Pengikut

Isnin, 20 Disember 2010

DAP Racist Mula Menyerang Isu Kerakyatan

Sejarah tidak pernah menipu kita

Perancangan DAP Mara Selangkah Lagi Untuk Memusnahkan Melayu-Bumiputera
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mara selangkah lagi dengan mula menyerang isu kerakyatan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Kebangsaan Kedua Di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, Ahad 19 Disember 2010.

Sebelum ini DAP memainkan isu dengan mengapi-apikan semangat perkauman sehingga tercetus Peristiwa 13 Mei. BN menanganinya dengan berkesan dan Tun Mahathir berjaya membawa Malaysia selama 20 tahun bergerak maju ke hadapan seiring dengan perkembangan negara membangun yang lain.

Sepanjang masa Tun Mahathir mentadbir parti UMNO, BN dan negara, DAP tidak mempunyai ruang yang banyak untuk menghasut rakyat. Keberkesanan dan ketegasan Tun telah menjamin rakyat hidup bersatu padu, aman dan dapat memajukan diri serta keluarga. Dengan itu negara dapat berkembang dan rakyat hidup penuh kebajikan dan sejahtera.

Bagaimanapun, akhir-akhir ini iaitu setelah Tun melepaskan jawatan, DAP kembali aktif membawa cita-cita racistnya dan berjaya pula mendapat bantuan strategik dari Pas dan PKR.

Gerombolan Pakatan Pembangkang ini bersungguh-sungguh menyerang elemen-elemen yang selama ini menjadi paksi keutuhan nasional. Mereka menyerang dengan begitu ganas sehingga melewati batas-batas yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan yang sepatiutnya dijunjung bersama.

Kerakusan dan niat sebenar DAP untuk menghapuskan orang Melayu-Bumiputera jelas dari tindakannya sengaja menyerang Institusi Raja-Raja, mencabar penggunaan nama Allah di mahkamah, mempertikaikan ketuanan Melayu, memperlecehkan tulisan jawi, menghina mesjid dan surau dan banyak lagi perbuatan yang benar-benar menggoncang tiang seri keutuhan nasional yang terbina selama ini.

Hal ini sengaja dirancang satu persatu dan kesemuanya berjaya dilaksanakan dengan bantuan orang-orang Melayu Pas dan PKR. Sekiranya rakyat tidak mampu berfikir secara rasional dan bijaksana, dakyah DAP ini boleh mendatang bencana yang amat besar kepada rakyat dan yang paling malang adalah kaum Melayu-Bumiputera yang banyak bertimbangrasa dan terlalu pemurah selama ini.

Bagi melengkapkan strategi dan mara setapak lagi, DAP mula menyerang isu kerakyatan yang didakyahnya sebagai terbahagi kepada dua jenis. Satu pihak adalah rakyat yang dedefinisikan sebagai rakyat Malaysia yang tulen iaitu yang menyokong Malaysia Malaysia dan selebihnya adalah rakyat yang ketinggalan zaman dan zalim yang ingin mengekalkan Perlembagaan Persekutuan yang ada.

Kemaraan ideologi DAP ini mestilah disekat. Kita yakin rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang selama ini hidup aman sejahtera dan berkembang maju tidak akan musnah begitu sahaja kerana memenuhi cita-cita DAP menawan Malaysia sebagaimana PAP berjaya menawan Singapura.

Baca yang berkaitan:

takrif-rakyat-malaysia-yang-sebenar (mymassa)
sejarah-kelahiran-dap-untuk-hapuskan (umno bhgn cheras)


    

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...