Pengikut

Rabu, 2 Mac 2011

Cubaan Menghalang Penyokong Pas Berjihad...Adalah usaha Yang Mustahil


Pas semakin takut akan terus dibenci oleh rakyat. Mereka mula memberi nasihat supaya penyokong dan aktivist parti Melayu itu supaya jangan menaburkan fitnah.

Ingatan diberikan dengan mengaitkan penyebaran fitnah adalah dilarang oleh agama Islam, bertentangan dengan nilai murni sejagat dan amalan demokrasi.

Sumber maksud petikan: harakahdaily

Di dalam taklimat ringkas Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad kepada blogger-blogger Pakatan Haram di Merlimau, beliau telah meminta mereka agar jangan memainkan isu peribadi dan menaburkan fitnah. 

Belumpun selesai Ustaz Politik Idris Ahmad, memberi ingatan, puak-puak Pas telahpun mengedarkan risalah fitnah yang bertujuan meningkatkan sentimen perkauman. Sebeklum ini mereka sudahpun melakukannya di PRK Tenang.

...contoh bahan Jihad Fisabilillah Pas di Tenang...

Sebenarnya ustaz Idris Ahmad melakukan sesuatu yang sia-sia. Memberi nasihat kepada penyokong Pas supaya berkempen mengikut etika pilihanraya adalah mustahil.

Melarang Pas membuat fitnah dan menyerang peribadi samalah dengan melarang Pas berjihad. 

Idris Ahmad lupa bahawasanya tujuan Pas ditubuhkan semenjak dari dulu lagi hingga sekarang, adalah untuk berjihad. Sejarah telah merakamkan cara berjihad yang diamalkan oleh Parti Pas adalah dengan cara menaburkan fitnah, menanam benih kebencian, menyuburkan perpecahan umat dan memperalatkaa agama Islam sewenang-wenangnya.

Apabila dikenakan larangan, akan membawa bermaksud menghalang gerakan jiahd. Tanpa fitnah, menyuburkan kebencian dan memecahbelahkan umat Islam, Pas tidak mampu hadir di pentas politik negara ini. 

Nyawa Pas hanya bergantung kepada fitnah, pemainan emosi kebencian dan retorik keagamaan yang dihiasi dengan petikan nas al-Quran dan hadith. Memutarbelitkan sirah Rasulullah yang disamakan dengan kegagalan atau kemungkaran yang mereka lakukan.

Cubaan menghalang penyokong Pas menyebar fitnah adalah mustahil mendapat kejayaan kerana menyebarkan fitnah adalah sebahagian dari rukun jihad Pas.   

Jangan Lupa!

Pas adalah parti politik seperti DAP
Nik Aziz ahli ahli politik seperti Lim Kit Siang
Kedua-duanya ingin melihat umat Islam berpecahbelah.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...