Pengikut

Khamis, 30 Disember 2010

Tahniah: Anak Muda Berkeris di Gelanggang Orang



Tahniah kepada anak-anak muda kita.
Pulang megah setelah menang berkeris di gelanggang orang.

Laksamana ucapkan tahniah kepada  pasukan kita dan penyokong-penyokong serta seluruh anak-anak generasi muda. Mari kita hayati kemenangan ini sebagai satu bangsa yang bermaruah dan beragama.

Laksamana melihat telah wujud dan tumbuh subur dalam jiwa anak-anak generasi muda kita semangat patriotik yang mendalam. Agama yang kita anuti mengajar supaya sayangkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pasukan kita telah menempuh dan berjaya merempuh semua halangan dan cabaran sebagai anak muda yang memiliki semangat juang yang tinggi. Kecekalan, semangat sepasukan dan kebijaksanaan digabungkan mengatur setiap langkah di gelanggang sendiri dan di gelanggang orang.

Itulah adat seorang pahlawan. Walaupun musuh menghunus keris dengan bengisnya, tetapi anak-anak muda kita dilihat tetap mengatur tapak berhadapan tanpa undur walau selangkahpun. Langkah tempur disusun rapi dan kemas. Serangan bertubi-tubi disambut dengan pencak yang mematahkan musuh. Menyerang dengan dengan tepat sehingga musuh longlai di tanah, di gelanggangnya sendiri.

Inilah anak-anak generasi muda yang kita didik semenjak dari alam tadika.
Pasti ibu mereka bangga kerana bayi yang dijaga dari dalam kandungan itu, akhirnya muncul juga sebagai juara mengangkat maruah dirinya, keluarga, rakan-rakan, masyarakat dan negara.

Kita semua rakyat malaysia pelbagai kaum dan agama sungguh berasa bangga dengan kejayaan ini. Kita menghargai kejayaan kerana setiap kejayaan amat bererti dan berharga kepada sebuah bangsa yang bermaruah dan berdaulat.

Kejayaan anak-anak muda ini akan tetap dijadikan kejayaan seluruh Rakyat Malaysia. Setiap kejayaan yang dicipta dan dicapai oleh generasi muda kita adalah kejayaan negara di masa hadapan.

Sebaliknya kita harus berasa sedih apabila berhadapan dengan kegagalan. Semua kegagalan jika dikekalkan pasti akan meruntuhkan pencapaian negara bangsa yang sedang mencipta nama di pentas global ini.
Kita tidak akan membiarkan anak-anak generasi muda kita dibesarkan dan dididik atau ditarbiayyah dengan kehinaan dan kemunduran tamadun kemanusiaan.






Tahniah anak-anak generasi muda. Masa depan negara berada di hujung jarimu.

Ambil yang baik jadikan teladan.
Yang buruk jadikan sempadan.



2 ulasan:

Helang Buana berkata...

MOHON LINK KAN BLIG INI. TQ

Laksamana Bentan berkata...

Dah link bro...Laksamana Jebat!
Teruskan perjuangan.
TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...