Pengikut

Khamis, 19 Mei 2011

Ustaz Politik Pas Nak Bagi Stadium Sebagai Balas Jasa Rakyat Kelantan Mengundi Mereka

Majoriti rakyat akar umbi di Kelantan perlukan pembelaan untuk tingkatkan taraf hidup mereka.

Bagi golongan rakyat yang mempunyai kerjaya sebagai kakitangan Kerajaan Persekutuan, tidak menghadapi masalah kerana kebajikan mereka sentiasa diberi keutamaan. 

Ahli keluarga dapat terus menikmati kehidupan yang selesa walaupun negara berada dalam tekanan ekonomi dunia yang mencabar.

Golongan petani, peladang, pekebun kecil, penternak dan nelayan juga diberi perhatian dan pelbagai bentuk bantuan yang berterusan oleh Kerajaan Pusat. 

Golongan usahawan dan peniaga kecil juga tidak terlepas merasai kebajikan yang disediakan oleh Kerajaan Pusat melalui iklim ekonomi yang masih memberangsangkan dengan kuasa beli rakyat yang masih ditahap yang tinggi.

Kejayaan Kerajaan Pusat mengawal harga barangan pengguna dari naik melantun juga memberi nikmat dan rahmat kebajikan kepada seluruh rakyat. Dengan harga komoditi utama yang berjaya ditingkatkan, rakyat mendapat pembelaan yang secukupnya.

Tapi apakah peranan Kerajaan negeri terhadap rakyat akar umbi di negeri itu.

Adakah cukup dengan kebajikan yang disediakan oleh Kerajaan Pusat sahaja atau masih banyak daya usaha Kerajaan Negeri yang perlu dilaksanakan bersesuaian dengan mandat yang tekah diberikan oleh rakyat.

Sebagai contoh, Kerajaan Pusat telah menyediakan sejumlah peruntukan yang besar untuk membangunkan tahap pendidikan pelajar di kawasan luar bandar khususnya di negeri-negeri tertentu. 
Di Kelantan misalnya, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan menerima peruntukan kira-kira RM54.6 juta daripada Kerajaan Pusat sepanjang tahun 2007 untuk diagihkan kepada lebih 170,000 murid dan pelajar miskin di seluruh negeri. 
Daripada jumlah itu, sebanyak RM16.8 juta diagihkan bagi membantu 134,000 pelajar sekolah menengah yang dikategorikan miskin menerusi Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) sejak Januari lalu sehingga kini. 
Selain itu peruntukan berkenaan turut diagihkan bagi membantu 71,785 murid miskin Tahun 4, 5 dan 6 bagi mengikuti kelas tambahan menerusi skim baucer tuisyen. JPN turut menyenaraikan seramai 38,000 lagi murid miskin dari seluruh negeri yang diberi dua lagi skim bantuan iaitu Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah (RMTSR) bernilai RM7 juta serta Program Susu Sekolah bernilai RM3.8 juta (Utusan Malaysia, 11 Jun 2007). 

Malangnya Parti Pas tidak mampu melaksanakan konsep "negeri berkebajikan yang mendapat kerahmatan Allah" seperti yang dilaungkan melalui ceramah retorik ustaz-ustaz politik mereka.

Rakyat akar umbi mengharapkan pembelaaan untuk menikmati kehidupan yang lebih baik sebagaimana pembelaan yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat secara berterusan.

Ironinya, rakyat nampak hutan kayu balak milik rakyat telah ranap ditebang dan hasilnya masuk ke poket kaum kerabat dan kroni pemimpin parti. Tanah rakyat terus dirompak dan diberikan kepada golongan yang kaya raya untuk menambah kekayaan mereka sedangkan rakyat akar umbi terus menderita.

Jalan raya sebagai prasarana perhubungan harian juga semakin dibiarkan rosak tetapi lori yang mengangkut kayu balak terus mendermakan habuk dan debu untu dihirup oleh rakyat akar umbi.

Tiba-tiba, kepimpinan Ustaz Politik Pas mengumumkan pembinaan sebuah stadium mega yang boleh menempatkan sehingga 40,000 orang.

Nampaknya semakin hampir PRU ke-13, kepimpinan Ustaz Politik ini ingin membalas jasa rakyat kelantan yang mengundi mereka dengan sebuah projek mega yang akan di bina menggunakan wang rakyat. 



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...