Pengikut

Isnin, 9 Mei 2011

Semakin DAP Berjaya Membohongi Pas, Semakin Pas Yakin Terhadap DAP.


Pas menghadapi masalah keyakinan diri. Semuanya adalah akibat dari kekalahan demi kekalahan dan penolakan demi penolakan yang dialaminya sekarang ini.

Ustaz-ustaz politik dalam Pas terpaksa menambah jampi serapah politik untuk menaikkan semangat ahli-ahli dan pemimpin bawahan supaya mengekalkan sokongan terhadap parti. Mereka diminta jangan meninggalkan parti dan jangan mudah percaya berita-berita kebenaran yang dipaparkan dalam media massa.

Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim sebagai Ustaz Politik, telah menghamburkan kekecewaan dan kegelisahannya baru-baru ini.

GOMBAK, 7 Mei: Kekuatan PAS mesti diterjemahkan dalam pilihan raya umum ke-13 dan persiapannya harus dijadikan agenda penting untuk dibincangkan dalam muktamar parti Jun ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS harus memenangi pilihan raya umum kerana ianya akan mempengaruhi keyakinan rakyat terhadap parti itu dan ianya merupakan cabaran yang harus dipikul oleh semua pimpinan dan ahli parti.
"Cabaran dalam muktamar kali ini, bagaimana PAS nak perkukuhkan persiapan untuk menghadapi PRU ke-13. PAS parti yang paling lama, paling banyak pengalaman, cawangan banyak, ahli banyak tapi data yang ada tak mencukupi kalau tak diterjemahkan dalam konteks pilihan raya.
Komen Laksamana:
1. Kemenangan UMNO dalam siri PRK di Semenanjung baru-baru ini adalah bukti yang nyata orang ramai menolak Parti Melayu Pas. Dari sudut politik rakyat lebih yakin kepada UMNO-BN dan dari sudut agama rakyat lebih percaya kepada UMNO yang sentiasa istiqamah dalam perjuangan. fahaman dan pelaksanaannya. Penolakan orang ramai terhadap Parti Melayu Pas adalah isyarat jelas bahawa Pas hanya beretorik dan memperalatkan agama untuk mendapatkan simpati, sokongan dan undi.
2. Pas terus menerus menipu ahli dan penyokongnya dengan mentafsirkan "kekalahan" sebagai "kemenangan". Ini telah memberikan kesan politik yang semakin negatif dan memperngaruhi golongan muda yang berfikiran terbuka, kritikal dan bermaklumat. Pas dilihat menggunakan pendekatan membohongi fakta dan maklumat dalam kempen mereka dan berbohong juga setelah menerima kekalahan demi kekalahan. Tahap pemikiran yang rendah ini dilihat sebagai satu ancaman kepada masyarakat sekiranyanya Pas diberi ruang untuk memerintah negara bersama Parti China DAP.
3. Parti Melayu PAS gagal menunjukkan dirinya sebagai organisasi politik yang menggunakan Islam sebagai dasar. Strategi berbohong, mengapikan sentimen assobiah, memainkan isu kemarahan rakyat, menyuburkan kebencian, telah memusnahkan tanggapan umum dan meningkatkan persepsi bahawa Pas hanya memperalatkan jenama Islam tetapi tidak sebagai dasar dan amalan partinyanya.
4. Pembelaan yang berterusan terhadap Nuar Berahim yang semakin dibenci oleh rakyat, menyebabkan Pas turut dibenci oleh ahli-ahli dan pengikutnya sendiri. Ditambah pula dengan sokongan membabibuta terhadap agenda jahat DAP untuk memecahkan perpaduan umat Islam dan menggoncang Perlembagaan Persekutuan. Pas membuktikan dirinya hanya menumpang DAP dan Nuar Berahim untuk terus hidup walaupun terpaksa membelakangkan prinsip Islam yang mereka jadikan slogan parti.
5. Masyarakat umum melihat Pas telah gagal dan tersepit di tengah-tengah isu skandal seks Nuar Berahim dan pemimpin parti mereka sendiri. Oleh kerana semua skandal ini melibatkan hukum dan prinsip Islam, maka Pas dilihat telah gagal menunjukkan prinsip keIslamannya kerana hanya ingin menegakkan parti dan mendapatkan undi semata-mata.
6. Nuar Berahim dan PKR sedang menghadapi penolakan secara menyeluruh. Maka Pas terpaksa bergantung harap kepada DAP sepenuhnya. Di sinilah cabaran terhadap Pas semakin meningkat kerana DAP yang memperjuangkan politik kaum China, semakin mendapat sokongan padu dari kaum itu. Makalana Pas yang sangat bergantung kepada sokongan bangsa Melayu, semakin ditolak oleh umat Islam sendiri. Akibatnya, Pas menghadapi kemerosotan yang nyata manakala DAP menikmati perkembangan yang semakin selesa samada di Semenanjung atau di Sarawak.
7. Parti China DAP telah berjaya mempengaruhi hampir semua sokongan kaum China dan kini sedang menggunakan Parti Melayu Pas untuk mendapatkan sokongan umat islam dan bumiputera bukan islam. Pas akan membantu supaya DAP tidak dilihat sebagai parti yang didominasi oleh kaum China sahaja walaupun hakikatnya DAP adalah parti kaum China untuk menguasai negara ini.
8. Parti Melayu PAS tetap dilihat sebagai sebuah parti politik dan bukan sebagai pertubuhan agama. Bagaimanapun Pas berusaha menunjukkan dirinya sebagai pertubuhan agama. Kerana itu Pas terpaksa mempolitikkan agama sehingga persepsi masyarakat umum terhadap parti itu menjadi semakin negatif dalam semua konteks.
9. Pas hanya mampu berceramah dan memaksa orang ramai mempercayai dan mengiktiraf parti itu sebagai parti yang terbaik. Bagaimanapun seluruh Rakyat Malaysia lebih nampak bahawa UMNO adalah parti yang terbuka dan mempraktikkan kedailan Islam semasa memerintah dan berkongsi pemerintahan dengan parti bukan Islam.
10. Masyarakat bukan Islam tetap menganggap Pas sebagai ancaman kepada mereka. Keadaan ini berlaku kerana Pas sentiasa memfitnah UMNO tidak melaksanakan hukum hudud dan tidak menjadikan al-quran sebagai Perlembagaan Negara serta tidak menjalankan keadilan berhukumkan hukum Allah dan mengekalkan perlembagaan thoqhut. Ini membawa maksud bahawa Pas akan melaksanakan semua yang dituduh tidak dilaksanakan oleh UMNO-BN.
11. PAS terpaksa menafikan kekalahan mereka di kesemua kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak walaupun diketahui bahawa orang bukan Islam tetap tidak yakin dan menolak dasar Islam dan janji-janji palsu yang dibawanya. Penafian terpaksa dilakukan untuk mengelakkan ahli-ahli dan pengikut mempercayai bahawa Pas hanyalah haiwan peliharaan DAP yang tugasnya membantu kemenangan DAP sahaja.
12. Pas menganggap orang Kristian menerima mereka, walhal paderi Kristian China DAP hanya ingin memperlatkan Pas untuk memecahkan undi umat Islam dan memberi ruang kepada DAP memenangi dengan majoriti yang besar. Kehadiran Pas di rumah panjang adalah mainan politik Paderi Kristian DAP untuk mengabui mata orang ramai tetapi Pas tersalah anggap sebagai penerimaan terhadap partinya.
Nampaknya semakin DAP berjaya membohongi dan memperalatkan Pas, maka semakin tinggi keyakinan Pas terhadap DAP.
Pas - PAP

1 Ulasan -



Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...
Sekarang ini adalah masa durian runtuh bagi lebai2 PAS yg menghadapi pemilihan di semua peringkat sehingga bulan Jun ini. Sebabnya sudah tentu Anwar sedang giat merasuah lebai2 PAS yg akan memilih pemimpin2 mereka. Anwar mesti pastikan puak Erdogan menang dan menghapuskan puak Ulama yg cenderung utk bekerjasama dgn UMNO dlm Kerajaan Perpaduan. Jika puak Erdogan kalah, maka hancurlah impian PKR dan DAP utk menguasai politik Malaysia. Lihat sahaja bagaimana Anwar telah menggunakan politik wang dlm menjatuhkan allahyarham Ghafar Baba dulu. Di masa itu, orang2 UMNO yg telah pergi ke pemilihan UMNO telah menerima durian runtuh - sehingga ada yg masuk tandas pun telah menemui sampul surat yg berisi wang puluhan ribu ringgit. Melayu mudah lupa ...........
9 Mei 2011 12:30 PM
Padam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...