Pengikut

Sabtu, 26 Februari 2011

Pas Marah-marah Lagi Bila Kerajaan Membantu Rakyat...

Pas sedang menurunkan peruntukan di Galas...

Pas dah mula marah-marah bila Kerajaan Pilihan Rakyat UMNO-BN  mengeluarkan peruntukan untuk membantu rakyat sempena Pilihanraya Kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau.

Kegelisahan dan menjunamnya motivasi untuk menghadapi kedua-dua PRK itu menyebabkan pemimpin Pas mengeluarkan kenyataan yang kebudak-budakan.


TEMERLOH, 23 Feb (Harakah) - PAS yakin semua permintaan rakyat di Kerdau dan Merlimau akan ditunaikan oleh Barisan Nasional (BN) sempena dengan pilihan raya kecil kedua-dua kawasan itu sekarang.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau yakin, jika rakyat minta sungai atau betulkan jalan yang bengkang bengkok pun akan ditunaikan oleh kerajaan BN sekarang.

"Tuan-tuan mintalah apa sahaja. Musim ini tuan-tuan, kalau nak sungai pun mereka akan lulus. Kalau tuan-tuan nak luruskan jalan yang bengkang bengkok pun, mereka akan buat," kata beliau di majlis ceramah dekat sini.

Sebenarnya rakyat memang ternanti-nanti peruntukan besar dari kerajaan. Kerajaan pula memang bersedia menurunkan peruntukan untuk memenuhi dan menambah keperluan dan kebajikan rakyat dari semasa ke semasa.

Menurunkan bantuan dan peruntukan semasa pilihanraya kecil adalah sebahagian daripada strategi kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawabnya selain yang telah dilaksanakan sepanjang masa. Menurunkan sumbangan istimewa pada masa PRK adalah bertujuan supaya rakyat mudah membuat penilaian. Rakyat akan memahami bahawa Kerajaan Pilihan Mereka tidak berjanji kosong. Tidaklah sekadar  berceramah berapi-api tetapi tidak ada apa-apa pelaksanaan tanggungjawab untuk rakyat yang memilihnya.

Semasa pilihanraya kecil, peruntukan istimewa diturunkan supaya rakat mendapat nikmat pembangunan dan kebajikan. Dengan itu rakyat dapat membuat penilaian bahawa kerajaan prihatin dan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Dengan itu rakyat akan terus memilih UMNO-BN sebagai pengiktirafan kepada kerajaan yang bertanggungjawab.

Kerajaan tidak berjanji kosong.


Soal bila peruntukan istimewa itu diturunkan bukanlah masalah besar. Tentulah kerajaan ada strategi supaya rakyat terus bersama kerajaan. Sumbangan dan peruntukan semasa PRK hanyalah sebahagian kecil dari pelaksanaan amanah rakyat yang telah ditunaikan dan sedang dinikmati oleh seluruh rakyat.

Pas juga menurunkan peruntukan besar seperti keropok, gula, tepung, beras, kain pelikat/batik dan sebagainya pada setiap PRK dan juga PRU.

Bagaimanapun mereka sukar untuk menipu rakyat dengan bukti kegagalan di Kelantan walaupun di tempat lain Pas menaburkan janji yang besar-besar dan hebat



Dengan demikian wajarlah Parti Melayu Pas marah-marah bila Kerajaan Pilihan Rakyat melaksanakan amanah membantu rakyat tidak kira semasa PRK atau sepanjang masa pemerintahan.

3 ulasan:

TESLAMARIN berkata...

salam, mohon link ngan blog tuan.
http://dan-teslamarin.blogspot.com
terima kasih.

Jeffry berkata...

PAKATAN JAHANAM CUMA PANDAI JANJI MULUT JEK. JANJI MULUT KAN SENANG. GERAK2 KAN BIBIR DAN KUARKAN SIKIT SUARA. TAPI BAB NAK LAKSANAKAN PUN MINTAK BANTUAN KAT KERAJAAN PUSAT. DASAR MUKE TAK MALU KEHKEHKEH

Laksamana Bentan berkata...

Betul tu Sdra Jeffry,
Untuk kuatkan hujah dan janji kosong, Pas hiasi dengan nas dan hadith supaya sedap di dengar.

Mereka gunakan nas, hadith dan slogan agama untuk dapatkan undi.

Malangnya hari ini umat Islam tidak lagi mudah terpesona dan permainan politik memperalatkan agama oleh Pas.

Sebab itu mereka mula menggunakan bangsa Melayu pula sebagai alat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...