Tidak tahan menanggung derita akibat cemuhan dan kutukan masyarakat, Nuar berahim mula mencari jalan bagaimana untuk keluar dari kemelut yang memalukan ini.
Langkah terkini beliau mengambil peluang untuk bermain wayang lagi dengan mengeluarkan perutusan sempena kehadiran Maulidur Rasul.
Petikan sumber: Minda Rakyat
Mengenangi Sayyidina Muhammad S.A.W dan perjuangan Baginda itu moga menambah rasa kecintaan yang mendalam serta dirahmati pula dengan suri teladan buat menjadi pedoman. Justeru membaca sirah Nabi S.A.W sentiasa menenangkan saya manakala terus ditohmah rekayasa musuh. Kerana itu saya mengambil kesempatan merenung serta meneliti kesabaran Junjungan Besar berhadapan dengan dugaan.
Kita pastinya tahu akan peristiwa Mengenangi Sayyidina Muhammad S.A.W dan perjuangan Baginda itu moga menambah rasa kecintaan yang mendalam serta dirahmati pula dengan suri teladan buat menjadi pedoman. Justeru membaca sirah Nabi S.A.W sentiasa menenangkan saya manakala terus ditohmah rekayasa musuh. Kerana itu saya mengambil kesempatan merenung serta meneliti kesabaran Junjungan Besar berhadapan dengan dugaan. Kita pastinya tahu akan peristiwa Al-Ifk, kisah fitnah yang dilemparkan kepada Sayyidatina Aishah. Kesabaran Junjungan dan Sayyidatina Aishah berhadapan tohmahan besar itu memperkukuh iltizam saya dan sekeluarga untuk tidak lekang mengharap belas ihsan serta pertolongan Allah S.W.T.
Ternyata sudah lama keluarga saya berdepan dengan dugaan ini, namun apalah dibandingkan dengan ujian yang dikenakan ke atas para Anbiya dan mereka yang dekat dengan Allah S.W.T. Namun InshaAllah, diiringi doa saudara semua serta pertolongan Yang Maha Penyayang, fitnah ini akan lenyap jua. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari pesan al Quran ini:, kisah fitnah yang dilemparkan kepada Sayyidatina Aishah. Kesabaran Junjungan dan Sayyidatina Aishah berhadapan tohmahan besar itu memperkukuh iltizam saya dan sekeluarga untuk tidak lekang mengharap belas ihsan serta pertolongan Allah S.W.T.
Ternyata sudah lama keluarga saya berdepan dengan dugaan ini, namun apalah dibandingkan dengan ujian yang dikenakan ke atas para Anbiya dan mereka yang dekat dengan Allah S.W.T. Namun InshaAllah, diiringi doa saudara semua serta pertolongan Yang Maha Penyayang, fitnah ini akan lenyap jua. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari pesan al Quran ini:
Komen laksamana:
Peristiwa al-ifk seperti yang diketahui umum oleh umat Islam adalah peristiwa dusta atau bohong yang ditimpakan kepada Isteri Baginda Rasulullah saw Saidatina ‘Aisyah r.a, setelah tamatnya perang dengan Bani Mushtaliq iaitu pada bulan Sya’ban 5 H.
Peperangan tersebut turut disertai oleh kaum munafik, dan diikuti pula ‘Aisyah setelah berdasarkan undian yang dijalankan oleh Baginda Rasulullah saw terhadap isteri-isterinya. Dalam perjalanan mereka kembali dari peperangan, mereka berhenti pada suatu tempat. ‘Aisyah keluar dari sekedupnya untuk suatu keperluan, kemudian kembali.
Tiba-tiba dia merasakan kalungnya hilang, lalu dia pergi lagi mencarinya. Ketika sedang mencari kalung itu, rombongan berangkat dengan menyangkakan bahwa ‘Aisyah masih ada dalam sekedup tersebut. Setelah ‘Aisyah mengetahui, sekedupnya sudah berangkat dia duduk di tempatnya dan mengaharapkan sekedup itu akan kembali menjemputnya.
Kebetulan, ketika itu seorang sahabat Nabi, Shafwan ibnu Mu’aththal sedang melalui jalan tersebut , maka dilihatnya seseorang sedang tidur sendirian dan dia terkejut seraya mengucapkan: “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, isteri Rasul!” ‘Aisyah terbangun. Lalu dia dipersilakan oleh Shafwan mengendarai untanya. Syafwan berjalan menuntun unta sampai mereka tiba di Madinah.
Orang-orang yang melihat mereka membicarakannya menurut pendapat masing-masing. Mulailah timbul desas-desus. Kemudian kaum munafik membesar- besarkannya, maka timbullah fitnah ke atas ‘Aisyah r.a. dengan bertambah luas, sehingga menimbulkan kegoncangan di kalangan kaum muslimin.
Peristiwa al-Ifk ini tidak ada kena mengena dengan masalah yang dihadapi oleh Nuar Berahim.
Fitnah yang dihadapi Sayyidatina Aishah hanyalah berpunca daripada cakap-cakap, persepsi dan andaian awam yang disengajakan. Kes ini samalah seperti isu Najib Altantuya yang dimainkan oleh Raja Petra Kamarudin untuk menjatuhkan maruah DS Najib. Akhirnya hilang dibawa angin bersama-sama pencetus fitnah upahan itu sendiri dari bumi Malaysia.
Kes Nuar Berahim adalah lebih real kerana mempunyai bahan bukti, dibicarakan di Mahkamah, melibatkan tenaga profesional dan diadili mengikut prosiding standard. Nuar Berahim pula diberi peluang seluas-luasnya membela diri dengan bantuan tenaga pakar terbaik yang beliau mampu perolehi. Kes beliau bukan kes fitnah tetapi kes ada nilai di sisi undang-undang.
Maka saranan-saranan Nuar Berahim dalam Perutusan Maulidur Rasul yang menggambar seolah-olah beliau difitnah adalah satu lagi sandiwara atau wayang lakonan politik murahan bekas banduan tersebut. Maulidur Rasul juga cuba dipolitikkan untuk membina persepsi dan mengekalkan simpati semata-mata.
Antara Pengajaran yang dapat diambil dari peristiwa ini ialah :
1. Sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah swt , janganlah sekali-kali kita berprasangka buruk dengan mana-mana muslim sekali pun dengan hanya berdalilkan atau bersandarkan kepada berita dan pengkhabaran dari mulut orang lain. Apa yang harus dilakukan ialah dengan memulakan setiap perkhabaran atau apa sahaja berita yang didengari dengan bersangka baik…Ini sebagaimana yang tersebut dalam Al-Quran 24 : 12
Tindakan Nuar Berahim menggunakan isu Najib Altantuya membuktikan percanggahan yang jelas antara apa yang ditulis dalam Perutusan maulidur Rasul dengan amalannya sebelum ini terhadap penyebaran fitnah.
2. Hendaklah berhati-hati dalam menerima dan mempercayai setiap khabar yang sampai kepada kita. Kita dilarang untuk menyebarkan khabar tersebut selagi belum dapat dipastikan akan kesahihan dan kebenaran khabar tersebut , kerana sesungguhnya setiap berita bohong yang kita sangkakan hanyalah perkara kecil , tetapi disisi Allah ianya adalah amat besar.( AQ 24 : 15 )
Nuar Berahim bukan sekadar mencipta fitnah terhadap DS Najib, malah menyebarkan dengan bebas di setiap ceramah yang dilakukannya di seluruh negara.
3. Manusia munafiq atau disebut dalam istilah moden sebagai hipokrit adalah musuh utama yang merosakkan Islam dan umatnya.Malah golongan ini jugalah yang menjadi dalang dalam setiap khabar angin yang sampai kepada umat Islam dengan tujuan untuk memporak perandakan Islam dan Umatnya.Sebagaimana dalam Peristiwa al-Ifk ini , individu munafik yang bernama Abdullah bin Ubai bin Salul adalah yang pertama mereka-reka cerita bohong yang memfitnah Ummul Mukminin ‘Aisyah r.a dan menyebarkannya ke seluruh pelosok Madinah. ( Tafsir al-Wasith , Dr. Wahbah Az-Zuhaily)
Nuar Berahim membuktikan dirinya sebagai munafiq apabila terlalu banyak pembohongan dan tipu daya yang dibuatnya terhadap pengikut-pengikut parti PKR dan Pakatan Pembangkang. Misalnya janji 16 Sept dan pembelaan Kampung Buah Pala (hanya contoh kecil).
Kesabaran yang ditunjukkan oleh YAB DS Najib dan DS Rosmah samalah dengan kesabaran baginda Rasulullah dan Sayyidatina Aisyah. Manakala kejahatan kaum munafiqin memfitnah Rasulullah samalah dengan apa yang sedang berlaku di negara kita sekarang yang dipimpin oleh Nuar Berahim.
Nuar Berahim sedang kelemasan dan hampir berputus asa, tiba-taba sahaja teringat untuk mengangkat dirinya setaraf Sayyidatina Aisyah r.a.
1 ulasan:
Hahn berkata...
Ucapan Anuwar itu keluar dari tajuk kerana pada mulanya kita perlu dulu menjelaskan samada yang berlaku pada Anuwar itu ujian atau musibah.
Segala musibah itu adalah akibah dari kedua tanganmu, maksud Al-Quran.
Orang yang di kasihi Allah dia menjalani ujian. Dalam hal Anuwar dia menerima musibah dari perbuatannya yang dia sendiri tahu.
Adakah orang yang menipu wang kerajaan dan rakyat, memfitnah, perasuah besar menjalani ujian Allah?
Anuwar tahu dirinya di mana. Dia fikir dia sempat bertaubat.
17 Februari 2011 12:10 AM
Sejahtera39 berkata...
anuar ni memang munafik!!@
17 Februari 2011 1:12 AM
Tanpa Nama berkata...
biasalah bro...siAnuar tu...kalau bab islam jual temberang pada ahli2 PAS yang jumud...
Pasal kewangan...Jal temperang kepada usahawan Yahudi
Pasal nak lari dari kes jal temberang pada ketua-ketua negara..
Pokoknya jal temberang siang malam..
err..err Pasal membalun bini...dia kena temberang juga ke...?
17 Februari 2011 3:54 AM
abu berkata...
Dato Sri (B) Anuar AL-Jubs.
Catat Ulasan