Hakikatnya jentera Pas sangat marah apabila mendengar Nuar Berahim datang juga berkempen di PRK Tenang.
Tetapi apakan daya, Bekas Banduan Sungai Buluh ini bukan peduli terhadap perasaan orang lain. Dia akan langgar, rempoh dan lakukan sesuatu mengikut nafsunya sendiri.
Walaupun arahan telah diberikan supaya mengumpul seramai mungkin audiens, tetapi ini tidak berlaku sama sekali. Arahan Ketua Pakatan Pembangkang itu diabaikan. Jentera penganjur juga tidak mendapat kerjasama sepenuhnya.
Pas hanya berpura-pura memberi persetujuan dan kerjasama, tetapi sebaliknya mengarahkan seluruh jenteranya tidak melibatkan diri dengan penganjuran itu.
Pas tidak menjalankan apa-apa gerakan mengumpul audiens. Malah di sesetengah tempat mengarahkan jenteranya menghindari dariada terlibat atau nampak seperti terlibat dengan majlis ceramah itu.
Tinjau semasa majlis berlangsung mendapati terdapat beberapa orang penggiat parti Pas berada di kalangan pendengar, tetapi mereka telah menyorokkan kopiah putih (ketayap) supaya tidak dikenali.
Sikap Pas menolak Nuar Berahim dan Parti Keadilan ini sangat berkesan. Majlis ceramah malam itu ketiadaan pendengar. Yang hadir hanyalah orang ramai yang lalu-lalang dan singgah sebentar hanya untuk melihat-lihat keadaan.
Pasti Nuar Berahim tersinggung dengan perbuatan dan sikap Pas itu.
Pertamanya kerana tidak menghormati dirinya sebagai Ketua Pakatan Pembangkang yang juga bakal Perdana menteri.
Kedua kerana tidak menghargai bahan-bahan berkempen yang ingin dibawa dan dihamburkan kepada orang ramai bagi menjatuhkan DS Najib dan menawan Putrajaya.
Dan ketiga tidak bertimbangrasa terhadap dirinya yang memerlukan pentas untuk menyambung nyawa politiknya setelah umpan mengadakan debat tidak dipedulikan.
Pas dijangka mengekalkan sikap menolak Nuar Berahim dan Parti Keluarga PKR ini atas maslahah kepentingan parti itu sendiri. Pas percaya Nuar Berahim bukan lagi tokoh yang boleh dipercayai dapat membantu Pas memenangi mana-mana pilihanraya.
Pas semakin yakin bahawa dengan ketiadaan Bekas Bandiuan itu mencampuri urusan politik, mereka akan lebih berjaya. Pas tidak sanggup mendukung Biawak Hidup yang didapati hanya ingin menyelesaikan masalah peribadi dan mencapai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.
“Barisan pemimpin PR yang turun untuk berkempen mestilah yang dapat diterima oleh semua golongan masyarakat dan tidak membawa mudarat kepada usaha-usaha PAS untuk menang. Penglibatan beliau (Anwar) akan membawa persepsi negatif kepada para pemilih. Kredibiliti beliau sekarang amat diragukan oleh rakyat dan beliau kini merupakan satu liabiliti kepada usaha PAS untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.”- WAN NASUHA WAN HASSAN (MALAYSIANDIGEST)
Anda juga tentu meminati:
KEHEBATAN ANWAR oleh UJANG RANGGI
TANGGUNGJAWAB RAKYAT MALAYSIA oleh DANKUALA
NORMALA HANYA BONEKA PAS oleh ANAK SUFI
NIK AZIZ DIBERI MANDAT MENDERA RAKYAT KELANTAN oleh ANAK JAWA
2 ulasan:
ulasan:
Laksamana Bentan berkata...
ulasan:
paya berkata...
Salam Tuan Laksamana,
tolng la jgn kaitkan YB Dato' Seri Anwar dgn prkataan liwat. Itu hnya fitnah saja.
YAB Tuan Guru dah britau kitorang bnyak kali, Bliau dpt hidyah dari Allah dan yakin itu adalah fitnah.
melanggar kata2 YAB Tuan Guru samalah kita seperti memijak Islam..
2011 Januari 24 14:26
Laksamana Bentan berkata...
Salam Sdra Paya,
Saya memang tak berminat nak kaitkan siapa sahaja dengan apa-apa masalah peribadinya,.
Cuma apa yg saya masukkan dlm entry saya hanyalah petikan drp berita2 yang disiarkan dlm negara kita.
Kalau Sdra Paya tak bersetuju, buatlah penyiasatan sendiri. Sdra boleh membaca berita2 yg pernah disiarkan.
Saya cuma nak nasihatkan Sdra Paya supaya jgn lah membaca bahan dari satu pihak sahaja. Luaskan pembacaan dari pelbagai sumber. Insyaallah ada manfaatnya.
Bijakpandai selalu menyatakan bahawa manusia itu terdidik dari dua perkara:
1. Dengan siapa dia bergaul - individu/masyarakat/kumpulan/puak
2. Buku apa yang dia baca - ilmu/pengetahuan/kemahiran
Terima kasih kerana sudi membaca dari blog saya.
Anak muda seperti sdra memang dihargai oleh bangsa, agama dan negara jika sdra dpt memberi sumbangan yang berkualiti.
Salam.
2011 Januari 24 15:40
khir berkata...
"melanggar kata2 YAB Tuan Guru samalah kita seperti memijak Islam.."
sape tuan guru ni utk mengibaratkan seperti yg paya ckpkan???Islam bukan terletak pada kata2 tuan guru tu sampai mengibaratkan seperti memijak ISLAM...tolonglah jgn samakan ISLAM dengan kata2 "munafik" yg hanya menyebelahi puak2 mereka tapi tidak mendengar dan teliti dari pihak yg kene liwat. tuan guru sendiri berat sebelah kerana tak menyiasat dari pihak yang diliwat...hanya dengar kata2 anwar dan terus jatuh hukum ianya fitnah sedangkan pengakuan dari pihak kene liwat x didengari langsung...NIK AZIZ adalah munafik!!!!!!!!!!!
2011 Januari 24 20:45
Gerakan Timur berkata...
salam,
blog anda telah dilinkkan ke Gerakan Timur. Mohon link dari anda ke blog GT juga.
salam perjuangan dari GT!!!
Salam, Blog Gerakan Timur sudah saya pautkan.
Teruskan perjuangan
Catat Ulasan