Pengikut

Jumaat, 1 Oktober 2010

Rakyat Dah Berjaya Lari Dari Komunis, Kini Wajib Lari Dari PAS

Isu DAP dan PAS merasuah warga emas..

Pemulangan semula duit rasuah politik dari hasil judi
Lim Guan Eng dan Pas Pulau Pinang,
tidak penting!

01/10/2010 2:47pm
KEPALA BATAS – Tindakan sekumpulan warga emas memulangkan semula bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan negeri kerana dana perjudian bukan dipaksa ataupun sandiwara.

Kumpulan ini melahirkan rasa kesal dan mendakwa dituduh berbuat demikian oleh seorang anggota exco kerajaan Pulau Pinang.

Menurut imam Masjid Pulau Mertajam, Saidin Chik, 72, beliau kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan oleh exco berkenaan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim yang mendakwa beliau dan rakan-rakanya berlakon menangis pada hari penyerahan wang ehsan berkenaan.


Pas sanggup pula berdemonstrasi membantah pemberian bantuan
anak-anak yatim dan miskin dalam Program Kebajikan UMNO Juara Rakyat
anjuran UMNO Prmtg Pauh yang diadakan di Sekolah Keb Bukit Indera Muda.

yang penting!!

Samada duit rasuah politik dari hasil judi Lim Guan Eng dan Pas itu dipulangkan atau tidak, perkara-perkara berikut sudahpun berlaku.

...dan DAP sedang bergelak ketawa melihat perangai bodoh pemimpin dan pengikut PAS sambil memikirkan idea baru untuk terus menguasai Pulau Pinang dan memperkudakan Partai Islam Semalaysia itu.

  1. Jelaslah cauvinist-racist DAP memandang rendah para pengundi dengan harga RM100.00 berbanding sumbangan kerajaan selama lebih 50 tahun memakmurkan rakyat dalam pelbagai bidang kehidupan
  2. Jelaslah Pas sanggup mengenepikan semangat dan roh Islam dengan menghalalkan wang judi hanya untuk diterima sebagai kawan oleh DAP.
  3. Jelaslah bahawa cauvinist-racist DAP tidak mementingkan sensitiviti agama dan amat yakin Pas akan berbuat apa sahaja mempertahankan penghinaan yang mereka lakukan.
  4. Jelaslah DAP sengaja menggunakan pendekatan provokasi kerana yakin tidak akan mendatangkan kesan kepada parti itu walaupun melibatkan isu-isu sensitif.
  5. Jelaslah DAP tidak berasa gentar menghina YDP Pulau Pinang sebagai ketua agama dan adat istiadat orang Melayu.
  6. Jelaslah bahawa DAP dengan mudah boleh mempermain dan memperbodohkan institusi agama Islam negeri sesuka hatinya
  7. Jelaslah sifat-sifat hipokrit pemimpin dan pengikiut Pas yang meletakkan agama Islam hanya sebagai alat politik dan bukannya panduan dalam bermasyarakat
  8. Jelaslah Pas lebih mengutamakan matlamat politik murahan daripada maruah umat dan syariat Islam.
  9. Jelaslah DAP amat berjaya meruntuhkan solidariti umat Islam dengan harga yang amat murah dengan cara yang sangat hina
  10. Jelaslah bahawa Pas tidak marudah dan harga diri samada dari sudut bangsa atau agama.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...