Pengikut

Isnin, 21 Mac 2011

Konspirasi Dalam Parti Melayu Pas: Ustaz Politik Haji Hadi Sindir Ustaz Politik Haji Nik Aziz

dua ustaz politik berpelukan..

Ustaz hadi Awang adalah Presiden Parti Melayu Pas. Tetapi Mursyidul Am kadangkala lebih berkuasa.

Hal ini tidaklah menghairankan kerana organisasi parti Pas sememangnya tidak mantap dan dipimpin pula oleh ustaz-ustaz yang bermentaliti rendah, tidak luas pengetahuan serta lebih cenderung berfantasi dari memahami hakikat realiti semasa.

Akibatnya parti ini akhirnya menyerlahkan sifat-sifat khawarij dalam pergerakan Islam. Semua ciri-ciri khawarij dimiliki oleh parti Pas jika ditelusuri tindakan-tindakan dan ucapan-ucapan pemimpin mereka.

Sejak akhir-akhir ini, pemimpin muda dalam Pas tidak menyenangi tingkahlaku ustaz Nik Aziz dalam banyak hal. Bagaimanapun mereka terpaksa percaya rakyat Kelantan menganggap hanya ustaz Nik Aziz sahajalah  pemimpin yang diterima di negeri yang mundur itu.

Dengan demikian, mereka terpaksa mengekalkan ustaz Nik Aziz sebagai umpan utama mengekalkan sokongan daripada kalangan ahli-ahli dan pengikut yang jumud.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, Pas terpaksa meneruma kekalahan demi kekalahan dalam PRK di seluruh negara. Setelah kajian dibuat, didapati antara faktor penolakan orang ramai terhadap Parti Melayu Pas adalah disebabkan parti itu masih mengekalkan ustaz-ustaz berfikiran lapuk seperti Nik Aziz. 

Penolakan bukan sahaja berlaku di peti undi PRK tetapi juga sedang berlaku di dalam negeri Kelantan sendiri.  Semuanya kerana ustaz Nik Aziz sering mengeluarkan kata-kata mengikut nafsu dan akalnya sahaja. Kata-katanya bukan sahaja membelakangkan ajaran Islam malah menampakkan sifat-sifat khawarij yang jelas dan merugikan parti.

Maka Presiden Parti terpaksa mengambil tanggungjawab mengatasi masalah ini supaya tidak berterusan yang akan menyebakan parti akan terus berkubur. 

Kini peluang keemasan sudah tiba. Pilihanraya Negeri Sarawak digunakan oleh Ustaz Politik Haji Hadi untuk memberi tekanan dan sindiran yang tepat kepada Ustaz Politik Haji Nik Aziz.

Sumber petikan: harakahdaily.

KUALA LUMPUR, 20 Mac: PAS mengajak seluruh rakyat Sarawak melakukan perubahan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak pada kali ini.

Seterusnya beliau secara jelas, telus dan ikhlas telah menyindir Ustaz Politik Haji Nik Aziz:

“Cukuplah kita melihat keengganan Ketua Menteri yang ada sekarang ini untuk berundur dari jawatannya dengan alasan ketiadaan pimpinan yang mampu dan selayaknya bagi menggantikan diri beliau sebagai suatu petaka besar kepada rakyat Sarawak,” katanya.

Ayat yang dilafazkan oleh Hadi Awang sangat bertepatan dengan kedudukan Nik Aziz yang semakin dibenci oleh Ahli-ahli dan penyokong parti Pas sendiri. Maka lebih tepat jika ayat itu berbunyi:

"Cukuplah kita melihat keengganan Menteri Besar yang ada sekarang ini untuk berundur dari jawatannya dengan alasan ketiadaan pimpinan yang mampu dan selayaknya bagi menggantikan diri beliau sebagai suatu petaka besar kepada rakyat Kelantan dan Pas secara umumnya,”



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...