Pengikut

Rabu, 23 Mac 2011

Sodomi II: Pas Jadikan Sebagai Kes Politik Bukan Kes Mahkamah


Saiful sebagai seorang warganegara hanya ingin mendapatkan keadilan. Dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi, proses keadilan diuruskan oleh Mahkamah melalui sistem kehakiman yang standard.

Saiful sangat bertanggungjawab. Beliau tidak menggunakan media atau naik ke pentas ceramah bagi menangani penganiayaan yang berlaku ke atas dirinya.

Sebagai seorang insan kecil, dengan begitu tabah dan berani, Saiful ke balai polis membuat aduan dan pihak polis membuat siasatan sehingga proses mendapatkan keadilan wajar diteruskan di mahkamah.

Apabila sampai di mahkamah, kedua-dua pihak diberi peluang yang sama untuk mendapat keadilan. Tuan Haji Saiful berpeluang mendapat pembelaan undang-undang ke atas penganiayaan terhadap dirinya. Manakala YB Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat peluang membela dirinya dari dakwaan meliwat.


Bagaimanapun, sejak dari awal pertuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dahulu, beliau lebih berminat mempolitikkan kes mahkamahnya. Umno-Barisan Nasional dijadikan sasaran tuduhan berkonspirasi terhadap dirinya.

Anwar mengajak rakyat supaya mempercayai bahawa Umno-BN hanya mahu membunuh karektor peribadi, memalukan beliau dan menganiaya  dengan suatu pertuduhan yang jahat dan zalim. 

Apabila kes liwat ke-2 berlaku, wujud tanggapan di kalangan rakyat yang semakin meragui peribadi bekas banduan yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Rakyat telah menerima baik kes liwat pada tahun 1998, dan kini semakin kukuh keraguan terhadap Anwar yang cuba menggambarkan dirinya sebagai orang yang teraniaya. 

Setelah perbicaraan kes sodomi II bermula, rakyat telah nampak keikhlasan Tuan Haji Saiful yang terlebih dahulu sanggup bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta. Rakyat semakin jelas dapat mengikuti kemungkaran Anwar yang terlondeh satu persatu di dalam mahkamah melalui bukti-bukti yang dikemukakan

Saiful dan peguambelanya berhadapan dengan proses mahkamah dengan bahan bukti tetapi nampaknya pihak Anwar lebih berminat mempolitikkan kes itu dari membantu mahkamah mencari kebenaran dan keadilan.

Media talibarut Anwar dan pro Pakatan Pembangkang mengulas apa sahaja percakapan dan urutan perjalanan di mahkamah untuk membohongi rakyat secara berterusan. Tujuannya untuk membantu persepsi orang ramai jangan percaya bahawa Anwar adalah pelaku seks songsang yang ganas, mengamalkan juga kelakuan seks oral, melakukan penetrasi liwat melalui punggung dan sebagainya. 

Sumber petikan: harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Setelah gagal dengan projek Fitnah II apabila mahkamah menolak DNA yang dicuri, BN didakwa cuba menghancurkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video yang didakwa palsu.


Pendedahan demi pendedahan mengenai fakta kes dalam mahkamah adalah hasil dari soalan-soalan peguambela Anwar sendiri. Maka kesannya Anwar dan keluarga terpaksa menanggung malu dengan pendedahan episod kejahatan seks Anwar yang memualkan serta berbagai-bagai episod  kerakusan nafsunya terhadap kaum sejenis.

Beberapa fakta menarik dan mengejutkan yang dibongkar oleh peguambela  Anwar di mahkamah, telah berjaya mendedahkan semua perbuatan sumbang dan tidak bermoral yang dilakukan oleh Anwar. Hal ini langsung tidak ada kena mengena dengan UMNO-BN dan para pemimpin kerajaan atau penjawat awam yang lain. 

Bagaimanapun puak-puak Pakatan Pembangkang terus berusaha mempolitikkan kes yang memalukan ini dengan cuba melibatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Sedangkan rakyat sudah tahu bahawa kes ini hanyalah masalah di antara Anwar dengan bekas kakitangannya sendiri dan pihak Kerajaan serta  Umno-BN tidak ada kena mengena langsung.


Kini proses pembuktian dan penafian di mahkamah telah memasuki fasa di mana pihak Anwar perlu menafikan bahawa kesan air mani didubur Saiful, bukan miliknya.

Terdahulu, Pihak Pendakwa telah berjaya mengenalpasti pemilik air mani tersebut adalah kepunyaan Lelaki Y melalui DNA yang dapat dipadankan melalui sample yang diperolehi dari tuala Good Morning dan berus gigi yang digunakan oleh Anwar. Ini bererti Lelaki Y adalah Anwar bin Ibrahim. 

Masalah besar yang dihadapi Anwar sekarang ialah bagaimana untuk menghadapi Umno-BN yang semakin disayangi oleh rakyat, bukan membuktikan dirinya bukan Lelaki Y.

Kini rakyat menyahut permainan politik Anwar dengan beramai-ramai berdemonstrasi secara aman, mendesak beliau menyerahkan DNA untuk membantu mahkamah mencari kebenaran dan menegakkan keadilan.

PAS terus merelakan dirinya menjadi anjing politik dan berjihad fisabilillah  dengan menjadikan kes sodomi II ini sebagai bahan permainan politik walaupun terpaksa terus menghina mahkamah.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...