Majoriti Rakyat sayang pada TV3, pada Datuk Johan Jaafar, pada Wardina, pada segala usaha yang dilakukan oleh Media Prima.
Dalam masa yang sama Rakyat juga sayang pada agama, bangsa dan tanahair.
Apa salahnya Datuk Johan Jaafar dan TV3 terus berusaha meyakinkan rakyat bahawa sebenarnya tidak wujud unsur-unsur tidak jujur dalam operasi Media Prima dan TV3.
Rakyat yakin Datuk Johan Jaafar mampu melakukannya dan isu Wardina Saffiyyah bukanlah isu yang besar untuk diselesaikan dengan bijaksana.
Berilah keyakian pada kami para blogger kerana kami sangat rapat dengan rakyat. Kami sentiasa bersama dengan Orang Nombor 1 Negara uuntuk mendengar denyut nadi dan gelora sanubari rakyat.
Kami akan terus laporkan yang benar kerana hanya kebenaran sahaja yang menyebabkan rakyat terus mendokong Kerajaan.
Personaliti televisyen popular Wardina Safiyyah berkata beliau setakat ini masih belum mengetahui status kontraknya dengan stesen TV3 berhubung isu melibatkan kehadirannya di satu program anjuran PKR pada 26 Jun lalu.
"Saya masih belum bercakap lagi dengan mereka berhubung perkara itu," kata pengacara bagi program Malaysia Hari Ini (MHI) itu ketika dihubungi Malaysiakini.
...Dalam satu sidang media pagi ini, Wardina dilaporkan berkata beliau tidak mengatahui bahawa program Karnival Mesra Rakyat di Petaling Jaya itu adalah anjuran PKR.
Laksamana berharap Wardina Saffiyyah jujurlah dalam hal ini. Rezeki yang Allah turunkan hendaklah disyukuri. Jangan khianati kepercayaan TV3 kerana TV3 adalah hak rakyat.
Wardina...jujurlah pada pihak yang tidak patut anda dikhianati. Mudah-mudahan tidak begitu.
Jangan berdolak-dalik dan jangan jadikan keadaan bertambah rumit.
Orang Nombor 1 pasti tidak suka hal ini. Ingat! tugas kita adalah membantu, bukan mengambil peluang sehingga TV3 dituduh oleh rakyat sebagai tidak jujur menjalankan amanah yang diberikan.
Ulasan