Wajib turun padang bantu masyarakat
GEORGE TOWN – Kira-kira 50,000 pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh Malaysia kini dinilai melalui penglibatan dalam program kemasyarakatan sebagai salah satu indikator baru bagi menyokong kenaikan pangkat oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penetapan itu penting bagi memastikan kesemua IPT itu kekal relevan sebagai gedung ilmu yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Program kemasyarakatan itu termasuk aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan, IPT, pelajar dan badan-badan korporat di negara ini.
“IPT merupakan landasan terbaik untuk memajukan masyarakat kerana ia adalah tempat percambahan idea dan bukan sekadar melahirkan cerdik pandai semata-mata.
“Program yang dilakukan ini boleh dibangunkan pula oleh pihak industri atau swasta sebagai program sosial korporat (CSR) mereka, dan melalui inilah terjalinnya kerjasama antara ahli akademik dengan industri.
“Kita berada pada era di mana universiti dan komuniti tidak boleh diasingkan, kedua-duanya perlu relevan dan universiti perlu menonjolkan peranannya sebagai tempat rujukan masyarakat,” ujarnya
DS Najib bersama DS Muhyiddin serta kepimpinan tertinggi negara parti komponen kini bergerak mara meninggalkan Gerombolan Pakatan Pembangkang.
Pemerhatian kita mendapati semua anggota parti Gerombolan Pakatan Pembangkang semakin kacau-bilau kerana hampir semua strategi mereka tidak menjadi. Rakyat semakin matang dan menolak pakatan yang tidak mempunyai hala tuju yang pasti ini.
Rakyat terus yakin dan berdiri teguh di belakang kerajaan UMNO-BN, manakala proses pengecutan sokongan terhadap Gerombolan Pembangkang berlaku dengan cepatnya. Penolakan rakyat terhadap Gerombolan Pembangkang menghampiri gerakan rakyat menolak Gerombolan Parti Komunis semasa dahulu.
Contohnya, Nik Aziz sudah tidak mampu menahan Gelombang Rakyat Kelantan menolak Pas kerana isu penyelewengan yang amat ketara dilakukan oleh pentadbirannya. Pas Kelantan bergelumang dengan isu rasuah peribadi Nik Aziz sendiri, isu duit balak masuk poket keluarga dan kroni, isu bekalan air kotor untuk rakyat, isu kerajaan Pas tidak mampu menigkatkan kebajikan dan kemudahan rakyat. Paling terbaru seluruh rakyat Kelantan tidak puas hati kerana Pas mahu merampas wang Petronas yang telah disampaikan kepada rakyat untuk kegunaan parti.
Nuar Berahim dan parti keluarganya PKR juga sudah bercempera dan terkeluar dari sistem demokrasi yang sebenar. Bukan sahaja pemimpin dan ahli parti itu dicemari dengan budaya ganas, rasuah, perasugut dan kronisme melampau, tetapi keseluruhan organisasi PKR itu sudah reput dan menunggu masa untuk dikuburkan oleh rakyat.
Cuma DAP sahaja yang kelihatan begitu steady dan berjaya mengumpul sokongan padu masyarakat China dengan tindakan-tindan racist-cauvinistnya. Kejayaan ini nampaknya akan berterusan sehingga PRU-13 sekiranya DAP dapat mengekalkan keupayannya memperalatkan pemimpin dan penyokong Partai Islam Semalaysia dari semua sudut. Jika keadaan ini tidak berubah, pasti UMNO-BN akan menghadapi sedikit cabaran untuk menang selesa dalam PRU-13 nanti.
Tindakan kabinet Najib nampaknya semakin mara ke hadapan meninggalkan Gerombolan Pakatan Pembangkang terkial-kial mencari idea untuk berbohong lagi.
Anda tentu meminati:
Maki Berapi-api Tapi Ikut Contoh Dasar UMNO-Bn
Perkauman: Pas, DAP dan PKR saling melengkap
Nuar Berahim bakal melarikan diri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan