang yang sepatutnya mereka luhurkan bersama.
Bar Council pimpinan Ambiga juga menjadi dalang risalah perlembagaanku yang mahu menyisihkan hak orang Melayu dan menafikan Islam sebagai agama persekutuan (baca sini). Ambiga turut mengadakan forum memeluk islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka artikel 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Bar Council yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut (baca sini). Ambiga ini layak dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?

19 comments: