Pengikut

Jumaat, 29 April 2011

Nurul Izzah halang orang ramai jangan percaya pelakon video itu adalah papanya. Ada orang lain menyerupai papa tapi guna pump untuk besarkan senjata sulit

...tolong jangan percaya...lelaki itu bakan papa...tolonglah

Nurul Izzah mengajak orang ramai supaya jangan percaya bahawa pelakon dalam video part 2 yang tersebar sekarang ini adalah Nuar Berahim. Itu adalah konspirasi. Ada seseorang yang menyerupai wajah papanya tetapi telah menggunakan pump untuk membesarkan senjata sulit.


Kelamkabut Ahli parlimen Lembah Pantai itu mengeluarkan kenyataan untuk menahan dan menghalang keyakinan orang ramai yang semakin bertambah percaya itulah papanya.

Tanpa memberikan apa-apa bukti untuk menafikan penglibatan Nuar berahim dalam video tersebut, Naib Presiden Parti Anak Beranak itu  hanya terus mengulangi skrip asal iaitu menuduh wujudnya konspirasi dan politik jahat, kotor dan jijik.

Anak Sulung Bekas Bandauan ini  juga kelihatan cuba mengutarakan konsep undang-undang, Islam dan undang-undang semulajadi dan berharap orang ramai menganggap penjenayah sebenar adalah penyebar video, bukan pelaku maksiat dalam video itu sendiri.

Nampaknya Nurul Izzah terpaksa melakukan apa yang terdaya kerana sudah tidak mampu menghalang persepsi orang ramai yang semakin merudum terhadap papa hebatnya.



Sumber: keadilandaily
KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mengulangi ketegasan bahawa individu dalam rakaman video seks fitnah- bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya beliau menyifatkan ia sebagai usaha jijik dan terdesak  Umno-Barisan Nasional untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.
“Kami tidak akan tunduk ataupun takut dengan taktik sedemikian,” kata Nurul Izzah ketika mengulas sedutan kedua rakaman video fitnah yang ditayangkan di internet oleh bloger pro Umno-BN hari ini.
Nurul, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menegaskan bahawa beliau serta ahli keluarganya tetap berdiri teguh bersama Anwar dalam menolak fitnah jahat berkenaan.

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...
tak caya ok,,,,suruh bapk u telanjang bersebelahan vedio yg kolopir nuar terjuntai ,then u ukor ,panjang dan ukuran takuk dah dlm vedio tak caya apa nk suruh bpk u buat tiger show ,,,buntut org habis ,,bini org tibai ,,u jika ada hrga diri berhenti jadi wkil bngsar,,,,,,,,,,,,,,malu , budak kencing cabang inilah bodohnya org bansar ikutkn kn hati nah ank peliwat tegar wakil u all,,,,,maruah bangsar
28 April 2011 2:44 AM
Padam

Selasa, 19 April 2011

Politik Berliku Yang Tak Berkesudahan! Siapa Rugi

Laksamana panjangkan ulasan dzimba (Pantau) berkaitan pendedahan Raja Petra.

Kesilapan berpolitik mengikut kehendak hati dan keuntungan sendiri akan menyebabkan satu bangsa akan pupus kuasa. Musibah ini akan melanda sehingga beberapa genarasi akan datang dan amat sukar untuk dipulihkan.

Selagi kita berfikiran waras, marilah kita pantau dan halang perkara ini dari terus berlaku.
Perlembagaan Persekutuan yang selama ini, dengan izin Allah, menjamin kelangsungan hidup kita semua, perlu dipertahankan.

Ikuti pandagan Pantau


PENDEDAHAN RAJA PETRA; ini ulasannya

Raja Petra blogger yang ternama sekali lagi mendapat nama, kali ini dengan pendedahan komplot yang cuba menjatuhkan atau menyekat Ds Najib daripada menjadi PM dan katanya lagi orang yang memainkan peranan adalah Anwar dan para pengikut tegar Ku Li.

Dzimba ada ulasan tersendiri dalam hal ini berdasarkan pengalaman sendiri bersama kumpulan ini dan bual bicara dengan pelbagai pihak semasa semasa dalam proses untuk mempastikan Pak Lah meletak jawatan. Secara ringkasnya ceritanya adalah begini;

1. Semua sudah maklum bahawa regim Pak Lah membawa banyak kecelaruan dalam politik Malaysia terutama selepas PRU 12, 2008. Justeru itu RPK dan pengikut Ku Li juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam proses pengunduran ini dan dengan harapan penggantinya nanti adalah Ku Li atau pun Anwar.

2. Pada pandangan pembangkang terutama Anwar, mereka mahukan Pak Lah terus kekal atau sekurang kurangnya Ku Li yang mengambil alih dan yang paling beliau risau adalah jika sekiranya Ds Najib yang mengambil alih, ini adalah kerana strategi mereka akan menjadi lebih susah.

3. Untuk mencapai hasrat ini , maka "menantu" telah memainkan peranan dengan menggunakan blogger pembangkang sebagai tempat untuk menaikkan nama Ku Li, Pak Lah dan sudah tentu nama 'menantu'.

4. Dalam percaturan ini juga, Dzimba difahamkan bahawa kononnya, peralihan kuasa ini sudah, akan dan telah dipersetujui oleh DYMM Yang di Pertuan Agung .

4. Diantara strategi lain adalah dengan mengaitkan Ds Najib dengan kes Al Tantuya dan dengan ini akan memungkin kan Ku Li dilihat sebagai pengganti. Penggantian ini seharusnya berlaku sebelum pemilihan UMNO, ini adalah kerana mereka yakin Ds Najib mampu untuk memenangi jawatan Presiden UMNO dan seterusnya menjadi PM.

Kesimpulannya adalah RPK adalah "agen atau pelapur" kepada kedua kedua mereka samada Anwar ataupun Ku Li, kerana apa yang penting mereka tidak mahu melihat Ds Najib menjadi PM. Bahkan pada satu peringkat para penyokong tegar Ku Li cuba memburukkan TDM. Ini adalah kerana mereka berpendapat dengan berbuat sedemikian maka para penyokong Pak Lah + menantu dan Anwar akan 'swing' dan bersama mereka dan membentuk kerajaan bersama penyokong Anwar dalam Pakatan Haram.

Akibat daripada perancangan ini juga lah Dzimba berpendapat Anwar begitu yakin bahawa 16 september adalah hari hari yang menjanjikan peralihan kuasa kepada mereka.

Nota: Dalam politik tiada kawan sejati dan tiada musuh sejati. Ini lah yang Dzimba tidak faham dan tidak pandai untuk berpolitik.

Komen Pembaca...



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLW8jFBR5yp6vavy0U83K8laW4CYyQJdMeBCIO7_oV0Ey0sx8QIKZPAQ8t5bIPdjgxPehovHbiOzHM0M9kGR-BTtEKbaXBoYJxMq-a9KNkdWWs9TvywzBrUUti8rf3q13N71DN6yP_iIoF/s220/ammar.JPG
Blogger dzimba MMIM berkata...
sebab ramai yang berpolitik hanya kerana kuasa dan bukan sebuah perjuangan yang jelas.

terima kasih kerana panjangkan paparan ini dilaman tuan

Jumaat, 15 April 2011

Najib Juga Yang Kena!!..Bila Isu Video Seks Ditukar Kepada Isu Penglibatan Pegawai Risik




Kes Liwat Pertama menyebabkan Nuar Berahim melangkahkan kakinya ke Penjara Sungai Buloh. 

Apabila Khairy Jamaludin menyerahkan Passport Antarabangsa dengan tangannya sendiri, membawa maksud tyersendiri dan dari saat itulah Nuar Berhaim mengatur strategi sehingga BN terpaksa melepaskan 5 buah negeri dan menanggung malu kehilangan 2/3 kerusi di Parlimen.

Bagaimanapun, Kes Liwat Berulang yang melibatkan Saiful menyebabkan Nuar Berahim terpaksa menghina mahkamah, mempermainkan sistem keadilan negara dan berbohong dalam pelbagai bentuk, semata-mata untuk melepaskan diri.

Kes pendedahan video seks mendorong Nuar Berahim membuat aduan polis menafikan penglibatannya. Isterinya Wan Azizah dan anaknya Nurukl Izzah dilibatkan menjadi benteng bersama-sama komponen parti Gerombolan Pembangkang dan mengheret orang ramai melepaskan lehernya yang sudah tersepit.

Kesemua rentetan peristiwa yang melibatkan Nuar Berahim ini sudah cukup memberi gambaran yang jelas kepada Rakyat siapakah Nuar Berahim yang sebenarnya. Penjelasan melalui media massa, laman-laman blog, seminar, forum dan ceramah yang berterusan telah berjaya mengubah persepsi rakyat dan dapat dikawal dengan baik.

Persepsi negatif di kalangan rakyat terhadap Nuar Berahim dan parti Gerombolan Pakatan Pembangkang sudah terbina dengan kukuh. Persepsi Rakyat ini terbina secara natural hasil dari segala fakta dan bukti-bukti yang dipamerkan sendiri oleh Nuar Berahim dan Gerombolan Pakatan Pembangkang  secara berterusan.

Din Merican telah menafikan yang beliau menuduh Najib/Rosmah terlibat didalam pembunuhan. Tetapi beliau mengakui berhubung dengan Raja Petra seperti yang diceritakan oleh Raja Petra di dalam Buletin Utama TV3 semalam. Kata Din Merican,


“I was surprised to learn that I have been linked to attempts to discredit Prime Minister Najib and his wife Rosmah with regard to the Altantuya case.

“There is no basis whatsoever in fact. I am personally disappointed that Raja Petra Kamaruddin should see it fit to get me involved in a matter where I have zero knowledge

“BUT it is a fact that Raja Petra called me to seek confirmation from Anwar Ibrahim regarding the reliability of a certain military intelligence officer. When I received confirmation from the PKR de facto leader, I relayed it to Raja Petra. That was all to the whole matter.Din Merican>”


Laksamana berkeyakinan, permainan persepsi ini masih belum berakhir. Pihak Gerombolan Pakatan Pembangkang masih berusaha untuk menguasai sumber persepsi. 

Mereka mahu mengawal pembentukan persepsi rakyat mengikut acuan dan perancangan yang mereka tentukan.

Setelah persepsi rakyat terhadap Nuar Berahim dan Gerombolan Pakatan Pembangkang berubah secara drastik akhir-akhir ini, mereka cuba mengawalnya semula.

Raja Petra Kamaruddin, dalam wawancara bersama TV3 berjaya melakukannya:

1. Beliau membina perspsi baru dengan mengatakan bahawa beliau tidak menuduh DS Najib dan DS Rosmah tetapi tuduhan itu berasal dari seorang pegawai risikan tentera. 

Kenyataan ini dengan segera akan mengalihkan tumpuan orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut cerita siapa pegawai misteri ini. Dengan jelas RPK menyebut "...merekalah yang patut disiasat dan diambil keterangan..."

Jelaslah...tindakan untuk menyiasat dan mengambil keterangan akan berjaya mengubah tumpuan dari isu video seks, jam omega, lelaki Y, kepada personaliti baru yang ada kaitan dengan Angkatan Tentera. 

Dalam hal ini, sudah pasti  DS Najib yang akan diheret lagi dalam isu ini! 

2. RPK tidak menyatakan dengan jelas bahawa beliau memainkan peranan membantu menyebarkan fitnah, membantu merekayasa pembohongan, mengembangkan kepalsuan fakta dan maklumat. Sebaliknya hanya menumpukan kepada kelemahan parti pembangkang dalam usaha mereka untuk menawan Putrajaya.

Jelaslah...tindakan RPK ini hanya untuk divert  isu bagi membantu membaikpulih persepsi negatif terhadap Nuar Berahim beralih kepada menyuburkan persepsi negatif yang baru terhadap DS Najib.

Kita ucapkan terima kasih kepada daya usaha TV3, tetapi apakah itu satu keperluan setelah kita berjaya melemahkan musuh atas daya usaha kita sendiri?

Setelah kita bertungkus-lumus dan berjaya menjernihkan persepsi negatif terhadap DS Najib, terhadap Kerajaan Pilihan Rakyat UMNO-BN, perlukan kita terikat pula dengan bantuan Raja Petra Kamaruddin? 

Perlukah proses pembentukan persepsi ini dikembalikan ke tangan RPK dan Nuar Berahim setekah kita berjaya menguasainya?

Perlukah? 

Jumaat, 8 April 2011

Laptop Papagomo Dah Serah, Jam Omega Simpanan Wan Azizah Macam Mana?


Semalam semasa berada di Kucing, Gomo telah di panggil oleh pihak Polis Bukit Aman bagi memberikan kerjasama dalam soal siasat berhubung laporan Polis yang telah di buat oleh Anwar Ibrahim no Report Polis THSL 9703/2011.

Gomo memberi kerjasama sepenuhnya sehingga sanggup menyerahkan komputer laptop peribadinya kepada pihak polis. Gomo sanggup menghadapi kesukaran kerana laptop itu diperlukan untuk melaksanakan tugasan membuat laporan dan liputan sepanjang PRN Sarawak.


 Manakala Wan Azizah dan Nurul Izzah pula mengumunkan dalam sidang media bahawa jam tangan Omega milik Nuar Berahim masih ada dalam simpanan mereka. 


Wartawan tindak minta Wan Azizah dan Nurul Izzah menyerahkan jam tangan itu kepada mereka, hanya diminta menunjukkan sahaja untuk dilaporkan dalam media bagi pengetahuan umum.

Nampaknya kedua-dua pelakon dua beranak ini berjaya  memperdaya pihak media tetapi gagal membohongi rakyat keseluruhannya.

putar...jangan tak putar..


Baca seterusnya:
Wan Azizah dan Nurul Izzah dah macam Doraemon Ujang Ranggi

Jumaat, 1 April 2011

Nurul Izzah Menjawab Tegas 5 Soalan Datuk Eskay


Semasa video seks didedahkan Nurul Izzah tidak berkata apa-apa walau sepatahpun. 

Sedangkan pihak yang telah menonton  video itu mengatakan mereka yakin bahawa pelakon lelaki dalam video itu benar-benar menyerupi wajah bapanya Nuar Berahim.

Tetapi apabila komik tersebar di kalangan orang ramai, tanpa berlengah Nurul Izzah membuat aduan polis. Imej dalam video lebih jelas dan sukar dinafikan, tetapi Nurul Izzah berdiam diri. Komik yang hanya lakaran pula yang menarik perhatian sehingga membuat aduan polis dan mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

"...bahawa saya dimaklumkan oleh pengundi Lembah Pantai..khususnya pengundi baru...yang mendapat salinan...beserta dengan pendaftaran pengundi mereka. Salinan satu majalah komik yang berjudul...Kisah Juara Raja Lawak...16 muka surat...dengan gambaran seakan-akan menyerupai Ketua Pembangkang...dalam bentuk yang begitu lucah...

...saya akan minta SPRM untuk menyiasat perkara ini...kalau benar Kerajaan BN memang tidak menyokong dan menolak politik lucah....durjana...maka saya fikir...tindakan yang tegas wajib diambil..."

Sehingga hari ini Nuar Berahim tidak menyaman Datuk Trio atau nama-nama lain yang dikaitkan dengan  pendedahan yang memalukan itu. Sebaliknya sekadar menafikan lelaki dalam video itu bukanlah dirinya. Selepas itu keluar menjerit dan memekik merata tempat mengatakan DS Najib, Rosmah dan individu lain yang melakukan konspirasi.

Wan Azizah, Presiden PKR juga tidak menyaman Datuk Trio yang jelas menjatuhkan maruah Penasihat PKR yang juga suaminya.

Nurul Izzah juga tidak berminat menyaman Datuk Trio kerana memalukan ayahnya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, sebaliknya hanya meminta kerajaan mengambil tindakan yang tegas.

Ketiga-tiga anak beranak yang juga pemimpinj tertinggi parti PKR ini nampaknya terus bermain politik mengikut rentak Nuar Berahim.

Rakyat, khususnya pengundi Lembah Pantai sedang memerhatikan dengan teliti segala lakonan dan perangai memperbodohkan rakyat oleh tiga beranak ini.

Maka Laksamana berkeyakinan, jika 5 soalan terbaru yang dilontarkan baru-baru ini oleh Datuk Eskay, pasti akan dijawab oleh Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai seperti berikiut:

Soalan-soalannya:

1.  Dalam tempoh Dua Tahun ini berapa kali Anwar Ibrahim ke Thailand?
Jawapan: Bapa saya, Anwar  ke Thailand banyak kali kerana telah diatur oleh satu konspirasi peringkat tinggi untuk menjatuhkan kredibilitinya sebagai pemimpin anugerah Tuhan.

2.  Siapa yang menyambut Anwar Ibrahim apabila sampai di Thailand?
Jawapan: Yang menyambut bapa saya, Anwar di Thailand adalah tokoh-tokoh yang berkonspirasi untuk menjatuhkan maruah bapa saya yang sangat berkarisma dan hebat.

3.  Siapa yang menempah bilik hotel untuk Anwar Ibrahim di Tahiland?
Jawapan: Bilik hotel bapa saya, Anwar ditempah khas sebagai satu konspirasi untuk menyekat kemaraan politik bapa saya yang semakin hampir menawan Putrajaya setelah hampir terjadi pada 16 september dulu.

4.  Siapa yang menjelaskan bil bayaran segala pakej di Thailand?
Jawapan: Semua bil bapa saya, Anwar sengaja dibayar sebagai sebahagian dari konspirasi untuk melemahkan pakatan rakyat di samping menjatuhkan imej bapa saya yang disanjung di seluruh dunia.

5.  Siapa yang bersama Anwar sepanjang masa di Thailand ?
Jawapan: Sepanjang masa di Thailand, bapa saya Anwar bersama dengan konco-konco yang sengaja disediakan oleh pihak yang berkonspirasi untuk menjatuhkan kepimpnan bapa saya dan menghalang pakatan rakyat mengambilalih kerajaan.


..Perdana Menteri 16 Sept.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...