Pengikut

Khamis, 12 Mei 2011

Parti Melayu Pas Dah Mula Takut Cakap Pasal Islam


Ahli-ahli dan pengikut Parti Melayu Khawarij Pas sudah sedia maklum bahawa slogan agama Islam yang dijaja oleh pemimpin Pas hanyalah retorik untuk dapatkan simpati, sokongan dan undi.

Setelah sekian lama beretorik memperalatkan agama Islam, kini sudah tiba masanya ahli-ahli dan pengikut berasa muak, jemu dan malu dengan perbuatan mungkar memperalatkan agama yang menjadi amalan parti itu.


DAP pula semakin berjaya memesongkan pemikiran dan fahaman politik ahli-ahli dan pengikut Pas. Sehingga kini hampir seluruh ahli dan pengikut Pas percaya bahawa perkataan "Melayu" itu adalah hina di sisi Islam dan berdosa besar jika berjuang membela bangsa.


Dalam waktu yang sama DAP berjaya menutup mulut ahli-ahli dan pengikut Pas supaya jangan lagi bercakap mengenai perjuangan Islam dan hudud. DAP melarang sama sekali isu itu dibangkitkan kerana bertentangan dengan Dasar Malaysian Malaysia yang DAP perjuangkan.


Kerana itu Parti Melayu Khawarij Pas hanya dibenarkan oleh DAP melakukan solat politik seperti solat hajat, berdoa membela perbuatan maksiat Nuar Berahim dan menghina bangsa Melayu dalam berbagai-bagai cara.




Bagi mengekalkan sumbangan undi daripada kaum China DAP, Pas terpaksa akur dengan kehendak DAP. Akibatnya Pas kini bukan sahaja tertekan oleh arahan-arahan DAP, malah telah menerima tekanan dari ahli-ahli dan pengikutnya parti sendiri.


DAP dan Nuar Berahim sentiasa memantau perkembangan dalam parti Pas agar tidak terpesong daripada matlamat untuk memusnahkan Perlembagaan Persekutuan dan mendirikan Perlembagaan Malaysian Malaysia.

Baca seterusnya mengenai kekejaman Komunis:


Sejarah Kekejaman Komunis



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...