MELAYU ITU PENDEKAR
Sejarah lampau membuktikan bangsa Melayu itu kuat. Kekuatan Melayu itu wujud kerana asalnya mereka adalah bangsa Pendekar. Sejarah juga mencatatkan jati diri Melayu itu telah mengalami zaman perubahan dengan pelbagai sistem kepercayaan. Tetapi teras Melayu itu tetap merupakan bangsa Pendekar. Akhirnya kedatangan Islam menjadikan Melayu itu beriman kepada Allah dan menyesuaikan diri dengan sistem kepercayaan baru. Bagaimanapun tunjang jati diri Melayu itu tetap kukuh kerana ia terbina dari unsur-unsur kebijaksanaan, keberanian, keinginan tinggi, kesetiaan dan maruah. Kini aset paling penting dalam kombinasi ini adalah aqidah. Unsur-unsur inilah yang menjadikan Melayu itu bangsa Pendekar.
BUKTINYA:
Kerana jiwa Pendekar yang bijaksana inilah, bangsa Melayu mampu memartabatkan agama Islam dalam Perlembagaan Negara.
Kerana jiwa Pendekar yang berani inilah, bangsa Melayu mampu menurunkan Union Jack untuk diganti dengan panji-panji nusa pertiwi.
Kerana jiwa Pendekar yang berkeinginan tinggi inilah, bangsa Melayu mampu mendirikan Putrajaya diatas runtuhan Kota Melaka setelah dihina penjajah ratusan tahun.
Kerana jiwa Pendekar yang bersifat setiakawan inilah, bangsa Melayu mampu menerima dan hidup bersama kaum pendatang asing di bumi ini.
Kerana jiwa Pendekar yang dipandu oleh aqidah Islamiah inilah, bangsa Melayu mampu menguruskan kerajaan dan kuasa politik untuk mensejahterakan ummah dan rakyat jelata seiring dengan mengangkat maruah negara di pentas global.
Begitulah sifat-sifat bangsa melayu yang BIJAKSANA, BERANI, BERKEINGINAN TINGGI, SETIAKAWAN, BERMARUAH dan BERAQIDAH.
PERSOALANNYA SEKARANG:
Masih wujudkan jiwa Pendekar ini di kalangan bangsa Melayu?
Masih Pendekarkah Pemimpin dan ahli Politik kita?
Masih Pendekarkah Ketua Kerajaan dan Penjawat Awam kita?
Masih Pendekarkah Pegawai-Pegawai kita?
Masih Pendekarkah guru dan pendidik kita?
Masih Pendekarkah alim ulamak kita?
Masih Pendekarkah anak-anak muda kita?
---bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan