Pengikut

Khamis, 30 September 2010

Harga Kertas Tandas Lim Guan Eng


BN perutukkan ratusan juta ringgit
untuk warga emas di seluruh negara...
Guan Eng cuma merasuah RM100.00 sahaja
untuk terus menawan Pulau Pinang
dan sangat berjaya memperkudakan PAS
Takbiiir!!

PAS adalah kuda lumba tunggangan DAP yang berlari kencang.

Dato Musa Sheikh Fadzir, Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang diiringi Dato' Azhar Ibrahim ADUN Penaga telah mencabar Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor dan Exco Agama, Malik Kassim supaya meletak jawatan serta merta.

Cabaran ini dibuat kerana kedua-dua tokoh tersebut menganut agama Islam dan menjadi pemimpin peringkat negeri. Mereka bersubahat dan berkonspirasi dengan Ketua Menteri DAP, Encik Lim Guan Eng yang telah memberi rasuah politik sebanyak RM100.00 kepada warga emas.

Walaupun jumlah yang diterima itu sangat kecil, hanya mampu membeli 2 karton kertas tandas jenis paling murah sahaja, tetapi penghinaan secara halus yang dilakukan oleh pemimpin racist DAP itu wajar mereka halang demi mempertahankan kesucian Islam dan maruah penganutnya.

Sehingga sekarang semua pemimpin Partai Islam Semalaysia menganggap tindakan Encik Lim Guan Eng itu adalah halal dan wajar. Hal ini adalah berpandukan kepada kejadian yang sama tidak pernah berlaku di zaman Rasulullah dan Rasulullah sendiri tidak pernah mengeluarkan apa-apa hadis berkaitan dengannya.

Maka dengan sebab itu, tiada hukum boleh dijatuhkan kepada insiden itu. Lagipun Partai Islam Semalaysia itu telahpun secara rasmi mengiktiraf Encik Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri DAP yang memahami Islam, malah mentadbir Pulau Pinang bersandarkan ketokohan Umar al-Khatab.

Di waktu yang sama Pemimpin-pemimpin UMNO negeri, bersama dengan pemuda, wanita dan puteri telah bertungkus-lumus menjalankan peranan mereka membetulkan kesalahan dan penghinaan terhadap Islam ini. Seluruh umat Islam tanahair juga mengutuk perbuatan Gerombolan Pakatan Pembangkang ini yang dipercayai dirancang oleh DAP dan dilaksanakan dengan setianya oleh PAS dan PKR.

Tinjauan yang dibuat mendapati rakyat Pulau Pinang sendiri tidak bersetuju dan marah dengan keangkuhan Encik Lim Guan Eng yang sengaja menghina umat Islam. Rata-rata masyarakat China, Inda dan kaum Melayu berasa marah dan benci terhadap DAP, PAS dan PKR kerana gagal memahami Rukun Negara.

Sebahagian daripada mereka menyatakan rasa kesal yang amat sanagat kerana kesilapan memberi undi kepada gerombolan pakatan pembangkang itu yang disangkakan lebih baik dari BN. Kini semua mereka telah berazam tidak akan mengulangi kesilapan yang sama di samping akan terus menentang dengan cara mendedahkan pengkhiatan-pengkhiatan yang akan dilakukan di masa depan.

Rabu, 29 September 2010

Good Citizens Bad Citizens: Chin Peng Bersara Cita-citanya DAP Teruskan

Chin Peng 1946

Edisi Khas Untuk Anak Muda

Anak-anak generasi muda kita memang tidak tahu. Anak-anak muda tidak merasai dan menempuh zaman darurat. Ibubapa pun kurang bercerita tentang sejarah tanahair kita. Pelajaran sejarah pula berorientasikan peperiksaan dan guru-guru mengajar sejarah hanya sebagai subjek sahaja bukan sebagai wacana patriotik.

Untuk pengetahuan anak-anak muda kita, dari segi sejarah, orang-orang China memang berhasrat untuk menguasai Malaysia (dahulu Malaya). Sebab itu mereka tubuhkan Parti Komunis Malaya (PKM).

Walaupun pemimpin UMNO (Melayu), MCA (China) dan MIC (India) telah berpakat sehingga berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, tetapi Pemimpin-pemimpin parti Komunis terus melancarkan keganasan, pembunuhan, tindakan liar, sabotaj, membakar kampung-kampung, merosakkan kemudahan awam.

Keganasan dan kemusnahan...kesusahan rakyat

Akhirnya orang-orang Melayu, China, India dan seluruh rakyat telah bersatu dan bekerjasama menentang Komunis sehinga mereka lari ke dalam hutan. Dari dalam hutan mereka menentang dan membunuh askar-askar kita. Sebab itu kita boleh lihat sekarang ini bekas-bekas askar-askar yang sudah tua itu tidak ada kaki atau cacat anggota tubuh mereka kerana ditembak oleh Komunis.

Chin Peng yang sihat...dan Askar kita yang menderita sepanjang hayat
Apabila kerajaan berjaya menghapuskan Komunis ini, barulah negara kita aman dan membangun. Rakyat dapat berkerja mencari rezeki, anak-anak dapat bersekolah, tahap kesihatan semakin baik dan ekonomi negara kita ditingkatkan. Kerana itulah hari ini rakyat Malaysia hidup dalam sejahtera.

Tentu anak-anak muda kita tidak tahu bahawa Komunis menggunaka cara-cara berikut untuk mendapatkan kuasa politik, antaranya:

1. Menggunakan kesusahan, kemiskinan sebagai alat propaganda membenci kerajaan.
2. Memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan orang ramai.
3. Menggunakan apa sahaja cara, termasuk memperalatkan agama dan guru-guru agama
4. Meniup semangat melakukan keganasan di kalangan belia dan golongan muda melawan kerajaan
5. Menggunakan NGO dan persatuan untuk menghasut supaya berdemonstrasi atau tunjuk perasaan
6. Sengaja membakar emosi orang ramai membenci polis, pasukan keselamatan dan mahkamah
7. Melaga-lagakan permusuhan antara kaum, antara golongan berada dengan yang miskin.


Dalam negara kita sekarang ini, didapati ada parti tertentu yang sangat berminat menggunakan cara-cara di atas. antara yang mereka lakukan ialah:

1. Mengatakan kerajaan zalim, padahal kerajaan berjaya memakmurkan rakyat dan negara.
2. Mengatakan kerajaan tidak adil, padahal semua rakyat maju, sejahtera dan hidup aman mencari rezeki.
3. Mengatakan kerajaan menindas rakyat, padahal semua rakyat menikmati kehidupan yang selesa dengan pelbagai kemudahan kesihatan, pendidikan , keselamatan, kebajikan disediakan dengan baik sekali.
4. Mengatakan Perlembagaan Malaysia akan digantikan dengan Perlembagaan Rakyat, sedangkan Perlembagaan sekarang inilah yang menjadi payung rakyat selama ini.

Anak-anak muda harus faham dan sedar bahawa Gerombolan Komunis sudahpun bersara, tetapi cita-cita Komunis yang jahat itu masih diteruskan oleh Gerombolan Baru.

Good citizens...Bad citizens

Sekiranya anak-anak muda kita tidak berhati-hati, kemungkinan masa depan mereka akan musnah.

Bayangkan jika kerajaan kalah semasa menentang Komunis dahulu...siapakah yang memerintah kita pada hari ini?

Kalau anak-anak muda terpengaruh
dengan Gerombolan sekarang...siapakah yang akan
memerintah kita esok?

Isnin, 27 September 2010

Membujur Lalu Melintang Patah


Nuar Berahim berpegang kepada prinsip "Membujur Lalu Melintang Patah" dan "Alang-alang Menyeluk Pekasam, Biar Sampai Ke Pangkal Lengan".

Bermula dengan cita-cita menjadi juara dalam Demonstrasi Lapar di Baling, Nuar Berahim membawa Wan Azizah lari dan menikahinya tanpa restu ibubapa. Membujur lalu melintang patah.

Menyertai UMNO dan mara ke hadapan dengan pantas sekali sehingga dapat meminggirkan Tun Ghafar untuk ke jawatan Timbalan Presidan dan Timbalan Perdana Menteri. Membujur lalu melintang patah.

Menyusun strategi semasa menjawat Menteri Kewangan untuk menumbangkan Tun Dr Mahathir. Berkonspirasi membina kekuatan untuk menguasai UMNO sepenuhnya supaya dapat menduduki kerusi Presiden serta Perdana Menteri Malaysia dengan lebih cepat. Membujur lalu melintang patah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman kerana salahguna kuasa dan rasuah. Mahkamah memasukkan Nuar Berahim ke penjara Sungai Buloh setelah ratusan peguam handalannya gagal mempertahankan kesalahan yang dilakukannnya. Nuar Berahim menubuhkan Parti politik keluarga dan kroninya sendiri dengan memperkudakan Wan Azizah serta anak-anak dan pengikut yg teruja untuk menagih simpati orang ramai. Mula membakar emosi dan mengganas tanpa mempedulikan kedaulatan undang-undang. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Pak Lah memberi kebebasan kepada Nuar Berahim mengatur strategi merosakkan imej DS Najib secara berterusan menggunakan Raja Petra Kamarudin, Kalimullah Hassan, dan sekutunya di dalam dan luar negara. Rupanya rancangan Allah lebih besar dari rancangan Nuar Berahim, lalu Saiful Bohari menyaman Nuar Berahim dengan tuduhan meliwatnya. Nuar Berahim sekali lagi menghimpun peguam politik terutama dari parti DAP untuk menyelamatkannya. Penangguhan demi penangguhan perbicaraan diusahakan. Keadilan diketepikan dengan mempermainkan proses mahkamah. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Mula menipu dalam skala besar dan mengumumkan 16 september Puterajaya di tawan sepenuhnya. Institusi Agong, PDRM, Tentera dan Kehakiman di gunakan untuk menipu pengikut-pengikutnya. NuarBberahim gagal dan berbodong-bondong pengikut setia dan rakan-rakan akrab meninggalkan rancangan pembohongan Nuar Berahim dan parti politik peribadinya. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan,.

Kini bermain api dengan mengeluarkan pula Perlembangan Rakyat. DAP gelak ketawa dan bertepuk tangan kerana asas persetujuan antara kaum yang dicapai dahulu telah dapat dimusnahkan tanpa memusnahkan Perlembagaan sedia ada. Nuar Berahim terasa dia berjaya, tetapi China cauvinist-racist DAP memang terbukti sangat berjaya.

Nuar Berahim dan Nik Aziz lupa bahawa DAP berpegang kepada prinsip:

"Genggam bara api biar sampai jadi arang"

Siapakah yg akan menjadi arang?
Nuar Berahim, Nik Aziz  tak mampu memikirkannya...

Kitalah
yang mampu memahaminya!!!

Rabu, 22 September 2010

Rakyat Kelantan Perlu Bersabar: PAS Akui Gagal Tunaikan Amanah Rakyat


Datuk Mohd Aiseri Alias:
"....sejumlah 1,086.278 hektar terbiar tidak mampu dimajukan,
Kerajaan Kelantan panggil Kerajaan UMNO-BN bantu rakyat Kelantan" 


KOTA BHARU, 21 Sept: Sejak Rancangan Malaysia ke-6 diperkenalkan pada tahun 1991, sejumlah 118 projek pembangunan telah tidak dilaksanakan di negeri Kelantan.

Jumlah itu meliputi 1,086.278 hektar atau melebihi 2500 ekar tanah dari sepuluh jajahan di negeri ini.

Pendedahan itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias pada sidang media selepas menghadiri perasmian Forum Model Baru Ekonomi Kelantan di Dewan Teratai Kota Darulnaim, pagi ini.

Menurutnya lagi, ketidakupayaan dan kegagalan Kerajaan Negeri telah membantutkan pembangunan negeri dan dipandang serong oleh rakyat yang terlibat dengan pengambilan tanah tersebut.


“Kita berharaplah kerajaan pusat dapat membantu membangunkan tanah ini dalam sambungan RMK 9 dan ke10 nanti.

“Maklumlah tanah tersebut adalah kebanyakannya milik rakyat dan rakyat melihat ia masih belum dibangunkan dan mungkin ada kekangan dalam hal ini, tetapi ia seharusnya tanah ini tidak dibiarkan lama untuk dibangunkan,” katanya.

Menurut Aiseri lagi, pengambilan tanah tersebut melibatkan 16 kementerian dan perkara tersebut akan dimaklumkan segera kepada Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk diambil tindakan.

Ditanya kerjasama antara kerajaan negeri dengan pusat berhubung pengambilan tanah di negeri ini, beliau memberitahu kerajaan negeri akan memberi kerjasama sebaiknya.

“Kerjasama yang kita berikan kepada Pusat dalam hal ini amat mudah dan ia tidak timbul soal kelewatan kelulusan tanah untuk pembangunan di negeri ini," katanya lagi.

Beliau juga berkata tidak ada sebarang permohonan dari kerajaan pusat untuk mengambil tanah bagi pembangunan negeri ini akan dihalang.

Tambahnya bermula dengan RMK9, sebarang kelulusan tidak perlu lagi dibuat dalam Mesyuarat Exco negeri kerana Pejabat Tanah dan Galian hanya perlu berurusan dengan Timbalan Menteri Besar untuk disegerakannya.

PAS mula megambil alih pemerintahan negeri itu selepas Pilihan Raya Umum 1990 setelah mendapat majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).



Sejak mentadbir negeri itu, PAS Kelantan telah gagal menjalankan amanah yang diberikan rakyat kepadanya dan terpaksa meletakkan tanggungjawab memajukan Kelantan kepada Kerajaan Pusat.

Tindakan terbaru yang diambil ialah kerajaan PAS Kelantan telah cuba memohon wang minyak Petronas dibayar kepada parti yang memerintah di Kelantan dan bukannya membiaya program dan projek pembangunan rakyat negeri itu.

Selasa, 21 September 2010

Khairy Rela UMNO Kalah Asalkan BN Tidak Menang

Datuk Razali Ibrahim memiliki  sifat-sifat kepahlawanan Melayu.

Beliau mampu berfikir, meneliti, memahami dan menginsafi gelora yang sedang melanda bangsa, negara dan agamanya. Tepat dan mantap pendirian akal dan denyut naluri peribadinya. Sesuai sekali dengan keperluan semasa yang menuntut pembelaan, tindakan dan rentetan perjuangan yang berkesan.

Datuk Razali mewarisi langkah dan tangkis pendekar yang tulen sejak berzaman. Sanggup melompat mengatur pencak menghadapi pencabar zamannya. Bijak menjeling dan mengenal tari musuh walaupun tangannya hanya sebelah.

Barisan pemuda UMNO yang kini kelihatan terdampar di tepi medan perang, terbiar sepi melihat UMNO dibelasah teruk oleh musuh dan rakan. Mematikan langkah membiarkan bangsa, negara dan agama diludah dari subuh hinggalah matahari terbenam.

Datuk Razali dan kepimpinan pemuda yang masih ikhlas perlu mengatur langkah pendekar. Ingatlah kita adalah bangsa pendekar. Kita bukan bangsa pengecut. Kita bukan generasi bacul. Kita bukan pengkhianat. Kita bukan anak muda yang biadap, ganas dan rakus. Kita adalah generasi keturuan pendekar yang diakgumi, yang pernah menghalu penjajah, yang dapat bertahan walaupun diusik dengan 13 Mei.

Datuk Razali, pimpinlah tenaga muda kita. Kenalilah yang mana rakan, yang mana musuh, yang mana sahabat, yang mana musuh dalam selimut.

Kita tidak boleh benarkan BN tidak menang!
Kita tidak boleh biarkan UMNO kalah!

Baca seterusnya;
Sumber: mediawangsamaju

Sesiapa sahaja termasuk NGO yang mempunyai inspirasi perjuangan dan objektif yang sama perlu diterima BN kerana ia dapat mengukuhkan lagi kedudukan parti dan meningkatkan perpaduan.


Ianya selaras dengan saranan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim berkata, penubuhan UMNO dibuat atas kerjasama dan penyatuan NGO Melayu seluruh Negara, menunjukkan kerjasama dengan NGO Melayu bukanlah perkara baru, Malah, beliau juga berkata sejak dahulu kemenangan dan kekuatan BN bersandarkan sokongan orang ramai dan NGO.



Ahad, 19 September 2010

Kaum China Tidak Berhak Menafikan Hak Kaum Melayu dan Bumiputera


Hakikatnya kaum Melayu dan Bumiputera masih lagi ketinggalan dalam semua bidang kehidupan di negara mereka sendiri. Orang-orang Melayu dan Bumiputera bersusah payah membentuk dan mempertahankan kerajaan adalah untuk menjaga survival mereka.

Kaum Melayu dan Bumiputera berhak untuk hidup bahagia, sejahtera, selesa dan kaya di tanahairnya. Kebijaksanaan kaum Melayu dan Bumiputera selama ini untuk berkongsi kuasa dengan kaum China dan India adalah pengorbanan yang berisiko tinggi. Tetapi tetap dilakukan juga kerana itulah formula yang terbaik bagi negara majmuk untuk hidup bersama.

Kaum China tidak berhak melakukan tindakan politik untuk menafikan hak kaum Melayu dan Bumiputera dengan apa cara sekalipun. Dari sudut sejarah kehadiran mereka, adalah takdir Allah yang perlu diterima dan dihadapi. Tetapi dari sudut politik kehadiran mereka perlu diawasi kerana semakin hari semakin mereka melupakan pengorbanan kaum Melayu dan Bumiputera. Penguasaan ekonomi mereka sangat berjaya dan sekarang sedang bergerak untuk menguasai politik. Kaum China tidak berhak lakukan stratregi ini dengan apa alasan sekalipun.

Kaum Melayu dan Bumiputera berhak menggunakan apa sahaja yang ada dalam negara ini untuk memajukan diri mereka. Samada kaum Melayu dan Bumiputera itu masih bersikap malas, suka bergantung, tiada inisiatif, tidak amanah dan tidak pandai, mereka tetap berhak untuk membaiki diri dan menikmati kehidupan yang lebih baik di negaranya sendiri. Kaum Melayu dan Bumiputera bukan menumpang di negara ini.

Kaum China berhak menikmati, membolot, menguasai, memanipulasi kekayaan ekonomi dalam negara ini. Mereka memiliki falsafah hidup serasi dengan kebolehan dan keinginan mencari wang dan kekayaan yang liuar biasa. Di negara ini mereka seharusnya bersama-sama dengan kaum Melayu dan Bumiputera berkongsi rezeki yang diperolehi dan bukannya mencuba pula untuk menguasai politik supaya lebih mudah memanipulasi ekonomi dan pentadbiran.

Masa depan negara ini bukan untuk menghapuskan kekuasan politik kaum Melayu dan Bumiputera tetapi mengukuhkan lagi kedudukan politik, ekonomi dan sosial supaya keadilan yang sebenar dapat terus dinikmati.

Kaum China tidak boleh mengatur strategi untuk menguasai sepenuhnya kuasa ekonomi dan kuasa politik di negara ini. Kalayu ini dilakukan, bermakna kaum China adalah satu kaum yang tidak boleh dipercayai, tidak boleh dijadikan kawan dan tidak boleh diberi muka.

Kaum China tidak berhak merancang untuk memerintah negara ini dan meletakkan kaum Melayu dan Bumiputera di bawah telunjuk mereka.

Konsep 1Malaysia adalah yang terbaik untuk meneruskan kesejahteraan hidup pelbagai kaum di negara ini. Tetapi konsep itu sengaja diputarbelitkan. Adakah usaha memutarbelitkan konsep 1Malaysia itu merupakan sebahagian dari tanda-tanda kaum China yang tidak boleh dipercayai.

Buat masa ini perjuangan politik DAP adalah membuktikan kaum China itu tidak boleh dipercayai. DAP berjaya pula membentuk gerombolan dengan PAS dan PKR yang juga tidak boleh dipercayai.

Kaum Melayu dan Bumiputera perlu berhati-hati dengan kuasa politik yang ada di tangan mereka. Sekiranya hasutan DAP berjaya menguasai pemikiran orang-orang China, itu menandakan kuasa politik kaum Melayu dan Bumiputera dalam bahaya. Lebih bahaya lagi apabila PAS sanggup menjadi haiwan tunggangan DAP.

Isnin, 13 September 2010

MENGENAL HATI BUDI Part 3: Pengajaran Dari 13 Mei 1969


SEJARAH
TIDAK PERNAH MENIPU KITA
- Tun Dr. Mahathir

Teknik sama masa berlainan

Posted by happysus in Buku Pilihan, Politik Malaysia

Baca seterusnya:
Sumber:   http://happysus.blogspot.com/2008/04/teknik-sama-masa-berlainan-13-mei-1969.html

Sebelum pilihan raya 10 Mei 1969 dan 8 MAC 2008


Saya ingin menyentuh apa yang dinyatakan dalam buku 13 Mei tulisan Tuanku Abdul Rahman. Banyak yang boleh kita pelajari dari PRU 12 lalu. Banyak peristiwa yang seakan-akan berulang antara keduanya. Marilah kita muhasabah diri, apa kesilapan yang telah kita lakukan. Orang Melayu dah berani mengubah undi kepada Pakatan Rakyat. Selepas menang DAP telah membuang tepi dasar DEB. Dasar yang selama ini menyebabkan negara makmur dan ramai orang kaya adalah orang cina.


Unsur Provokasi-


Unsur provokasi telah disemarakkan dengan hukuman gantung dijatuhkan kepada 11 orang cina yang menjadi anggota Parti Komunis Malaya kerana membantu pihak Sukarno menyerang selatan Malaysia pada 1968. Dr. Tan Chee Khoon ahli Parlimen Parti Buruh kawasan Batu minta penangguhan hukuman gantung. Mereka telah memungut tandatangan dari rumah ke rumah. Mereka telah membuat tunjuk perasaan secara liar telah di lakukan oleh orang-orang tertentu termasuk belia komunis. Unsur yang sama juga telah dilakukan oleh Hindraf dan Bersih sebelum pilihanraya ke 12.


13 Oktober 1968 Parti Buruh (iaitu Sosialis) telah mengistiharkan memulaukan pilihanraya 1969. Mereka mencontohi parti Sosialis Singapura. Ini adalah satu taik gerak saraf yang dilakukan oleh komunis dengan harapan dapat menyalakan api kemarahan kalau-kalau ada yang akan meletup dengan sendirinya. Pemulauan juga berlaku sebelum pilihanraya ke 12.


Mempengaruhi golongan belia.


Pada masa darurat sebelum merdeka golongan muda ini belum cukup umur untuk mengundi. Komunis menyesatkan pemikiran mereka. Golongan muda ini tidak tertarik kepada MCA dan mereka tidak bersetuju untuk berkerjasama dengan UMNO.


Pada pilihanraya ke 12 ini banyak saluran 3 dan 4 kumpulan orang muda cenderung menyokong pembangkang. Orang muda lebih mudah terpangaruh dengan sesuatu yang bertentangan dari apa yang sedia ada. Sikap ingin cuba-cuba menyebabkan 5 buah negeri tersungkur di tangan pembangkang.


Orang cina menyokong calon-calon PAS


Menurut Tunku , orang cina kedah telah pergi ke pondok calon PAS dengan alasan orang cina di Kelantan tidak teraniaya . Dalam Piliharaya ke 12 lalu perkara ini juga berlaku.


Teknik mencemarkan nama baik UMNO


Pas melancarkan kempen menuduh UMNO pro-cina dan menjual negara kepada orang cina. Mereka memainkan sentimen bangsa.


Teknik menggunakan photo


Photo Encik Khir Johari yang memakai pakaian cina Mandarin yang diambil untuk suka-suka oleh beliau dan Kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina beliau telah disalah ertikan dan telah disebarkan dengan meluas oleh PAS. Tuduhannya adalah beliau sudah menjadi cina.


Gambar Tunku makan mengunakan chopstik dan seekor babi terhidang di atas meja telah menjadi bahan menghetam Tunku. Sebelum pilihan raya lalu Datuk Najib jadi mangsa. Gambar pak lah Tidur pun mereka nak guna.


Kerja sama DAP dan Pas


Orang cina telah menampal poster untuk calon Pas di kawasan Sepang, Selangor.


Provokasi supaya orang Melayu dan Cina Marah


Pembunuhan dengan kejam Allahyarham En. Kassim bin Omar seorang perkerja pilihanraya UMNO pada 24 April oleh belia Parti buruh. Ia diharap dapat mencetuskan kemarahan orang Melayu.


Lim Soon Seng belia cina dari Kepong yang mati ditembak Polis kerana melawan anggota Polis sedang menjalankan tugas.


Akibat dari peristiwa ini Yap Kau Pihak Parti buruh Cawangan Kepong dan Syed Hamid bin Syed Ali YDP Pesatuan Penuntut Universiti Malaya telah mengatur perarakan tersebut.


Ini adalah perarakan yang telah menimbulkan kemarahan orang Melayu dan Cina sehingga berlaku peristiwa 13 Mei 1969.


Kesimpulan


Kalau kita lihat dari urutan peristiwa di atas Parti Pembangkang mengunakan keadah dan teknik yang sama iaitu menwujudkan perasaan marah kepada pemerintah dan membuat unsur provokasi yang menyebabkan rakyat menolak kepimpinan sekarang.


Adakah unsur dan perkara yang saya nyatakan di atas berlaku. Tidak dapat kita sangsikan ia berlaku walaupun cara dan keadah berlaku berlainan. Matlamanya tetap sama.


Sebelum pilihan raya ke 12 lalu. Kita lihat berlakunya tunjuk perasaan. Bersih, Hindraf dan peguam-peguam.

SEGALA ANAK MELAYU, BUMIPUTERA

CHINA, INDIA DAN LAIN-LAIN

ADALAH RAKYAT MALAYSIA.



KITA SEDANG MUSNAHKAN

MASA DEPAN MEREKA

YANG SEDANG DIUSAHAKAN OLEH

GEROMBOLAN PAKATAN PEMBANGKANG

YANG CAUVINIST-RACIST





DS Najib!!

Kami Semua Adalah Benteng MU

Selasa, 7 September 2010

VOICES AROUND: Perkara 153 - Why Don't You Just Take A Hike?

VOICES AROUND: Perkara 153 - Why Don't You Just Take A Hike?: "I know you have read this piece below by Prof. Khoo Kay Kim elsewhere. Why I want to blog this again and again? One reason is because I wan..."

Perlukah Melayu Terus Ditekan?


MELAYU DAN BUMIPUTERA
ADALAH KAUM YANG SAH DI BUMI INI

PERLUKAH KAUM CHINA YG RACIST-CAUVINIST
TERUS MENERUS MENGANCAM KITA??
APAKAH SALAH KITA??
ADILKAH SIKAP POLITIK INI??

SETELAH MELAYU DAN BUMIPUTERA
MENGORBANKAN BANYAK PERKARA
UNTUK MERAIKAN MEREKA DIBUMI INI
INIKAH BALASANNYA??

MARILAH KITA HIDUP HARMONI
SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA
YANG BIJAK DAN BERPANDANGAN JAUH.

Baca seterusnya:

Semakin hari kelihatan seolah-olah tidak ada pihak yang akan berundur dari terus mencetuskan kemarahan kaum.

Di dalam media siber, kaum Cina terus-terusan menghina Melayu dan Islam tanpa dikenakan tindakan. Ini menyebabkan lebih ramai kaum Cina bangkit ‘menyerang’ Melayu kerana tahu mereka akan tetap terlepas.

Kaum Melayu pula semakin kehilangan sabar dan membuat serangan balas. Walaupun serangan balas kaum Melayu tidak sehebat kaum Cina kerana tidak didokongi politikus, tetapi momentumnya juga semakin meningkat hari demi hari.

Pembangkang pula secara terang-terangan membela kaum Cina yang menyerang Melayu. Melalui satu forum yang mereka adakan, pembangkang bagai membuat kenyataan bahawa menghina Melayu dan Islam itu adalah sifat patriotik.

Hari ini, Melayu semakin tidak sabar, dan Cina pula seolah-olah tidak akan berundur. Sikap ini membawa Malaysia ke ambang ketidakstabilan. Jika ini berterusan, negara ini pastinya akan mengalami huru-hara.

ersoalannya, apakah kita benar-benar bersedia untuk menghuru-harakan negara ini? Amat membimbangkan jika ditanya kepada rakyat teramai, jawapannya ialah ‘Ya’.

Oleh itu, kerajaan hari ini menyeru agar semua pihak berhenti membuat provokasi. Semua bangsa digesa agar berhenti menimbulkan kemarahan bangsa lain.

Kaum Cina pantang sekali dipanggil pendatang, jadi kita hentikanlah memanggil mereka dengan panggilan pendatang.

Kaum Melayu pantang dihina Raja dan agamanya serta dipersoalkan hak istimewanya, maka kaum Cina harus berhenti menghina dan mempersoalkan Artikel 152 & 153 dalam Perlembagaan Persekutuan.

kerajaan boleh menyeru dan kita boleh berharap agar semua bangsa ‘meletakkan senjata’ mulai hari ini dan menghormati semua kontrak sosial yang telah dipersetujui sewaktu kita mendapat kemerdekaan dahulu.

Malangnya, semarak api perkauman di dalam diri masing-masing tidak mungkin padam selagi tiada tindakan tegas diambil terhadap mereka yang TELAH menghina Allah S.W.T, mempersendakan Raja-raja Melayu, mempertikai hak Melayu serta cuba mengubah sejarah.

Jika api perkauman ini tidak membakar Malaysia dalam masa terdekat ini, ia tetap akan membakar dalam masa 1, 2, 5, 10 atau 20 tahun akan datang andainya ia tidak dipadamkan segera, bagai lava gunung berapi yang sentiasa membara dan hanya menunggu masa untuk meletus.

Tindakan kerajaan yang cuba mententeramkan keadaan melalui kaedah pujuk rayu, menyeru dan mensabarkan orang ramai bukanlah penyelesaian. Ia cuma satu tindakan penangguhan.

Jika benar-benar serius ingin menyelesaikan masalah, kerajaan harus mengambil tindakan tegas dan drastik SEGERA untuk memastikan perpaduan sebenar antara kaum-kaum di Malaysia menjadi kenyataan.

Senaraikan apakah yang menyebabkan kaum-kaum di Malaysia semakin terpisah dan terasing antara satu sama lain?

Bagaimanakah untuk menyatukan anak-anak Cina dan Melayu dan memastikan mereka tidak terus bermusuh seperti ibu bapa mereka hari ini?

Kenapakah kaum-kaum Cina membenci Melayu?

Kenapa Melayu tidak membenci Cina?

Kenapa kaum Cina menolak acuan Malaysia yang punya Raja dan bahasa kebangsaan Bahasa Melayu serta agama rasminya adalah Islam?

Kenapa ada yang ingin mengubah sejarah?

Akhbar semalam melaporkan bagaimana seorang pegawai penyiasat dikenakan tindakan kerana berang dengan pengadu yang tidak tahu berbahasa Melayu. Sedangkan, pegawai tersebut berhak berang jika seorang rakyat Malaysia tidak tahu berbahasa Melayu sehingga menyukarkannya untuk menjalankan tugas.

Ini adalah keadaan sebenar Malaysia hari ini iaitu sudah lari dari acuan asalnya.

Kita tidak boleh terus menunda masalah tanpa menyelesaikannya atau rakyat akan mula melihat kerajaan sebagai tidak berupaya dan lemah.

Rakyat boleh akur dengan seruan kerajaan untuk menghentikan segala provokasi hari ini tetapi kita pasti pembangkang tidak akan sama sekali akur kepada seruan kerajaan itu.

Pembangkang, terutamanya DAP akan terus membuat provokasi membela Cina yang menghina Melayu, menghasut dan mendidik generasi akan datang agar membenci Melayu.

Dan sangat mengerikan bila memikirkan bahawa tiada satu tindakan pun yang akan diambil terhadap mereka.

Sedar atau tidak, di sinilah ujian sebenar kepimpinan hari ini. Masalah ini cukup besar sehingga boleh menjadi kayu pengukur hayat politik seseorang pemimpin.

Jika masalah ini terus ditunda, tanpa diselesaikan ia akan menjadi masalah pemimpin masa depan pula.

Justeru, kita perlu bertanya, siapakah pemimpin masa depan kita? Apakah kedudukan dan kekuatan Melayu dan Cina di masa tersebut tatkala gunung berapi itu meletus?

Bagaimanakah nasib Melayu dan nasib Cina setelah gunung itu meletus nanti? Siapakah yang akan selamat?

Apakah kerajaan akan terus menyeru, mengharap, menunggu dan melihat?

Semalam PM pun dah sound dan bagitau semua rakyat Malaysia, jangan pertikai atau persoal kontrak Sosial!

Apa yang susah sangat kaum tak sedar diri ini nak faham ya?
 
Ketahuilah...
Melayu itu tidak racist...
 
China boleh berniaga di kawasan Melayu.
Tetapi Melayu tidak boleh berniaga di kawasan China
Melayu boleh masuk ke kedai China
Tetapi haram China akan sokong kedai Melayu.
Itulah realitinya...
 
Ealoklah kita kekalkan..
Keidupan yang harmoni ini
 
Di bawah kepimpinan Najib
Kita yakin rakyat akan menolak
Politik cauvinist-racist
Gerombolan Pakatan Pembangkang
DAP, PKR, PAS

Isnin, 6 September 2010

MENGENALI HATI BUDI Part 2: Peristiwa 10/10/45 atau 13 Mei 1969 di Sarawak Pergaduhan Cina/Melayu


Peristiwa 10/10/45 atau 13 Mei 1969 di Sarawak Pergaduhan Cina/Melayu


NAJIB, MUHYIDDIN DAN SELURUH PAHLAWAN MELAYU!!

BERJUANGLAH DENGAN PENUH KEBERANIAN DAN BIJAKSANA

BUKAN SEMUA MASYARAKAT CHINA

BERPERANGAI CAUVINIST-RACIST



ELOKLAH KITA RAKYAT MALAYSIA

TERUTAMA GENERASI MUDA HARI INI

BERUSAHA MENGENALI HATI BUDI

SESAMA KITA...

MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT HIDUP BERSAMA

Posted by happysus in Buku Pilihan, Politik Sarawak
http://happysus.blogspot.com/2007/07/peristiwa-101045-pergaduhan-cinamelayu.html

Buku Perjuangan Anti-Cession Sarawak telah mencatatkan pertelingkahan Orang Cina dan Orang Melayu di Sarawak. Apa yang saya harap ia menjadi peringatan kepada semua pihak. Kita hidup dalam negara malaysia yang aman damai. 50 tahun kita telah merdeka, jangan sampai kemerdekaan yang kita kecapi dipersia-siakan oleh generasi kini dan akan datang.

Semenjak peperangan bermula, perasaan pemusuhan telah wujud dikalangan Kaum Cina dengan Jepun, tetapi orang orang Jepun masih popular dikalangan orang orang Melayu dan Iban hingga awal tahun 1944. Kapal Jepun telah dihalang oleh Tentera Sekutu membawa bekalan makan, pakaian, seperti train train susah didapati di bandar dan pekan lagi, Jepun telah berusaha keras untuk mendapat padi dari penduduk penduduk pendalaman terutama petani petani walaupun propaganda Jepun semakin deras dilancarkannya namun pendudukan mereka nampak ketara bertambah lemah. Mereka tidak terdaya menentang serangan udara dari Tentera Bersekutu dan telah lari dari kawasan pantai masuk ke dalam hutan pendalaman dan nyatalah mereka telah menghadapi saat saat terakhir. Jepun terpaksa menggunakan kekerasan untuk mendapatkan padi, ini menyebabkan orang orang Iban marah, apa lagi Jepun telah cuba merampas senapang mereka yang digunakan untuk berburu binatang itu.

Setelah pemberontakan orang orang Cina di Jesselton dihapus dengan ganasnya oleh Jepun dalam bulan Oktober 1943, Panglima Tentera Jepun telah memerintah supaya semua senjata api dirampas. Apakala Jepun hendak berbuat demikian mereka telah mendapat bantahan dari orang orang Iban, seorang dari pegawai polis Jepun S. Suzuki, kawan baik kepada Encik Eliab Bay, telah berjaya membatalkan perampasan senjata Iban dalam daerah Simanggang. Dengan adanya usaha beliau dapatlah perhubungan baik dengan Kaum Iban tempatan.

Apakala Jepun mengaku kalah dalam peperangan kedua, pada 14hb. Ogos 1945 dan Tentera Australia telah mendarat di Sarawak, maka jatuhlah tentera Jepun pada llhb. September, 1945. Rakyat jelata berasa lega dan gcmbira diatas kekalahan Tentera Jepun itu. Mereka berduyun duyun balik dari tempat tempat pelarian mereka di pedalaman kota kota dan kampung halaman masing masing. Kampung halaman yang menjadi senyap sunyi seolah olah berpuaka dimasa serangan balik Tentera Bersekutu itu.

Kekalahan Jepun ditangan Amerika dan British telah diberi penerangan luas oleh Kerajaan Chiang Kai Shek yang mengaku bahawa ini kemenangan mereka juga sebagai ahli bersekutu. Ini telah membangkitkan semangat berkobar kobar orang Cina di seberang laut termasuk orang Cina di Sarawak. Apakala Tentera Australia masuk ke Kota Kuching pada 11hb. September 1945, mereka terpegun sekah melihat Lorong lorong Kota Kuching, telah dihiasi dengan bendera Cina Nasionalis seolah olah mereka itu masuk di Ibu Kota Hong Kong atau di mana mana negeri China, dan tidak terdapat bendera Sarawak dan British (Penulis sendiri telah sama menyaksikan apa yang dikibarkan di tiang tiang bendera dan di kedai kedai di kota Kuching pada masa itu).

Di Saratok dan di tempat yang terpencil yang lain, apakala bendera Jepun diturunkan, maka bendera Cina Nasionalis telah dinaikkan serta merta oleh orang orang Cina setempat kerana mereka telah mempunyai keyakinan bahawa tentera yang membebaskan Sarawak itu, adalah Tentera Cina yang akan mengambil alih Kerajaan Sarawak. Orang orang Iban telah mendesak supaya bendera Cina itu diturunkan dan bendera Sarawak dinaikkan. Tindakan menghalang berkibarnya bendera Cina itu telah berlaku di Simanggang dan Betong.

Setelah tiga tahun lebih dalam kancah kancah peperangan dan tidak ada khabar berita dari Pihak Bersekutu, dan apakala Jepun menyerah diri maka terpancarlah dakyah memuji muji Chiang Kai Shek yang telah membantu memupuk semangat patriotik orang Cina Sarawak. Poster poster yang bersemarak warna warni datangnya dari Singapura dan Hong Kong telah mengagung agungkan Chiang Kai Shek yang memimpin angkatan tenteranya menyebabkan tentera Jepun membongkok menyerah diri. Siaran Radio China dari stesen yang tidak ketahui di Singapura telah menyiarkan berita bahawa tentera British telah kehilangan tenaga.

Kebanyakan daripada masyarakat Cina dalam Sarawak pada masa itu, percaya bahawa negeri Chinalah yang mengalahkan Jepun, dan menyifatkan bahawa jatuhnya Bom Atom di Nagasaki dan Hiroshima itu seakan akan serangan pukulan maut terakhir oleh Amerika. Semuanya pemikiran serupa ini adalah menjadi galakkan semangat, dan mungkin memang sudah tertanam difikiran sebahagian dari orang orang Cina, bahawa Kerajaan China akan bergerak untuk mencantumkan "Nan Yang" Lautan Selatan, termasuk seluruh Borneo, Malaya dan Hindia Belanda sebagai Wilayah taklukannya. Apakala Vietnam Utara telah diduduki oleh tentera Cina Nasionalis pada bulan Ogos 1945, berita angin merebak di Malaya dan Sumatera, menyatakan bahawa tentera Cina akan mendarat di sana dan juga di Sarawak. Pentadbiran Angkatan Tentera British telah bertubi tubi ditanya oleh orang orang Cina tempatan bilakah tentera Cina akan datang ke Sarawak. Kekuatan dan keupayaan China Nasionalis telah dilaung laungkan dan pereka pereka propaganda Pihak Bersekutu telah menyebabkan sambutan hebat para patriot Cina itu mudah difahami dan kepada mereka, masalah penyerahan Sarawak kepada Britain pada mulanya, adalah suatu pekara yang dianggap tidak apa apa bagi mereka. Walaupun Pentadbiran Tentera Australia di Kuching dan Sibu mendapati bahawa orang-orang Cina adalah mesra dan suka bekerjasama, tetapi disebaliknya, mereka juga adalah orang yang sentiasa mahukan maksud dan hasrat mereka yang ingin menguasai sesuatu, di masukkan dalam polisi Kerajaan. Sebagai satu dari "4 Kuasa Besar" mereka berasa juga sama memainkan peranan yang besar dalam kemenangan pihak Bersekutu.

10hb. Oktober, 1945 telah dirayakan di Kuching secara sekali gus sebagai Hari Perayaan Kemenangan Pihak Bersekutu dan Hari Kebangsaan China. Pentas upacara itu dihias dengan bendera bendera China Nasionalis, British, dan Australia. Ucapan ucapan telah disampaikan oleh pemimpin pemimpin Cina termasuk Baba Ong Tiang Swee. Selain dari itu diadakan upacara perbarisan, acara sukan, jamuan makan malam yang diberi oleh Baba Ong Tiang Swee di rumahnya diikuti oleh pertunjukan pentas dan lain lainnya.

Keesokan harinya, awal pagi lagi berlakunya pergaduhan di antara orang orang Cina dengan orang Melayu di kawasan Main Bazaar Kuching pada jam 9.30 pagi. Lebih dari 1,000 orang Cina telah berkumpul di jalanraya di hadapan Brooke Dockyard, dalam keadaan bersiap sedia untuk menyerang Masjid dan Kampung Melayu di situ . Mereka menganggap bahawa orang Melayu adalah kononnya sebagai pembelot kepada Kerajaan Sarawak dan nekad untuk memukul orang Melayu.

Dengan kudrat Allah, Pegawai Tentera Australia telah ternampak Kumpulan Cina itu dan dengan segera menghantar pasukan tentera dalam sebuah lori yang penuh serta berjaya merampas senjata bakal bakal perusuh itu dan perintah berkurung telah dikuatkuasakan sepanjang 24 jam dalam kawasan Bandar Kuching.


Timbul pula satu cerita iaitu pergaduhan itu hanya dapat diselesaikan apakala Baba Ong Tiang Swee telah bersetuju menanda tangani perjanjian dengan Datuk Pahlawan Abang Haji Mustapha Moasili bahawa orang Cina patutlah menjauhkan diri dari berpolitik. Ini telah menjadi penjelasan mengapa Ketua Cina tidak terlibat dalam masalah penyerahan Sarawak kepada British yang berlaku beberapa bulan kemudian.

Kebanyakan persatuan persatuan kaum sebelum perang mengambil masa untuk menyusun semula pertubuhan pertubuhan mereka. Sungguhpun Persatuan Kebangsaan Melayu ternyata berkobar kobar diperangsangi oleh apa yang telah dibuat oleh Kaum Cina di waktu perayaan l0hb. October, 1945 itu tetapi mereka masih menunggu waktu yang agak sesuai untuk mengadakan kesyukuran. Akhirnya Jawatankuasa Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak telah memperkenalkan diri mereka dan menyatakan kegembiraan dan kesyukuran di atas kejayaan Pihak Bersekutu membebaskan Sarawak dari tindakan Jepun kepada Panglima Angkatan Bersenjata Australia, Brigedier T.C. Eastick pada Ilhb. November, 1945. Mereka telah mengadakan temasya Perlumbaan Perahu.

Lebih ketara lagi ialah, Persatuan itu telah menggunakan namanya dalam corak baru iaitu Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak atau The Malay National Union of Sarawak (MNU). Perhimpunan Dayak pada waktu itu berada dalam keadaan sedang disiasat oleb pihak Pentadbiran Tentera sebagai Persatuan yang dicurigai bersekutu dengan pihak musuh ataupun tidak.

Apakala berita penyerahan Negeri Sarawak telah di terima pada awal bulan Februari 1946, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak dan Perhimpun Dayak Sarawak telah mendapat dorongan semangat yang terkuat secara mengejut, keakhirannya mengubah langkah dari persatuan kebajikan kepada tahap kegiatan Parti Politik.


dipetik dari Buku Perjuangan Anti-Cession Sarawak oleh Hj Mohd Hasbie Bin Sulaiman.

SEGALA ANAK MELAYU, BUMIPUTERA

CHINA, INDIA DAN LAIN-LAIN

ADALAH RAKYAT MALAYSIA.



KITA SEDANG MUSNAHKAN

MASA DEPAN MEREKA

YANG SEDANG DIUSAHAKAN OLEH

GEROMBOLAN PAKATAN PEMBANGKANG

YANG CAUVINIST-RACIST


DS Najib!!

Kami Adalah Benteng MU

Ahad, 5 September 2010

MENGENALI HATI BUDI: GELAGAT MASYARAKAT TIONG HUA (Peristiwa 13 Mei 1969 di Sarawak)


NAJIB, MUHYIDDIN DAN SELURUH PAHLAWAN MELAYU!!
BERJUANGLAH DENGAN PENUH KEBERANIAN DAN BIJAKSANA
BUKAN SEMUA MASYARAKAT CHINA
BERPERANGAI CAUVINIST-RACIST

ELOKLAH KITA RAKYAT MALAYSIA
TERUTAMA GENERASI MUDA HARI INI
BERUSAHA MENGENALI HATI BUDI
SESAMA KITA...
MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT HIDUP BERSAMA

Teruskan membaca:
Sumber: http://happysus.blogspot.com/2007/07/peristiwa-101045-pergaduhan-cinamelayu.html
Posted by happysus in Buku Pilihan, Politik Sarawak



GELAGAT MASYARAKAT TIONG HUA
(Peristiwa 13 Mei 1969 di Sarawak) 

Buku ini ditulis oleh sahabat saya Rudi Affendi. Beliau juga menulis buku tentang Rosli Dhobi. Buku ini berkisar tentang sejarah Mat Rimau atau nama sebenarnya Abang Ahmad Abang Hj Abu bakar yang di lahirkan pada 22 Februari 1925 di Sibu , Sarawak. Beliau adalah perjuang yang sama berjuang dengan Rosli Dhobi. Beliau pernah dipenjara oleh Inggeris di Singapura. Apa yang menarik dalam buku ini adalah tentang perjuangan beliau bersama Rukun 13. Saya ingin memetik satu cerita dalam buku ini yang mungkin tidak diketahui oleh orang Melayu Sarawak. Ia berkisar tentang gelagat orang Cina setelah pihak British mengambil alih sarawak dari Jepun.

Setelah jepun menyerah kalah, sebelum tentera Australia masuk, terutama di Sibu, masyarakat Tiong Hua telah bertindak menguasai negeri ini. Mereka melantik diri mereka sebagai ''ketua'', dengan kebanyakan ahlinya lengkap bersenjata-lembing dan parang.

Mereka ini bertindak seolah-olah sebagai askar dengan berkawal di hadapan pejabat, yang menempatkan ketua-ketua mereka. Mereka juga telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa bangsa mereka tidak lagi dipanggil ''Cina'' sebaliknya'' Tiong Hua''.

Sebenarnya, kumpulan orang Cina ini datang ke Sibu sebagai memenuhi undangan Rajah Sarawak kedua, Charles Brooke pada 11 November 1880 untuk bekerja sebagai petani dan pesawah. Pemberitahuan kerajaan bertarikh tersebut, yang dicatatkan di Kuching menyatakan, dalam undangan tersebut, Charles Brooke menawarkan kawasan tanah yang mencukupi untuk mereka selain membina rumah sementara dan lorong yang baik untuk mereka. Malah beberapa keperluan lain turut disediakan seperti beras, garam serta bayaran berpatutan untuk pengangkutan kapal wap. Di kawasan pertempatan mereka juga disediakan balai polis, untuk memelihara keamanan selain membantu mereka memahami bahasa masyarakat peribumi.

Sehubungan itu, tiga kumpulan imigran ini menerima undangan tersebut. Kumpulan pertama dikelolakan Wong Nai Siong yang membawa masyarakat Foochow dari Wilayah Fujian, China Selatan pada 1901. Kumpulan kedua, masyarakat Kantonis dari Wilayah Guangdong, China Selatan tiba pada 1902 dengan dikelolakan Teng Koon Shook. Manakala kumpuIan ketiga, masyarakat Heng Hua dari Wilayah Fujian dikelolakan oleh mubaligh Methodist, Dr William Brewster. Daripada migrasi inilah masyarakat ini akhirnya berkembang lalu membentuk komuniti Cina di Sibu. Malah sifat manja yang ditunjukkan oleh Charles Brooke terhadap mereka menyebabkan mereka semakin angkuh seterusnya berusaha untuk mewujudkan wilayah mereka sendiri. Apatah lagi kebanyakan daripada hal ini menyebabkan keadaan menjadi semakin tegang. Mereka bukan sahaja membelasah orang yang disyaki bersubahat dengan pemerintah jepun.

Apabila dapat, mereka akan memukul dan menerajang individu-individu ini hingga separuh mati. Kebanyakan mangsa mereka ini ialah orang Melayu dan lban. Anehnya, kebanyakan orang Melayu yang tidak bersalah dan tidak tahu hulu hilir pun turut sama dibelasah. Dibuli.

Sementara itu, di pasar Sibu, mereka telah berkeliaran dengan membawa takkun-takkun atau kayu panjang dan mengadakan sekatan jalan raya untuk mencari musuh-musuh yang bermuka-muka dengan tentera jepun dahulu. Mereka mencari mana-mana individu yang dipercayai pernah menjadi tali barut Jepun serta bekerjasama dengan jepun.

Sentimen Perkauman kemudian timbul. Apa tahlagi banyak orang Melayu dari kampung-kampung berdekatan yang membeli-belah di pasar dibelasah, dipukul dan ditempeleng. Perkara ini amat menyentap hati orang Melayu, apatahlagi mereka beranggapan bahawa penduduk Cina di situ ialah pendatang asing. Bukan sebagai penduduk asal Sibu.

Hari demi hari, keadaan semakin menjadi-jadi hinggaTentera Australia erpaksa masuk campur dan mentadbir kerajaan. Bagaimanapun, di Sibu mereka masih bermaharajalela membuat onar hingga satu tragedi paling hebat berlaku.

Pada suatu malam, seorang Tiong Hua telah mati dibunuh oleh seorang melayu bernama Dahlan bin Haji Nor. Kejadian ini berlaku apabila Dahlan dikelilingi oleh berpuluh-puluh permuda Tiong Hua kerana disyaki pernah bersubahat dengan Jepun. Pada hal mereka sebenarnya mengesyaki orang yang salah.

Untuk mempertahankan diri, Dahlan telah menghunuskan sebilah pisau yang kebetulan, ada dibawanya bersama-sama sebagai senjata perlindungan. Dia terus melawan apabila dipukul hingga tertikam lalu membunuh salah seorang daripada pemuda Tiong Hua itu. Beberapa orang lagi cedera parah.

Apabila mengetahui keadaan itu, maka suasana di kawasan itu menjadi gempar. Hampir semua masyarakat Tiong Hua yang ada di pasar pada malam itu datang untuk menuntut bela kematian rakan mereka. Mereka mengejar Dahlan hingga ke rumah pasung (balai polis).

Keadaan menjadi semakin gawat apabila mereka memberi amaran untuk memusnahkan bukan sahaja Dahlan, malah membakar rumah pasung itu sekali. Mendapat tahu akan kejadian itu, Tentera Australia terus dikejarkan ke rumah pasung itu. Mereka memberi kawalan ketat dan menghalau masyarakat Tiong Hua dari situ.

Sepanjang malam itu, keadaan masih kacau-bilau hinggalah pada siang harinya, seorang Melayu dipukul teruk dan berdarah pada kepala dan badannya di pekan. Apabila mendapat tahu akan kejadian yang dahsyat itu, dengan serta-merta masyarakat Melayu berkumpul. Ini kerana mendengar pukulan tawak dan gong yang menandakan ada kejadian besar dan berbahaya akan berlaku.

Pada hari itu, masyarakat Melayu telah penuh sesak berhimpun di masjid Sibu - mengadakan mesyuarat tergempar. Ia dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan berbangsa Melayu dan pegawai-pegawai polis Melayu. Pada mesyuarat itulah satu ketetapan disahkan sebulat suara, dengan diiringi teriakan gemuruh ''Allahu Akbar'' bahawa penduduk Melayu akan bersatu padu mempertahankan bandar dan kampung-kampung di Sibu daripada segala pencerobohan dan tindakan kejam masyarakat Tiong Hua ini.

Satu memorandum dihantar kepada pihak berkuasa Pentadbiran Tentera British untuk menyatakan persetujuan tersebut. Sejak itu, di setiap kampung, dikerahkan bersiap-sedia dan berjaga-jaga siang dan malam.

Dalam keadaan serba genting itu, kedengaran berita. Bahawa sekumpulan besar masyarakat Tiong Hua akan menyerang kampung pada malam hari. Hal itu terus dilaporkan kepada pihak berkuasa. Dengan bantuan mereka, sebuah lori penuh dengan senapang dan peluru dihantar ke masjid untuk dibahagi-bahagikan kepada penduduk kampong.

''Saya sendiri memilih selaras senapang kilat dengan peluru sebanyak 50 butir. Saya serta beberapa penduduk kampung berkawal pada malam hari. Kebetulan pada malam itu, hujan lebat turun. Kami berkawal di jalan papan Kampung Nyabor, dipersimpangan Mission Road. Kami berjumpa dengan beberapa Tiong Hua yang memakai pakaian hitam yang menunggang basikal menuju ke Kampung Nyabor. Meski mereka tidak membawa sebarang senjata, kami terus mara untuk memeriksa mereka.

Melihat kami, mereka berlari sekuat hati. Tetapi mereka tertangkap apabila penduduk kampung yang berkawal di Simpang jalan Causeway, Kampung Nyabor berjaya menahan mereka. Mereka menggeletar dan dalam keadaan takut apabila kami menyoal mereka.

Setelah disoal, mereka memberitahu bahawa mereka disuruh oleh ketua mereka untuk mengintip, penduduk kampung. Mereka kemudiannya dibebaskan dan disuruh memberitahu ketua mereka bahawa penduduk kampung semuanya bersiap sedia hendak berperang dengan masyarakat Tiong Hua.

Apabila mereka hendak melalui jalan papan itu, kami pun bertindak memeriksa mereka satu-persatu. Mereka berlutut dan menggeletar seluruh badan sambil meminta simpati kami: Tolong ! Tolong!

Selepas itu, saya dan rakan-rakan terus bertugas sepanjang malam. Kira-kira jam 11.30 malam itu, saya dan rakan-rakan yang berkawal di jalan papan Kampung Nyabor menunggu orang Tiong Hua balik menonton wayang.

Kami berasa kasihan lalu memberi amaran kepada mereka. Kata saya: ''Itulah kamu orang Cina, bermaharajalela dalam tanah air kami. Kamu hendak menyerang orang Melayu kampung. Kamu mahu jadi raja di negeri ini. Tidakkah kamu tahu bahawa kamu ialah orang asing yang datang menumpang makan di negeri ini?''

Kami memberi amaran terakhir, sekiranya kamu lagi hendak berniat memukul dan membunuh orang Melayu, semua kamu yang ada di sini akan kami bunuh malam ini. Kami memberi peluang kepada kamu semua dengan tidak membuat apa-apa. Tetapi ingat ... jangan hendaknya cuba menyerang orang Melayu lagi!

Semua mereka itu pun berkata: '' Ini hal bukan saya olang (orang) punya pasal. Ini hal nyak (banyak) olang (orang) lain jahat mahu kacau olang-olang Gulayu (Melayu). Kami olang minta maaf dan tolong kasi kami olang pulang saja. Kami olang halap (harap) ampun. Kami tiada mahu bikin hal.

Kemudian kami pun menyuruh mereka pulang menggunakan jalan papan itu. '' Kacau-bilau sentiasa berlaku saban hari. Apabila orang Melayu kampung pergi membeli-belah di pasar, maka pergaduhan pasti akan tercetus. Kejadian pukul-memukul telah jadi perkara biasa. Secara tidak langsung, golongan Tiong Hua ini telah mengawal seluruh pasar.

Penduduk Melayu dari luar bandar dan orang Dayak yang hendak membeli barang di pasar Sibu habis dikejar dan dipukul mereka. Orang Dayak terus naik radang dan mereka memberitahu rakan-rakan mereka perihal yang berlaku di Sibu. Ada juga orang Iban yang lari ke kampung kerana dikejar oleh orang Tiong Hua ini di pasar Sibu.

Tidak tahan dengan situasi yang genting dan mencabar itu,masyarakat Dayak pun mengambil keputusan untuk menuntut bela. Perahu-perahu mereka penuh sesak di Wharf Sibu, Pangkalan Hospital dan Pangkalan Kubu kerana hendak mencari pergaduhan besar dengan orang Tiong Hua.

Menurut Abang Ahmad, keadaan di rumah besar keluarganya ketika itu, penuh sesak dengan orang Iban yang datang menumpang dan bermalam di Sibu. Di pasar dan jalan raya (dari BCL lama hinggalah tengah-tengah pasar), Channel Road dan Pulau Babi penuh sesak dengan orang Iban. Mereka malah memasak makanan di tengah-tengah jalan.

Hal ini menyebabkan orang Cina yang berkedai di pasar ketakutan dan menutup kedai mereka. Perkara ini benar-benar berlaku dan penduduk kampung turut serta berkeliaran dipasar-pasar dengan membawa senapang, lembing, pedang dan parang. Abang Ahmad serta rakan-rakan yang turut berkawal dipasar dan kampung menyifatkan keadaan pada masa itu seolah-olah akan terjadi perang yang besar.

Apabila melihat keadaan menjadi sedemikian genting, pihak kerajaan dengan segera bertindak memanggil semua kapitan Cina, ketua kampung Melayu, penghulu Dayak dan pembesar ketika itu yang mewakili British ialah Tuan C.D. Adam. Orang Cina diwakili Kapitan Momo, Tauke Ah Loo, Chiew Geok Lin, Ah Hock dan tauke-tauke besar di pasar selain Cina dari kebun. Penduduk Melayu pula diwakili oleh Tua Kampung Ubai,Tua Kampung Salleh, Tua Kampung Abang Louis dan ketua-ketua Melayu yang lain seperti Abang Onet.

''Antara penghulu Iban yang terlibat pula termasuklah Penghulu Gani dari Bawang Assan. Saya tidak ingat penghulu-penghulu lain. Semuanya berkumpul di ofis BCL lama (tempat yang sekarang ini digunakan untuk wharf dan gudang kastam). Di situlah tempat yang paling bersejarah kerana krisis yang besar itu telah berakhir. Dan satu peranjian telah ditandatangani oleh semua penghulu, tua kampung, kapitan Cina dan pegawai British yang hadir.

Antara lain inti peranjian itu yang saya masih ingat ialah: 'Semua kaum yang tinggal di negeri ini hendaklah hidup bersama-sama dengan aman damai, tidak boleh sekali-kali bergaduh, ataupun serang-menyerang antara satu dengan yang lain. Dan orang Cina tidak boleh hendak cuba jadi pemerintah di negeri ini. Hendak diingat bahawa Negeri Sarawak ini ialah hak Bumiputera sendiri dan orang Cina ialah orang yang datang berniaga di negeri ini. sekarang negeri ini adalah dibawah pentadbiran Kerajaan Inggeris'.

Inilah kandungan yang saya dapat tahu daripada Allahyarham Abang Onet yang turut menurunkan tandatangan pada surat pedanjian damai pada tahun 1945 itu.

dipetik dari buku Biografi Mat Rimau- getir perjuangan seorang Melayu oleh Rudi Affendi Khalik

SEGALA ANAK MELAYU, BUMIPUTERA
CHINA, INDIA DAN LAIN-LAIN
ADALAH RAKYAT MALAYSIA.

KITA SEDANG MUSNAHKAN
MASA DEPAN MEREKA
YANG SEDANG DIUSAHAKAN OLEH
GEROMBOLAN PAKATAN PEMBANGKANG
YANG CAUVINIST-RACIST

DS Najib!!
Kami Adalah Benteng MU

Jumaat, 3 September 2010

GEROMBOLAN DAJJAL SUBUR DI SELANGOR


TINDAKAN BODOH AJK PAS
MENJADI HAIWAN TUNGGANGAN CHINA DAP
MEMUDAHKAN STRATEGI NAJIB
MEMENANGI PRU KE 13
INSYAALLAH

SUMBER:  http://www.themalaysianinsider.com/

Faekah Husin: Tindakan Umno politikkan isu MP Serdang malukan Islam

August 30, 2010KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Kerajaan Selangor menyifatkan tindakan Umno mempolitikkan isu kehadiran Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching bagi menyampaikan sumbangan di Surau Al-Huda, Kajang minggu lalu keterlaluan dan memalukan umat Islam, kata pegawai Menteri Selangor hari ini.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, apatah lagi tindakan pantas Teo memberi penjelasan dan memohon maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan seluruh umat Islam sepatutnya diterima semua pihak dengan terbuka.

“Tindakan wakil rakyat itu sepatutnya telah memadamkan sebarang unsur prasangka terhadap mana-mana pihak,” kata Faekah dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Katanya, ia juga menunjukkan komitmen pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk menyelesaikan isu lebih besar dan mutakhir yang boleh mengganggu gugat kestabilan negara antaranya; jenayah pembuangan bayi, rogol, rasuah dan jenayah sosial lain.

GEROMBOLAN DAJJAL SEMAKIN RAMAI DAN KIAN SUBUR DI SELANGOR
HASIL TARBIYYAH PAS DAN LIBERALISASI AGAMA NUAR BERAHIM

Inilah antara kerja dajjal dan penjenayah-jenayah yang sebenarnya menghina kesucian agama Islam dan umatnya. Kerajaan dan kakitangan dajjal ini sanggup menjadi haiwan tunggangan cuvinist-racist china DAP yang diskong oleh pengamal Islam liberal Nuar Berahim dan Parti Ajaran Sesat Pas.

Selama ini, melalui dasar dan sistem pendidikan di negara kita, bahawa umat Islam diajar bersyukur kepada Allah di atas limpah kurnia-Nya dan berterima kasih kepada kebaikan manusia. Kita telah berjaya hidup aman, sejahtera dan semakin maju. Kita mampu hidup dan berkongsi kesejahteraan antara kaum, kepercayaan agama dan budaya. Sehinggalah kemunculan dajjal-dajjal yang rakus dan ganas yang dikepali oleh China DAP yang cauvinist, racist dan anti establishment yang telah dibina oleh UMNO-BN.

Tindakan Teo yang menyerahkan sumbangan untuk membaiki pagar surau adalah sangat baik kerana menjalankan tugasnya sebagai wakil kerajaan. Selama inipun ramai wakil rakyat bukan Islam melakukan perkara yang sama di kawasan yang mereka wakili. Tetapi dajjal-dajjal di Selangor ini sengaja melakukan pemesongan untuk mempermainkan dan menghina  ajaran Islam sambil memalukan umat Islam. Amat mudah cauvivist-racist China DAP memperlatkan sambil memperbodohkan species Islam hasil tarbiyyah fahaman PAS.

Setelah memalukan umat Islam, mereka bersandiwara minta maaf Sultan Selangor. Kini mereka ketawa berdekah-dekah melihat umat Islam berbantah-bantahan sesama sendiri, sedangkan mereka terus mengaut keuntungan demi keuntungan dari bumi Selangor. Selepas ini mereka akan mempersendakan lagi AJK Surau PAS dengan menghadiahkan pula bantuan membaiki tandas.

Kita amat khuatir jika tindakan ini tidak dikawal ia akan melebarkan jarak pemahaman antara kaum dan agama yang sememangnya telah berjaya ditangani secara bijak oleh pemerintah BN selama ini. Kita semua sudah maklum bahawa DAP sememangnya sering menggunakan pendekatan yang berniat jahat dan mereka amat berminat mempermain-mainkan dan memperbodoh-bodohkan pemimpin Islan yang boleh diperbodohkan.

Kerajaan Selangor yang dikawal oleh China cauvinist-racist DAP tidak memandang serius perkara ini dan tidak akan teragak-agak melakukan tindakan lain yang sengaja mewujudkan ketegangan dalam hal-hal agama mahupun kaum. Tujuan DAP mudah sahaja, supaya semua masyarakat China menganggap DAPlah hero kaum China dan tidak menyokong BN maka dengan itu UMNO dan Islam dapat dihina sesuka hati. Mereka pasti bahawa Parti Ajaran Sesat PAS dan penganut Islam liberal Nuar Brahim akan bermati-matian mempertahankan hasrat DAP ini.

Kerajaan Selangor pada masa yang sama, mengamalkan politik murahan dengan meletakkan kepentingan politik sempit meraka mengatasi kepentingan rakyat teramai. Cita-cita politik kaum dan peribadi mengatasi ideologi politik itu sendiri, malah tersasar dan bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam yang maha suci.

Selama ini, dasar yang diamalkan oleh UMNO-BN sentiasa merai dan mengalu-alukan mana-mana pihak untuk mengimarahkan masjid dan surau dengan aktiviti keagamaan dan kebajikan. Segala macam bantuan dihulurkan oleh kerajaan kepada rumah-rumah ibadat melalui wakil-wakil rakyat masing-masing. Tidak pernah timbul apa-apa masalah melainkan setelah wujud gerombolan dajjal-dajal ini.

Kerajaan Pusat tidak pernah berhenti merancang dan menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan di masjid dan serta surau di seluruh negara bagi mengimarahkan rumah Allah sepanjang bulan Ramadan penuh berkat ini.

Amalan ini telah menjadi kewajipan kerajaan UMNO-BN selama ini bahawa sumbangan kepada golongan miskin dan memerlukan bantuan ketika ekonomi kian mencengkam ini adalah lebih penting dan melangkaui fahaman politik kepartian.

Kita percaya bahawa seluruh masyarakat Islam yang benar-benar ikhlas pada kepercayaan agamanya akan terus menggesa semua pihak supaya berhenti dari melakukan tindakan politik yang akhirnya akan memberi kesan negatif kepada kefahaman agama Islam itu sendiri.

CAUVINIST-RACIST DAP SEDANG BERGELAK KETAWA
MELIHAT KEBODOHAN UMAT ISLAM SPECIES TARBIYYAH PAS
MEMPOLITIKKAN AGAMANYA SENDIRI
MEMALUKAN AGAMANYA SENDIRI
HANYA KERANA DIHULUR SEKUPANG DUA
MEMBAIKI TANDAS SURAU

DENGAN SEKELIP MATA SAHAJA...
JASA BAKTI KERAJAAN YG MEMBINA SURAU ITU...
TERHAPUS SAMA SEKALI.

INILAH PERMAINAN POLITIK DAP
Semoga Allah selamatkan Agamanya

Khamis, 2 September 2010

Negeri Perak: Perihal Haiwan Tunggangan DAP

Sempena bulan sambutan kemerdekaan tanahair ini, eloklah kita menyorot kembali perihal tingkahlaku sebahagian daripada orang-orang kita, yang sangat sesuai digelar sebagai 'haiwan tunggangan DAP'

SELOKA PERIHAL ADUN PASIR PANJANG

YB NIZAR DAP JAMALUDIN

Tersebutlah kisah di negeri Perak,
J.W.W Birch tersungkur di Pasir salak,
Di situlah pahlawan Melayu berjihad bergasak,
Melawan Penjajah mempertahankan hak.

Membara semangat cintakan negeri,
Membuak gelora penjajah dibenci,
Tak tahan kehinaan menikam diri,
Terkenangkan anak cucu kemudian hari.

Bertempik Maharaja Lela mengilir keris,
Berbondong pendekar menyusun lapis,
Penjajahan tanahair maruah bonda terhakis,
Bersatulah segala Melayu bergalang tangkis.

Begitulah ceritanya mengikut sejarah,
Menjaga tanah ayo rupa-rupa payah,
Tumpah darah, tak kena gaya, terus pindah,
Anak cucu kemudian hari yang terima padah.

Jaman-jaman dulu raja yg perintah,
Apa katanya tak boleh di bantah,
Zaman sekarang udah le berubah,
Dalam parlimen rakyat bebas berhujah.

Nak masuk Parlimen kena jadi Wakil Rakyat,
Nak jadi Wakil Rakyat kenalah berpakat,
Masuk bertanding, lukis lambang hijau bulat,
Kalau menang baru isytihar pakatan dah dibuat.

Begitulah Encik Nizar masuk ke Dewan Negeri,
Angkat sumpah setia, teruslah jadi YB,
Tak semena-mena pulak, takdir Allah dari azali,
Walaupun tak layak, tapi Tuanku lantik jadi MB.

Bila dah dilantik, angkat sumpah menjadi MB,
Nizar pun buat agrement dengan gembalanya DAP
Sebarang dasar, PAS tak boleh buat sesuka hati
Mesti diluluskan memanda PKR dan Raja DAP.

Bila dah mendapat majoriti yang lebih,
Meleleh air liur YB Nga dan YB Ngeh,
Tanah di Perak, banyaknya makan tak habih,
Kena cepat-cepat lulus, segera pulak diagih.

New Village tu sebenornya Kampung Baru,
Tempat mengumpul bekas kominis dulu,
Dema nak jatuhkan kerajaan tapi kena buru,
Bila dah surrender, duduklah diam di situ.

Bila DAP dapat control kuasa memerintah,
Disuruhnya PAS patuh, jangan nak bantah,
Semua bekas kominis diberi hak milik tanah,
999 tahun, dapat free, tak perlu susah payah.

Dalam mesyuarat Exco YB Nizar jadi patung,
Hanya boleh ngangguk, bila DAP buat untung,
Islam entah ke mana, PAS kena kelentong,
PKR tak kisah, asalkan dapat main punggung.

Tanahair kita yang tercinta, tergadailah sudah,
Akibat Nizar bahalol, macam budak isap dadah,
Nak dapat balik tanah tu, bukannya mudah,
Kecualilah kita sanggup kelahi bertumpah darah

Kebodohan YB Nizar DAP bin Jamaludin ,
Nama je parti Islam tapi otak macam kambing,
Kehendak DAP diikut saja tak payah bargain,
Inilah dikatakan Pemimpin PAS memang tengin.

Bila ditanya, ngapa Nizar, kamu buat begitu,
Nizar bahalol kata, pakatan punya hala tuju,
Bekas komunis Kampung Baru mesti dibantu,
Barulah jawatan MB kekal selamanya milik aku.

Punyalah bodoh ADUN PAS Pasir Panjang,
Terus MENDERHAKA bila majoriti dema hilang,
Habis segala polis, tuanku Sultan diterajang,
DAP tergelak, tengok dari jauh cekak pinggang.

Rakyat Pasir Panjang masih hairan ternganga,
Kampung dema belum maju, masih takuk lama,
Nak jaga Bt. Gantang pulak, memang dia ni gila
Ikut cakap DAP, jadi boneka dipijaknya agama.

Ingatlah pesan orang tua-tua,
Warisan kita hendaklah dijaga,
Tanah ayo dan segala harta benda,
Kalau tidak, anak cucu yg menderita.

(Hasil nukilan: Insan yang hilang simpati pada idealisme PAS dan semakin yaqin pada kejujuran dan keikhlasan serta kewibawaan BN untuk agama, bangsa dan tanahair walaupun kita bersikap menafikannya sepanjang masa)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...