Pengikut

Khamis, 30 Disember 2010

Tahniah: Anak Muda Berkeris di Gelanggang Orang



Tahniah kepada anak-anak muda kita.
Pulang megah setelah menang berkeris di gelanggang orang.

Laksamana ucapkan tahniah kepada  pasukan kita dan penyokong-penyokong serta seluruh anak-anak generasi muda. Mari kita hayati kemenangan ini sebagai satu bangsa yang bermaruah dan beragama.

Laksamana melihat telah wujud dan tumbuh subur dalam jiwa anak-anak generasi muda kita semangat patriotik yang mendalam. Agama yang kita anuti mengajar supaya sayangkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pasukan kita telah menempuh dan berjaya merempuh semua halangan dan cabaran sebagai anak muda yang memiliki semangat juang yang tinggi. Kecekalan, semangat sepasukan dan kebijaksanaan digabungkan mengatur setiap langkah di gelanggang sendiri dan di gelanggang orang.

Itulah adat seorang pahlawan. Walaupun musuh menghunus keris dengan bengisnya, tetapi anak-anak muda kita dilihat tetap mengatur tapak berhadapan tanpa undur walau selangkahpun. Langkah tempur disusun rapi dan kemas. Serangan bertubi-tubi disambut dengan pencak yang mematahkan musuh. Menyerang dengan dengan tepat sehingga musuh longlai di tanah, di gelanggangnya sendiri.

Inilah anak-anak generasi muda yang kita didik semenjak dari alam tadika.
Pasti ibu mereka bangga kerana bayi yang dijaga dari dalam kandungan itu, akhirnya muncul juga sebagai juara mengangkat maruah dirinya, keluarga, rakan-rakan, masyarakat dan negara.

Kita semua rakyat malaysia pelbagai kaum dan agama sungguh berasa bangga dengan kejayaan ini. Kita menghargai kejayaan kerana setiap kejayaan amat bererti dan berharga kepada sebuah bangsa yang bermaruah dan berdaulat.

Kejayaan anak-anak muda ini akan tetap dijadikan kejayaan seluruh Rakyat Malaysia. Setiap kejayaan yang dicipta dan dicapai oleh generasi muda kita adalah kejayaan negara di masa hadapan.

Sebaliknya kita harus berasa sedih apabila berhadapan dengan kegagalan. Semua kegagalan jika dikekalkan pasti akan meruntuhkan pencapaian negara bangsa yang sedang mencipta nama di pentas global ini.
Kita tidak akan membiarkan anak-anak generasi muda kita dibesarkan dan dididik atau ditarbiayyah dengan kehinaan dan kemunduran tamadun kemanusiaan.






Tahniah anak-anak generasi muda. Masa depan negara berada di hujung jarimu.

Ambil yang baik jadikan teladan.
Yang buruk jadikan sempadan.



Selasa, 28 Disember 2010

Lim Kit Siang dan DAP Terus Mara


Lim Kit Siang Terus Mara Membawa DAP Hidup Di Pentas Politik Malaysia.

Sumber: blog.limkitsiang.com/

Najib is denying the undeniable when he claimed his 1malaysia slogan is not political.

The Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak is denying the undeniable when he claimed that his 1Malaysia concept is not political but a tool to foster unity among the different communities for nation-building.

Najib cannot deny that in the 20 months since the introduction of Najib’s “1Malaysia, People First, Performance Now” slogan, instead of giving Malaysians a new sense of being Malaysian, the reverse has taken place....

 Mengapa DAP terlalu marah dan asyik mengajak rakyat mempertikaikan 1Malaysia?
Adakah disebabkan 1Malaysia itu idea Perdana Menteri DS Najib?
Atau konsep 1Malaysia itu mengukuhkan lagi konsep Perikatan dan Barisan nasional di hati Rakyat?

Jawapannya agak mudah jika kita melihat asas-asas perjuangan cauvinistik-racist yang begitu extreme yang diamalkan oleh DAP selama ini.

Musuh utama DAP adalah perpaduan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Mereka terpaksa berusaha gigih untuk memecah-belahkan perpaduan kaum.

Sebab itu DAP sejak dari dahulu lagi mencari isu-isu perkauman untuk menarik perhatian dan membina emosi kebencian di kalangan kaum China dan India. Benteng agama dan maruah bangsa menyebabkan mereka gagal mempengaruhi masyarakat Melayu.

DAP dan Lim Kit Siang tahu bahawa perpaduan kaum adalah rahsia kejayaan UMNO-BN selama ini. Walaupun UMNO menjadi tulang belakang parti pemerintah bersama komponen BN yang lain, tetapi semangat perkongsian telah berjaya memacu kejayaan negara dan kehidupan rakyat pelbagai kaum.

DAP amat faham bahawa keunikan dan kepelbagaian yang terdapat dalam masyarakat Malaysia boleh dijadikan "bom jangka" di atas pentas politik cauvinistik-racist yang dianuti mereka. PRU ke-12 membuktikan sokongan kaum China telah bertambah dan memperlihatkan keruntuhan kuasa dan pengaruh MCA serta MIC di kawasan kaum China sebagai penentu.

Tetapi DAP dan Lim Kit Siang juga faham bahawa untuk meruntuhkan dominan UMNO dan melenyapkan pengaruh parti keramat itu, sokongan dari kaum amat Melayu diperlukan.

Dalam hal ini, kesediaan Pas melacurkan parti dan meninggalkan matlamat Islam dalam arahtuju perjuangannya, telah banyak membantu DAP mencapai cita-citanya. Ahli-ahli Pas dengan begitu taksub telah melaksanakan cita-cita DAP ini tanpa menyedari maruah mereka sebagai seorang Muslim telah sama bergelumang dalam kandang ternakan DAP ini. Pas sanggup lakukan apa sahaja asalkan perpaduan kaum ini dapat dipecahkan.
Dalam masa yang sama DAP berjaya menggunakan Nuar Berahim secara total. Bukan sahaja Nuar Berahim, tetapi habis semua anak isterinya melibatkan diri untuk menjayakan cita-cita DAP. Pengikut dan penyokong Parti keluarga itu juga tidak segan silu memperbodahkan diri melaksanakan grand design yang dicatur oleh DAP.

Hari ini, setelah DS Najib dan rakan-rakan pemimpin komponen BN memperteguhkan kepaduan dan permuafakatan, DAP kelihatan menjadi seperti cacing kepanasan dan kehilangan punca modal politiknya.
Sebab itu DAP dan Lim Kit Siang terus menerus mengelirukan pemikiran rakyat mengenai 1Malaysia yang sudah semakin difahami dan diterima.

Satu Malaysia adalah hasil Gerakan Rakyat Malaysia.
DAP dan Lim Kit Siang pasti kecewa dan hanyut dengan anti nasionalnya. 

Jumaat, 24 Disember 2010

PAS: Lembu Ternakan Nuar Berahim Yang Dungu


Seperti lembu yang sudah dijerut lehernya, PAS akan mengikut ke mana sahaja diheret oleh Nuar Berahim.

Hampir kesemua pemimpin-pemimpin Partai Melayu Islam itu terpaksa mempercayai dan mematuhi apa sahaja yang ditentukan oleh bekas banduan yang memimpin Parti PKR, parti peribadi dan keluarganya.

Kedunguan pemimpin-pemimpin PAS ini semakin menyerlah dan sudah mula diperhatikan oleh ahli-ahli dan penyokong mereka.

Apa yang tidak dapat difahami ialah mengapa PAS sebagai sebuah Parti Melayu Islam yang berpegang kepada prinsip-prinsip ajaran agama al-quran, tetapi merelakan dirinya dijadikan alat oleh bekas banduan yang kini masih lagi menghadapi kes mahkamah atas tuduhan salahlaku yang sama.

Ahli-ahli dan penyokong PAS sudah mula bertanya, adakah slogan-slogan "membangun bersama Islam", "Kepimpinan ulamak" yang dilaungkan selama ini hanyalah merupakan slogan politik sahaja.

Mereka sudah mula rasa bersalah dan malu kepada rakan-rakan dan keluarga yang berada dalam UMNO-BN, kerana selama ini PAS berceramah di merata tempat menghina UMNO kerana berkerjasama dengan MCA dan MIC yang bukan Islam. 

Tetapi kini PAS bukan sahaja bekerjasama dengan PKR dan DAP, malah membantu melaksanakan arahan-arahan DAP  yang boleh merugikan Islam itu sendiri. Mereka tidak puas hati kerana tingkahlaku dan perbuatan Nuar Berahim didapati terlalu banyak yang bercanggah dengan ajaran Islam. Manakala DAP didapati sentiasa mencari jalan memesongkan pemikiran umat Islam melalui tafsiran-tafsiran liberal dan pluralisme mereka.

Misalnya dalam isu APCO, mereka mempertikaikan mengapakah pemimpin-pemimpin PAS tidak membuat kajian dan penyiasatan terlebih dahulu mengenai kebenarannya. Sebaliknya menelan bulat-bulat pembohongan Nuar Berahim dan bertindak melulu menyokongnya. 

Samalah dengan isu Nuar Berahim akan menubuhkan kerajaan pada 16 Sept. yang lalu di mana PAS turut membohongi dan merelakan ahli-ahli dan penyokongnya menjadi mangsa penipuan dan temberang Nuar Berahim.

Paling terbaru, sekali lagi dilihat bukti pemimpin-pemimpin menjadi lembu ternakan Nuar Berahim dan China DAP ialah PAS dijadikan budak suruhan semasa Konvensyen Kedua Pakatan di Pulau Pinang. Pas dipaksa jangan bercakap mengenai Islam, dilarang membawa isu negara Islam dan diberi amaran supaya apa sahaja isu berkaitan Islam hendaklah mendapat restu DAP terlebih dahulu.

Semua pemimpin PAS akur, tunduk dan mengangguk menerima syarat-syarat itu asalkan PAS tidak dikeluarkan dari Gerombolan Pakatan Pembangkang itu. 

Baca seterusnya kedunguan Parti Melayu Islam ini...

APCO: MP PAS serah memo kepada Agung hari ini
Ditulis oleh Harakahdaily   
MONDAY, 05 APRIL 2010 12:45

KUALA LUMPUR, 5 April - Hampir semua anggota Parlimen PAS akan menyerahkan memorandum mengenai perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan APCO Wordwide kepada Yang Dipertuan Agung jam 12 tengahari ini.

Rombongan yang diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ini akan menyerahkan memorandum itu jam 12 tengahari kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di pejabatnya.

Memorandum ini bertujuan memohon kepada Yang Dipertuan Agung agar campurtangan berikutan keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik perjanjian dengan syarikat itu.

Ini kerana, APCO juga mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Israel dan dipercayai turuk terlibat dalam merancang 'One Israel' sebelum memberikan khidmat perhubungan awam kepada kerajaan Malaysia.

Dalam sidang Parlimen minggu lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan APCO Wordwide.



Rabu, 22 Disember 2010

FELDA Bukan Sekadar Batu Loncatan: Tolonglah Wahai Ahmad Maslan!

LIM Kit Siang DAP Berjaya Menghasut Peneroka FELDA

Pada 24 April 2010, dengan daya usaha ANAK Derhaka hasil persundalan PAS dan PKR dengan DAP, maka dengan penuh sombong dan besar diri, Lim Kit Siang DAP berdiri gagah di tanah FELDA menabur racun kebencian dan dadah khayal sehingga lupa daratan.

Lim Kit Siang berucap ringkas di Felda Sungai Tengi di hadapan penyokong Pas dan PKR dengan mengajak mereka membunuh UMNO. Alasan yang diberikan kepada para peneroka itu ialah UMNO telah menzalimi warga Felda dan menjadikan generasi kedua Felda sebagai buruh paksa. Ucapan Kit Siang disambut dengan laungan "Allahu Akbar".

Hari ini Kit Siang DAP tidak perlu lagi memasuki dan menjejalah Felda kerana hasil tarbiahnya telah berjaya meninggalkan benih-benih yang sentiasa disuburkan oleh PKR dan Pas. 

Wahai Ahmad Maslan, tolonglah...Felda bukan setakat batu loncatan politik sahaja. Felda diserang, dinafikan jasa baktinya kepada umat Islam. Rancanglah sesuatu yang terbaik untuk menangkis dakyah karut Gerombolan Pembangkang. Jangan layan, jangan menari ikut rentak yang dipalu oleh mereka.

Baca seterusnya:


juga di sini:

http://lintau-perak.-zaid-kalah-tapi-dap-menang-besar

Isnin, 20 Disember 2010

DAP Racist Mula Menyerang Isu Kerakyatan

Sejarah tidak pernah menipu kita

Perancangan DAP Mara Selangkah Lagi Untuk Memusnahkan Melayu-Bumiputera
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mara selangkah lagi dengan mula menyerang isu kerakyatan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Kebangsaan Kedua Di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, Ahad 19 Disember 2010.

Sebelum ini DAP memainkan isu dengan mengapi-apikan semangat perkauman sehingga tercetus Peristiwa 13 Mei. BN menanganinya dengan berkesan dan Tun Mahathir berjaya membawa Malaysia selama 20 tahun bergerak maju ke hadapan seiring dengan perkembangan negara membangun yang lain.

Sepanjang masa Tun Mahathir mentadbir parti UMNO, BN dan negara, DAP tidak mempunyai ruang yang banyak untuk menghasut rakyat. Keberkesanan dan ketegasan Tun telah menjamin rakyat hidup bersatu padu, aman dan dapat memajukan diri serta keluarga. Dengan itu negara dapat berkembang dan rakyat hidup penuh kebajikan dan sejahtera.

Bagaimanapun, akhir-akhir ini iaitu setelah Tun melepaskan jawatan, DAP kembali aktif membawa cita-cita racistnya dan berjaya pula mendapat bantuan strategik dari Pas dan PKR.

Gerombolan Pakatan Pembangkang ini bersungguh-sungguh menyerang elemen-elemen yang selama ini menjadi paksi keutuhan nasional. Mereka menyerang dengan begitu ganas sehingga melewati batas-batas yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan yang sepatiutnya dijunjung bersama.

Kerakusan dan niat sebenar DAP untuk menghapuskan orang Melayu-Bumiputera jelas dari tindakannya sengaja menyerang Institusi Raja-Raja, mencabar penggunaan nama Allah di mahkamah, mempertikaikan ketuanan Melayu, memperlecehkan tulisan jawi, menghina mesjid dan surau dan banyak lagi perbuatan yang benar-benar menggoncang tiang seri keutuhan nasional yang terbina selama ini.

Hal ini sengaja dirancang satu persatu dan kesemuanya berjaya dilaksanakan dengan bantuan orang-orang Melayu Pas dan PKR. Sekiranya rakyat tidak mampu berfikir secara rasional dan bijaksana, dakyah DAP ini boleh mendatang bencana yang amat besar kepada rakyat dan yang paling malang adalah kaum Melayu-Bumiputera yang banyak bertimbangrasa dan terlalu pemurah selama ini.

Bagi melengkapkan strategi dan mara setapak lagi, DAP mula menyerang isu kerakyatan yang didakyahnya sebagai terbahagi kepada dua jenis. Satu pihak adalah rakyat yang dedefinisikan sebagai rakyat Malaysia yang tulen iaitu yang menyokong Malaysia Malaysia dan selebihnya adalah rakyat yang ketinggalan zaman dan zalim yang ingin mengekalkan Perlembagaan Persekutuan yang ada.

Kemaraan ideologi DAP ini mestilah disekat. Kita yakin rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang selama ini hidup aman sejahtera dan berkembang maju tidak akan musnah begitu sahaja kerana memenuhi cita-cita DAP menawan Malaysia sebagaimana PAP berjaya menawan Singapura.

Baca yang berkaitan:

takrif-rakyat-malaysia-yang-sebenar (mymassa)
sejarah-kelahiran-dap-untuk-hapuskan (umno bhgn cheras)


    

Ahad, 19 Disember 2010

Nuar Berahim Sibuk Roadshow, Najib Hanya Beri Senyuman

Foto ikhsan dari rakan blogger GAP - Najib Steady

Nuar Berahim Sibuk Roadshow, 
Najib Hanya Beri Senyuman

Wikileaks membuat pendedahan mengenai Nuar Berahim tentang kes liwatnya, Seluruh dunia sudah tahu hal sebenar tentang Nuar Berahim yang juga Ketua Gerombolan Pembangkang dalam Parlimen Malaysia. 

Sepatutnya Nuar Berahim menyaman Wikileaks atau akhbar Australia The Sun-Herald. Tetapi kerana matlamat politiknya, dia menyaman pihak lain yang tidak ada kena mengena.

Yang bestnya dia mulakan kembali kegemarannya. Menjelajah seluruh negara menggunakan isu Wikileaks sebagai tiketnya.

Orang ramai beranggapan Nuar Berahim akan mempertahankan dirinya dengan menafikan tuduhan liwat dan dalam masa yang sama bersumpah muhabalah sebagaimana yang telah dilakukan oleh mangsanya Tuan Haji Saiful Buhari.

Rupa-rupanya tidak. Nuar Berahim menjelajah negara dan menjaja semula kuih basi yang diciptanya bersama Raja Petra Kamarudin iaitu cerita altantuya. Nampak sangat hambatan sebenar yang menghantui Nuar Berahim ialah DS Najib.

Di hadapan pendengar yang masih terhibur dengan kelakar Nuar Berahim akan bertepuk tangan menyambut ucapannya yang sudah tidak memberi apa-apa erti kepadanya lagi.

Mengapa Nuar Berahim terus terusan mencalarkan imej DS Najib?
Apa kesalahan DS Najib kepadanya?
Apa kegagalan DS Najib semala ini sepanjang karier politiknya kepada rakyat Malaysia?

Nuar Berahim akan terus menyalak. Nuar Berahim akan terus menjadi alat DAP. Nuar Berahim akhirnya akan tersungkur di hujung jari pengundi yang semakin bijak dan berpandangan jauh. Nuar Berahim sedang ditertawakan oleh cauvinist-racist DAP yang berjaya memperalatkannya.

DS Najib hanya tersenyum melihat gelagat gila manusia yang bernama Nuar Berahim.

Negara dan Rakyat pelbagai kaum terus melihat jauh ke hadapan untuk masa depan yang lebih gemilang.

Jumaat, 17 Disember 2010

PKR Dukung Biawak Hidup yang Bernama Nuar Berahim

 
PKR Mendukung Biawak Hidup Bernama Nuar Berahim

Para penyokong PKR telah mula merasakan bahang kepanasan untuk menghadapi PRU ke-13. Mereka dalam dilema kerana menyokong parti yang tidak berwibawa. Semakin ramai di antara mereka sudah mula berkira-kira untuk membuat keputusan samada terus menyokong atau meninggalkan parti murahan yang memperjuang nafsu Nuar Berahim semata-mata.

Dunia siber menjadi pemankin proses kematangan pemikiran rakyat. Tidak mungkin lagi ahli dan penyokong disekat dan diarah hanya membaca Suara Keadilan sahaja. Fakta dan kebenaran sentiasa berada di alam maya yang boleh dicapai bila-bila masa. 

Sebaik sahaja Nuar Berahim beraksi semula di pentas politik, para penyokongnya terpukau dengan syarahan dan pidato retoriknya. Strategi muafakat dengan DAP dan PAS yang juga merupakan parti murahan, disokong pula oleh kelemahan Pak Lah, menyebabkan mereka dapat menafikan 2/3 penguasaan BN di Parlimen di samping berjaya menawan 5 buah negeri.

Tetapi selepas itu, apa yang Nuar Berahim lakukan?

Dia terus menipu, berbohong, putarbelit, temberang dan memperboboh-bodohkan pengikutnya sendiri. Malah ahli dan penyokong PAS juga turut diperbodohkan seperti lembu dicucuk hidung. Manakala kaum China tersenyum memandang perilaku bodohnya yang menikam bangsanya sendiri

Seluruh rakyat Malaysia tahu perbuatan Nuar Berahim ini hanya menguntungkan DAP yang begitu konsisten dalam perjuangan mengangkat martabat dan survival kaum China. Nuar Berahim rasa dia bijak tetapi tidak sedar kebodohannya itu dengan senang diperalatkan oleh DAP.

Kerana itulah berbondong-bondong rakan karib, penyokong tegar dan pemimpin kanan PKR meninggalkannya. Hakikatnya mereka bukan sahaja meninggalkan PKR tetapi membelasah Nuar Berahim yang meletakkannya sebagai manusia yang tidak bermaruah, tidak boleh dipercayai dan tidak boleh dibuat kawan.

Yang tinggal hanyalah sekerat dua sahabat setiakawan yang mengenang budi padanya, dibantu oleh penyokong-penyokong jalanan yang mudah dibakar semangat mereka untuk berdemonstrasi dan membuat kacau bilau.

Kini semakin hari semakinn susut sokongan dari bawah. Kalau adapun yang tinggal hanyalah samseng-samseng yang sedia memporak-perandakan mesyuarat dan pemilihan partinya.

Mengapakah ini berlaku? 

Segalanya-galanya kerana diri Nuar Berahim yang sebenar telah diketahui ramai. Kalau dahulu dia berjaya melindungi diri sebenarnya di sebalik lakonan warak dan karismanya, tetapi segala-galanya sudah terbongkar, terdedah dan terus terbentang satu persatu.

Parti digunakan untuk kepentingan dirinya sendiri yang penuh berlumuran dengan masalah demi masalah. Ahli dan penyokong dikerah untuk menyelesaikan masalahnya dengan apa cara sekalipun.

Nuar Berahim menjadi biawak hidup dalam PKR
yang perlu didokong oleh penyokongnya.     

Rabu, 15 Disember 2010

Azmin Ali: PM Malaysia Secara Bergilir-gilir

 Sumber: azminali.com

Catatan Blog Baru Bian : Janji Azmin kepada Sarawak (Azmin’s promise to Sarawak)

12 Dec (Bintulu) – On Sunday, 12th December 2010, at a PKR Pre-Christmas Dinner held in Bintulu, PKR’s recently elected Deputy President YB Mohd. Azmin Ali, spoke to a large dinner crowd consisting of about 300 party members and supporters....

In his rousing and fiery speech, YB Azmin also made a promise that got the 300-strong crowd onto its feet that turned into a five minute long standing ovation and applause. “Pakatan Rakyat akan memberi kuasa autonomi sepenuhnya kepada Sarawak sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU13.” (Pakatan Rakyat will give full autonomy to Sarawak if we win at the 13th General Elections......
apa kita nak heran dengan janji Nuar Berahim dan kuncu-kuncunya

Sedikit masa lagi mereka akan janji pulak:

1. Jawatan Perdana Menteri Malaysia secara bergilir
2. Jawatan YDP Agong secara bergilir-gilir
3. Agama Resmi negara secara bergilir-gilir

Akhirnya mereka akan janji:

1. Setiap parti dalam Pakatan akan mempunyai Perdana Menteri sendiri
2. Setiap kaum mempunyai Perdana Menteri sendiri

Marilahlah kita tunggu janji-janji seterusnya

Khamis, 9 Disember 2010

PAS Tolak Ajaran Islam Melalui Amalan Politik Hariannya

Semarakkan Kemarahan Rakyat Di Atas Kain Rentang

Disember 6, 2010 ustazidrisahmad

Parti Islam Semalaysia Pas mengharapkan rakyat dapat meningkatkan kemarahan dan kebencian terhadap UMNO dan Kerajaan Persekutuan hanya kerana kenaikan harga 5 sen.

Pendekatan ganas dan terkeluar sama sekali dari ajaran Islam yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ini diaktifkan, adalah berpunca daripada kegagalan mereka mempertahankan Bagan Pinang, Hulu Selangor, Galas dan Batu Sapi.

Keresahan dan ketakutan yang amat sangat, dilihat sudah mula menekan dan menghantui hulubalang PAS. Seperti biasa mereka akan mengenepikan ajaran dari roh Islamiah dan dengan segera meniupkan api kebencian, hasutan dan gesaan-gesaan membakar emosi yang kesemuanya bukan berasal dari ajaran Islam.

Tetapi rakyat sudah sedia maklum, tidak mungkin kerana kenaikan hanya 5 sen untuk RON95, diesel dan gas serta 20 sen untuk gula, maka kerajaan yang sangat bertanggungjawab selama ini diruntuhkan.

Rakyat tahu, jasa bakti pemerintah selama ini bukan bernilai 5 sen. Kejayaan Kerajaan UMNO-BN membawa kesejahteraan hidup kepada masyarakat China, India di samping memelihara kaum peribumi asal di tanahair ini diteruskan dengan penuh bijaksana.

Harga untuk hidup sejahtera dan berjaya memiliki harta dan kekayaan di tanahair ini bukan bernilai 5 sen. Harga menjadikan seorang anak India menjadi peguam atau doktor di negara ini bukan berharga 5 sen begitu juga harga melahirkan ratusan jutawan dari kaum China di negara ini, bukanlah berharga 5 sen.

Ramai generasi muda yang tertanya-tanya apakah logiknya hasutan Haji Idris Ahmad yang mengajak rakyat meningkatkan kebencian dan kemarahan kepada kerajaan hanya kerana kenaikan 5 sen? Sehingga ada anak-anak muda yang berkata..."kalaw nak tipu kami pun carilah idea yang baik sikit"...

Sedangkan generasi muda kita telah sedar bahawa mereka membesar dan menikmati kebahagiaan dan membina kejayaan peribadi dan keluarga melalui dasar-dasar Kerajaan Persekutuan yang dipilih oleh rakyat.

Oleh itu hasutan Parti PAS tidak lebih dari membuktikan bahawa parti itu tidak berprinsip dengan prinsip-prinsip agama Islam. Kerana itulah didapati sekarang ini, ramai guru-guru agama yang dahulunya menyertai PAS atas dasar ikut-ikut kawan, tetapi kini dengan tegas menolak dang meninggalkan pergerakan songsang parti politik itu yang dilihat senada dengan parti cauvinis-racist DAP dan PKR yang semakin jauh lari dari landasan dan panduan agama Islam.

PAS dan pembangkang semakin gusar kerana tidak menyangka rakyat Malaysia sebenarnya berfikiran matang. Mereka kini terasa terjebak dengan tingkahlaku yang bercirikan gerombolan pengganas yang mereka paparkan kepada rakyat selama ini, sudah mula memakan diri mereka sendiri. Penipuan, pembohongan dan putar-belit fakta yang mereka mainkan siang malam, kini sudah berjaya mengubah pola sokongan rakyat kembali beralih kepada Kerajaan Persekutuan yang dilihat oleh rakyat sentiasa berwibawa dan cemerlang.

Ustaz Idris Ahmad perlu membuka kita-kitab Yahudi untuk mendapatkan kaedah dan teknik meningkatkan kebencian dan kemarahan rakyat yang semakin sayang pada Kerajaan Persekutuan.

Seperti yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam di zaman Rasulullah terdahulu terhadap Nabi Muhammad yang berjaya menyatukan pelbagai kaum, bangsa dan kepercayaan seperti yang berjaya dilakukan olej Kerajaan Persekutuan hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...