Pengikut

Khamis, 3 Februari 2011

Walaupun Tanpa Negara Islam Dan Hudud, Pas Masih Relevan Dalam Politik Malaysia

...Pas sanggup menyembelih bangsa sendiri 
demi kesetiaan kepada Parti China DAP

Kewujudan Pas dalam politik Malaysia masih relevan.

Pas, sebuah parti politik yang berasaskan Kaum Melayu, masih lagi relevan dalam politik Malaysia walaupun Parti itu telah berulangkali mengistiharkan perjuangannya sekarang tanpa negara Islan, tanpa hudud dan tanpa membela bangsa Melayu.



'Tidak mungkin Pas tubuh negara Islam'


KUALA LUMPUR 31 Jan. - Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad menyifatkan tidak mungkin bagi Pas untuk menubuhkan negara Islam di Malaysia.

Pada satu forum minggu lalu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat berkata, keadaan demografi Malaysia menyukarkan bagi parti itu untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

''Terdapat 60 peratus orang Islam dan 40 peratus bukan Islam. Malah, kita sendiri tidak memiliki 60 peratus sokongan daripada masyarakat Islam," katanya menjawab satu soalan daripada peserta forum berkenaan seperti dipetik dalam portal berita Free Malaysia Todaybertajuk 'Ahli Parlimen Pas: Tiada Negara Islam'.

Dr. Dzulkefly juga memberitahu, negara Islam hanya wujud semasa era pemerintahan Rasulullah di Madinah sahaja dan tidak mungkin berlaku lagi di zaman ini.

Menurut beliau, persoalan hudud juga adalah sangat kecil dan tidak perlu diberi perhatian berlebihan kerana hanya disebut dua kali sahaja di dalam al-Quran berbanding isu tentang keadilan.

Dalam waktu yang sama Dr Dzulkefly mendedahkan bahawa Islam tidak mensyaratkan diadakan pemisahan dan sekatan antara lelaki dan wanita dalam urusan pembayaran di kaunter pasar raya seperti yang dipaksakan oleh Kerajaan Pas Kelantan di negeri itu.

Dengan ini jelaslah bahawa selama ini Pas yang pada asasnya diterajui oleh ustaz-ustaz politik telah menggunakan isu negara islam dan hudud hanya sebagai slogan kempen mendapatkan undi dan sokongan.

Ini bermakna Pas tidak lagi mampu untuk menggerakkan parti kerana tembelang penyelewengannya menggunakan retorik agama telah semakin terbongkar dan diketahui umum.

Bagaimanapun kita tidak boleh membuat kesimpulan bahawa Pas sudah tidak relevan lagi dalam politik Malaysia.

Pas masih berguna dan sangat-sangat diperlukan oleh parti yang berasaskan Kaum China DAP.

Lee Kuan Yew telah memberikan panduan yang sangat bermakna iaitu merayu kepada umat Islam melonggarkan pegangan agama Islam mereka. Beliau mengiktiraf pegangan Islam yang dubawa oleh Pas dan mencadangkan supaya diikuti oleh umat Islam yang lain. 

Pas yang sudah mengistiharkan dirinya bebas dari memperjuangkan negara Islam serta hudud, sudah melayakkan dirnya dan menjadi sangat relevan dengan perjuangan Parti China DAP untuk menguasai politik tanahair. 

Pas juga tidak meletakkan perjuangan membela Bangsa Melayu sebagai matlamatnya, dilihat sangat relevan dengan matlamat perjuangan DAP yang berselindung di balik slogan Malaysian Malaysia. 

Perjuangan Parti Melayu Pas sekarang dilihat sangat bertepatan dengan matlamat Parti China DAP yang dikatakan semakin memahami Islam melebihi daripada parti Melayu UMNO yang dituduh sebagai menolak Islam.

Kesimpulannya, walaupun tanpa membela bangsa Melayu, tanpa negara islam dan hudud, Pas masih lagi relevan dalam piolitik Malaysia dari sudut keberkesanannya untuk membantu parti China DAP mencapai matlamat memusnahkan Perlembagan Persekutuan untuk mengibarkan panji-panji Ketuanan China DAP dalam penguasaan politik negar.


---China DAP mampu ke sambut Raya China nihh..
Depa kata kaum China dizalimi, ditekan, disekat..
Gong Xi Fa Cai kawan2 Tionghwa yang ikhlas dan setia..


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...