Pengikut

Jumaat, 4 Februari 2011

Rayuan Jihad!: Pas Beralih Kepada Kaum China Setelah Gagal Memperalatkan Bangsa Melayu


Sejak pendedahan demi pendedahan yang telus dilakukan, kini semakin ramai ahli-ahli dan pengikut nya semakin menjauhkan diri atau meninggalkan Parti Melayu Pas tu.

Mereka mendapati perjuangan retorik Pas sudah melampaui batas dan tidak masuk akal.



Setelah gagal mempertahankan kerusi Menteri Besar di Perak, juga kekalahan di Galas dan Tenang, Pas dilihat telah hampir putus asa dan dengan segera mengubah sasaran undinya kepada kaum China.

Penolakan sepenuhnya oleh umat Islam di negara ini terhadap politik musnah yang dbawa oleh Parti Pas sudah amat ketara. Gelombang kebencian umat Islam terhadap Parti Melayu itu semakin memuncak dari sehari ke sehari.

Tidak tahan dengan senario penolakan ini, Pas terpaksa merayu kepada kaum China supaya kekal memberi undi kepada mereka pada setiap kali diadakan PRK atau PRU. 
Sumber: harakahdaily  
KUALA LUMPUR, 2 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini, semoga terus melakukan perubahan untuk menukar pemerintah yang ada kepada Pakatan Rakyat.
"Saya menyeru kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini, semoga terus melakukan perubahan untuk menukar pemerintah yang ada kepada Pakatan Rakyat, bagi mencuba alternatif yang baru untuk menyelesaikan kemelut ekonomi negara. Semoga dengan sambutan Tahun Baru Cina ini akan meningkatkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan antara kaum di negara ini dan seterusnya berjaya membina masyarakat dan negara yang lebih sejahtera".

Mampukah Pas membohongi dan menipu kaum China sebagaimana mereka berjaya membohongi sebahagian Umat Islam selama ini?

Itulah soalan yang sedang bermain di kalangan pemimpin Pas sekarang. 

Apa lagi yang boleh dikorbankan oleh Pas untuk mendapatkan undi China DAP? 

Agama sudah digadai, bangsa sudah disembelih, mesjid surau sudah diceroboh, matlamat parti sudah diubah, Raja dan Perlembagaan sudah dinodai. 

Apa lagi yang ada pada Pas untuk dikorbankan demi China DAP.

2 ulasan:

PAS antiDAP berkata...

Salam BRO.

aku merupakan antara pembaca tegar blog ni. memang dahsyat dan seronok tengok jihad dan perang melalui cywar.

blog BRO merupakan antara blog pilihan aku. Memang artikel BRO sangat bagus untuk berperang dalam dunia blogger.

hari ni, aku ambil keputusan untuk sertai perjuangan cywar bersama blogger-blogger lain. saja suka-suka. memang kita perlukan ramai bala tentera. betul tak?

tapi yang tak sedap tu, ade pulak isu blogger elitis dan blogger nyamuk. tapi aku dua2 boleh terima. yang penting, bukan blogger pembangkang.

insyaallah, dengan sambutan yang sangat baik dari pembaca-pembaca blog, aku yakin, kita akan berjaya dalam perjuangan ini.

aku minta tolong BRO beri tunjuk ajar dan beri komen-komen membina dalam blog aku.

aku hanya budak baru belajar.

mohon juga minta tolong pautkan blog aku ni skali ye. kalau sudi la.

Unknown berkata...

Salam, mohon dilink blog hamba disini,perjalanan masih jauh berliku, Terima Kasih.
http://klboyzwangsa.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...