Pengikut

Sabtu, 5 Mac 2011

Rakyat Mahu Kemudahan, Tapi Apasal Ada Orang Marah Kerajaan Bina Jalan?

...jalanraya dibina untuk kemudahan semua...

Kerajaan secara berterusan menunaikan amanah kerana telah diberikan oleh rakyat. Membina jalanraya adalah salah satu  kemudahan asas yang menjadi tanggungjawab kerajaan.

Semasa berlaku pilihanraya kecil di negara ini, hampir kesemuanya diambil peluang oleh kerajaan untuk menyegerakan pembinaan jalan dan kemudahan asas yang lain. Di samping memberi bantuan dan peruntukan tambahan yang disempurnakan sebelum mengundi atau selepas tamat pilihanraya tersebut. 

Itulah di antara caranya Kerajaan menyatakan terima kasih dan membalas kebijaksanaan rakyat memilih kerajaan yang bertanggungjawab. 

Hal ini nampaknya tidak menyenangkan pihak Gerombolan Pakatan Pembangkang. Malah ada yang meminta Suruhanjaya Pilihanraya mengambil tindakan supaya memberhentikan projek-projek pembangunan untuk rakyat tersebut.

...Dr Mariah yang turun membantu jentera kempen Pas di Kerdau amat kecewa melihat projek-projek pembangunan yang dilakukan oleh pihak kerajaan di kawasan itu. Beliau terus  menggesa SPR mengambil tindakan segera terhadap kerajaan Barisan Nasional yang didakwanya merasuah pengundi dengan projek-projek “mee segera” bagi memenangi PRK Kerdau ini.

Kenyataan dari petikan di atas membuktikan tahap pemikiran Dr. Mariah dan pemimpin Pas yang lain hampir sama. Terlalu rendah, mengelirukan dan tidak profesional. Mereka sering terjerat dengan pandangan yang emosional sehingga lupa pada peranan dan tanggungjawab sesebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Mereka selalu lupa bahawa kerajaan berhak melaksanakan tanggungjawab dan rakyat berhak menerima bermacam-macam bentuk projek, bantuan dan kebajikan daripada kerajaan yang mereka pilih.

...Pas merasuah pengundi sepanjang masa

Soal bila projek tersebut dilaksanakan, terpulanglah kepada kebijaksanaan kerajaan.

Adalah tidak bijak, semasa pilihanraya kecil, kerajaan cuma bertemu rakyat hanya dengan mengadakan ceramah, ceramah dan ceramah. Tentulah kerajaan akan menggunakan peluang ini menyegerakan segala bentuk projek, bantuan dan sumbangan untuk dinikmati terus oleh rakyat yang menjadi pengundi bagi sesuatu kawasan.

Jalanraya dan kemudahan lain yang dibina dan disediaakan oleh kerajaan tidak semestinya  memberi manfaat hanya kepada pengundi kerajaan sahaja. Semua golongan rakyat menikmatinya termasuklah kanak-kanak dan warganegara bawah umur yang belum layak mengundi serta penyokong pembangkang.


Dr Mariah dan pemain politik pembangkang kelihatan amat takut dengan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk rakyat. Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku sekiranya Pas yakin pada keupayaan partinya.  

Pas tidak perlu menghalang rakyat daripada menerima projek pembangunan untuk mereka yang dilaksanakan oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Pas juga tidak perlu menghalang kerajaan melaksanakan tanggungjawanya semata-mata takut tidak mendapat undi. 

Pas ternyata silap jika beranggapan pihak kerajaan akan mendapat credit dari pelaksanaan projek-projek tersebut. Semua negeri di Kelantan, kedah, Pualau Pinang, Selangor, Perak dan Terengganu pernah jatuh ke tangan pembangkang walaupun kerajaan melaksanakan pelbagai projek pembangunan, menyediakan kemudahan, keperluan untuk rakyat hinggalah ke hari ini.

Sebenarnya banyak faktor lain yang menentukan rakyat membuat keputusan untuk memberikan undi mereka. Inilah yang dikatakan proses demokrasi di mana pihak kerajaan mempunyai hak melaksanakan pembangunan untuk rakyat dan pemain politik pembangkang mempunyai hak untuk membangkang.

Dr Mariah dan pemain politik pembangkang yang lain berhak melabelkan projek kerajaan yang dilaksanakan semasa PRK sebagai projek "mee segera" dan kerajaan juga berhak memberitahu rakyat janji-janji pembangkang hanyalah sebagai "retorik gendang tin kosong".

Mee segera jauh lebih baik kerana dapat dinikmati oleh semua rakyat dengan cepat berbanding retorik gendang tin kosong yang kabur dan sangat bising. 

Hakikatnya, seluruh rakyat mahukan pembangunan dan kemudahan untuk meneruskan kesejahteraan hidup meraka, bukan bunyi bising dari retorik gendang tin kosong pembangkang.

Persoalan yang perlu Dr Mariah fikirkan, mampukah Pas mengajak rakyat membenci kerajaan berjasa kepada rakyat yang telah mereka pilih selama ini. Dan mampukah Dr Mariah mengajak rakyat terus berhibur dengan paluan gendang retorik tin kosong yang tidak memberi apa-apa faedah kepada rakyat.

Atau, ajaklah rakyat supaya jangan menerima pembangunan kerana tidak diperlukan sangat, seperti yang ditafsir oleh ulamak baru Pas ini:


Atau huraian dan tafsiran luar biasa ustazah baru ini:


Tak payahlah Parti Melayu Pas mengajak Rakyat membuat pilihan yang salah 
kerana undi rakyat adalah sebahagian daripada perjuangan 
dan ibadah dalam Islam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...