Pengikut

Khamis, 9 Disember 2010

PAS Tolak Ajaran Islam Melalui Amalan Politik Hariannya

Semarakkan Kemarahan Rakyat Di Atas Kain Rentang

Disember 6, 2010 ustazidrisahmad

Parti Islam Semalaysia Pas mengharapkan rakyat dapat meningkatkan kemarahan dan kebencian terhadap UMNO dan Kerajaan Persekutuan hanya kerana kenaikan harga 5 sen.

Pendekatan ganas dan terkeluar sama sekali dari ajaran Islam yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ini diaktifkan, adalah berpunca daripada kegagalan mereka mempertahankan Bagan Pinang, Hulu Selangor, Galas dan Batu Sapi.

Keresahan dan ketakutan yang amat sangat, dilihat sudah mula menekan dan menghantui hulubalang PAS. Seperti biasa mereka akan mengenepikan ajaran dari roh Islamiah dan dengan segera meniupkan api kebencian, hasutan dan gesaan-gesaan membakar emosi yang kesemuanya bukan berasal dari ajaran Islam.

Tetapi rakyat sudah sedia maklum, tidak mungkin kerana kenaikan hanya 5 sen untuk RON95, diesel dan gas serta 20 sen untuk gula, maka kerajaan yang sangat bertanggungjawab selama ini diruntuhkan.

Rakyat tahu, jasa bakti pemerintah selama ini bukan bernilai 5 sen. Kejayaan Kerajaan UMNO-BN membawa kesejahteraan hidup kepada masyarakat China, India di samping memelihara kaum peribumi asal di tanahair ini diteruskan dengan penuh bijaksana.

Harga untuk hidup sejahtera dan berjaya memiliki harta dan kekayaan di tanahair ini bukan bernilai 5 sen. Harga menjadikan seorang anak India menjadi peguam atau doktor di negara ini bukan berharga 5 sen begitu juga harga melahirkan ratusan jutawan dari kaum China di negara ini, bukanlah berharga 5 sen.

Ramai generasi muda yang tertanya-tanya apakah logiknya hasutan Haji Idris Ahmad yang mengajak rakyat meningkatkan kebencian dan kemarahan kepada kerajaan hanya kerana kenaikan 5 sen? Sehingga ada anak-anak muda yang berkata..."kalaw nak tipu kami pun carilah idea yang baik sikit"...

Sedangkan generasi muda kita telah sedar bahawa mereka membesar dan menikmati kebahagiaan dan membina kejayaan peribadi dan keluarga melalui dasar-dasar Kerajaan Persekutuan yang dipilih oleh rakyat.

Oleh itu hasutan Parti PAS tidak lebih dari membuktikan bahawa parti itu tidak berprinsip dengan prinsip-prinsip agama Islam. Kerana itulah didapati sekarang ini, ramai guru-guru agama yang dahulunya menyertai PAS atas dasar ikut-ikut kawan, tetapi kini dengan tegas menolak dang meninggalkan pergerakan songsang parti politik itu yang dilihat senada dengan parti cauvinis-racist DAP dan PKR yang semakin jauh lari dari landasan dan panduan agama Islam.

PAS dan pembangkang semakin gusar kerana tidak menyangka rakyat Malaysia sebenarnya berfikiran matang. Mereka kini terasa terjebak dengan tingkahlaku yang bercirikan gerombolan pengganas yang mereka paparkan kepada rakyat selama ini, sudah mula memakan diri mereka sendiri. Penipuan, pembohongan dan putar-belit fakta yang mereka mainkan siang malam, kini sudah berjaya mengubah pola sokongan rakyat kembali beralih kepada Kerajaan Persekutuan yang dilihat oleh rakyat sentiasa berwibawa dan cemerlang.

Ustaz Idris Ahmad perlu membuka kita-kitab Yahudi untuk mendapatkan kaedah dan teknik meningkatkan kebencian dan kemarahan rakyat yang semakin sayang pada Kerajaan Persekutuan.

Seperti yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam di zaman Rasulullah terdahulu terhadap Nabi Muhammad yang berjaya menyatukan pelbagai kaum, bangsa dan kepercayaan seperti yang berjaya dilakukan olej Kerajaan Persekutuan hari ini.

4 ulasan:

blogenstarz berkata...

linkkan blog saya

Azizan Yaakob berkata...

blog sdr telah dipautkan kehttp://anginria.blogspot.com. mohon pautan saudara jika ada ruang.TQ

Azizan Yaakob berkata...

blog sdr telah dipautkan ke http://anginria.blogspot.com. jika ada ruang mohon dipautkan sama.salam perjuangan dari saya

Tanpa Nama berkata...

Walaupun sudah di terangkan bahawa harga minyak adalah bergantung kepada pasaran dunia, tetapi kerana kesumat yang sudah mendaging puluhan tahun kerana kuasa semata-mata, maka mereka cuba mempengaruhi rakyat dgn cara yang cukup PARIAH!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...