Pengikut

Khamis, 3 Februari 2011

DAP Sayang Pas: Sebab Pas Dikepung Oleh Permainan Moral!


DAP memang bijak mempolitikkan Parti Melayu Pas.

Parti berasaskan Kaum China DAP sentiasa mengikuti dengan serius tingkahlaku dan perbuatan Pas di pentas politik negara.

Cara pemerintahan Kerajaan Parti Melayu Pas di Kelantan dikaji, diperhalusi dari semasa ke semasa. Akhirnya DAP mendapati parti itu sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kekuatan samada dari aspek matlamat, falsafah perjuangan ataupun pengurusan organisasi. Jauh sekali dari menunjukkan kelebihan sebagai pentadbir sebuah negeri.

Pas tidak lebih dari sebuah organisasi yang didokong oleh ustas-ustaz berfikiran jumud, tidak realistik dan tidak berada di zamannya. Mereka juga dikepung oleh permainan moral yang sangat rendah.

Baca seterusnya dari kickdefella


PAS hari ini terkepung oleh permainan moral mereka sendiri. Sedangkan ia hanyalah parti politik yang dianggotai oleh manusia bukan malaikat. Dan manusia yang menganggotai PAS terdiri daripada lelaki dan perempuan, yang punya nafsu dan keinginan masing-masing. Ahli-ahli PAS ditarbiyah secara rejimental tetapi dada mereka tidak dibelah dan hati mereka tidak dicuci oleh malaikat. Sebaliknya sekadar rukuk di Pulau Melaka dan sujud di Rusila.




Saya masih ingat beberapa sms pertama yang saya hantar sebaik sahaja Ustaz Hadi Awang membuat pengumuman calon PAS di Dataran Wayang Pacak dan anda boleh merujuk posting saya berhubung insiden tersebut.
Belum lagi Normala Sudirman menang pilihanraya kecil DUN Tengah, Dataran Wayang Pacak telah ditukar nama menjadi Dataran Cikgu Mala. Menyedari kelemahan ketara yang ada pada calonnya, Jentera PAS bertindak lebih dari menukar nama Dataran tetapi turut membuat serangan peribadi ke atas calon Barisan Nasional.
Tindakan PAS membuat serangan peribadi kepada calon Barisan Nasional adalah sesuatu yang mengejutkan tambahan Pimpinan Tertinggi Jentera PAS telah diberitahu calonnya sendiri mempunyai nilai moral yang amat rapuh.
Serangan peribadi terhadap Mohd Azahar Ibrahim, sekarang Yang Berhormat DUN Tenang kebanyakkannya tidak melekat dan yang hanya berjaya kekal ialah tindakannya atas kapasiti penjawat jawatan awam dan bukan sebagai seorang individu. Malangnya cerita itu terlalu rumit dan tidak menarik untuk menjadi buah mulut bahkan PAS sehingga hari-hari terakhir berkempen pun tidak pernah mengedarkan kepada umum bukti-buktinya.
Sebaliknya, skandal hidup Cikgu Mala amat hebat dan melondehkan Cikgu Mala sebagai seorang wanita yang dipertikai moralnya dan bersuamikan seorang guru kaki ponteng amat mudah. Ceritanya panas dan senang tersebar dari mulut ke mulut.
Cerita bagaimana Cikgu Mala yang sudah bersuami kemudiannya menyambung pelajaran ke Maktab Perguruan Tuanku Bainun dan selang beberapa ketika bertemu dengan Ma’arof Abdul Mutalib lalu menghubungi suaminya menerusi telefon menuntut diceraikan adalah cerita kedai kopi yang paling panas.
Cerita bagaimana Cikgu Mala seorang hipokrit juga tidak kurang menariknya. Jiran tetangga dari Felcra Sekijang berduyun-duyun datang untuk berkongsi kisah Cikgu Mala mengainaya ibunya dan melayan bondanya itu seperti orang gaji. Ianya diikuti pula kisah ayah Cikgu Mala telah mengakibatkan kehilangan wang berjumlah RM500 ribu dari Tabung Koperasi Peserta Felcra Sekijang dan mengakibatkan kerugian hampir satu juta sebelum ke Indonesia untuk berkahwin seorang lagi.
Cikgu Mala berteriak setiap malam berkempen bahawa dialah yang akan membawa suara wanita ke Dewan Undangan Negeri Johor, tetapi jeritan batin ibunya dipekakkannya. Apa tindakan Cikgu Mala bila ayahnya membawa pulang seorang perempuan Siam dan disimpan dirumahnya? Pernahkah Cikgu Mala membela ibunya bila ayahnya bercerita di kedai kopi betapa ‘gentleman’nya dia dalam hal-hal hubungannya dengan wanita lain yang sudah pasti menjatuhkan maruah isterinya.
Bagaimana pula dengan kisah hubungan Cikgu Mala dengan anak-anaknya? Apabila Cikgu Mala di angkat PAS sebagai wanita suci pembela bangsa, bersuaralah juga mereka yang tahu itu adalah hipokrasi peringkat tertinggi. Seorang guru menceritakan bagaimana Cikgu Mala terus berbual ditelefon walaupun dimaklumkan malapetaka yang menimpa seorang anaknya.
Kemudian muncul kisah Ma’arof, yang sedondon dengan Cikgu Mala ke mana-mana. Cikgu Ma’arof mengambil tiga sijil cuti sakit selama hampir tiga minggu sehingga hari pembuangan undi tetapi dia zahirnya sihat sahaja ke sana ke mari. Hadirlah rakan-rakan sekerja bercerita kisah sebenar Cikgu Ma’arof  yang merupakan seorang kaki ponteng. Kebanyakkan aktiviti pontengnya seperti juga sewaktu berkempen, didorong oleh Cikgu Mala kerana Ma’arof sering meninggalkan tugasnya untuk memandu Cikgu Mala untuk aktiviti-aktiviti rasmi dan politiknya.
Jika semua kisah di atas tidak benar, Cikgu Mala dan keluarganya telah menjadi mangsa kerakusan politik yang berpunca daripada nafsunya untuk menjadi menjadi seorang pemimpin dan nafsu pemimpin partinya untuk menang dengan apa cara sekalipun.
Kita hanya sekadar mampu berdoa supaya Cikgu Mala dan keluarga dapat kembali hidup dengan tenang.
Tetapi imej yang terpalit kepada muslimah PAS dari imej Cikgu Mala ini mungkin memakan masa lebih lama untuk dilupakan.
DUN Tenang menyaksikan dua standard moral dipertandingkan. Moral PAS dan moral Barisan Nasional. Barisan Nasional tidak pernah menafikan atau menyembunyikan kelemahan moral sesetengah individunya. Bahkan kita semua tahu kisah hebat Chua Soi Lek, Presiden MCA. Kita juga tahu kisah nakal tokoh-tokoh lain. Ada sesetengah telah menerima hukuman dan sesetengah yang lain telah menghukum diri mereka sendiri. Tetapi kelebihan Barisan Nasional ialah mereka tidak mengamalkan hipokrasi.
Bagaimana dengan PAS? Ia sebuah parti yang ahlinya diangkat lebih suci dari Malaikat dan lebih maksum dari Rasulullah s.a.w. Ia lebih putih dari putih dan lebih mengampun dan menyayang dalam menjatuhkan hukuman dari Allah s.w.t. Maka PAS adalah sebuah parti yang penuh penafian.
Anda mengundi PAS kerana kesuciannya dan memilih Barisan Nasional kerana ‘after sale service’ nya.
Saya masih ingat dikemuncak pertembungan di antara saya dan Ariffahmi di ruang siber. Ariffahmi dipotretkan oleh Nik Aziz sebagai pemuda Islam terhebat di Kelantan dan saya di gambarkan oleh isteri dan abang ipar Ariffahmi sebagai kaki botol.
Lantaran bila saya siarkan gambar Ariffahmi dengan seorang perempuan Cina yang bukan muhrimnya, ternyata tercalar imej suci Ariffahmi yang sentiasa menolak peluang untuk bergambar dengan bukan muhrim ketika di dalam Negeri Kelantan.
Sebagai tindakbalas, cybertroppers Ariffahmi menyiarkan pula gambar saya dengan perempuan yang sama. Bukankah mereka sudah menuduh saya seorang yang rendah moral? Jadi kalau saya berkongsi perempuan dengan Ariffahmi tidaklah sesuatu yang pelik bagi saya tetapi amat pelik bagi Ariffahmi. Lebih-lebih lagi saya sebelum itupun dengan suka dan rela pernah menyiarkan gambar saya bersama wanita-wanita terkenal Malaysia termasuklah aktress popular Maya Karin dan Erra Fazira.
Maka bila kesedaran timbul dari penafian mereka, mulalah mereka memberi nasihat, jangan dibuka aib seseorang nanti Allah akan membuka aib kita.
Isunya ialah sikap hipokrit. Berlagak alim tetapi rupanya alim-alim kucing. Hidup penuh kepura-puraan.
PAS hari ini terkepung oleh permainan moral mereka sendiri. Sedangkan ia hanyalah parti politik yang dianggotai oleh manusia bukan malaikat. Dan manusia yang menganggotai PAS terdiri daripada lelaki dan perempuan, yang punya nafsu dan keinginan masing-masing. Ahli-ahli PAS ditarbiyah secara rejimental tetapi dada mereka tidak dibelah dan hati mereka tidak dicuci oleh malaikat. Sebaliknya sekadar rukuk di Pulau Melaka dan sujud di Rusila.
Husam Musa, bekas Naib Presiden PAS adalah contoh hipokrasi PAS. Double standard dalam banyak sebab dan keadaan. Tidak seperti seorang lagi Exco PAS Kelantan, Takiyuddin Hassan yang dari pengalaman saya, bak kata orang ‘what you see is what you get’. Tetapi malangnya, pimpinan seperti Takiyuddin akan dicincang dan dilumatkan oleh hipokrasi dalam PAS. Dihumban dengan pelbagai tuduhan, dikeji dan dihina.
Walaupun berbekalkan lebih 15 tahun di dalam dunia perfileman yang penuh skandal dan glamour, saya sendiri masih ingat rasa malu saya oleh aksi pimpinan PAS yang saya temani, apatah lagi bila di khalayak ramai, leka menatapi ‘ah moi-ah moi’ bermini skirt menuruni tangga bergerak di Suria KLCC dan bergurau sambil menggosok-gosok tangan seorang perempuan cina penjual madu lebah organik di One Utama. Ini tidak termasuk kegemarannya melemparkan seikat wang kertas RM50 ke atas meja dihadapan khalayak ramai.
Tentu sekali saya tidak akan menjadi serba-salah jika perbuatan itu menjadi amalan rakan-rakan saya di dalam dunia filem.
Maka PAS seharusnya belajar dari pengalaman di Tenang dan berhenti bermain isu peribadi. Apatah lagi penduduk di Tenang membuat pilihan mereka bukan berdasarkan isu peribadi. Tetapi rakyat Malaysia esok, akan lebih faham keperibadian sesebuah parti politik dan akhirnya akan berpegang kepada persepsi yang lahir dari insiden-insiden sebelumnya.
Di Tenang, BN telah menang

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...