Pengikut

Khamis, 27 Januari 2011

Nuar Berahim Merayu: Kalau Tak Mau Debat, Tolong Selesaikan Kes Liwatpun Takpe..

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengaku beliau tidak menolak label sebagai "penderhaka" yang dikaitkan dengan diri beliau oleh Rakyat Malaysia. 

Beliau juga bersedia untuk berdebat dengan YAB Dato' Seri Najib Razak yang juga berhak menyerangnya secara peribadi sekali-sekala. 

Beliau mengaku mengenai masalah kes liwatnya termasuk bersedia membincangkan dengan Presiden UMNO itu jika diberi peluang. 

Sumber: malaysiakini
"Beliau tidak tolak cadangan saya (untuk berdebat) tetapi kata saya akan demam atau sakit, dan bercakap mengenai melondehkan Anwar... saya tidak mahu melayan isu peribadi ini, saya mahu membincangkan ekonomi.

"Tetapi jika beliau mahu meneruskan, saya memang bersedia, malah termasuk membincangkan kes liwat.

Agaknya kalau dilayan, bekas banduan ni jugak akan minta YAB Perdana Menteri menyelesaikan masalah Parti Keluarga Peribadinya yang semkain merudum dan berada dalam lowongan sepi kerana semakin ditinggalkan orang ramai.



Seluruh Rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama sudah menganggap Nuar Berahim seperti Burung Hantu. Bersuara merdu dan hanya didengari di waktu malam. Apabila fajar mentari siang menerangi alam, tak siapa lagi yang teringatkan Burung hantu itu. Begitulah seterusnya sehingga burung hantu itu mati.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...