Pengikut

Ahad, 30 Januari 2011

Mengundilah Dengan Tenang, Walaupun Pas Langgar Peraturan Pilihanraya (SPR)


Pengundi jangan keliru. Parti yang sah bertanding adalah Barisan Nasionnal (BN) dan Pas sahaja.

Pilihlah BN lambangnya dacing di atas latar biru. Pas lambangnya bulatan putih di atas latar hijau.

Sepanjang masa berkempen BN banyak menggantung bendera dan lambang parti. Begitu juga Pas. Tetapi Parti PKR dan DAP tidak ada hak berbuat demikian. 

DAP dan PKR tahu Peraturan Pilihanraya SPR. Tetapi mereka sengaja langgar sebab nak tunjuk kepada pengundi bahawa Pakatan Pembangkang tidak suka menghormati undang dan Perlembagaan Negara.

Pengundi tentu inginkan Wakil Rakyat yang bertanggungjawab dan menghormati undang-undang. Sebab Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen adalah Penggubal Undang-Undang. Kalau mereka menggubal undang-undang dan mereka sendiri yang langgar, tentulah pengundi tak suka.

Bawalah kad pengenalan dan tandakan "pangkah" di ruangan petak Barisan Nasional (BN). Biarkan kosong di petak Pakatan Haram yang belum berdaftar itu.

Selamat mengundi dengan penuh rasa tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.  


Mengundi untuk masa depan bermakna mengundi 


UMNO-BN 
yang lambangnya 
DACING. 


  

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...