Pengikut

Sabtu, 8 Januari 2011

Pemuda Parti Melayu Islam Pas Anjur Forum Pertahankan Rasuah Politik

Kegelisahan demi kegelisahan dipamerkan oleh penjawat-penjawat dalam saf kepimpinan Parti Melayu Islam Pas.

Terbaru, Dewan Pemuda pula terpaksa mengambil langkah mengundur ke belakang. Mereka mahu mengadakan Forum 100 Hari, Mereka terpaksa mempertahankan projek merasuah (menyogok) orang ramai itu kerana mendapati golongan muda menolak muslihat politik murahan itu.

Dewan Pemuda Parti Melayu Islam itu terpaksa juga mempertahankan idea murahan Pakatan Pembangkang kerana telah terlanjur diumumkan. Pakatan Pembangkang tidak menyangka sama sekali hasrat merasuah orang ramai itu ditolak malah menjadi bahan lawak jenaka dan dipersendakan di seluruh tanahair.

Kita tidak dapat bayangkan bagaimana Dewan Pemuda Pas hendak menjelaskan kegagalan Pas selama 20 tahun memerintah Kelantan. Bagaimana pula dalam masa 100 hari hendak mengubah senario kehidupan masyarakat menjadi lebih baik dari yang dinikmati sekarang ini.

Ramai yang berpendapat bahawa akhirnya, seperti biasa Parti Melayu Islam Pas dan rakan-rakan segerombolannya akan terus bermain dengan janji kosong yang  bombastik dan penuh retorik.

Pihak yang paling malang dengan janji-janji kosong ini ialah ahli-ahli dan pengikut mereka sendiri yang semakin hari semakin berkurangan

Sumber: Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mengadakan forum "Janji 100 Hari Pakatan Rakyat' bagi mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak mengenai program 100 hari yang terkandung dalam buku jingga Pakatan Rakyat.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, selepas buku jingga itu dikemukakan sewaktu konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember lalu, ianya belum dinilai secara terbuka oleh mana-mana pihak melainkan mendapatkan kritikan daripada Umno BN.

DAP sedang bertepuk tangan melihat betapa rajinnya Parti Melayu Islam Pas membohongi umat Islam demi mencapai cita-cita meningkatkan ketuanan DAP di tanahair kita.

3 ulasan:

eM JaY... berkata...

bereh.ambo telah link kan blog demo d blog ambo.tahniah syukran...
"INGAT PAS,INGAT ZINA"

Panglima Perang Cyber berkata...

blog tuan dah dilinkkan....tq

Unknown berkata...

Pemuda adalah harapan negara.
Tapi pemuda Pas adalah harapan DAP untuk memecahbelahkan umat Islam supaya Ketuanan DAP dapat ditegakkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...