Pengikut

Isnin, 6 September 2010

MENGENALI HATI BUDI Part 2: Peristiwa 10/10/45 atau 13 Mei 1969 di Sarawak Pergaduhan Cina/Melayu


Peristiwa 10/10/45 atau 13 Mei 1969 di Sarawak Pergaduhan Cina/Melayu


NAJIB, MUHYIDDIN DAN SELURUH PAHLAWAN MELAYU!!

BERJUANGLAH DENGAN PENUH KEBERANIAN DAN BIJAKSANA

BUKAN SEMUA MASYARAKAT CHINA

BERPERANGAI CAUVINIST-RACIST



ELOKLAH KITA RAKYAT MALAYSIA

TERUTAMA GENERASI MUDA HARI INI

BERUSAHA MENGENALI HATI BUDI

SESAMA KITA...

MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT HIDUP BERSAMA

Posted by happysus in Buku Pilihan, Politik Sarawak
http://happysus.blogspot.com/2007/07/peristiwa-101045-pergaduhan-cinamelayu.html

Buku Perjuangan Anti-Cession Sarawak telah mencatatkan pertelingkahan Orang Cina dan Orang Melayu di Sarawak. Apa yang saya harap ia menjadi peringatan kepada semua pihak. Kita hidup dalam negara malaysia yang aman damai. 50 tahun kita telah merdeka, jangan sampai kemerdekaan yang kita kecapi dipersia-siakan oleh generasi kini dan akan datang.

Semenjak peperangan bermula, perasaan pemusuhan telah wujud dikalangan Kaum Cina dengan Jepun, tetapi orang orang Jepun masih popular dikalangan orang orang Melayu dan Iban hingga awal tahun 1944. Kapal Jepun telah dihalang oleh Tentera Sekutu membawa bekalan makan, pakaian, seperti train train susah didapati di bandar dan pekan lagi, Jepun telah berusaha keras untuk mendapat padi dari penduduk penduduk pendalaman terutama petani petani walaupun propaganda Jepun semakin deras dilancarkannya namun pendudukan mereka nampak ketara bertambah lemah. Mereka tidak terdaya menentang serangan udara dari Tentera Bersekutu dan telah lari dari kawasan pantai masuk ke dalam hutan pendalaman dan nyatalah mereka telah menghadapi saat saat terakhir. Jepun terpaksa menggunakan kekerasan untuk mendapatkan padi, ini menyebabkan orang orang Iban marah, apa lagi Jepun telah cuba merampas senapang mereka yang digunakan untuk berburu binatang itu.

Setelah pemberontakan orang orang Cina di Jesselton dihapus dengan ganasnya oleh Jepun dalam bulan Oktober 1943, Panglima Tentera Jepun telah memerintah supaya semua senjata api dirampas. Apakala Jepun hendak berbuat demikian mereka telah mendapat bantahan dari orang orang Iban, seorang dari pegawai polis Jepun S. Suzuki, kawan baik kepada Encik Eliab Bay, telah berjaya membatalkan perampasan senjata Iban dalam daerah Simanggang. Dengan adanya usaha beliau dapatlah perhubungan baik dengan Kaum Iban tempatan.

Apakala Jepun mengaku kalah dalam peperangan kedua, pada 14hb. Ogos 1945 dan Tentera Australia telah mendarat di Sarawak, maka jatuhlah tentera Jepun pada llhb. September, 1945. Rakyat jelata berasa lega dan gcmbira diatas kekalahan Tentera Jepun itu. Mereka berduyun duyun balik dari tempat tempat pelarian mereka di pedalaman kota kota dan kampung halaman masing masing. Kampung halaman yang menjadi senyap sunyi seolah olah berpuaka dimasa serangan balik Tentera Bersekutu itu.

Kekalahan Jepun ditangan Amerika dan British telah diberi penerangan luas oleh Kerajaan Chiang Kai Shek yang mengaku bahawa ini kemenangan mereka juga sebagai ahli bersekutu. Ini telah membangkitkan semangat berkobar kobar orang Cina di seberang laut termasuk orang Cina di Sarawak. Apakala Tentera Australia masuk ke Kota Kuching pada 11hb. September 1945, mereka terpegun sekah melihat Lorong lorong Kota Kuching, telah dihiasi dengan bendera Cina Nasionalis seolah olah mereka itu masuk di Ibu Kota Hong Kong atau di mana mana negeri China, dan tidak terdapat bendera Sarawak dan British (Penulis sendiri telah sama menyaksikan apa yang dikibarkan di tiang tiang bendera dan di kedai kedai di kota Kuching pada masa itu).

Di Saratok dan di tempat yang terpencil yang lain, apakala bendera Jepun diturunkan, maka bendera Cina Nasionalis telah dinaikkan serta merta oleh orang orang Cina setempat kerana mereka telah mempunyai keyakinan bahawa tentera yang membebaskan Sarawak itu, adalah Tentera Cina yang akan mengambil alih Kerajaan Sarawak. Orang orang Iban telah mendesak supaya bendera Cina itu diturunkan dan bendera Sarawak dinaikkan. Tindakan menghalang berkibarnya bendera Cina itu telah berlaku di Simanggang dan Betong.

Setelah tiga tahun lebih dalam kancah kancah peperangan dan tidak ada khabar berita dari Pihak Bersekutu, dan apakala Jepun menyerah diri maka terpancarlah dakyah memuji muji Chiang Kai Shek yang telah membantu memupuk semangat patriotik orang Cina Sarawak. Poster poster yang bersemarak warna warni datangnya dari Singapura dan Hong Kong telah mengagung agungkan Chiang Kai Shek yang memimpin angkatan tenteranya menyebabkan tentera Jepun membongkok menyerah diri. Siaran Radio China dari stesen yang tidak ketahui di Singapura telah menyiarkan berita bahawa tentera British telah kehilangan tenaga.

Kebanyakan daripada masyarakat Cina dalam Sarawak pada masa itu, percaya bahawa negeri Chinalah yang mengalahkan Jepun, dan menyifatkan bahawa jatuhnya Bom Atom di Nagasaki dan Hiroshima itu seakan akan serangan pukulan maut terakhir oleh Amerika. Semuanya pemikiran serupa ini adalah menjadi galakkan semangat, dan mungkin memang sudah tertanam difikiran sebahagian dari orang orang Cina, bahawa Kerajaan China akan bergerak untuk mencantumkan "Nan Yang" Lautan Selatan, termasuk seluruh Borneo, Malaya dan Hindia Belanda sebagai Wilayah taklukannya. Apakala Vietnam Utara telah diduduki oleh tentera Cina Nasionalis pada bulan Ogos 1945, berita angin merebak di Malaya dan Sumatera, menyatakan bahawa tentera Cina akan mendarat di sana dan juga di Sarawak. Pentadbiran Angkatan Tentera British telah bertubi tubi ditanya oleh orang orang Cina tempatan bilakah tentera Cina akan datang ke Sarawak. Kekuatan dan keupayaan China Nasionalis telah dilaung laungkan dan pereka pereka propaganda Pihak Bersekutu telah menyebabkan sambutan hebat para patriot Cina itu mudah difahami dan kepada mereka, masalah penyerahan Sarawak kepada Britain pada mulanya, adalah suatu pekara yang dianggap tidak apa apa bagi mereka. Walaupun Pentadbiran Tentera Australia di Kuching dan Sibu mendapati bahawa orang-orang Cina adalah mesra dan suka bekerjasama, tetapi disebaliknya, mereka juga adalah orang yang sentiasa mahukan maksud dan hasrat mereka yang ingin menguasai sesuatu, di masukkan dalam polisi Kerajaan. Sebagai satu dari "4 Kuasa Besar" mereka berasa juga sama memainkan peranan yang besar dalam kemenangan pihak Bersekutu.

10hb. Oktober, 1945 telah dirayakan di Kuching secara sekali gus sebagai Hari Perayaan Kemenangan Pihak Bersekutu dan Hari Kebangsaan China. Pentas upacara itu dihias dengan bendera bendera China Nasionalis, British, dan Australia. Ucapan ucapan telah disampaikan oleh pemimpin pemimpin Cina termasuk Baba Ong Tiang Swee. Selain dari itu diadakan upacara perbarisan, acara sukan, jamuan makan malam yang diberi oleh Baba Ong Tiang Swee di rumahnya diikuti oleh pertunjukan pentas dan lain lainnya.

Keesokan harinya, awal pagi lagi berlakunya pergaduhan di antara orang orang Cina dengan orang Melayu di kawasan Main Bazaar Kuching pada jam 9.30 pagi. Lebih dari 1,000 orang Cina telah berkumpul di jalanraya di hadapan Brooke Dockyard, dalam keadaan bersiap sedia untuk menyerang Masjid dan Kampung Melayu di situ . Mereka menganggap bahawa orang Melayu adalah kononnya sebagai pembelot kepada Kerajaan Sarawak dan nekad untuk memukul orang Melayu.

Dengan kudrat Allah, Pegawai Tentera Australia telah ternampak Kumpulan Cina itu dan dengan segera menghantar pasukan tentera dalam sebuah lori yang penuh serta berjaya merampas senjata bakal bakal perusuh itu dan perintah berkurung telah dikuatkuasakan sepanjang 24 jam dalam kawasan Bandar Kuching.


Timbul pula satu cerita iaitu pergaduhan itu hanya dapat diselesaikan apakala Baba Ong Tiang Swee telah bersetuju menanda tangani perjanjian dengan Datuk Pahlawan Abang Haji Mustapha Moasili bahawa orang Cina patutlah menjauhkan diri dari berpolitik. Ini telah menjadi penjelasan mengapa Ketua Cina tidak terlibat dalam masalah penyerahan Sarawak kepada British yang berlaku beberapa bulan kemudian.

Kebanyakan persatuan persatuan kaum sebelum perang mengambil masa untuk menyusun semula pertubuhan pertubuhan mereka. Sungguhpun Persatuan Kebangsaan Melayu ternyata berkobar kobar diperangsangi oleh apa yang telah dibuat oleh Kaum Cina di waktu perayaan l0hb. October, 1945 itu tetapi mereka masih menunggu waktu yang agak sesuai untuk mengadakan kesyukuran. Akhirnya Jawatankuasa Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak telah memperkenalkan diri mereka dan menyatakan kegembiraan dan kesyukuran di atas kejayaan Pihak Bersekutu membebaskan Sarawak dari tindakan Jepun kepada Panglima Angkatan Bersenjata Australia, Brigedier T.C. Eastick pada Ilhb. November, 1945. Mereka telah mengadakan temasya Perlumbaan Perahu.

Lebih ketara lagi ialah, Persatuan itu telah menggunakan namanya dalam corak baru iaitu Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak atau The Malay National Union of Sarawak (MNU). Perhimpunan Dayak pada waktu itu berada dalam keadaan sedang disiasat oleb pihak Pentadbiran Tentera sebagai Persatuan yang dicurigai bersekutu dengan pihak musuh ataupun tidak.

Apakala berita penyerahan Negeri Sarawak telah di terima pada awal bulan Februari 1946, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak dan Perhimpun Dayak Sarawak telah mendapat dorongan semangat yang terkuat secara mengejut, keakhirannya mengubah langkah dari persatuan kebajikan kepada tahap kegiatan Parti Politik.


dipetik dari Buku Perjuangan Anti-Cession Sarawak oleh Hj Mohd Hasbie Bin Sulaiman.

SEGALA ANAK MELAYU, BUMIPUTERA

CHINA, INDIA DAN LAIN-LAIN

ADALAH RAKYAT MALAYSIA.



KITA SEDANG MUSNAHKAN

MASA DEPAN MEREKA

YANG SEDANG DIUSAHAKAN OLEH

GEROMBOLAN PAKATAN PEMBANGKANG

YANG CAUVINIST-RACIST


DS Najib!!

Kami Adalah Benteng MU

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...