Pengikut

Khamis, 30 Disember 2010

Tahniah: Anak Muda Berkeris di Gelanggang Orang



Tahniah kepada anak-anak muda kita.
Pulang megah setelah menang berkeris di gelanggang orang.

Laksamana ucapkan tahniah kepada  pasukan kita dan penyokong-penyokong serta seluruh anak-anak generasi muda. Mari kita hayati kemenangan ini sebagai satu bangsa yang bermaruah dan beragama.

Laksamana melihat telah wujud dan tumbuh subur dalam jiwa anak-anak generasi muda kita semangat patriotik yang mendalam. Agama yang kita anuti mengajar supaya sayangkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pasukan kita telah menempuh dan berjaya merempuh semua halangan dan cabaran sebagai anak muda yang memiliki semangat juang yang tinggi. Kecekalan, semangat sepasukan dan kebijaksanaan digabungkan mengatur setiap langkah di gelanggang sendiri dan di gelanggang orang.

Itulah adat seorang pahlawan. Walaupun musuh menghunus keris dengan bengisnya, tetapi anak-anak muda kita dilihat tetap mengatur tapak berhadapan tanpa undur walau selangkahpun. Langkah tempur disusun rapi dan kemas. Serangan bertubi-tubi disambut dengan pencak yang mematahkan musuh. Menyerang dengan dengan tepat sehingga musuh longlai di tanah, di gelanggangnya sendiri.

Inilah anak-anak generasi muda yang kita didik semenjak dari alam tadika.
Pasti ibu mereka bangga kerana bayi yang dijaga dari dalam kandungan itu, akhirnya muncul juga sebagai juara mengangkat maruah dirinya, keluarga, rakan-rakan, masyarakat dan negara.

Kita semua rakyat malaysia pelbagai kaum dan agama sungguh berasa bangga dengan kejayaan ini. Kita menghargai kejayaan kerana setiap kejayaan amat bererti dan berharga kepada sebuah bangsa yang bermaruah dan berdaulat.

Kejayaan anak-anak muda ini akan tetap dijadikan kejayaan seluruh Rakyat Malaysia. Setiap kejayaan yang dicipta dan dicapai oleh generasi muda kita adalah kejayaan negara di masa hadapan.

Sebaliknya kita harus berasa sedih apabila berhadapan dengan kegagalan. Semua kegagalan jika dikekalkan pasti akan meruntuhkan pencapaian negara bangsa yang sedang mencipta nama di pentas global ini.
Kita tidak akan membiarkan anak-anak generasi muda kita dibesarkan dan dididik atau ditarbiayyah dengan kehinaan dan kemunduran tamadun kemanusiaan.






Tahniah anak-anak generasi muda. Masa depan negara berada di hujung jarimu.

Ambil yang baik jadikan teladan.
Yang buruk jadikan sempadan.



Selasa, 28 Disember 2010

Lim Kit Siang dan DAP Terus Mara


Lim Kit Siang Terus Mara Membawa DAP Hidup Di Pentas Politik Malaysia.

Sumber: blog.limkitsiang.com/

Najib is denying the undeniable when he claimed his 1malaysia slogan is not political.

The Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak is denying the undeniable when he claimed that his 1Malaysia concept is not political but a tool to foster unity among the different communities for nation-building.

Najib cannot deny that in the 20 months since the introduction of Najib’s “1Malaysia, People First, Performance Now” slogan, instead of giving Malaysians a new sense of being Malaysian, the reverse has taken place....

 Mengapa DAP terlalu marah dan asyik mengajak rakyat mempertikaikan 1Malaysia?
Adakah disebabkan 1Malaysia itu idea Perdana Menteri DS Najib?
Atau konsep 1Malaysia itu mengukuhkan lagi konsep Perikatan dan Barisan nasional di hati Rakyat?

Jawapannya agak mudah jika kita melihat asas-asas perjuangan cauvinistik-racist yang begitu extreme yang diamalkan oleh DAP selama ini.

Musuh utama DAP adalah perpaduan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Mereka terpaksa berusaha gigih untuk memecah-belahkan perpaduan kaum.

Sebab itu DAP sejak dari dahulu lagi mencari isu-isu perkauman untuk menarik perhatian dan membina emosi kebencian di kalangan kaum China dan India. Benteng agama dan maruah bangsa menyebabkan mereka gagal mempengaruhi masyarakat Melayu.

DAP dan Lim Kit Siang tahu bahawa perpaduan kaum adalah rahsia kejayaan UMNO-BN selama ini. Walaupun UMNO menjadi tulang belakang parti pemerintah bersama komponen BN yang lain, tetapi semangat perkongsian telah berjaya memacu kejayaan negara dan kehidupan rakyat pelbagai kaum.

DAP amat faham bahawa keunikan dan kepelbagaian yang terdapat dalam masyarakat Malaysia boleh dijadikan "bom jangka" di atas pentas politik cauvinistik-racist yang dianuti mereka. PRU ke-12 membuktikan sokongan kaum China telah bertambah dan memperlihatkan keruntuhan kuasa dan pengaruh MCA serta MIC di kawasan kaum China sebagai penentu.

Tetapi DAP dan Lim Kit Siang juga faham bahawa untuk meruntuhkan dominan UMNO dan melenyapkan pengaruh parti keramat itu, sokongan dari kaum amat Melayu diperlukan.

Dalam hal ini, kesediaan Pas melacurkan parti dan meninggalkan matlamat Islam dalam arahtuju perjuangannya, telah banyak membantu DAP mencapai cita-citanya. Ahli-ahli Pas dengan begitu taksub telah melaksanakan cita-cita DAP ini tanpa menyedari maruah mereka sebagai seorang Muslim telah sama bergelumang dalam kandang ternakan DAP ini. Pas sanggup lakukan apa sahaja asalkan perpaduan kaum ini dapat dipecahkan.
Dalam masa yang sama DAP berjaya menggunakan Nuar Berahim secara total. Bukan sahaja Nuar Berahim, tetapi habis semua anak isterinya melibatkan diri untuk menjayakan cita-cita DAP. Pengikut dan penyokong Parti keluarga itu juga tidak segan silu memperbodahkan diri melaksanakan grand design yang dicatur oleh DAP.

Hari ini, setelah DS Najib dan rakan-rakan pemimpin komponen BN memperteguhkan kepaduan dan permuafakatan, DAP kelihatan menjadi seperti cacing kepanasan dan kehilangan punca modal politiknya.
Sebab itu DAP dan Lim Kit Siang terus menerus mengelirukan pemikiran rakyat mengenai 1Malaysia yang sudah semakin difahami dan diterima.

Satu Malaysia adalah hasil Gerakan Rakyat Malaysia.
DAP dan Lim Kit Siang pasti kecewa dan hanyut dengan anti nasionalnya. 

Jumaat, 24 Disember 2010

PAS: Lembu Ternakan Nuar Berahim Yang Dungu


Seperti lembu yang sudah dijerut lehernya, PAS akan mengikut ke mana sahaja diheret oleh Nuar Berahim.

Hampir kesemua pemimpin-pemimpin Partai Melayu Islam itu terpaksa mempercayai dan mematuhi apa sahaja yang ditentukan oleh bekas banduan yang memimpin Parti PKR, parti peribadi dan keluarganya.

Kedunguan pemimpin-pemimpin PAS ini semakin menyerlah dan sudah mula diperhatikan oleh ahli-ahli dan penyokong mereka.

Apa yang tidak dapat difahami ialah mengapa PAS sebagai sebuah Parti Melayu Islam yang berpegang kepada prinsip-prinsip ajaran agama al-quran, tetapi merelakan dirinya dijadikan alat oleh bekas banduan yang kini masih lagi menghadapi kes mahkamah atas tuduhan salahlaku yang sama.

Ahli-ahli dan penyokong PAS sudah mula bertanya, adakah slogan-slogan "membangun bersama Islam", "Kepimpinan ulamak" yang dilaungkan selama ini hanyalah merupakan slogan politik sahaja.

Mereka sudah mula rasa bersalah dan malu kepada rakan-rakan dan keluarga yang berada dalam UMNO-BN, kerana selama ini PAS berceramah di merata tempat menghina UMNO kerana berkerjasama dengan MCA dan MIC yang bukan Islam. 

Tetapi kini PAS bukan sahaja bekerjasama dengan PKR dan DAP, malah membantu melaksanakan arahan-arahan DAP  yang boleh merugikan Islam itu sendiri. Mereka tidak puas hati kerana tingkahlaku dan perbuatan Nuar Berahim didapati terlalu banyak yang bercanggah dengan ajaran Islam. Manakala DAP didapati sentiasa mencari jalan memesongkan pemikiran umat Islam melalui tafsiran-tafsiran liberal dan pluralisme mereka.

Misalnya dalam isu APCO, mereka mempertikaikan mengapakah pemimpin-pemimpin PAS tidak membuat kajian dan penyiasatan terlebih dahulu mengenai kebenarannya. Sebaliknya menelan bulat-bulat pembohongan Nuar Berahim dan bertindak melulu menyokongnya. 

Samalah dengan isu Nuar Berahim akan menubuhkan kerajaan pada 16 Sept. yang lalu di mana PAS turut membohongi dan merelakan ahli-ahli dan penyokongnya menjadi mangsa penipuan dan temberang Nuar Berahim.

Paling terbaru, sekali lagi dilihat bukti pemimpin-pemimpin menjadi lembu ternakan Nuar Berahim dan China DAP ialah PAS dijadikan budak suruhan semasa Konvensyen Kedua Pakatan di Pulau Pinang. Pas dipaksa jangan bercakap mengenai Islam, dilarang membawa isu negara Islam dan diberi amaran supaya apa sahaja isu berkaitan Islam hendaklah mendapat restu DAP terlebih dahulu.

Semua pemimpin PAS akur, tunduk dan mengangguk menerima syarat-syarat itu asalkan PAS tidak dikeluarkan dari Gerombolan Pakatan Pembangkang itu. 

Baca seterusnya kedunguan Parti Melayu Islam ini...

APCO: MP PAS serah memo kepada Agung hari ini
Ditulis oleh Harakahdaily   
MONDAY, 05 APRIL 2010 12:45

KUALA LUMPUR, 5 April - Hampir semua anggota Parlimen PAS akan menyerahkan memorandum mengenai perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan APCO Wordwide kepada Yang Dipertuan Agung jam 12 tengahari ini.

Rombongan yang diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ini akan menyerahkan memorandum itu jam 12 tengahari kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di pejabatnya.

Memorandum ini bertujuan memohon kepada Yang Dipertuan Agung agar campurtangan berikutan keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik perjanjian dengan syarikat itu.

Ini kerana, APCO juga mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Israel dan dipercayai turuk terlibat dalam merancang 'One Israel' sebelum memberikan khidmat perhubungan awam kepada kerajaan Malaysia.

Dalam sidang Parlimen minggu lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan APCO Wordwide.



Rabu, 22 Disember 2010

FELDA Bukan Sekadar Batu Loncatan: Tolonglah Wahai Ahmad Maslan!

LIM Kit Siang DAP Berjaya Menghasut Peneroka FELDA

Pada 24 April 2010, dengan daya usaha ANAK Derhaka hasil persundalan PAS dan PKR dengan DAP, maka dengan penuh sombong dan besar diri, Lim Kit Siang DAP berdiri gagah di tanah FELDA menabur racun kebencian dan dadah khayal sehingga lupa daratan.

Lim Kit Siang berucap ringkas di Felda Sungai Tengi di hadapan penyokong Pas dan PKR dengan mengajak mereka membunuh UMNO. Alasan yang diberikan kepada para peneroka itu ialah UMNO telah menzalimi warga Felda dan menjadikan generasi kedua Felda sebagai buruh paksa. Ucapan Kit Siang disambut dengan laungan "Allahu Akbar".

Hari ini Kit Siang DAP tidak perlu lagi memasuki dan menjejalah Felda kerana hasil tarbiahnya telah berjaya meninggalkan benih-benih yang sentiasa disuburkan oleh PKR dan Pas. 

Wahai Ahmad Maslan, tolonglah...Felda bukan setakat batu loncatan politik sahaja. Felda diserang, dinafikan jasa baktinya kepada umat Islam. Rancanglah sesuatu yang terbaik untuk menangkis dakyah karut Gerombolan Pembangkang. Jangan layan, jangan menari ikut rentak yang dipalu oleh mereka.

Baca seterusnya:


juga di sini:

http://lintau-perak.-zaid-kalah-tapi-dap-menang-besar

Isnin, 20 Disember 2010

DAP Racist Mula Menyerang Isu Kerakyatan

Sejarah tidak pernah menipu kita

Perancangan DAP Mara Selangkah Lagi Untuk Memusnahkan Melayu-Bumiputera
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mara selangkah lagi dengan mula menyerang isu kerakyatan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Kebangsaan Kedua Di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, Ahad 19 Disember 2010.

Sebelum ini DAP memainkan isu dengan mengapi-apikan semangat perkauman sehingga tercetus Peristiwa 13 Mei. BN menanganinya dengan berkesan dan Tun Mahathir berjaya membawa Malaysia selama 20 tahun bergerak maju ke hadapan seiring dengan perkembangan negara membangun yang lain.

Sepanjang masa Tun Mahathir mentadbir parti UMNO, BN dan negara, DAP tidak mempunyai ruang yang banyak untuk menghasut rakyat. Keberkesanan dan ketegasan Tun telah menjamin rakyat hidup bersatu padu, aman dan dapat memajukan diri serta keluarga. Dengan itu negara dapat berkembang dan rakyat hidup penuh kebajikan dan sejahtera.

Bagaimanapun, akhir-akhir ini iaitu setelah Tun melepaskan jawatan, DAP kembali aktif membawa cita-cita racistnya dan berjaya pula mendapat bantuan strategik dari Pas dan PKR.

Gerombolan Pakatan Pembangkang ini bersungguh-sungguh menyerang elemen-elemen yang selama ini menjadi paksi keutuhan nasional. Mereka menyerang dengan begitu ganas sehingga melewati batas-batas yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan yang sepatiutnya dijunjung bersama.

Kerakusan dan niat sebenar DAP untuk menghapuskan orang Melayu-Bumiputera jelas dari tindakannya sengaja menyerang Institusi Raja-Raja, mencabar penggunaan nama Allah di mahkamah, mempertikaikan ketuanan Melayu, memperlecehkan tulisan jawi, menghina mesjid dan surau dan banyak lagi perbuatan yang benar-benar menggoncang tiang seri keutuhan nasional yang terbina selama ini.

Hal ini sengaja dirancang satu persatu dan kesemuanya berjaya dilaksanakan dengan bantuan orang-orang Melayu Pas dan PKR. Sekiranya rakyat tidak mampu berfikir secara rasional dan bijaksana, dakyah DAP ini boleh mendatang bencana yang amat besar kepada rakyat dan yang paling malang adalah kaum Melayu-Bumiputera yang banyak bertimbangrasa dan terlalu pemurah selama ini.

Bagi melengkapkan strategi dan mara setapak lagi, DAP mula menyerang isu kerakyatan yang didakyahnya sebagai terbahagi kepada dua jenis. Satu pihak adalah rakyat yang dedefinisikan sebagai rakyat Malaysia yang tulen iaitu yang menyokong Malaysia Malaysia dan selebihnya adalah rakyat yang ketinggalan zaman dan zalim yang ingin mengekalkan Perlembagaan Persekutuan yang ada.

Kemaraan ideologi DAP ini mestilah disekat. Kita yakin rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang selama ini hidup aman sejahtera dan berkembang maju tidak akan musnah begitu sahaja kerana memenuhi cita-cita DAP menawan Malaysia sebagaimana PAP berjaya menawan Singapura.

Baca yang berkaitan:

takrif-rakyat-malaysia-yang-sebenar (mymassa)
sejarah-kelahiran-dap-untuk-hapuskan (umno bhgn cheras)


    

Ahad, 19 Disember 2010

Nuar Berahim Sibuk Roadshow, Najib Hanya Beri Senyuman

Foto ikhsan dari rakan blogger GAP - Najib Steady

Nuar Berahim Sibuk Roadshow, 
Najib Hanya Beri Senyuman

Wikileaks membuat pendedahan mengenai Nuar Berahim tentang kes liwatnya, Seluruh dunia sudah tahu hal sebenar tentang Nuar Berahim yang juga Ketua Gerombolan Pembangkang dalam Parlimen Malaysia. 

Sepatutnya Nuar Berahim menyaman Wikileaks atau akhbar Australia The Sun-Herald. Tetapi kerana matlamat politiknya, dia menyaman pihak lain yang tidak ada kena mengena.

Yang bestnya dia mulakan kembali kegemarannya. Menjelajah seluruh negara menggunakan isu Wikileaks sebagai tiketnya.

Orang ramai beranggapan Nuar Berahim akan mempertahankan dirinya dengan menafikan tuduhan liwat dan dalam masa yang sama bersumpah muhabalah sebagaimana yang telah dilakukan oleh mangsanya Tuan Haji Saiful Buhari.

Rupa-rupanya tidak. Nuar Berahim menjelajah negara dan menjaja semula kuih basi yang diciptanya bersama Raja Petra Kamarudin iaitu cerita altantuya. Nampak sangat hambatan sebenar yang menghantui Nuar Berahim ialah DS Najib.

Di hadapan pendengar yang masih terhibur dengan kelakar Nuar Berahim akan bertepuk tangan menyambut ucapannya yang sudah tidak memberi apa-apa erti kepadanya lagi.

Mengapa Nuar Berahim terus terusan mencalarkan imej DS Najib?
Apa kesalahan DS Najib kepadanya?
Apa kegagalan DS Najib semala ini sepanjang karier politiknya kepada rakyat Malaysia?

Nuar Berahim akan terus menyalak. Nuar Berahim akan terus menjadi alat DAP. Nuar Berahim akhirnya akan tersungkur di hujung jari pengundi yang semakin bijak dan berpandangan jauh. Nuar Berahim sedang ditertawakan oleh cauvinist-racist DAP yang berjaya memperalatkannya.

DS Najib hanya tersenyum melihat gelagat gila manusia yang bernama Nuar Berahim.

Negara dan Rakyat pelbagai kaum terus melihat jauh ke hadapan untuk masa depan yang lebih gemilang.

Jumaat, 17 Disember 2010

PKR Dukung Biawak Hidup yang Bernama Nuar Berahim

 
PKR Mendukung Biawak Hidup Bernama Nuar Berahim

Para penyokong PKR telah mula merasakan bahang kepanasan untuk menghadapi PRU ke-13. Mereka dalam dilema kerana menyokong parti yang tidak berwibawa. Semakin ramai di antara mereka sudah mula berkira-kira untuk membuat keputusan samada terus menyokong atau meninggalkan parti murahan yang memperjuang nafsu Nuar Berahim semata-mata.

Dunia siber menjadi pemankin proses kematangan pemikiran rakyat. Tidak mungkin lagi ahli dan penyokong disekat dan diarah hanya membaca Suara Keadilan sahaja. Fakta dan kebenaran sentiasa berada di alam maya yang boleh dicapai bila-bila masa. 

Sebaik sahaja Nuar Berahim beraksi semula di pentas politik, para penyokongnya terpukau dengan syarahan dan pidato retoriknya. Strategi muafakat dengan DAP dan PAS yang juga merupakan parti murahan, disokong pula oleh kelemahan Pak Lah, menyebabkan mereka dapat menafikan 2/3 penguasaan BN di Parlimen di samping berjaya menawan 5 buah negeri.

Tetapi selepas itu, apa yang Nuar Berahim lakukan?

Dia terus menipu, berbohong, putarbelit, temberang dan memperboboh-bodohkan pengikutnya sendiri. Malah ahli dan penyokong PAS juga turut diperbodohkan seperti lembu dicucuk hidung. Manakala kaum China tersenyum memandang perilaku bodohnya yang menikam bangsanya sendiri

Seluruh rakyat Malaysia tahu perbuatan Nuar Berahim ini hanya menguntungkan DAP yang begitu konsisten dalam perjuangan mengangkat martabat dan survival kaum China. Nuar Berahim rasa dia bijak tetapi tidak sedar kebodohannya itu dengan senang diperalatkan oleh DAP.

Kerana itulah berbondong-bondong rakan karib, penyokong tegar dan pemimpin kanan PKR meninggalkannya. Hakikatnya mereka bukan sahaja meninggalkan PKR tetapi membelasah Nuar Berahim yang meletakkannya sebagai manusia yang tidak bermaruah, tidak boleh dipercayai dan tidak boleh dibuat kawan.

Yang tinggal hanyalah sekerat dua sahabat setiakawan yang mengenang budi padanya, dibantu oleh penyokong-penyokong jalanan yang mudah dibakar semangat mereka untuk berdemonstrasi dan membuat kacau bilau.

Kini semakin hari semakinn susut sokongan dari bawah. Kalau adapun yang tinggal hanyalah samseng-samseng yang sedia memporak-perandakan mesyuarat dan pemilihan partinya.

Mengapakah ini berlaku? 

Segalanya-galanya kerana diri Nuar Berahim yang sebenar telah diketahui ramai. Kalau dahulu dia berjaya melindungi diri sebenarnya di sebalik lakonan warak dan karismanya, tetapi segala-galanya sudah terbongkar, terdedah dan terus terbentang satu persatu.

Parti digunakan untuk kepentingan dirinya sendiri yang penuh berlumuran dengan masalah demi masalah. Ahli dan penyokong dikerah untuk menyelesaikan masalahnya dengan apa cara sekalipun.

Nuar Berahim menjadi biawak hidup dalam PKR
yang perlu didokong oleh penyokongnya.     

Rabu, 15 Disember 2010

Azmin Ali: PM Malaysia Secara Bergilir-gilir

 Sumber: azminali.com

Catatan Blog Baru Bian : Janji Azmin kepada Sarawak (Azmin’s promise to Sarawak)

12 Dec (Bintulu) – On Sunday, 12th December 2010, at a PKR Pre-Christmas Dinner held in Bintulu, PKR’s recently elected Deputy President YB Mohd. Azmin Ali, spoke to a large dinner crowd consisting of about 300 party members and supporters....

In his rousing and fiery speech, YB Azmin also made a promise that got the 300-strong crowd onto its feet that turned into a five minute long standing ovation and applause. “Pakatan Rakyat akan memberi kuasa autonomi sepenuhnya kepada Sarawak sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU13.” (Pakatan Rakyat will give full autonomy to Sarawak if we win at the 13th General Elections......
apa kita nak heran dengan janji Nuar Berahim dan kuncu-kuncunya

Sedikit masa lagi mereka akan janji pulak:

1. Jawatan Perdana Menteri Malaysia secara bergilir
2. Jawatan YDP Agong secara bergilir-gilir
3. Agama Resmi negara secara bergilir-gilir

Akhirnya mereka akan janji:

1. Setiap parti dalam Pakatan akan mempunyai Perdana Menteri sendiri
2. Setiap kaum mempunyai Perdana Menteri sendiri

Marilahlah kita tunggu janji-janji seterusnya

Khamis, 9 Disember 2010

PAS Tolak Ajaran Islam Melalui Amalan Politik Hariannya

Semarakkan Kemarahan Rakyat Di Atas Kain Rentang

Disember 6, 2010 ustazidrisahmad

Parti Islam Semalaysia Pas mengharapkan rakyat dapat meningkatkan kemarahan dan kebencian terhadap UMNO dan Kerajaan Persekutuan hanya kerana kenaikan harga 5 sen.

Pendekatan ganas dan terkeluar sama sekali dari ajaran Islam yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ini diaktifkan, adalah berpunca daripada kegagalan mereka mempertahankan Bagan Pinang, Hulu Selangor, Galas dan Batu Sapi.

Keresahan dan ketakutan yang amat sangat, dilihat sudah mula menekan dan menghantui hulubalang PAS. Seperti biasa mereka akan mengenepikan ajaran dari roh Islamiah dan dengan segera meniupkan api kebencian, hasutan dan gesaan-gesaan membakar emosi yang kesemuanya bukan berasal dari ajaran Islam.

Tetapi rakyat sudah sedia maklum, tidak mungkin kerana kenaikan hanya 5 sen untuk RON95, diesel dan gas serta 20 sen untuk gula, maka kerajaan yang sangat bertanggungjawab selama ini diruntuhkan.

Rakyat tahu, jasa bakti pemerintah selama ini bukan bernilai 5 sen. Kejayaan Kerajaan UMNO-BN membawa kesejahteraan hidup kepada masyarakat China, India di samping memelihara kaum peribumi asal di tanahair ini diteruskan dengan penuh bijaksana.

Harga untuk hidup sejahtera dan berjaya memiliki harta dan kekayaan di tanahair ini bukan bernilai 5 sen. Harga menjadikan seorang anak India menjadi peguam atau doktor di negara ini bukan berharga 5 sen begitu juga harga melahirkan ratusan jutawan dari kaum China di negara ini, bukanlah berharga 5 sen.

Ramai generasi muda yang tertanya-tanya apakah logiknya hasutan Haji Idris Ahmad yang mengajak rakyat meningkatkan kebencian dan kemarahan kepada kerajaan hanya kerana kenaikan 5 sen? Sehingga ada anak-anak muda yang berkata..."kalaw nak tipu kami pun carilah idea yang baik sikit"...

Sedangkan generasi muda kita telah sedar bahawa mereka membesar dan menikmati kebahagiaan dan membina kejayaan peribadi dan keluarga melalui dasar-dasar Kerajaan Persekutuan yang dipilih oleh rakyat.

Oleh itu hasutan Parti PAS tidak lebih dari membuktikan bahawa parti itu tidak berprinsip dengan prinsip-prinsip agama Islam. Kerana itulah didapati sekarang ini, ramai guru-guru agama yang dahulunya menyertai PAS atas dasar ikut-ikut kawan, tetapi kini dengan tegas menolak dang meninggalkan pergerakan songsang parti politik itu yang dilihat senada dengan parti cauvinis-racist DAP dan PKR yang semakin jauh lari dari landasan dan panduan agama Islam.

PAS dan pembangkang semakin gusar kerana tidak menyangka rakyat Malaysia sebenarnya berfikiran matang. Mereka kini terasa terjebak dengan tingkahlaku yang bercirikan gerombolan pengganas yang mereka paparkan kepada rakyat selama ini, sudah mula memakan diri mereka sendiri. Penipuan, pembohongan dan putar-belit fakta yang mereka mainkan siang malam, kini sudah berjaya mengubah pola sokongan rakyat kembali beralih kepada Kerajaan Persekutuan yang dilihat oleh rakyat sentiasa berwibawa dan cemerlang.

Ustaz Idris Ahmad perlu membuka kita-kitab Yahudi untuk mendapatkan kaedah dan teknik meningkatkan kebencian dan kemarahan rakyat yang semakin sayang pada Kerajaan Persekutuan.

Seperti yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam di zaman Rasulullah terdahulu terhadap Nabi Muhammad yang berjaya menyatukan pelbagai kaum, bangsa dan kepercayaan seperti yang berjaya dilakukan olej Kerajaan Persekutuan hari ini.

Ahad, 10 Oktober 2010

Pas Kelantan Semakin Ditolak Kerana Pemimpin Rasuah dan Rampas Hak Rakyat

Harta rakyat dirompak berterusan
....rakyat dibiarkan menderita setiap hari

Gerakan Gelombang Menolak Pas sedang rancak bergema di Kelantan akibat rakyat memendam rasa selama 20 tahun disia-siakan setelah diberi mandat.
Sentimen perkauman yang disemarakkan oleh DAP dan kebolehan PAS memanipulasi agama Islam sebagai alat politik, Gerombolan Pakatan Pembangkang itu semakin dibenci oleh orang Melayu dan bukan Melayu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohmad Sabu berkata, melahirkan kebimbangan terhadap penerimaan seluruh rakyat terhadap UMNO-BN yang semakin ketara dan peluang Pas untuk mengekalkan kuasa di Kelantan dan Kedah semakin tipis. Sumber: WARTA RAKYAT Kuala Terengganu 9 Okt.

Pas menjadikan agama Islam sebagai alat memancing undi di kalangan orang Melayu, manakala memainkan isu perkauman dan memanipulasi agama Islam di kalangan orang China dan Inda serta bukan Islam yang lain. Harapannya supaya kaum bukan Melayu dan bukan Islam terus membenci UMNO-BN.

Hakikatnya UMNO-BN berjaya menyatupadukan rakyat berbagai kaum dan agama selama lebih 60 tahun di negara ini. Berjaya menaikkan taraf hidup rakyat dalam pelbagai bidang termasuklah bidang pendidikan, ekonomi, kesihatan, sosial, kebajikan dan perpaduan kaum.

Jadi, PAS dan sekutunya DAP tiada alasan utama untuk menafikan kejayaan UMNO-BN selama ini, melainkan cuba memainkan api sentimen dengan cara membohongi rakyat dari semasa ke semasa.

Dalam masa yang sama, seluruh rakyat dapat melihat dengan jelasnya, hubungan antara PAS dan DAP menghadapi masalah pokok yang sangat meruncing. Rakyat telah sedar begaimana PAS tunduk kepada kehandak DAP dengan menggugurkan pelaksanaan hukum hudud yanhg telah mereka luluskan di Dewan Undangan Negeri. Rakyat juga tahu bahawa PAS telah menarik balik cita-cita akan melaksanakan negara Islam.

Melalui kehidupan harian yang harmoni, aman dan sejahtera sekarang ini, rakyat sedar bahawa Gerombolan Pakatan Pembangkang sengaja mencipta isu semata-mata untuk mendapatkan undi untuk parti mereka.

Tinjau yang dibuat di beberapa negeri pantai timur mendapati rakyat berasa bosan dengan tingkahlaku PAS yang sentiasa tunduk kepada perancangan DAP dan rela mengenepikan ajaran agama Islam untuk kekal bersama niat parti DAP menghancurkan Melayu-Bumiputera.

Banyak isu yang dilakukan oleh PAS dan DAP telah mula menaikkan kemarahan rakyat seperti mengharamkan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang, isu pembinaan kuil di Shah Alam, isu kalimah Allah, isu memasukkan doa untuk Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat, isu ahli parlimen DAP bukan Islam memasuki surau dan masjid untuk memberi duit rasuah politik sambil memijak sejadah tempat umat Islam sujud serta isu wang rasuah politik dari hasil judi kepada warga emas di Pulau Pinang.

Sedangkan, dalam masa yang sama pemimpin PAS di Kelantan terus mengaut kekayaan dengan menebang dan menjual balak untuk menambah kekayaan kroni parti, membiarkan rakyat di pedalaman tanpa program pembangunan ekonomi bagi membaiki taraf hidup mereka.

Kerana sibuk dan rakus dengan mengumpul kekayaan secara merompak hasil negeri kepunyaan rakyat, kawasan sekitar Lojing dan kebanyakan kawasan hutan balak Kelantan telah menjadi gondol. Kerajaan persekutuan terpaksa menyalurkan peruntukan yang lebih banyak untuk membaiki jalan-jalan yang rosak untuk membantu meringankan penderitaan rakyat Kelantan.

Kini Partai Islam Semalaysia Kelantan berusaha bersungguh-sungguh menyekat duit Petronas dari diterima terus oleh rakyat Kelantan. Mereka mahu duit itu diberikan kepada parti Pas bukan kepada rakyat Kelantan.




Jumaat, 8 Oktober 2010

Pas Dah Bersedia Untuk Kalah Di Galas dan Kelantan


...terus merampas hak rakyat untuk menambah kekayaan kroni parti.

Pas sudah bersedia untuk mengalami kekalahan walaupun belum bersedia untuk menyertai pilihanraya kecil DUN Galas secara demokratik.

Dari Harakah dipetik dari Malaysiakini

"Ada ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu peratusan keluar mengundi lebih ramai, namun dalam masa yang sama hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas diadakan pada hari bekerja"....

Sumber: Harakahdaily
Hazayani Zakaria   


KUALA LUMPUR, 7 Okt: PAS mengingatkan Umno Barisan Nasional agar tidak menabur janji pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas....

Demikianlah mentaliti pemimpin dan pengikut Partai Islam Semalaysia dalam banyak hal yang melibatkan Suruhanjaya Pilihanraya kita.

Awal-awal lagi Pas sudah memberitahu ahli dan penyokongnya bahawa parti itu akan kalah kerana SPR sengaja memilih tarikh yang akan menyebabkan Pas kalah.

Pas juga telah melarang UMNO mengumumkan manifestonya yang pasti akan mengandungi program-program untuk kebajikan rakyat. Tujuan Pas amat mudah. Pas amat bimbang rakyat akan menyokong UMNO-BN kerana Pas telah gagal membawa apa-apa kemajuan di Kelantan.

Jelaslah Pas terlupa bahawa pengundi di DUN Galas telah berpengalaman untuk keluar mengundi walau pada tarikh apa pun diadakan pengundian.

Pas juga terlupa bahawa tujuan rakyat keluar mengundi adalah untuk memilih kerajaan yang akan membawa kemajuan dan pembangunan. Oleh itu apabila Pas melarang UMNO-BN menyatakan program-program membela rakyat semasa berkempen nanti, jelaskan amat merunsingkan mereka kerana rakat telah membuka mata dan minda terhadap kegagalan dan penyelewengan Pas selama 20 tahun di Kelantan.

Gelombang rakyat menolak kepimpinan Pas bukan sahaja berlaku dan di kesan di Galas. Seluruh Kelantan dan tanahair telah kelihatan "signal" yang sangat jelas. Hal ini menyebabkan Pas dan rakan pembangkangnya semakin tersepit dan kehilangan punca.

Kesilapan Pas paling besar sekarang ialah merampas bantuan duit Petronas dari terus dinikmati oleh rakyat. Pas amat marah kerana duit Petronas tidak diberi kepada Pas sebaliknya disampaiakan kepada rakyat melalui program-program pembangunan dan kebajikan Kerajaan Pusat.

Rakyat Kelantan sudah lama berpendapat bahawa duit Petronas adalah untuk rakyat dan bukannya untuk Parti Pas.

Seterusnya, kita akan sama-sama melihat bagaimana pekerja-pekerja pilihanraya Pas akan mengganas samada dalam bentuk menyebarkan fitnah atau fizikal semata-mata untuk menentukan pengundi dipaksa menyebelahi mereka.

Sebagaimanna biasa, Pas telah bersedia dengan taktik prangsaraf kotornya beserta dengan memperalatkan agama Islam pada tahap maksimum.

Khamis, 7 Oktober 2010

Pas menyesal subahat dengan Nuar Berahim


Pas mesti menyesal kerana bersubahat dengan Nuar Berahim.

Ramai ahli dan penyokong Partai Islam Semalaysia itu sudah naik gerrrammm kerana mereka ditipu selama ini. Bukan sahaja dibohongi melalui ayat-ayat quran yang ustaz Nik Aziz gunakan, tetapi juga turut dibohongi melalui sokongannya terhadap Nuar Berahim.

Selama ini mereka anggap ustaz Nik Aziz tu ulamak. Rupanya ustaz politik.

Pendedahan Rahimi Osman amat memalukan. Rupa-rupanya ustaz Nik Aziz bukan pembela dan pejuang Islam. Terbongkar sudah bahawa ustaz Nik Aziz adalah pejuang kemungkaran, ketidakadilan, penipuan dan pembuat fitnah di Malaysia.

  • Bila Nuar Berahim tak mahu sumpah muhabalah, Pas sokong dan berfatwa menghina Saiful.
  • Bila nama Allah disalahgunakan, Pas sokong dan lanyak UMNO dikatakan tak faham Isle.
  • Bila Guan Eng rasuah politik RM 100.00 guna duit judi kepada warga emas, Pas sokong DAP dan kata UMNO jahat.
  • Bila Karpal larang laksana hudud di Malaysia, Pas sokong DAP dan ubah dasar perjuangan sertaa mengaku Pas tak pernah berniat nak tubuhkan negara Islam .
  • Bila DAP tipu Islam di Penang, Pas sokong dan beri gelaran Khalifah Umar pada DAP.
  • Bila nak tambah undi di Selangor, Pas jemput DAP masuk surau dan mesjid untuk hulur rasuah politik sambil pijak sejadah tempat orang Islam sujud.

Sekarang ni, bila Latheefa Koya surah Rahimi Osman buat surat Akuan Bersumpah Palsu, Pas nak kata apa?

Mengikut kajian dan pemerhatian berterusan, semakin ramai ahli-ahli dan penyokong Pas, teruatama golongan muda yang menjauhkan diri dari Pas. Mereka nampak Partai Islam Semalaysia itu lebih teruk lagi jika dibandingkan dengan Partai cauvinist-racist DAP dan Parti Keluarga Reput PKR.

Sebabnya terbukti parti DAP jauh lebih baik dari Pas. DAP berjuang nak menghapuskan kuasa politik Melayu-Bumiputera dan menghapuskan Perlembagaan Negara sekarang. DAP dah pun berjaya menafikan kuasa 2/3 di Parlimen. DAP dah berjaya memerintah Perak (11 bulan), Selangor dan Pulau Pinang. DAP juga dah dapat saham memerintah Kelantan dan Kedah.

PKR pulak dah berjaya menaikkan Nurul Izzah menjadi Ahli Parlimen. Menyelamatkan Raja Petra dari ditangkap kerana membuat fitnah. PKR juga membantu Azmin, Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim kekal dalam perjuangan khianat PKR kepada rakyat Malaysia.

Kini Pas semakin resah. Gelombang Rakyat di Kelantan semakin menyeluruh kerana seluruh rakyat nampak penyelewengan Pas de negeri itu. Pemimpin Pas semuanya kaya, tetapi rakyat yang memberi undi tak dapat apa-apa. Nasib baik Kerajaan Pusat UMNO-BN masih bersikap adil kepada rakyat Kelantan walaupun ada yang tidak mengundi BN.

Tak lama lagi akan keluar dari mulut ustaz Nik Aziz mempertahankan Latheefa Koya dan menghina Rahimi Osman berdasarkan pandangan Islam ala ustaz Nik Aziz, ulamat politik Pas yang kini menjadi ulamak kesayangan DAP.

Anda mungkin turut meminati:

  1. Dinar Emas: Nik Aziz dapat untung lumayan, Rakyat tertindas
  2. Gerombolan Pakatan Pembangkang adalah Pemusnah Rakyat

Rabu, 6 Oktober 2010

Pas Berdiam Diri Bila Dianggap Parti Ekstremis Yang Sokong Keganasan

Najib Tun Razak bersalaman dengan Presiden Majlis Eropah
(European Council), Herman Van Rompuy
pada Sidang Kemuncak Asia-Eropah (Asem) Kelapan
di Royal Palace, Brussels, Isnin lalu

 Islam bukan ancaman

BRUSSELS 5 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan masyarakat antarabangsa bahawa Islam bukan satu ancaman seperti yang sering dicetuskan oleh ekstremis dalam semua agama.

Beliau berkata, masyarakat antarabangsa perlu melihat Malaysia sebagai contoh jelas bagaimana rakyat dari pelbagai agama dapat hidup bersama secara harmoni.

Bercakap pada perbincangan meja bulat media yang dihadiri pertubuhan media antarabangsa yang berpangkalan di sini, Najib berkata, konflik yang timbul bukan di antara agama tetapi antara ekstremis dan puak sederhana bagi semua agama.

"Islam tidak sepatutnya satu masalah asalkan wujud kesederhanaan dalam semua agama," katanya.
Islam merupakan antara perkara yang dibangkitkan semasa sesi itu dan Najib ditanya berhubung cara Malaysia menangani persepsi terhadap agama di kalangan masyarakat Eropah di tengah-tengah perundingan perjanjian perdagangan bebas Eropah-Malaysia, yang akan dilancarkan di sini Selasa.

Najib berkata, adalah lebih baik jika masyarakat Eropah dapat menyertai dialog dengan negara-negara Islam sederhana seperti Malaysia.

Sambil menyatakan bahawa beliau tidak merestui tindakan golongan ekstremis, Najib berkata, usaha bagi menyelesaikan Islamophobia ialah mencari jalan penyelesaian jangka panjang kepada isu rakyat Palestin.

Katanya, nasib rakyat Palestin, yang telah dinafikan hak mereka, "menyentuh perasaan di kalangan dunia Islam."

"Setengah orang berasa jika tiada lagi harapan, apa lagi yang ada untuk menyambung hidup," katanya sambil menambah sebaik masalah rakyat Palestin diselesaikan, keganasan akan reda. - BERNAMA
Dipetik dari Utusan Malaysia

Dengan tegas dan jelas DS Najib menerangkan kepada pertubuhan media antarabangsa bahawa Islam adalah agama sejahtera. Islam menganjurkan keadilan, kasih sayang, harmoni, kemajuan dan pembinaan tamadun yang holistik.

Malaysia adalah contoh terbaik. Keharmonian hidup sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam diamalkan di negara ini dengan berkesan. Seluruh rakyat berbilang kaum yang berbeza kepercayaan agama dan adat resam berjaya hidup bersama. Perkongsian kuasa politik yang matang mendorong kepada perkongsian prasarana dan khazanah kekayaan negara. Rakyat Malaysia bersama-sama memacu kemajuan dan pembangunan yang dinikmati bersama.

Rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam dapat hidup dengan sejahtera bersama-sama masyarakat Islam yang lebih majoriti. Ini disebabkan kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO mengamalkan ajaran Islam yang sebenar iaitu menganjurkan persepakatan, muhibbah, kesederhanaan, kemajuan dan berpijak kepada realiti semasa.

Malaysia juga adalah contoh terbaik bagi dunia luar melihat segolongan ekstremis dan pelampau agama. Mereka melakukan tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam walaupun mereka melabelkan diri sebagai gerakan Islam. Menggunakan pendekatan indoktrinasi menjumudkan pemikiran dan menganjurkan keganasan, perpecahan, menanam kebencian serta menyuburkan perkauman dan assobiah.

Golonmgan ekstremis ini menubuhkan parti politik dan memperalatkan agama untuk mendapatkan sokongan. Golongan pelampau agama ini juga seringkali meminggirkan organisasi atau parti mereka dari realiti kehidupan semasa untuk mengekalkan kejumudan pemikiran. Dengan itu ahli dapat dikawal dan diarah melakukan tindakan-tindakann yang disedari bertentangann dengan ajaran agama.
Peristiwa Memali...hasil hasutan parti yg ekstrem ganas

Seluruh dunia sudah sedia maklum, pertubuhan atau parti politik yang bergerak secara ekstrem dan melampau ini tidak dapat memisahkan diri mereka dengan apa sahaja bentuk keganasan yang berlaku dalam negara. Misalnya mereka bersungguh-sungguh merestui Peristiwa Penjenayah Agama Memali Kedah, Peristiwa Penjenayah Bersenjata al-Maunah Jenalik Perak, mempersenda polis dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati, dan banyak lagi peristiwa yang boleh mengancam ketenteraman awam.

Parti yang ektrem...sentiasa menyokong keganasan

DS Najib merumuskan bahawa apa sahaja bentuk ekstremism dan keganasan melampau hanya akan mendatangkan ketidakstabilan. Contohnya seperti yang menimpa rakyat Palestine yang berpunca daripada sikap ekstrem dan keganasan melampau Yahudi.

Anda juga meminati:

Pas Kelantan hanya beri plastik gula-gula..
Masyarakat Orang Asli Tolak Pas Kelantan
Gerombolan Pakatan Pembangkang Dilanda Krisis Teruk

Selasa, 5 Oktober 2010

Najib Terus Mara Ke Hadapan


Wajib turun padang bantu masyarakat


GEORGE TOWN – Kira-kira 50,000 pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh Malaysia kini dinilai melalui penglibatan dalam program kemasyarakatan sebagai salah satu indikator baru bagi menyokong kenaikan pangkat oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penetapan itu penting bagi memastikan kesemua IPT itu kekal relevan sebagai gedung ilmu yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Program kemasyarakatan itu termasuk aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan, IPT, pelajar dan badan-badan korporat di negara ini.

“IPT merupakan landasan terbaik untuk memajukan masyarakat kerana ia adalah tempat percambahan idea dan bukan sekadar melahirkan cerdik pandai semata-mata.

“Program yang dilakukan ini boleh dibangunkan pula oleh pihak industri atau swasta sebagai program sosial korporat (CSR) mereka, dan melalui inilah terjalinnya kerjasama antara ahli akademik dengan industri.

“Kita berada pada era di mana universiti dan komuniti tidak boleh diasingkan, kedua-duanya perlu relevan dan universiti perlu menonjolkan peranannya sebagai tempat rujukan masyarakat,” ujarnya

DS Najib bersama DS Muhyiddin serta kepimpinan tertinggi negara parti komponen kini bergerak mara meninggalkan Gerombolan Pakatan Pembangkang.

Pemerhatian kita mendapati semua anggota parti Gerombolan Pakatan Pembangkang semakin kacau-bilau kerana hampir semua strategi mereka tidak menjadi. Rakyat semakin matang dan menolak pakatan yang tidak mempunyai hala tuju yang pasti ini.

Rakyat terus yakin dan berdiri teguh di belakang kerajaan UMNO-BN, manakala proses pengecutan sokongan terhadap Gerombolan Pembangkang berlaku dengan cepatnya. Penolakan rakyat terhadap Gerombolan Pembangkang menghampiri gerakan rakyat menolak Gerombolan Parti Komunis semasa dahulu.

Contohnya, Nik Aziz sudah tidak mampu menahan Gelombang Rakyat Kelantan menolak Pas kerana isu penyelewengan yang amat ketara dilakukan oleh pentadbirannya. Pas Kelantan bergelumang dengan isu rasuah peribadi Nik Aziz sendiri, isu duit balak masuk poket keluarga dan kroni, isu bekalan air kotor untuk rakyat, isu kerajaan Pas tidak mampu menigkatkan kebajikan dan kemudahan rakyat. Paling terbaru seluruh rakyat Kelantan tidak puas hati kerana Pas mahu merampas wang Petronas yang telah disampaikan kepada rakyat untuk kegunaan parti.

Nuar Berahim dan parti keluarganya PKR juga sudah bercempera dan terkeluar dari sistem demokrasi yang sebenar. Bukan sahaja pemimpin dan ahli parti itu dicemari dengan budaya ganas, rasuah, perasugut dan kronisme melampau, tetapi keseluruhan organisasi PKR itu sudah reput dan menunggu masa untuk  dikuburkan oleh rakyat.

Cuma DAP sahaja yang kelihatan begitu steady dan berjaya mengumpul sokongan padu masyarakat China dengan tindakan-tindan racist-cauvinistnya. Kejayaan ini nampaknya akan berterusan sehingga PRU-13 sekiranya DAP dapat mengekalkan keupayannya memperalatkan pemimpin dan penyokong Partai Islam Semalaysia dari semua sudut. Jika keadaan ini tidak berubah, pasti UMNO-BN akan menghadapi sedikit cabaran untuk menang selesa dalam PRU-13 nanti.

Tindakan kabinet Najib nampaknya semakin mara ke hadapan meninggalkan Gerombolan Pakatan Pembangkang terkial-kial mencari idea untuk berbohong lagi.

Anda tentu meminati:

Maki Berapi-api Tapi Ikut Contoh Dasar UMNO-Bn
Perkauman: Pas, DAP dan PKR saling melengkap
Nuar Berahim bakal melarikan diri

Isnin, 4 Oktober 2010

Raja Petra Gasak Nuar Berahim, Nik Aziz pulak Ketar Lutut


Mesyuarat PKR bercempera, berantakan dan penuh dengan elemen keganasan.

Saifudin Nasution dan Azmin cuba meliwat UMNO
Khalid Ibrahim gasak Saifudin Nasution
Ng Lum Yong tibai Azmin
Azmin Ali sodomise Khalid Ibrahim
Ahli dan penyokong PKR lanyak kerusi dewan
Raja Petra hentam Nuar Berahim.

Tak pasal-pasal pulak Nik Aziz yang ketar lutut di Galas.

Beginilah senario Gerombolan Pakatan Pembangkang yang dilihat hanya layak menubuhkan Kerajaan bawah Pokok. Tentulah tak lama lagi mereka akan bina Tugu Peringatan yang kemudiannya akan dipecah-pecahkan oleh rakyat sendiri.

Rasa nak tergelak bila Azmin dan Saifudin sesedap mulut menuduh UMNO yang mengharubirukan mesyuarat pemilihan mereka. Tiba-tiba Khalid dengan fasih (tak gagap) menyanggah bahawa itu bukan kuerja UMNO atau mana-mana pihak lain:

Menteri Besar Selangar, Tan Sri Khalid Ibrahim berasa kecewa dengan insiden pergaduhan yang berlaku semasa proses pengiraan undi pemilihan PKR di semua cabang termasuk cabang Sabak Bernam malam tadi dengan menyifatkan ia sebagai pengajaran berguna dalam menguruskan pemilihan parti pada masa akan datang berdasarkan prinsip-prinsip keadilan sebagaimana yang diamalkan oleh UMNO selama ini.
Bukan Kerja UMNO - Khalid Ibrahim nafikan tuduhan Saifudin Nasution
Beliau menyalahkan anggota parti yang tidak matang, tidak demokratik dan tidak adil kerana tidak mahu menerima keputusan pemilihan sama ada kalah atau menang berdasarkan keputusan kertas undi.

"Dalam kempen juga, ia mesti dilakukan dengan tertib, tidak boleh mencerca lawan sebaliknya berbincang bagaimana calon boleh meningkatkan prestasi parti. Lihatlah sistem keadilan yang diamalkan oleh UMNO selama lebih 60 tahun dalam menguruskan parti mereka.

"Saya percaya sudah tentu rakyat berasa tertipu, dibohongi dan hilang kepercayaan kepada parti PKR" katanya yang ditemui ketika meninjau proses pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor di Stadium Tertutup, di Kuala Selangor hari ini.

Manakala bekas ahli Pimpinan Tertinggi PKR, Ng Lum Yong mendedahkan Jumaat lepas pita pengakuan Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar yang telah ditugas Naib Presiden PKR, Azmin Ali untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Baca Utusan Malaysia

Lain pulak halnya dengan Nik Aziz. Harapannya supaya PKR dapat membantu mempertahankan DUN Galas sudah terbarai. Nik Aziz tahu rakyat sudah menolak PKR, membenci Nuar Berahim dan mula meminggirkan PAS.

Rakyat semakin sedar bahawa selama ini, samada DAP atau PKR, sama sahaja, kaki penipu. Sebab itu mereka serasi bekerjasama dengan PAS yang juga pakar putarbelit ayat al-Quran, juga bertujuan berbohong untuk dapatkan undi.

Raja Petra kaki kelentong pun tak sanggup nak tolong Gerombolan Pakatan Pembangkang di DUN Galas. Nik Aziz mula ketar lutut dan mula terasa gelombang kebangkitan rakyat menolak Gerombolan Pakatan Pembangkang.

Bagimanapun...

Tian Chua dan DAP kelihatan begitu steady. Syok tengok Melayu PKR dan Melayu Pas menghakis kuasa politik bangsanya sendiri.

Anda juga berminat membaca:

  1. Raja Petra Alat Politik Murah Yang Semakin Tidak Laku
  2.  Pas Sudah Mulakan Indoktrinasi Menanam Kebancian




Ahad, 3 Oktober 2010

GALAS: Pas Mula Bakar Rakyat Hidup-hidup


Disebabkan tekanan perasaan takut yang amat sangat, Pas telah mula menunjukkan belangnya yang sebenar.

Dewan Pemuda Pas tidak mempunyai banyak pilihan. Sebaik sahaja berlaku kematian Che Hashim ADUN Galas, mereka terpaksa mengumpulkan pemuda-pemuda. Fikiran pemuda-pemuda kita ini akan dituba dan emosi mereka perlu dibakar. natijahnya supaya mereka melangkah ke Galas untuk membakar hidup-hidup pengundi di sana.

Sumber: Harakahdaily
Hazayani Zakaria   

MARANG, 2 Okt: Lebih 5,000 peserta Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS peringkat kebangsaan menerima suntikan semangat daripada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis perasmian malam tadi. baca seterusnya Harakahdaily

Dalam Ijtimak yang bersifat indoktrinasi politik ini, seperti biasa Abdul Hadi dan penceramah-penceramah politik yang lain menyeru dan mengingatkan pemuda supaya berjuang mengikut al-Quran dan mempunyai ciri-ciri sebagaimana yang dilakukan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu.

Juga diingatkan betapa pentingnya proses tarbiah untuk mendapat bimbingan dan panduan daripada wahyu Allah dalam al-Quran dan hadis untuk memenangi pilihanraya kecil DUN Galas.

Perjuangan ditafsirkan oleh Pas sebagai berani bertindak ganas. Sanggup melanggar perlembagaan dan undang-undang dan ditangkap polis.

Semangat pula ditafsirkan sebagai emosi yang meluap-luap yang didasarkan kepada rasa benci, permusuhan, biadap dan yakin untuk melakukan kerja-kerja khianat.

Cara perjuangan dengan semangat yang beginilah yang dianggap oleh Pas sebagai Hero Islam, pengikut Nabi Muhammad, pengamal ajarah wahyu dan jalan jihad yang berakhir dengan terbukanya pintu syurga untuk mereka.

Kita kasihan pemuda-pemuda yang tidak berdosa ini.

Selain itu, Ijtimak Tarbawi adalah salah satu daripada siri indoktrinasi Pas sebagaimana yang biasa mereka lakukan apabila mula terasa tertekan. Perasaan takut yang amat sangat mendorong mereka mencipta tajuk-tajuk indoktrinasi yang berwarna Islam yang boleh memukau peserta.

Mereka akan mentarbiyah peserta sehingga wujud kepercayaan seolah-olah Pas adalah Islam. Dengan ini peserta akan lupa bahawa Pas adalah sebuah parti yang gagal di Malaysia. Peserta akan lupa Pas adalah parti yang memperalatkan agama, membohongi bangsa Melayu, menipu bangsa China, India dan lain-lain. Peserta akan lupa bahawa parti Pas tidak mampu menjadikan negeri Kelantan sebagai contoh kepimpinan ulamak yang boleh dibanggakan. Peserta akan melupakan dosa besar politik Pas bersekongkonl dengan DAP yang racist lagi cauvinist.

Akhirnya matlamat Ijtimak Tarbiah hanyalah untuk menigkatkan kebencian kepada UMNO yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Setelah melangkah keluar dari ijtimak itu, peserta-peserta telah bersedia untuk bertempur dengan polis, mengancam orang ramai, menghina pekerja-pekerja parti lain serta mengotori proses demokrasi dengan seribu satu macam pernagai di luar batas tamadun agama dan bangsa.

Pengundi Galas bersedialah menghadapi kedatangan ahli-ahli Gerombolan Pakatan Pembangkang yang berimamkan DAP dan bersahabat karib dengan Nuar Berahim yang sedang menghadapi dakwaan meliwat.

Berhat-hati adalah ajaran agama Islam, agama kita.

Baca pautan ini ada kaintan:
Indoktrinasi Menanam Kebencian Adalah Kaedah Komunis

Duit Petronas Adalah Untuk Rakyat, Bukan Untuk PAS Kelantan


PAS.....
Tolong jangan rampas duit rakyat
dari Petronas

Setelah mengaku gagal memerintah Kelantan, PAS mula memujuk rakyat melupakan kelemahannya.

PAS mengajak rakyat membantunya mencari duit. PAS mula fokus pada PETROLEUM NASIONAL atau PETRONAS sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang dikendalikan dengan jayanya oleh Kerajaan Pusat.

PAS nak mintak duit PETRONAS diberikan kepada Parti Islam Semalaysia. PAS kata dia ada hak. PETRONAS telah makan duit PAS yang ada dalam PETRONAS. Kerajaan Pusat zalim kerana melarang PETRONAS memberikan duit kepada PAS Kelantan.

Ustaz-ustaz politik yang menjadi pejuang Partai Islam Semalaysia telah masuk kampung keluar kampung pagi petang siang dan malam, beritahu rakyat bahawa Kerajaan Pusat zalim. Dalam khutbah Jumaatpun diberitahu Kerajaan Pusat tidak adil dan merampas hak rakyat Kelantan.

Masalahnya, seluruh rakyat tahu bahawa duit Petronas adalah untuk rakyat, bukannya untuk Partai PAS.

Rakyat sudahpun menerima secara langsung duit Petronas dari Kerajaan Pusat. Tak payahlah PAS nak rampas wang rakyat itu untuk parti mereka.
_______________________________________________

Baca juga: DUN Galas: Nik Aziz Ustaz Politik Menggigil Ketakutan 
sumber: arifomar
___________________________________________________
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...