Pengikut

Jumaat, 18 Mac 2011

Pas Serah DNA Pada Pandikar Amin Di Parlimen

menyerahkan DNA Parti Melayu Pas...

Pas menyerahkan DNA parti kepada Pandikar Amin Mulia walaupun tidak ada mana-mana pihak yang mendesaknya berbuat demikian.

Serahan ini terpaksa dilakukan kerana rakyat perlu diberitahu siapakah Pas yang sebenarnya sebelum Parti Melayu itu terus dilupakan .

Hal ini berlaku kerana Pas mendapati gerakan rakyat yang menolak parti itu semakin menjadi-jadi dan tidak dapat dihalang lagi. Umpama kejadian tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini, manakala Kerajaan Pilihan Rakyat terus mendapat sokongan kerana kejayaan melaksanakan mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

Sumber: harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Mac: PAS hari ini menghantar satu usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi mencadangkan agar isu ketegangan di Libya dibincangkan.
Usul tersebut dicadang Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) yang dibuat di bawah peraturan mesyuarat 18(1).
Dalam usul yang dikemukakan itu, beliau antara lain mahu Malaysia, sebuah negara anggota OIC, bertindak segera menyelamatkan nyawa rakyat di Libya.
Beliau juga turut mengemukakan enam cadangan termasuk mendesak kerajaan Malaysia segera menghantar misi bantuan kemanusiaan ke negara bergolak itu.

Komen Laksamana:

Pas amat sedar bahawa dasar hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara-negara lain adalah antara yang terbaik di dunia. Begitu juga dengan Tunisia, Mesair, Libya dan negara-negara lain dalam OIC. Hubungan dan perbincangan dua hala sentiasa terjalin dalam banyak bidang kerjasama dua hala kecuali hal ehwal politik dalaman.

Malaysia adalah antara negara yang mendapat kepercayaan di kalangan OIC dan sangat dihormati sejak sekian lama. Perbincangan-perbincangan persefahaman di peringkat ketua negara dan pegawai diplomatik sentiasa menjadi agenda utama untuk mengekalkan hubungan dan kebaikan kedua-dua pihak.

Pas tahu bahawa isu politik yang sedang melanda sebahagian daripada negara OIC, khususnya negara Libya pada masa ini, bukanlah isu yang bijak untuk Malaysia campurtangan. 

Negara hanya memberi perhatian kepada isu-isu kemanusiaan yang disebabkan oleh bencana alam ataupun misi menyelamat akibat dari insiden kekacauan awam.

Pas tahu, Kerajaan Pilihan Rakyat ini akan bertindak dengan sewajarnya dalam menjalankan tanggungjawab, amanah dan mandat rakyat dalam isu antarabangsa. 

Oleh itu mereka cuba bermain silap mata dengan mengusulkan sesuatu yang dijangkakan akan diambil tindakan oleh kerajaan. Tujuannya supaya rakyat beranggapan bahawa parti itu juga seolah-olah prihatin mengenai sesutau perkara.

Menyerahkan usul berkaitan Libya untuk dibahaskan di Parlimen samalah dengan menyerahkan DNA politik Pas yang membuktikan Parti Melayu itu tidak mempunyai agenda membangunkan rakyat dan negara. Pas hanya bermain silap mata untuk membina persepsi supaya rakyat tidak melupakan mereka.

Pas ingin menumpang kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Malaysia sebagai sebuah Negara Pilihan Rakyat di negara ini setelah gagal menumpang rezeki undi dari DAP dan PKR yang juga sedang ditolak oleh rakyat.

Pas terpaksa menyerahkan DNA politiknya dengan  harapan dapat menumpang dan mencuri undi di atas kejayaan Kerajaan Pilihan Rakyat di negara kita.

Lebih baik Pas membuat usul
meminta Kerajaan UMNO-BN
menjalankan tanggungjawab yang terbaik
sebelum kerajaan melaksanakannya.
Pas dapat nama sampai hari kiamat!


1 ulasan:

paknong berkata...

itu kerja puak pas,cari paplisiti murah,bila mesir kacau kata husni proksi yahudi.dulu tak kata proksi pun,padahal husni dah jaji presiden berpuluh tahun,ni unisia pulak,pas nak cari credit glemer,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...