Pengikut

Khamis, 22 September 2011

Belajar Menjadi Jujur..Adalah Satu Perjuangan


PRU 13 semakin hampir. Medan semakin panas dan pertempuran semakin sengit. 

Di sebalik semangat juang yang tinggi dan berbekalkan strategi yang betul, para pejuang juga hasruslah dilindungi daripada menjadi mangsa pihak yang tidak jujur.

Persada Alam Maya adalah Medan baru Perang Politik mutakhir. Pasti memerlukan tenaga, perancangan dan lojikstik yang rapi dan  konsisten dalam pelaksanaan. Kerana pertempuran di Alam Maya tidak bertepikan sempadan geografi negara ini sahaja.

Pihak yang mempunyai Iltizam yang tinggi lagi mantap akan memperoleh Tuah memenangi pertempuran ini. 

Kesannya amat besar. Lebih besar dari hanya nasib jutaan rakyat Malaysia,. Kesannya akan menerobos ke akar umbi sebuah bangsa kecil. Bangsa yang telah berjaya membina tamadun dan jatidiri untuk berdiri sama tinggi dengan negara bangsa yang lain.

Demikian, para pejuang di Persada Alam Maya harus diterajui oleh pejuang dan pemimpin yang bukan sahaja bersemangat, berilmu dan beragama, tetapi juga harus jujur.

Ketidakjujuran bukanlah satu sifat yang kekal. Boleh berubah. Boleh diubah. 

Para pejuang yang tulen sentiasa menerima dan melakukan perubahan selagi perubahan itu menjamin masa depan yang lebih baik.

Pejuang yang tidak jujur akan tewas sebelum turun ke medan tempur yang sebenar.

Kepada mana-mana pihak yang tidak jujur, kembalilah ke pangkal jalan. Betulkan semula kesilapan dan teruskan mara ke hadapan bersama-sama. Buangkan yang keruh, ambillah yang jernih. Memaafkan rakan pejuang yang menyeleweng lebih besar maknya dari memaafkan musuh yang menyerah diri. 



Laksamana turunkan  keluhan dari Blogger Papa Gomo berkaitan KEJUJURAN

Malam tadi Gomo meletuskan sekali terjahan ke atas pemimpin UMNO. Gomo bukanlah seorang Blogger yang suka menyerang kepimpinan UMNO ataupun kepimpinan BN yang ada. Kalau di hitung dari 2008 sampai sekarang ini yang seingat Gomo hanya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato Shaifuddin Abdullah dan Tun Faizal Exco Pemuda UMNO sahaja yang Gomo terjah dalam Blogg ini.

Gomo dan rakan blogger lain hanyalah Blogger yang terhasil dari kekalahan parah BN pada 2008 yang lalu. Kami terhasil di ats kesedaran kami sendiri dan bukan nya di ilhamkan oleh Unit Media Baru seperti yang di dakwa Tun Faizal Pengerusi UMB.

Sebelum kewujudan UMB lagi kami sudah berjuang menentang media pakatan pembangkang walaupun pada waktu itu para Blogger di sebelah Barisan Nasional amatlah sedikit dan jauh ketinggalan dari pelbagai aspek. Tapi itulah kami para Blogger yang hanya niatnya satu iaitu menghancurkan pakatan Pembangkang dan matlamat BN menang pada PRU 13.

Kami bukanlah pemimpin Politik sepertimana Tun Faizal yang berjawatan EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan juga merupakan Pegawai Khas kepada Menteri KDN Dato Seri Hisyamuddin. Kami masing masing mempunyai kerja sediri dan itulah kami Blogger jalanan.

Kami para Blogger tidak pandai main projek itu ini, jika di berikan kami projek pada kami sekalipun pasti akan gagal kerana matlamat kami adalah perjuangan di dalam media baru dan bukan keutamaan kami dalam meraih Projek yang ada di dalam kerajaan.

Jangan dipertikaikan mutu kerja kami kerana kami tidak mempunyai Tuan ataupun Boss sebaliknya kami adalah POLONG TAK BERTUAN yang tidak terikat dengan mana mana pemimpin. Mana pemimpin yang menghargai kami maka kami balas dengan keringat kami membantu kerajaan dan itu lah yang berlaku sejak kewujudan kami dalam arena media baru ini.

Cywar dalam perang media baru kami bukan nak mendabik dada tapi jujur kami katakan 90%hasil nya adalah datangnya dari kami sendiri yang mana kami berbincang diantara blogger dan melakukan sesuatu isu tampa arahan mana mana pihak.

Tun Faizal menjual ke serata pelusok menyatakan beliau lah yang memberikan tugas Cywar kepada jentera media baru sehinggakan ramai yang percaya kepada beliau. Al Maklum beliau Exco Pemuda dan Pengerusi Unit Media Baru jadi senanglah orang ditipu hidup hidup.

Dah lama para Blogger dijual bagaikan Pelacur oleh Tun Faizal ini sampaikan seorang demi seorang meninggalkan UMB. Dan untuk makluman hari ini hanya tinggal beberapa orang sahaja blogger dalam UMB pusat dan di antara mereka yang ada didalam itu pun adalah Blogger baru yang dipujuk rayu oleh Tun Faizal untuk menyertai UMB dibawah beliau.

Otai? Boleh lah Gomo katakan kami para blogger Otai sudah meninggalkan UMB dan kemuncaknya pada PRK Kerdau yang lalu. Sesiapa sahaja boleh tanya kepada blogger yang ada hari ini apakah mereka bernaung dibawah UMB? Siapa dan Blogger mana di bawah UMB?

PRN Sarawak telah memberikan kami satu tamparan yang cukup pedih apabila sekali lagi Tun Faizal melacurkan nama nama blogg kami bagi mendapatkan peruntukkan. Dan memang dijangka beliau berjaya mendapatkan peruntukkan memandangkan nama nama besar kami dalam Media Baru cukup dikenali oleh pemimpin dan dengan adanya nama kami maka Gugurlah peruntukkan buat PRN Sarawak.

Tetapi kami? Hanya Allah yang tahu apa yang kami perolehi dan hanya Allah sahaja yang tahu apa berlaku pada peruntukkan wang yang telah diberikan kepada Tun Faizal UMB. Gomo yang memang selalunya menjadi kepala gaduh dalam hal ini bertindak kehadapan dan bertanyakan kepada beberapa pemimpin dan terus terang Gomo katakan mereka yang Gomo temui MENGELING KEPALA dan MENEPUK DAHI bila mengetahui Tun Faizal sudah melacurkan nama kami sedangkan kami yang berjuang bagai nak Gila tidak memperolehi apa apa imbuhan.

Walaupun dengan keadaan sebegitu Gomo dan rakan blogger lain tetap meneruskan perjuangan di Sarawak tampa imbuhan yang sepatutnya Gomo dan rakan lain perolehi. Atas ehsan dari beberapa pemimpin, rakan rakan politik, pegawai menteri, timbalan menteri maka ada sedikit sebanyak keewangan buat kami dalam bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi.Penginapan pula sepanjang Gomo 15 hari di Sarawak 4 kali tukar hotel memandangkan ianya diberikan atas ehsan pihak tertentu.

Tun Faizal dengan peruntukkan yang ada dan kami blogger blogger tampa peruntukkan. Namun impak pada PRN Sarawak yang lalu didominasi kami Blogger tampa peruntukkan. Kami meletopkan beberapa isu yang mana UMB dibawah Tun Faizal pun tidak mampu melakukannya.

Bukan kami nak mendabik dada dengan apa yang kami lakukan tetapi kami nak jelaskan kepada semua pembaca terutama pemimpin UMNO bahawa UMB dibawah Tun Faizal tidak mempunyai kekuatan secara total. Jika ada pun blogger yang bernafas dibawah UMB yang mempunyai kekuatan adalah Dr Novandri, Pisau.Net dan Reformasin.

Artikel ini Gomo hanya ingin menjelaskan kepada pembaca mengenai kami para Blogger yang Tak Bertuan ini. Kami nak jelaskan kepada pemimpin BN bahawa kami bukan dibawah Unit Media Baru Tun Faizal. Bukan kami menolak UMB tetapi kami menolak Tun Faizal selaku pengerusi UMB.

Tun Faizal tidak layak diberikan peranan selaku Pengerusi UMB kerana beliau tidak mempunyai kepakaran dalam menyatupadukan para Blogger yang ada. Beliau juga bersikap Ego dan suka bermain politik lebih berbanding apa yang sepatutnya di lakukan dalam UMB.

Artikel ini sebagai pemanas badan kerana petang nanti barulah terjahan yang sebenar akan di lakukan ke atas Tun Faizal Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pegawai Khas kepada Dato Seri Hisyamuddin Menteri KDN. 

Kami Para Blogger Blogger Tidak Suka Pada Mereka Yang Mengambil KREDIT Di Atas Usaha Yang Kami Lakukan. Mohon Awas Dengan Penjual Cerita Seperti Tun Faizal Ini. 

Psssttt.....Asyik kena lacur je mana boleh jadi, Ptuih

Baca juga anaksufi bagi isu yang sama


Sabtu, 16 Julai 2011

PAS Semakin Desperate..dan Hilang Tumpuan


Semenjak Rakyat Malaysia berjaya menggagalkan ancaman rusuhan haram kali kedua minggu lepas, Nampaknya Parti Melayu PAS menjadi semakin susah hati, mengelabah dan sudah hilang tumpuan.


KUALA LUMPUR, 15 Julai: Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa Kerajaan Malaysia supaya bersikap profesional dalam menyantuni pelajar-pelajar yang bersama-sama menyokong rakyat Malaysia di Kuala Lumpur serta 25 bandar utama seluruh dunia yang berhimpun menuntut 8 tuntutan rakyat bagi pilihanraya yang bersih dan adil. (Sumber harakahdaily)

Keadaan ini akan bertambah sukar apabila  Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) di Kaherah telah memberi peringatan akan menarik balik pemberiabn zakat dan biasiswa daripada para pelajar berdegil untk berhimpun di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah Sabtu.

Pandangan Laksamana:

Para pelajar ini telah mencemarkan nama baik Malaysia kerana hampir seliuruh dunia Arab menghormati dan kagum dengan pencapaian negara kita.

Para pelajar ini menunjukkan contoh buruk dan tidak bersyukur kepada Allah dan berterimakasih kepada kerajaan yang berusaha keras membantu mereka meningkatkan ilmu pengetahuan hingg ke luar negara.

Pemberian zakat kepada para pelajar adalah berdasarkan asnaf dan hukum. Kebajikan ini hanya berlaku kerana Malaysia ditadbir oleh sebuah Kerajaan yang dipilih oleh Rakyat. Mandat ini ditunaikan dengan penuh tanggungjawab tanpa dipengaruhi oleh sentimen politik.  

Bagaimanapun Gerombolan Pakatan Pembangkang, terutamanya Paerti Melayu PAS sentiasa berusaha menghasut pemikiran pelajar di luar negara ke arah membenci kerajaan tanpa alasan yang wajar. PAS begitu berminat menjadikan para pelajar kita golongan parasit yang memalukan. 

PAS berharap para pelajar yang berjaya dihasut ini akan kembali ke tanahair dan menjadi kaldai politik mereka.

Nampaknya setelah Rakyat Malaysia berjaya menggagalkan perhimpunan para penghasut haram mingggu lepas, PAS semakin susah hati kerana jelas telah ditolak. Bukan sahaja oleh Kuasa Rakyat tetapi juga oleh ahli-ahli dan penyokongnya sendiri.

China DAP akan mencari fatwa baru untuk memberi panduan kepada perjuangan Parti Melayu PAS yang kini nampaknya sudah begitu tegar menganut fahaman Khawarij-Komunis



Isnin, 11 Julai 2011

Johan Jaafar...Jangan Biarkan Rakyat Anggap TV3 Tidak Jujur!


Majoriti Rakyat sayang pada TV3, pada Datuk Johan Jaafar, pada Wardina, pada segala usaha yang dilakukan oleh Media Prima.

Dalam masa yang sama Rakyat juga sayang pada agama, bangsa dan tanahair.

Apa salahnya Datuk Johan Jaafar dan TV3 terus berusaha meyakinkan rakyat bahawa sebenarnya tidak wujud unsur-unsur tidak jujur dalam operasi Media Prima dan TV3.

Rakyat yakin Datuk Johan Jaafar mampu melakukannya dan isu Wardina Saffiyyah bukanlah isu yang besar untuk diselesaikan dengan bijaksana.

Berilah keyakian pada kami para blogger kerana kami sangat rapat dengan rakyat. Kami sentiasa bersama dengan Orang Nombor 1 Negara uuntuk mendengar denyut nadi dan gelora sanubari rakyat.

Kami akan terus laporkan yang benar kerana hanya kebenaran sahaja yang menyebabkan rakyat terus mendokong Kerajaan.

Personaliti televisyen popular Wardina Safiyyah berkata beliau setakat ini masih belum mengetahui status kontraknya dengan stesen TV3 berhubung isu melibatkan kehadirannya di satu program anjuran PKR pada 26 Jun lalu.

"Saya masih belum bercakap lagi dengan mereka berhubung perkara itu," kata pengacara bagi program Malaysia Hari Ini (MHI) itu ketika dihubungi Malaysiakini.

...Dalam satu sidang media pagi ini, Wardina dilaporkan berkata beliau tidak mengatahui bahawa program Karnival Mesra Rakyat di Petaling Jaya itu adalah anjuran PKR.

Laksamana berharap Wardina Saffiyyah jujurlah dalam hal ini. Rezeki yang Allah turunkan hendaklah disyukuri. Jangan khianati kepercayaan TV3 kerana TV3 adalah hak rakyat.

Wardina...jujurlah pada pihak yang tidak patut anda dikhianati. Mudah-mudahan tidak begitu.
Jangan berdolak-dalik dan jangan jadikan keadaan bertambah rumit.

Orang Nombor 1 pasti tidak suka hal ini. Ingat! tugas kita adalah membantu, bukan mengambil peluang sehingga TV3 dituduh oleh rakyat sebagai tidak jujur menjalankan amanah yang diberikan.

Ulasan



Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...
TV 3 Media Prima jangan jadi sarang kpd specis2 yang berniat tidak jujur......
11 Julai 2011 12:57 PM
Padam
Tanpa Nama ANAK SUFI berkata...
LAKSAMANA.. IMEJ TV3 TELAH BERJAYA DIBURUKKAN OLEH PEMBANGKANG DENGAN PELBAGAI TOHMAHAN DAN KEJIAN. MEREKA SEOLAH HILANG KEPERCAYAAN LANGSUNG PADA TV3. PERSEPSI MEREKA TERHADAP TV3 BERJAYA DIMANIPULASIKAN OLEH PEMBANGKANG. MENGAPA IA JADI BEGITU DATUK JOHAN? ANAK SUFI MELIHAT BAHAWA SEBENARNYA ADA DI KALANGAN ORANG TV3 SENDIRI YANG MENJADIKAN IMEJ TV3 TERCALAR. DATUK JOHAN PERLU MENJALANKAN SIASATAN PERILAKU INDIVIDU SEBEGINI. JANGAN KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA. TV3 MEMPUNYAI JASA YANG SANGAT BESAR DALAM PERKEMBANGAN ISLAM DI NEGARA INI. TV3 ADALAH WADAH SIMBOL PERPADUAN KAUM DI NEGARA KITA. DATUK JOHAN TELAH MENERAJUI TV3 DENGAN BEGITU CEMERLANG SEKALI. TV3 JUGA MENJADI SALURAN PENYAMPAIAN MAKLUMAT YANG BERKESAN DALAM MEMBENTUK PERILAKU RAKYAT NEGARA INI. TV3 BERTANGGUNGJAWAB MENERAPKAN RASA CINTA PADA NEGARA DAN AGAMA DALAM JIWA RAKYAT MALAYSIA. KEPADA SEMUA YANG BEKERJA DENGAN TV3, JUJURLAH PADA MAJIKAN ANDA. JANGAN KHIANATI MEREKA YANG TELAH BERBUDI PADA ANDA. SETIAP PENGORBANAN ADA NILAINYA BUKAN HANYA SEKADAR RETORIK SEMATA. SESUNGGUHNYA SETIAP PENIPUAN DAN KETIDAKJUJURAN ITU AKAN TERBUKA JUGA AKHIRNYA.
11 Julai 2011 1:50 PM
Padam
Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...
adui pening loya rasa nak muntah la... kat mana nak muntah ni... uwerrrkkkk... ah..di sini sesuai jadi tempat muntah... hai semua... mari la..di sini tempat sesuai utk nko org semua muntah dan berak kentut sikit....tuuuuttttt...
11 Julai 2011 3:16 PM
Padam
Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...
SAYA BEGITU TIDAK FAHAM LANGSUNG DENGAN SESETENGAH HAMBA ALLAH YANG MENYALAHKAN TV3 ATAU WARDINA DALAM HAL INI.SESUNGGUHNYA TV3 TIDAK BERSALAH MAUPUN WARDINA SENDIRI RASANYA.TV3 IALAH SEBUAH STESEN RAKYAT YANG TELAH BANYAK BERJASA SEJAK SEKIAN LAMANYA..WARDINA SEORANG CELEBRITI YANG DIBAYAR DENGAN MENGHOSKAN RANCANGAN DI TV3.SEMEMANGNYA WARDINA TELAH MENAFIKAN SEKERAS2NYA BELIAU MEMIHAK KEPADA PEMBANGKANG DAN BERAZAM MENYAMAN PIHAK2 YANG MEMFITNAHNYA.PERKARA2 SEBEGINI TIDAK SEHARUSNYA TERJADI SAMA SEKALI.INDIVIDU DI MALAYSIA SEMUA MEMPUNYAI HAK MASING2.JANGAN SERING MENYALAHKAN SESEORANG INDIVIDU ATAU SESIAPA JUA SEKIRANYA KITA RASA MEREKA TIDAK DAPAT MEMUASKAN HATI KITA.STESEN2 TV ATAU SESIAPA JUA JIKA KITA RASA TIDAK MEMIHAK KEPADA KEINGINAN KITA,JANGANLAH JADIKAN IANYA SATU ISU BESAR LALU MENJATUHKAN MARUAH INDUIVIDU ATAU SYARIKAT PENYIARAN TERSEBUT.MASING2 PUNYA HAK.ADAKAH INI SATU CARA KEBEBASAN BERPOLITIK DI NAGARA INI? JIKA BENAR WARDINA MEMIHAK KEPADA PARTI PEMBANGKANG,BIARKANLAH,SELAGI BELIAU TIDAK MENYALAHI UNDANG2.TAPI SAYA PERCAYA BELIAU BERKATA BENAR.SEBAI RAKYAT MALAYSIA SEJATI ..PLEASE BE RATIONAL..
11 Julai 2011 3:21 PM
Padam
Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...
Adakah Ustaz Zamri TV9 akan menerima nasib yang sama macam wardina ?
11 Julai 2011 5:12 PM
Padam
Tanpa Nama Anti Berak Merata berkata...
Salam Tuan Tanpa Nama 3:16pm. Muntah, berak dan kentutlah puas-puas. Mohon baunya janganlah mengganggu. Sebab ramai orang lalu lalang nanti sukar utk Tuan bersihkan. Walaupun fizikal kotoran itu boleh disorok, dikambus..tapu baunya agak sukar untuk diuruskan.
11 Julai 2011 7:17 PM
Padam


Isnin, 4 Julai 2011

China DAP Berhasrat jadi Tuan Di Negara Kita



1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.
2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.
3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.
4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.
5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.
6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.
7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.
8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.
9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.
10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.
11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.
12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.
13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.
14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.
15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.
16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.
17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan.
18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.
19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.
21. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.
22. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.
23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.
24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.
25. Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.
26. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di mana-mana sahaja.
27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.
28. Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.
29. Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.
30. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.
31. Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.
32. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.
33. Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.
34. Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.
35. Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.
36. Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.
37. Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.
38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.
39. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.
40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini.
41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.
42. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.
43. Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini.

- Tun Dr Mahathir

Kubur kaum China


Rumah bangsa Melayu


Melayu telah serahkan Pulau Temasik kepada China PAP, telah serahkan Pulau Pinang kepada China DAP...perlu serah Malaysia pula baru puas hati?

Sabtu, 2 Julai 2011

Sebagai rakyat Malaysia kita secara majoriti telah menunaikan tanggungjawab yang cemerlang. Selama lebih 50 tahun kita berjaya menubuhkan Kerajaan Pilihan Rakyat dengan menggunapakai sistem demokrasi dan proses pilihanraya yang ada sekarang ini.

Semua pihak menikmati hak masing-masing untuk menawarkan diri dipilih sebagai wakil masyarakat. Pemilih pula mendapat hak dan kebebasan memilih siapa yang mereka suka. 

Begitulah, sehingga ada pihak yang diberi mandat dan berkuasa memerintah secara berterusan, dan ada pula pihak yang berjaya merampas kuasa di beberapa negeri yang dahulunya dikuasai oleh parti yang memerintah.

Walapun kita semua sedia maklum bahawa pihak kerajaan yang dberi mandat oleh rakyat, telah memerintah dan sentiasa berusaha mengambil tindakan ke arah membaiki pelbagai sistem yang ada. Kita juga sangat gembira jika ada pihak bukan kerajaan yang juga berusaha untuk membantu membaiki mana-mana sistem.

Misalnya sekarang ini pihak Ambiga kelihatan sangat bernafsu menuduh SPR tidak BERSIH dan berusaha dengan gigih menganjurkan himpunan haram untuk menjadikan SPR bersih.

Oleh iotu ramai rakyat yang ingin mengenali siapakah Ambiga dan mengapa dia bersungguh-sungguh menuduh SPR tidak Bersih.

Baca seterusnya (dipetik dari blog rakan Angin Perubahan

Ambiga Sreenevasan, ketua demonstrasi BERSIH 2 yang dijadualkan pakatan pembangkang pada 9 Julai 2011 adalah pendokong utama fahaman pluralisme di Malaysia. Ambiga turut melobi hingga ke PBB dan berharap menjadi pelapor ataupun pemantau bagi pihak PBB di Malaysia mengenai pluralisme. Ambiga jadi ketua BERSIH 2 namun yang buat demonstrasi di jalan-jalan adalah ahli-ahli PAS. Siapa perkudakan siapa ini?



Ambiga menerima anugerah "Women of Courage" pada 12 Mac 2009. Bersama-sama Ambiga menerima anugerah yang sama adalah Dr Musdah Mulia dari Indonesia. Siapa Dr Musdah? Tidak menghairankan mengapa Ambiga menyokong pluralisme kerana ada seorang lagi penyokong pluralisme di Malaysia yang juga sefahaman dengan Ambiga dan Dr Musdah (baca sini).

Dalam satu forum anjuran DAP pada Jun 2007, Ambiga mempertikaikan perlaksanaan hukum syariah dalam artikel 121 (1A) berkaitan dengan kes Lina Joy (baca sini). Apakah Ambiga yang menyokong kebebasan beragama yang dimahukan oleh Lina Joy ini dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?

Ambiga yang merupakan bekas Presiden Bar Council adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut perlaksanaan Interfaith Commission (IFC) pada 21 Ogos 2001. Bar Council telah menerima memorandum untuk menuntut perlaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Apakah ahli-ahli PAS yang hendak berdemonstrasi masih lagi menganggap penubuhan IFC itu satu yang BERSIH bagi mereka? Mengapa tidak membuat demonstrasi untuk menuntut pembatalan memorandum tersebut di hadapan pejabat Bar Council?


Bar Council pernah menganjurkan demonstrasi di Sogo 9 Disember 2007 di Sogo. Kelihatan adalah Sivarasa Rasiah dan Lateefah Koya, kedua-duanya berjawatan dalam PKR dan merupakan ahli Bar Council. Sewajarnya, ROS mengkaji semula pendaftaran Bar Council, mereka bukan lagi bertindak sebagai pertubuhan perundangan tetapi pertubuhan yang dipergunakan oleh PKR dan menyalahi undang-undang yang sepatutnya mereka luhurkan bersama.

Bar Council pimpinan Ambiga juga menjadi dalang risalah perlembagaanku yang mahu menyisihkan hak orang Melayu dan menafikan Islam sebagai agama persekutuan (baca sini). Ambiga turut mengadakan forum memeluk islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka artikel 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Bar Council yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut (baca sini). Ambiga ini layak dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?


19 comments:



Anonymous said...
ap kene mgena ngn pluralism.assembly ni cuma mahukan fair election.tiada kn mngena dgn opponent
Anonymous said...
apa kena mengena lak...?xfhm lagi ke...ambiga ini dulu yang duk sibuk mempertahankan kemurtadan LINA JOY...aduhai bangsaku...dia ini selalu pertahankan hak asasi ikut logik akal dia (tanpa berpandukan ajaran ISLAM)..orang islam marah kat dia...sekarang pun masih marah kat dia kecuali orang2 ISLAM hingusan yg yg tak tau sapa sebenar ni AMBIGA laknatullah ini.. ALLAHUAKBAR!!! ...YA ALLAH selamatkan bangsa seagamaku dari berpecah belah...
RajaZafri said...
hurmm..... wahai anonymous! apa SPR tidak adil ke selama ni..??knpa nak mmpertikaikan SPR..?? adakah kemenangn pembangkang pada PRU ke 12 itu disebabkan ketidakadilan SPR...????????
Tengku Kelana said...
Nak pilihanraya adil? Tak adil ke bila mana menang 5 negeri? Nak pertikai undi POS utk apa? Undi POS mewakili tak lebih dr 5% pun undi di Malaysia ini? Takkan dgn 5% kerajaan skg boleh menang besar? Agenda lain yg sbnr tak lain dan tak bukan hanya utk mendapatkan perhatian dunia luar agar mencampuri urusan dlm negara kita jika dilihat adanya huru-hara dan satu misi yg digelar misi pengaman akan dihantar....ada ke rakyat negara ini yg mati kebuluran sbb kerajaan skg ni zalim? malahan yg mati sbb terlebih makan adalah sbb kemakmuran negara skg ini....utk semua pembaca disini....jauhi, hindari dan haramkahlah perhimpunan 9 julai ini nanti...kalau setakat nak htr memorandum tu, mintak la penyokong2 tu tandatangan dan htr la beberapa wakil gi jumpa YDP Agung tu....berhimpunlah di stadium...bukan dijalan2raya...menyusahkan warga lain nak cr makan dan membawa kerosakkan pd harta awam saja....
Anonymous said...
takkan dgn 5%? takkan? hahahaha tengku kelana banyakkan membaca. jgn bodoh sombong.
Anonymous said...
Sokong dgn Tengku Kelana.."Korang ni menyusahkan Negara..korang tau x ANONYMOUS...
Anonymous said...
Korang ni asyik menyusahkan negara jer..ape dahh..
Anonymous said...
Korang ni asyik menyusahkan negara jer..ape dahh..
Anonymous said...
haii anonymous.... x sedar2 lagi ke ade org yang nak wujudkan huru hara...syukurlah sekarang ni kite hidup dalam negara yang aman damai...x der kekacauan. kenape mesti nak wujudkan huru hara mcam nie...fikirlah sebijak-bijaknya. sayangila negara yang dah bertahun-tahun kita duduk, jgn cemari dengan agenda-agenda yang akhirnya akan memusnahkan negara yang kita cintai ini.....
Anonymous said...
melayu yang join bersih adalah melayu yg bodoh..diperalat kaum-kaum lain.baca dan fahamkan perlembagaan malaysia..lepas tu fikirkan sebaliknya jika malaysia for malaysian..ko org2 melayu yg join bersih akan duk bwh jambatan..ditindas dinegara sendiri.contoh terdekat negara jiran..cuba cari org melayu negara jiran..tanya diorg kalu diberi peluang nak duk malaysia or negara yg diorg duduk skang..
Anonymous said...
betul le. org melayu yg join bersih mmg bahlol. lg 1 ambiga 2 kafir harbi. pertahankan org murtad mcm lina joy 2. tp ada jgk org islam yg nak ikut ambiga keparat 2. ingat kafir harbi ialah kafir yg kita kena tentang. minta saudara2 yg menyokong ambiga supaya mengucap byk2. jgn sebab politik yg dah memenangkan pakatan dgn 5 buah negeri, x termasuk pertambahan kerusi di pilihanraya negeri sarawak sampai lupa yg awk 2 beragama islam, masih rasa x bersih, bangang sgt le 2. masalah nye bukan SPR tp ketua2 pakatan ni. selagi x dpt g putrajaya, selagi 2 le x puas hati. dah le munafik janji pada 16 september dulu. tp org islam dlm pakatan bukan nye peduli dgn pelakon paling hebat di dunia 2
Anonymous said...
korang yg xtau pape pasal bersih ni baik diam jela..buat malu je..korang tau x matlamat bersih nie ape sebenarnya..just to get a fair election..xkan tu pun takot
Anonymous said...
To all dirty politicians regardless your political standing, please walk-off for good...dah nak masuk lubang kubur pun masih nak tegakkan benang yang basah demi kepentingan diri sendiri untuk 'survive' dalam politik....we want some fresh air not your dirty-minded political game!!! Sedarlah...Rakyat WAJIB didahulukan mengatasi kepentingan peribadi dan kroni-kroni. Yang juak-juak di bawah pulak jangan asyik nak melalak mempertahankan sesuatu yang diri sendiri kurang pasti....BOSANLAH!! -akurakyatbiasa-
Anonymous said...
Orang yang mengganggu agamaku adalah musuhku.... wahai orang Islam, fahamlah jangan sesekali bersekongkol dengan orang yang menentang pelaksanaan Islam kerana kamu akan tergolong sama dalam orang yang sesat!! Ambiga confirm dah sesat...
Anonymous said...
pikirla dulu seblum korang cakap..orang nak selamatkan undang2,sokongla dia...jng pikir cam katak bawa tempurung
Anonymous said...
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu dan orang-orang kafir musyrik itu: Menjadi penolong-penolong dan bertakwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman. Al Maidah 57
ijat said...
Korang nak buat perhimpunan haram ke ape ke, buat la... tapi kalau buat kat dalam stadium ke hutan ke bole tak? menyusahkan orang ramai buat hapa?
Anonymous said...
hmm kalo ada bangsa MELAYU yg join perhimpunan bersih ni mmg BODOH la...sokong la bangsa lain utk menghancurkan bangsa sendiri....DOH
Anonymous said...
"To all dirty politicians REGARDLESS your POLITICAL STANDING, please walk-off for good" LMFAO why u didn't say u hate UMNO people... all politician are dirty...if u said UMNO dirty PAKATAN just waiting to be dirty as well. -sid-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...