Pengikut

Khamis, 24 Februari 2011

Pas Marah UMNO Jadi Hero Melayu pulak dah


Parti Melayu Pas marah-marah pada UMNO dan memberi amaran janganlah mendakwa sebagai pembela Melayu.

Amaran ini dihamburkan oleh Ustaz Politik Pas yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Beliau menyatakan demikian sebagai menyatakan kemarahannya di atas permintaan Datuk Fatimi Saleh yang meminta Pas mohon maaf kepada orang-orang Melayu sebelum bercakap tentang mahu memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Ustaz Idris agaknya lupa bahawa UMNO ditubuhkan oleh orang-orang Melayu yang beragama Islam adalah untuk memperjuangkan, membela dan mempertahankan kedaulatan bangsa Melayu dalam segala bidang kehidupan di tanahair mereka sendiri. Sejarah dan ketentuan Ilahi telah menyebabkan bangsa Melayu terpaksa bersaing dan berkongsi dengan kaum-kaum lain yang juga mempunyai pertubuhan untuk memperjuangan kaum masing-masing.

Orang-orang Melayu telah bersatu membentuk kuasa politik dan dengan kuasa politik itulah dihormati oleh kaum lain. Sekiranya bangsa Melayu itu tidak ada kuasa politik, pastinya tidak disegani, tidak dihormati dan kemungkinan tidak dipedulikan lagi. 

Tanpa kuasa politik bangsa Melayu akan terpinggir di tanahairnya sendiri walaupun mereka masih boleh mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat, melakukan ibadah berpuasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji.


Sumber petikanharakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 Feb: PAS meminta Umno supaya tidak berlagak menunjuk hero sebagai pembela Melayu kerana realitinya Umno adalah pengkhianat Melayu.

“Umno cuba menunjukkan mereka juara Melayu, telatah mereka seperti pencuri menjerit pencuri,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Justeru, katanya permintaan Datuk Fatimi Saleh, Setiausaha Politik Perdana Menteri supaya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memohon maaf terlebih dahulu kepada orang Melayu sebelum PAS hendak membela melayu suatu permintaan yang melucukan

Pas sebenarnya telah ditolak oleh seluruh Rakyat Malaysia. Yang menyokong Pas hanyalah golongan orang-orang Melayu yang masih percaya Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Bagaimanapun golongan ini telah bertambah kurang sebagaimana kurangnya Rakyat Malaysia yang menyokong pergerakan pertubuhan sosial dan perniagaan al-Arqam.

Di kalangan kaum China pula, hanya yang percaya kepada hasutan DAP sahaja yang menyokong Pas. Itupun bukanlah kerana berminat pada perjuangan Parti Melayu itu tetapi beranggapan Pas boleh membantu melenyapkan sejarah Melayu dan merealisasikan Malaysian Malaysia di negara ini seperti yang telah berlaku di Singapura.

Jika Pas mengadakan sejuta ceramahpun, tidak ada orang yang akan percaya bahawa UMNO tidak memperjuangan nasib bangsa Melayu di negara ini. Bukti perjuangan UMNO terhadap bangsanya tidak perlu diceramahkan kerana seluruh bangsa Melayu, termasuk penyokong Pas sendiri sedang menikmati hasil perjuangan UMNO itu.

Sebaliknya, jika tidak diadakan ceramahpun, semua Rakyat Malaysia telah sedia maklum bahawa tidak ada satu jasa bakti Pas yang disumbangkan untuk mengangkat maruah dan martabah bangsa Melayu di negara ini.

UMNO selamanya berjaya memenuhi matlamat penubuhannya:


FASAL 3
ASAS DAN TUJUAN
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.

3.1
Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

3.2
Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3
Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

3.4
Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

3.5
Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

3.6
Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Berbeza dengan Parti Pas yang menjadikan orang-orang Melayu sebagai ahlinya tetapi gagal melaksanakan matlamat penubuhannya.

Pas hanya mampu beretorik yang indah-indah, berslogan yang hebat-hebat dan bersemangat liar yang meluap-luap, tetapi tetap kosong dan penuh dengan fantasi yang tidak berpijak di bumi nyata.

Kini Pas sedang mencubga sedaya upaya untuk memperdayakan bangsa Melayu dengan merekacipta slogan baru memperjuangkan bangsa Melayu. 

Pas sebenarnya sedang bermain dengan air ludahnya dan mengajak orang-orang Melayu menjadi saksi melihat mereka menjilatnnya di pentas politik Sedang China DAP melihatnya dengan penuh senyuman akan kedunguan Parti Melayu itu.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...