Harta rakyat dirompak berterusan
....rakyat dibiarkan menderita setiap hari
Gerakan Gelombang Menolak Pas sedang rancak bergema di Kelantan akibat rakyat memendam rasa selama 20 tahun disia-siakan setelah diberi mandat.
Sentimen perkauman yang disemarakkan oleh DAP dan kebolehan PAS memanipulasi agama Islam sebagai alat politik, Gerombolan Pakatan Pembangkang itu semakin dibenci oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohmad Sabu berkata, melahirkan kebimbangan terhadap penerimaan seluruh rakyat terhadap UMNO-BN yang semakin ketara dan peluang Pas untuk mengekalkan kuasa di Kelantan dan Kedah semakin tipis. Sumber: WARTA RAKYAT Kuala Terengganu 9 Okt. Pas menjadikan agama Islam sebagai alat memancing undi di kalangan orang Melayu, manakala memainkan isu perkauman dan memanipulasi agama Islam di kalangan orang China dan Inda serta bukan Islam yang lain. Harapannya supaya kaum bukan Melayu dan bukan Islam terus membenci UMNO-BN. Hakikatnya UMNO-BN berjaya menyatupadukan rakyat berbagai kaum dan agama selama lebih 60 tahun di negara ini. Berjaya menaikkan taraf hidup rakyat dalam pelbagai bidang termasuklah bidang pendidikan, ekonomi, kesihatan, sosial, kebajikan dan perpaduan kaum. Jadi, PAS dan sekutunya DAP tiada alasan utama untuk menafikan kejayaan UMNO-BN selama ini, melainkan cuba memainkan api sentimen dengan cara membohongi rakyat dari semasa ke semasa. Dalam masa yang sama, seluruh rakyat dapat melihat dengan jelasnya, hubungan antara PAS dan DAP menghadapi masalah pokok yang sangat meruncing. Rakyat telah sedar begaimana PAS tunduk kepada kehandak DAP dengan menggugurkan pelaksanaan hukum hudud yanhg telah mereka luluskan di Dewan Undangan Negeri. Rakyat juga tahu bahawa PAS telah menarik balik cita-cita akan melaksanakan negara Islam. Melalui kehidupan harian yang harmoni, aman dan sejahtera sekarang ini, rakyat sedar bahawa Gerombolan Pakatan Pembangkang sengaja mencipta isu semata-mata untuk mendapatkan undi untuk parti mereka. Tinjau yang dibuat di beberapa negeri pantai timur mendapati rakyat berasa bosan dengan tingkahlaku PAS yang sentiasa tunduk kepada perancangan DAP dan rela mengenepikan ajaran agama Islam untuk kekal bersama niat parti DAP menghancurkan Melayu-Bumiputera. Banyak isu yang dilakukan oleh PAS dan DAP telah mula menaikkan kemarahan rakyat seperti mengharamkan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang, isu pembinaan kuil di Shah Alam, isu kalimah Allah, isu memasukkan doa untuk Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat, isu ahli parlimen DAP bukan Islam memasuki surau dan masjid untuk memberi duit rasuah politik sambil memijak sejadah tempat umat Islam sujud serta isu wang rasuah politik dari hasil judi kepada warga emas di Pulau Pinang. Sedangkan, dalam masa yang sama pemimpin PAS di Kelantan terus mengaut kekayaan dengan menebang dan menjual balak untuk menambah kekayaan kroni parti, membiarkan rakyat di pedalaman tanpa program pembangunan ekonomi bagi membaiki taraf hidup mereka. Kerana sibuk dan rakus dengan mengumpul kekayaan secara merompak hasil negeri kepunyaan rakyat, kawasan sekitar Lojing dan kebanyakan kawasan hutan balak Kelantan telah menjadi gondol. Kerajaan persekutuan terpaksa menyalurkan peruntukan yang lebih banyak untuk membaiki jalan-jalan yang rosak untuk membantu meringankan penderitaan rakyat Kelantan. Kini Partai Islam Semalaysia Kelantan berusaha bersungguh-sungguh menyekat duit Petronas dari diterima terus oleh rakyat Kelantan. Mereka mahu duit itu diberikan kepada parti Pas bukan kepada rakyat Kelantan. |