Pengikut

Ahad, 13 Februari 2011

Pas Mahu Kerajaan Hentikan Perkhidmatan Sektor Awam Semasa Pilihanraya Kecil


Pas melarang sektor Perkhidmatan Awam negara menjalankan tugas mereka semasa pilihanraya kecil di adakan.

Larangan ini meliputi kerja-kerja dan tugas yang dijalankan oleh pegawai dan kakitangan kerajaan mengikut jabatan dan agensi masing-masing.

Misalnya, Pas melarang diadakan siaran televisyen, radio media elektronik sepanjang masa pilihanraya diadakan.  Larangan ini terpaksa dibuat memandangkan berita-berita mengenai dasar dan aktiviti kerajaan membela rakyat telah disampaikan kepada rakyat. Sedangkan Pas tidak dapat berbuat begitu.

Begitu juga dengan agensi awam yang lain yang sepatutnya tidak menjalankan tugas melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat mengikut perancangan yang telah disediakan. mereka sepatutnya jangan mendekati rakyat, menyampaikan bantuan, penerangan atau perkhidmatan kerana Pas tidak boleh berbuat demikian.

Sebab itulah agaknya, Pengarah Pelajaran Johor dilarang dari menjalankan tugasnya berjumapa guru-guru atau melawat sekolah semasa PRK DUN Tenang. Tetapi sebaliknya Cikgu Maarof dibenarkan pula menjalankan tugas dalam kawasan pilihanraya walaupun beliau disahkan mengalami penyakit kemurungan akut.

Sekiranya agensi-agensi kerajaan ini meneruskan juga tugas dan peranan mereka membela nasib rakyat, Pas akan menganggap pilihanraya yang diadakan itu adalah tidak "gentleman" dan berat sebelah.

Dipetik dari blog penyokong Parti Melayu Pas:

...Siapa yang tidak nampak betapa Umno/Bn menggunakan segala jentera kerajaan termasuk paling hebat jentera penerangan seperti radio dan TV setiap kali diadakan PRK adalah mereka yang buta hati. Bahkan, belum pun penamaan calon di PRK Dun Merlimau kita boleh saksikan bagaimana media kerajaan ini melaksanakan kerja jahat mereka. Ini lah juga yang dihadapi oleh Cikgu Mala di PRK Dun Tenang baru-baru ini, namun Alhamdulillah, Umno gagal untuk memalukan PAS di dalam PRK tersebut. Sebaliknya, Cikgu Mala berjaya memalukan Umno kerana Umno terpaksa gunakan seluruh jentera kerajaan dengan limpahan wang ringgit semata-mata untuk menewaskan Muslimat ini.

Kita teringin sangat untuk melihat Umno/Bn menang secara anak jantan. Boleh atau tidak Umno/Bn masuk gelanggang sama seperti PR masuk gelangang? Hilangkah maruah Umno jika tidak menggunakan media kerajaan untuk berkempen? Tidakkah Umno rasa malu dan hina setiap kali pilihanraya, maka ditaburkan wang ringit dengan projek segera kepada rakyat? Apa yang SPR boleh lakukan? Teramat benci bila menyebut SPR.

Komen Laksamana:

Kerajaan yang berwibawa sentiasa mendekati rakyat dengan pelbagai cara dan kaedah. Tujuannya supaya rakyat sentiasa mendapat maklumat dan penerangan yang betul.

Manakala agensi-agensi yang ditubuhkan adalah untuk membantu kerajaan melaksanakan dasar untuk rakyat. Semua agensi ini menjalankan tugas mereka sepanjang masa tidak kira samada semasa pilihanraya atau pun tidak.

Penerangan, penjelasan dan pendedahan perlu dibuat dari semasa ke semasa supaya rakyat faham dan dapat membantu kerajaan membela kehidupan mereka dengan lebih berkesan.

Dalam masa yang sama rakyat dapat mengikuti apa sahaja program, aktiviti yang sudah, sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan yang mendapat mandat rakyat itu.

Anggapan serong terhadap UMNO-BN dan larangan yang dikenakan oleh Pas itu adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Pas yang mencabar UMNO-BN bertanding secara anak jantan, rupa-rupa mereka sendiri bukan anak jantan.

2 ulasan:

Laksamana Bentan berkata...

Tanpa Nama berkata...
Peduli apa dengan kehendak parti ajaran sesat tu. Jentera mereka yang kalut dengan penceramah wali selipor, ustaz ir yang hanya jadi anjing DAPigs meroyan menjatuhkan hukum ikut suka mak bapak dia yang bawa mala petaka kepada calon nya yang sememang nya mala yang malang, ada hati nak salahkan jentera kerajaan. Kalau macam tu asyik nak dengar cakap depa je? Tak payah lah nak komen kerajaan kalau mereka sendiri yang bawa bala kepada diri mereka sendiri sehingga kalah. Kali ni di Merlimau fatwa apa lagi si gila nak ucapkan? Bagus lah kalau dah tahu semakin hari semakin merosot kepercayaan orang melayu Islam kepas PAS, lebih baik saja bubarkan parti PAS dan buka parti syurga je atau parti pinggan dan mangkok hayun.
2011 Februari 13 02:30

Tanpa Nama berkata...
PRK MERLIMAU!!!!!!!

Datuk A.Kadir Jasin menulis...
"Mungkin BN/Umno tidak perlu berjudi dengan Mohd Said yang tercemar imejnya akibat pendedahan media pada tahun 2006 di mana dia didakwa meminta layanan istimewa daripada Kastam dan Eksais Melaka berkaitan kargo balak dari Indonesia yang diimport oleh syarikatnya."

"Lagipun dia tidak dipilih bertanding semula dalam pilihan raya umum 2008. Tapi dengan rekod BN dan kerajaan yang suka mengitar semula pembesar-pembesar yang dipertikai wataknya, adalah tidak mustahil Mohd Said dikitarkan semula."

LAYANAN ISTIMEWA OLEH KDRM TERHADAP DATUK SAID BERKENAAN BALAK YG DIIMPORT???
SAPA YANG MENGIMPORT BALAK ITU SEBENARNYA BUKAN DATUK SAID!
SYARIKAT DATUK SAID HANYA SEBAGAI "AGEN KASTAM"...
TAHUKAH DATUK KADIR.. APA ITU "AGEN KASTAM???"

"TENTANG TUTUP SEBELAH MATA!"
DATUK SAID, BAGI SAYA TELAH TERSALAH AYAT! DAN TERSALAH PERKATAAN!
DATUK SAID SEORANG YANG RINGKAS DALAM PERTUTURAN SEHARIANNYA...
ORANG KAMPUNG LAH KATAKAN DAN KAKI KEDAI KOPI, BUKANNYA KEDAI KOPI DIHOTEL HOTEL BERBINTANG BINTANG, TAPI HANYA KE KEDAI KOPI BIASA DI BEMBAN, TEHEL, SERKAM, MERLIMAU, JASIN, TANGKAK... HANYA KEDAI KOPI TEPI JALANRAYA DI KAMPUNG KAMPUNG...
MAKSUD SAYA, DI SINI, MAKA, PERTUTURAN DATUK SAID, TERBAWA BAWA DENGAN CARA SEHARIANNYA BERTUTUR... CARA RINGKAS, ORANG KAMPUNG...
DIA TERLUPA, BAHAWA, PADA MASA ITU, "TUTUP SEBELAH MATA" YANG TERLUAH, DIA ADALAH SEORANG AHLI PARLIMEN JASIN !
MAKA, DISITU TERJADI, MASALAH DAN SALAH FAHAMAN DAN "CONFLICT OF INTEREST"...
SEPATUTNYA, AYAT DAN PERKATAAN DATUK SAID, "BAGI PELUANG DAN PERTIMBANGAN ATAS KES BALAK TERSEBUT!". BUKAN BALAK DIA PUN!
BERKENAAN "KES BALAK" DAN "KES TUTUP MATA SEBELAH" ITU, DATUK A.KADIR, BOLEH BERTANYA SENDIRI KEPADA DATUK SAID SENDIRI, ADAKAH BENAR KATA KATA SAYA INI.

"TIDAK DIPILIH SEMULA!"
INI ADALAH PERMAINAN POLITIK DI DALAM UMNO BAHAGIAN JASIN, DATUK A.KADIR!
SATU PERMAINAN POLITIK UNTUK MENYINGKIRKAN DATUK SAID DARIPADA UMNO BAHAGIAN JASIN!
DI JASIN, JIKA "TOP MEN" TIADA JAWATAN YB, MAKA, TIADA SIAPA AKAN "MENGAPUNGNYA" KE ATAS LAGI!
DAN AKAN TERSINGKIR DENGAN SENANG!
TIADA SIAPA YANG MAHUKAN DAN AKAN MEMPERTAHANKAN SEORANG TIMBALAN KETUA UMNO, SEORANG YANG TIADA JAWATAN YB!
HE IS OUT OF THE RACE!
SIAPA YANG UNTUNG!?
TIADA SIAPA YANG AKAN MENGGUGAT "TOP MEN" YANG MENYANDANG JAWATAN!
BUAT MASA SEKARANG, TIADA SIAPA YANG BOLEH MENGGUGAT KEDUDUKAN "TOP MEN" TERSEBUT! TIADA KEKUATAN SEPERTI YANG DIMILIKI OLEH DATUK SAID!
SIAPA YANG TAKUTKAN BAYANG BAYANG!?
AKU SOKONG DATUK SAID.
2011 Februari 13 05:09

Laksamana Bentan berkata...

Laksamana Bentan berkata...
Pada era DS Najib, pemilihan dan penentuan calon pilihanraya didapati telah berubah.

DS Najib nampaknya sangat mengutamakan parti, rakyat dan negara.

Kerana itu, pendokong parti perlulah memberi sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bagi untuk menjayakan matlamat parti.

Kekuatan dan kejayaan Tun M selama 22 tahunn yang lalu adalah disebabkan faktor sokongan rakyat semua peringkat dan kaum serta pemimpin2 parti dan masyarakat yang padu kecuali pembangkang.

DS Najib akan mengulangi kejayaan ini bersama rakyat Malaysia yang berjiwa besar dan memandang jauh ke hadapan, kecuali pembangkang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...